"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2021

Kerajaan Perlu Arah Lanjutan Moratorium, Jangan Hanya Serah Pada Budi Bicara Bank

 KUALA LUMPUR, 22 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap agar sepanjang tempoh Darurat dan PKP 2.0, kerajaan akan dapat mengeluarkan arahan jelas supaya pelanjutan tempoh moratorium pinjaman dapat diberikan secara automatik kepada peminjam dengan kriteria tertentu seperti sebelum ini, bukan atas penilaian dan budi bicara sepihak oleh pihak bank.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan tujuh rasional ekonomi kenapa hal tersebut perlu dilakukan.

“Pemuda UMNO mengharapkan agar kerajaan dapat memanfaatkan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk membuat pengarahan jelas kepada pihak institusi kewangan bagi tujuan lanjutan moratorium secara outomatik dengan kriteria terentu dan bukannya diserahkan kepada budi-bicara bank semata-mata,” tegasnya dalam kenyataan berkaitan hal ini, hari ini.

Tujuh Rasional Ekonomi utama kenapa ini perlu dilakukan adalah seperti berikut:

1. Berbanding PKP 1.0, rakyat hakikatnya lebih susah kerana ramai hilang pekerjaan, dipotong gaji ataupun dikurangkan elaun, manakala rata-rata perniagaan terjejas teruk malah gulung tikar akibat kelembapan ekonomi lantaran Pandemik COVID-19.

2. Oleh kerana keadaan ekonomi negara dijangkakan akan turut terjejas kerana perlaksanaan PKP 2.0 dan proklamasi Darurat, sektor perniagaan serta industri kecil dan sederhana antara yang paling terkesan dan belumpun sempat pulih setelah PKP pertama, pastinya akan memberi kesan gandaan negatif kepada ekonomi.

3. Walaupun moratorium diberikan sekurang-kurangnya 6 bulan pada PKP 1.0, ternyata sektor perbankan terus mencatatkan keuntungan besar pada tahun lepas. Tidak dinafikan ada sedikit penurunan keuntungan sektor perbankan, tetapi jauh sekali mengalami kerugian.

4. Rasional ekonomi terpenting ketika krisis adalah untuk memastikan rakyat boleh terus berbelanja agar kitaran wang terus rancak bagi memastikan permintaan dalam ekonomi berkembang, sekaligus mengelakkan pengucupan ekonomi. Justeru, penangguhan bayaran pinjaman untuk tempoh masa tertentu boleh mengurangkan ketirisan keluar aliran kewangan daripada kitaran ekonomi hingga merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dan menyukarkan proses pemulihan ekonomi itu sendiri.

5. Statistik berkenaan pendapatan sektor perbankan di Malaysia, kos serta keuntungan sebelum cukai bagi sektor ini sehingga enam bulan pertama tahun 2020 dapat dilihat di rajah 2.13 dalam laporan Bank Negara yang boleh diakses di link ini https://www.bnm.gov.my/fsr-2020 .

6. Perlanjutan tempoh Moratorium secara automatik tidak akan membawa masalah kepada pihak bank. Ini kerana dalam laporan Bank Negara terbaru berkenaan Kestabilan Kewangan di bawah tajuk Financial Institution Soundness and Resilience yang boleh diakses di laman ini https://www.bnm.gov.my/fsr-2020 , jelas menyatakan bahawa sektor perbankan di Malaysia berada dalam kedudukan modal yang ampuh dengan ‘Aggregate Capital Buffers’ berjumlah Rm121.6 billion. Ini bermakna, sektor perbankan pada kedudukan yang kukuh untuk menyerap sebarang tekanan dan kerugian jangka pendek.

7. Dengan kekukuhan sektor kewangan yang punya ketahanan modal yang kuat (well capitalised), kewajaran perintah Moritorium secara automatik lebih utama bagi mengurangkan tekanan ekonomi dalam sektor ekonomi benar atau real econony (bukan kewangan) terutama yang melibatkan perbelanjaan kepenggunaan. – UMNO Online

Jumaat, 25 Disember 2020

6 CADANGAN TANGANI ISU KARTEL DAGING

Bagi menangani kelemahan kawal selia halal secara bersepadu

 1. Pendedahan eksklusif media massa perdana mengenai wujudnya kartel yang menjalankan aktiviti haram selama 40 tahun membabitkan penyeludupan daging murah dari negara-negara yang persijilan halalnya tidak diiktiraf JAKIM mahupun Jabatan Agama Islam Negeri sememangnya mencetus kegusaran umat Islam di negara ini.

2. Kebimbangan dan keraguan orang ramai terhadap “status halal” dan kebersihan daging import halal yang berada di pasaran dengan pelbagai berita-berita sensasi termasuklah campur aduk antara daging halal dan haram mesti ditangani segera oleh pihak kerajaan.

3. Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, isu seperti ini bukan kali pertama malah berulang kali timbul hingga menyerlahkan kekangan dan kelemahan ketara dalam isu penguatkuasaan dan kawal selia industri halal di negara ini.

4. Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kuasa pensijilan halal dan penguatkuasaan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berbeza.

5. Kuasa pensijilan halal ketika ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, sedangkan penguatkuasaan pula di bawah pelbagai agensi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), Kementerian Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

6. Dalam isu mengawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia pula bukan hanya terletak di bawah kuasa mutlak JAKIM, malah pelbagai agensi lain yang membabitkan beberapa peringkat termasuklah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis Pelabuhan.

7. Bagi menangani isu ini secara bersepadu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan 6 TINDAKAN SEGERA untuk dilakukan oleh kerajaan:

(i) Mengisytihar dan mendedahkan nama-nama syarikat yang sedang disiasat dan disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal haram.

(ii) Mengambil tindakan semerta menarik semula bekalan daging yang telah memasuki pasaran dalam tempoh 2 minggu ini oleh syarikat-syarikat terbabit melibatkan semua peruncit dan pengedar bagi mengelakkan ianya dijual kepada rakyat dan pengusaha makanan.

(iii) Menubuhkan satu PASUKAN KHAS melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dalam industri halal bagi mengenalpasti dalang sindiket kartel yang bertanggungjawab dan tindakan tegas diambil tanpa kompromi.

(iv) Menilai kembali kapasiti kakitangan persijilan halal yang jelas tidak selari dengan bebanan dan keluasan cakupan tugas pengawasan sijil Halal dalam Malaysia dan di luar negara.

(Nota: Maklumat Pemuda UMNO terima terdapat kakitangan halal di peringkat negeri yang masih bertaraf kontrak walaupun telah bekerja selama 8 tahun ke atas).

(v) Melakukan penambahan segera kakitangan pengawal seliaan halal di JAKIM dan di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri yang mampu menampung keperluan mendesak bukan sahaja aspek persijilan halal Malaysia bahkan pemantauan dan penguatkuasaan.

(vi) Memperkasakan kembali Majlis Halal Malaysia yang diperkenalkan di zaman Kerajaan Barisan Nasional bagi membangunkan industri halal secara komprehensif dan bersepadu yang membabitkan sekurang-kurangnya 300 institusi baik agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, negeri-negeri hinggalah kepada swasta yang secara langsung terbabit dalam aspek kawal selia, pensijilan, penguatkuasaan dan pembangunan industri halal negara.

8. Bagi Pemuda UMNO keenam-enam cadangan di atas wajar diambil tindakan segera oleh Kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan logo Halal Malaysia yang diiktiraf seantero dunia tidak terjejas dan mampu dipertahankan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

25 Disember 2020

-editormalaysia

Rabu, 11 November 2020

Asyraf Wajdi: Ini bukan hikayat Puteri Gunung Ledang, ini soal hakikat rakyat

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa apa yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam adalah satu hakikat dan bukannya hikayat.

Katanya, apa yang dibawa Najib pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 adalah hakikat suara rakyat yang ketika ini susah dan gelisah.

"Minta maaf ya sahabatku YB Pasir Mas. Ini bukan soal hikayat Puteri Gunung Ledang, ini soal hakikat rakyat yang cuba Ahli-Ahli Parlimen BN terutamanya Najib Razak perjuangkan dan suarakan.

"Hakikatnya...rakyat memang susah dan gelisah, rakyat memang ramai hilang pekerjaan, rakyat memang tak cukup wang untuk kehidupan," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu di Dewan Rakyat Ahmad Fadhli menyifatkan ‘sokongan bersyarat’ BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri itu semalam ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

Dia juga berpendapat, amat janggal untuk ahli parlimen Pekan mengenakan sokongan bersyarat seperti itu.

“Sedikit berbeza dengan ahli parlimen lain, saya rasa meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan (emas), hidangan (hati) nyamuk sekian, sekian, namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya.

Dia berkata demikian semasa sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Asyraf berkata "syarat" yang dikemukakan BN itu adalah bersandarkan kepada kemahuan rakyat.

"Yang diminta dan disyaratkan hanya apa yang rakyat mahukan. Bukan sesukar membina jambatan untuk Sultan mahupun hidangan nyamuk untuk dijadikan alasan menolak pinangan.

"Yang disyaratkan hanyalah untuk rakyat merasa wang mereka sendiri daripada caruman di akaun 1 KWSP dan juga lanjutan moratorium bagi meneruskan kelangsungan hidup di tengah-tengah hambatan dan kesempitan yang begitu mencemaskan," tulisnya lagi.

-mkini