"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Chandra Muzaffar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chandra Muzaffar. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Januari 2021

Muhyiddin Perlu Diguling Kerana Ada Ahli Politik Tak Mahu Masuk Penjara?

 


Seorang penganalisis politik terkemuka mengatakan tujuan Muhyiddin Yassin mahu digulingkan bukan kerana perdana menteri tidak berkemampuan tetapi kerana pemimpin-pemimpin politik tertentu tidak mahu masuk penjara.

Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Chandra Muzaffar berkata, terdapat beberapa individu daripada parti mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan kini berdepan dengan perbicaraan mahkamah dan mungkin bakal dipenjarakan.

“Mereka berharap jika pemimpin lain dinaikkan, mereka boleh dilepaskan,” kata Chandra dalam satu kenyataan hari ini.

“Dan terdapat juga pemimpin yang selama berdekad mahu menjadi perdana menteri bekerjasama dengan individu-individu yang tidak mahu dipenjarakan itu.”

Pada ketika ini, sekumpulan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seperti Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi dan Ahmad Maslan berdepan dengan perbicaraan mahkamah disebabkan pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Semalam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan satu pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19 berkuat kuasa hari ini sehingga 1 Ogos 2021.

Dalam perutusan khas sempena perisytiharan darurat semalam Muhyiddin mengatakan kerajaan akan berjalan seperti biasa dan berikrar tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

Chandra berkata, ahli-ahli Parlimen ini meneruskan usaha menggulingkan Muhyiddin walaupun Yang di Pertuan Agong dan sultan di beberapa negeri berulang kali menasihati ahli politik agar tidak menimbulkan huru-hara ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

“Bersama-sama rakyat, mereka merayu supaya semua ahli politik elakkan diri daripada terus berpolitik sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menangani wabak dan cuba perbaiki masalah ekonomi ketika ini.

“Namun, apa yang berlaku mereka ini seolah-olah pekak dan tidak menghiraukan permintaan itu,” katanya.

Chandra turut mempersoalkan adakah sebilangan ahli politik bertekad untuk meneruskan agenda menggantikan barisan Kabinet Muhyiddin kerana mereka yakin kerajaan itu ‘tidak sah’?

Menurut Chandra, kerajaan yang dibentuk pada Mac 2020 ditubuhkan mengikut Perlembagaan selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri ketika itu.

Katanya, keadaan seumpama ini pernah berlaku di peringkat negeri, seperti Terengganu pada 1961, Sabah 1994 dan Perak 2009.

Katanya, BN itu sendiri pada awal 70-an terbentuk hasil daripada pembelotan dan lompat parti hingga menjadikan ia satu gabungan besar ~ MalaysiaNow