"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kereta Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kereta Baru. Papar semua catatan

Isnin, 13 Februari 2023

Range Rover L460 dilancar, harga bermula RM1.268 juta

 Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri

Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri

PETALING JAYA: Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan Range Rover L460 serba baharu, yang bakal mempelopori segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ciri serba moden dan anggun.

Range Rover serba baharu yang menggabungkan kecanggihan teknologi dengan kemewahan moden itu adalah model pertama yang menggunakan Seni Bina Longitud Modular Fleksibel (MLA-Flex) Land Rover baharu.

SUV mewah generasi kelima itu dijual pada harga daripada RM1.268 juta untuk bebas cukai dan RM2.488 juta untuk cukai berbayar.

Ia menzahirkan falsafah reka bentuk moden Land Rover ke peringkat yang lebih tinggi dengan pentafsiran kontemporari profilnya yang terkenal.

Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong & Macau, Jeffrey Gan, berkata dengan keupayaan hebat dan kecanggihan moden, Range Rover L460 menjadi model terbaharu dalam portfolio kenderaan bertaraf dunia.

"Sebagai sebuah SUV premium, kami yakin bahawa model baharu ini amat dinanti-nantikan dalam pasaran kereta mewah Malaysia yang semakin berkembang," katanya.

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz pula berkata, Range Rover L460 mentakrifkan semula segmen SUV mewah dengan kehalusan hasil ketukangan dan teknologi terkini.

Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri
Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri

"Daripada reka bentuk kepada keupayaan inovatif dan ruang dalam yang serba mewah, Range Rover baharu sememangnya berada dalam kelas tersendiri, membolehkan pemandu menikmati pengalaman memandu yang tiada tandingan," katanya.

Reka bentuk unik tersendiri Range Rover L460 lebih menyerlah dengan garis tepi tanpa putus, yang memberikan penampilan gah dan menarik kepada badan Range Rover.

Antara ciri yang pertama kali diperkenalkan di dunia ialah lampu belakang tersembunyi sehingga dihidupkan yang memantapkan lagi paparan visual keseluruhan SUV terbabit.

Range Rover serba baharu itu membawakan ruang dalam yang moden dan canggih, disokong oleh -ciri reduktif hebat, bahan taktil dan pendekatan intuitif kepada teknologi relevan.

Antara fungsi yang ditampilkan untuk model terbabit ialah alat pengecas peranti tanpa wayar dan sistem infohiburan Pivi Pro yang dilengkapi skrin sentuh kaca terapung melengkung 13.1-inci dengan ciri maklum balas haptik.

Ia disokong oleh Skrin Pemandu Interaktif 13.7-inci baharu, yang menambah baik teknologi Pivi Pro dengan grafik definisi tinggi dan susun atur yang mudah disesuaikan.

Untuk memastikan proses memandu dan meletak kereta yang lancar, ciri ClearSight Ground View disertakan dengan Kamera Keliling 3D, membolehkan pemandu melihat 'menembusi' bonet, manakala lampu kendali menerangi permukaan pada kelajuan rendah untuk membantu pemandu memandu dengan selamat ke dalam ruang yang sempit.

Menyentuh aspek keselamatan pula, Range Rover L460 lengkap dengan ciri serba canggih termasuk Suspensi Udara Elektronik generasi akan datang dan Stereng Semua Roda Standard yang lebih stabil pada kelajuan tinggi dan jarak pusingan lebih kecil tidak sampai 11 meter, menjadikan kenderaan ini paling mudah dikendalikan.

Range Rover serba baharu juga dipacu dipacu enjin V8 4.4 liter 530PS, menghasilkan tork 750Nm pada 1,800 hingga 4,600 rpm yang turut digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang boleh dialihkan dengan lancar dan transmisi dwi-kelajuan untuk memberikan tahap kawalan lebih tinggi pada kelajuan rendah.

-BH Online

Sabtu, 6 Ogos 2022

Ini ‘Review’ Penuh Pemilik Perodua Alza 2022 Selepas Memandunya Selama 3 Hari

 


Kisah bermula apabila setiap kali balik kampung, isteri tersayang Rindaya Loebis kemas barang macam hendak pindah rumah terus. Semua sedia maklum, Honda Insight mempunyai ruangan bonet yang agak kecil, jadi barang-barang yang banyak itu terpaksa disusun sampai ke ruang penumpang belakang.

Masalah bertambah bila anak mula bersekolah pada bulan Mac. Kereta ada satu, isteri guna untuk berkerja, sampai rumah pukul 7 malam. Jadi tidak sesuai untuk bawa anak yang baru berusia 5 tahun naik motosikal, redah hujan dan kesesakan lalu lintas. Jadi saya memerlukan ‘kereta kedua’ untuk selesaikan dua masalah utama ni.

Jadi saya terus telefon abang Mohd Farhan Alias , ceritakan masalah utama, dan parameter untuk penyelesaiannya. Nak cari kereta kedua yang selesa untuk balik kampung, tapi jimat minyak dan harga murah, sebab bajet kecil. Pertengahan April, masa tu desas-desus Alza baharu nak keluar dah mula jadi bualan ramai. Jadi dengan yakin, terus tempah Alza baharu dengan Khai Rizal , walaupun tidak tahu rupanya lagi.

Alhamdulillah akhirnya pada hari Jumaat yang mulia, 29 Julai 2022, kunci Alza 2022 sampai ke tangan. Masa itu barulah pertama kali dapat tengok Alza ini depan mata sendiri. Cun weh.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Rekaan

Dari segi design luaran, macam susah nak percaya kereta ni keluaran Malaysia. Nak cerita lebih terperinci, tidak pandai. Pandangan depan, kereta ini nampak garang dan futuristik dengan lampu LED yang tersusun kemas. Cuma kereta ini disertakan fog lamp LED putih. Bagi saya kurang mencapai tujuan adanya fog lamp tu, untuk bagi nampak jalan dan orang nampak kita time foggy. Jadi patut warna kuning /oren kan? Keseluruhannya, rekaan luaran Alza baharu ini, cantik dan menarik tertarik, eh. Puas hatilah.

Bila masuk dalam, eh, aku naik MPV ke sedan ni? Rendah, dan tidak rasa macam naik MPV. Sekilas pandang, macam MPV mewah pun ada. Tempat duduk dengan kemasan kulit + fabrik dihiasi dengan tona berwarna coklat (dashboard pun ada tona coklat) membuatkan saya rasa seperti duduk di dalam kereta mewah. Bila tengok sistem infotainmen dan paparan meter, mentua saya tidak percaya ini kereta buatan Malaysia.

Daripada segi keselesaan, jika naik 8 orang, selesa utk perjalanan pendek, tetapi kalau perjalanan jarak jauh, penumpang barisan ketiga akan patah pinggang nanti rasanya. Orang berketinggian sederhana (171cm) macam saya ini bila duduk dekat barisan tersebut, rasa macam duduk atas kerusi kanak-kanak.

Walaupun ada lebihan ruang setengah jengkal antara lutut dengan tempat duduk barisan kedua, tetap rasa kurang selesanya. Jadi untuk perjalanan jauh, maksimum 5 orang dengan tempat turun ketiga diturunkan untuk kargo. Kalau setting macam ini, memang selesa.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Ergonomik

Secara peribadi, bila memandu lebih satu jam akan rasa lenguh bahu dan belakang. Saya tidak tahu mana silapnya, tapi bagi saya, rekaan tempat duduk pemandu dan setting stereng, kurang ergonomik. Tetapi berbeza pula dengan pandangan anak dan isteri. Mereka kata sangat selesa, siap ‘tidur mati’ lagi.

Pemanduan

Bagi sesiapa yg jenis ‘heavy footed driver‘, kena mula belajar jadi ‘light footed‘. Kalau tidak, susah nak kekalkan fuel economy. Kaki sentuh sahaja pedal, rpm sudah mencanak naik, pick up tiada masalah. Boleh maintain 90km/j dgn rpm lebih kurang 1400 ke 1700rpm.

Saya pandu Honda CRZ dan Insight sejak dari tahun 2012, sudah terbiasa dengan respons brek Honda dan hampir kemalangan bila memandu Toyota Vios milik kawan sebab tidak biasa dengan respons yang agak lambat. Namun dengan Alza baharu, saya rasa tiada masalah, dan feel hampir sama dengan Honda Insight. Saya rasa berterima kasih kepada cakera brek hadapan dan belakang.

Sistem suspensi Alza 2022 ni bagi saya ianya seimbang, tidak terlalu lembut sampai kereta berayun macam buaian, dan tidak terlalu keras mcm pakai buluh. Sesedap rasa, ambil lap tidak rasa oversteer atau understeer.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Keselamatan

Banyak ciri-ciri keselamatan dekat mode Alza baharu ini, jika nak cerita satu persatu, lebih baik saya letak link owner manual  sahaja.

Beberapa perkara saya ingin kongsikan, pertama, kombinasi LDW, LDP dan LKC memang terbaik. Saya cuba uji ‘lepaskan tangan’ dekat selekoh sederhana (tindakan ini salah, jangan tiru), memang kereta elok sahaja ikut sendiri selekoh itu, dan sudah pasti bermacam-macam amaran keluar. Selepas hampir 20 saat, keluar amaran suruh pemandu pegang stereng.

Kedua, ACC. Amat membantu. Cuma bagi saya, over anticipate. Kereta hadapan jauh lagi, ACC sudah perlahankan kereta. Walaupun ada kereta dekat lorong bersebelahan pun, dia perlahankan kereta. Bila sudah lepas, dia tingkatkan sampai 3000rpm untuk dapatkan semula kelajuan.

*Tambahan — Selepas baca balik manual, baru saya sedar selama ini saya set jarak ACC 50 meter. Patutlah dari jauh sudah perlahan. Tapi saya tetap berpegang dengan over anticipate, sebab walaupun dekat lorong bersebelahan sesak, kereta pun automatik perlahankan kelajuan juga.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Penggunaan bahan api

Dengan umur 3 hari, titdak sesuai lagi untuk nilai penggunaan bahan api. Tetapi selepas isi tangki penuh (43 liter/RM88/8 bar), jarak boleh dapat 540 kilometer. Sepanjang 3 hari ni, jumlah perjalanan dalam bandar (Shah Alam, Kota Damansara, Subang Jaya, USJ) sejauh 139 kilometer dan berbaki 406 kilometer.

Kekalkan pemanduan light footed, tetapi menghadap jem setiap hari, dapatlah 12.7km/liter. Itu pun berjam enjin dalam keadaan idle sebab nak setting macam-macam dekat infotainmen. Agak jimat, kalau bandingkan dengan MPV lain. Honda Insight saya pun dapat 14-15km/liter sahaja bila memandu dalam kawasan bandar.

Kesimpulannya

Secara keseluruhan, saya secara peribadi memang berpuas hati dengan Alza 2022. Dengan harga bermula RM75,500, dan segala macam teknologi yang pengguna dapat, kereta ini sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Memang tidak menyesal ‘tempah secara membuta-tuli’ pada bulan April tempoh hari.

Apa-apa pun, ini adalah pandangan peribadi daripada segi pengalaman 3 hari saya sahaja. Saya bukan jurujual, bukan jurutera, nak tukar tayar pun pening, apatah lagi bab teknikal. Kerja saya tiap-tiap hari hanyalah termenung keluar tingkap tengok awan, sambil cakap seorang-seorang.

-thevocket.com

Ahad, 31 Julai 2022

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

 Wow Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP. Selain pelancaran rasmi dibuat pada 20 Julai lalu, ASEAN NCAP turut mengumumkan keputusan penilaian yang dibuat terhadap model serba baharu Perodua Alza 2022.

Model MPV itu telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian di mana ia memperoleh penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

Alza baharu merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol 2021-2025 semasa yang terdiri daripada empat kategori penilaian; Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection/AOP) di mana ia mencapai 36.20 mata, Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (Children Occupant Protection/COP) dengan 16.88 mata.

Bagi kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist/SA) pula, model Alza telah mendapat 18.57 mata dan 10.00 mata bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcycle Safety/MS).

Keputusan itu telah mendapat pujian daripada Ketua Pengarah MIROS, Yang Berhormat Dato’ Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.

Beliau yang juga Setiausaha Agung ASEAN NCAP berbangga kini jenama tempatan sangat mengambil berat dalam menjaga keselamatan para penggunanya serta pengguna jalan raya lain.

“Dengan pelancaran Alza baharu, Perodua telah menunjukkan semangat dan semangat berterusan mereka untuk keselamatan pengguna jalan raya—bukan sahaja untuk keselamatan pelanggan dan keluarga mereka tetapi juga pengguna jalan raya lain. Oleh itu, saya menggalakkan lebih banyak pengeluar kenderaan untuk menunjukkan minat yang sama juga dengan membangunkan kereta yang mempunyai teknologi keselamatan yang diperlukan sambil kita bekerjasama memenuhi sasaran mengurangkan separuh kematian jalan raya di rantau ini.”

Perodua Alza 2022 dilengkapi dengan kelengkapan standard 6 beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang. Selain itu, model itu turut dipasang dengan sistem Autonomous Emergency Braking (AEB), teknologi Auto High Beam dan Pedestrian Protection sebagai standard di semua variannya.

Ia juga menawarkan teknologi bantuan keselamatan terkini lain sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD) yang dipasang pada kedua-dua belah kenderaan, Lane Departure Warning (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FWC) dan Lane Keep Assist (LKA).

-MH Daily

Selasa, 24 Mei 2022

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit!

 Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 00

Sekilas pandang, Denza D9 2022 jelas sebuah MPV yang diilhamkan oleh Toyota Alphard justeru tidak hairanlah jika ia mendapat sambutan hangat di China. Bukan main-main laku apabila sebanyak 3,000 unit telah ditempah dalam masa 30 minit selepas pelancarannya di negara Tembok Besar itu.

Nama Denza mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan pembaca Malaysia tetapi jenama itu sebenarnya adalah usaha sama antara BYD dan Mercedes-Benz.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 01

Varian PHEV

Untuk pasaran China, MPV Denza D9 2022 ini boleh didapati dengan dua pilihan rangkaian kuasa.

Pertama adalah enjin plug-in hibrid petrol-electric (PHEV) yang menampilkan enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang disambungkan pada motor elektrik yang dipasang di roda hadapan. Versi AWD bagi Denza D9 menambah susunan motor elektrik kedua pada gandar belakang.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 02

Varian BEV

Bagi rangkaian kuasa kedua, ia adalah versi elektrik sepenuhnya, dalam bentuk kenderaan elektrik bateri (Battery Electric Vehicle). Tidak hairanlah kerana BYD sememangnya pengeluar kenderaan elektrik yang terkemuka di China.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 03

Denza tidak menyenaraikan sebarang angka output kuasa untuk MPV baharunya ini, tetapi lebih berminat untuk mendakwa bahawa model versi hibrid boleh menawarkan jarak pemanduan antara 970 km hingga 1,040 km.

Untuk versi BEV pula, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 km. Kedua-dua angka jarak pemanduan dipetik di bawah kitaran ujian CLTC.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 04

Selain itu, Denza juga mendakwa bahawa Denza D9 versi elektrik menawarkan pengecasan pantas DC pada 166 kW. Pengecasan pantas selama 10 minit akan memberikan jarak pemanduan 150 km, manakala pengecasan dari 30% hingga 80% hanya mengambil masa 30 minit.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 05

Dari segi dimensi, MPV ini ialah 5,520 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi, dan menawarkan jarak roda sepanjang 3,110 mm. Sebagai konteks, ini meletakkan Denza D9 lebih besar daripada Toyota Alphard dalam segala aspek, termasuklah jarak rodanya.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 06

Setiap varian Denza D9 2022 mampu memuatkan 7 penumpang dengan selesa. Malah, Denza mendabik dada dengan keluasan MPV terbaharunya ini sehingga mampu memuatkan 7 orang dewasa berketinggian 180 cm dengan selesa, bersama-sama dengan 7 bagasi di belakangnya.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 07

Bagi mereka yang mencari MPV yang lebih eksklusif boleh memilih Denza D9 Founder’s Edition. Terhad kepada hanya 99 unit, varian ini memuatkan hanya 4 penumpang - mirip model Lexus LM yang sangat mewah.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 08

Dari segi keselamatan, Denza D9 menawarkan tidak kurang daripada 9 beg udara untuk memastikan penumpangnya selamat, serta pemanduan separa autonomi L2+.

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 09

Alphard 'China' ini lebih laris dari Alphard sebenar, Denza D9 terjual 3,000 unit dalam 30 minit! 10

Harga bagi Denza D9 ini bermula dari RMB 335,000 (~RM 220k) hingga RMB 445,000 (~RM 290k) untuk varian PHEV, manakala varian BEV berharga antara RMB 390,000 (~RM 254k) hingga RMB 460,000 (~RM 300).

Untuk mereka yang merasai kemewahan hidup, Denza D9 Founder’s Edition berharga dari RMB 660,000 (~RM 430k) - suatu angka yang tinggi untuk sebuah MPV China.

-wapcar.my