"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label KP Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KP Johor. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Oktober 2021

'Saya banyak dapat surat layang' -Ayob Khan

 Ayob Khan Mydin Pitchay

Ayob Khan Mydin Pitchay

Johor Bahru: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan banyak menerima surat layang berkaitan salah laku ketua polis daerah melalui nombor telefon peribadinya yang dikongsi di media sosial.

"Maklumat daripada surat layang ini saya akan siasat dulu, sama ada betul atau tidak perkara yang didakwa itu.

"Saya akan ambil tindakan jika maklumat yang disalurkan dalam surat layang itu benar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai dialog pada Program Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Penjawat Awam di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah LPP Negeri Johor Datuk Sawalludin Ahmad, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Amiruddin Bahar dan Pengurus Besar PPNJ Ramlan Othman.

Menurut Ayob Khan, bukan setakat surat layang, malah beliau turut menerima aduan serta maklumat awam melalui nombor telefon peribadinya itu.

Katanya, aduan serta maklumat yang disalurkan orang awam itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan diambil menerusi ketua-ketua polis daerah termasuk mengadakan serbuan dan tangkapan.

"Apa salahnya saya kongsi nombor telefon di media sosial kerana daripada situlah saya dapat banyak maklumat. Dua (tiga) hari lalu, seorang individu mesej saya, beritahu ada sebuah kelab malam di kawasan Johor Bahru Selatan yang terlalu bising.

"Ada sesetengah pihak tidak suka berkongsi nombor peribadi mereka kerana menganggap ia sebagai mengganggu, tetapi bagi saya ia bukan masalah besar.

"Saya terus arahkan ketua polis daerah di situ tengok dan betul ada kelab malam sedang beroperasi yang mana ada 26 pengunjung sedang berhibur. Kompaun RM150,000 juga dikeluarkan kerana langgar prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, maklumat yang disalurkan itu memerlukan tindakan segera polis berikutan tindakan mereka sering diperhatikan masyarakat terutama membabitkan isu rasuah.

"Orang awam sentiasa perhatikan polis. Mereka lihat sama ada wujud tindakan kawtim daripada polis terhadap maklumat yang diberikan itu.

"Jangan pula maklumat diberikan kepada polis, tetapi tiada tindakan lanjut diambil menyebabkan masyarakat akan ingat ada unsur rasuah," katanya.

Pada majlis itu, LPP Negeri Johor menyampaikan sumbangan kotak makanan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) menerusi Program Mafi Prihatin kepada petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

-myMetro

Rabu, 14 Julai 2021

KP Johor,Ayob Khan Jelaskan Mengapa "Food Bank" Syed Saddiq Diarah Tutup

"Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat."

"Saya tak boleh halang orang susah dan lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya"

"Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!!" ciap Syed Saddiq di Twitternya.

Oleh kerana tiada penjelasan lanjut maka orang ramai mula beranggapan anggota Polis yang menjalankan tugas itu tidak berhati perut.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan mengapa 'Food Bank' Syed Saddiq itu di arah tutup.

Bacalah!

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan menghentikan aktiviti pengedaran bakul makanan di pejabat atau pusat khidmat rakyat parlimennya kerana didapati melakukan dua kesalahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesalahan pertama Ahli Parlimen tersebut ialah kerana beliau tidak mempunyai kebenaran Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah melakukan aktiviti itu di pusat khidmat parlimennya.

“Beliau memang ada membuat permohonan untuk mengedar makanan tetapi hanya permohonan untuk mengedarkannya dari rumah ke rumah, tiada permohonan melakukan aktiviti di pusat khidmat parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di Johor Bahru, hari ini.

Katanya, kesalahan keduanya ialah ketika edaran itu dilakukan, berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) apabila terlalu ramai penduduk berkumpul di dalam satu tempat sehingga tiada penjarakan sosial.

Ayob Khan berkata, arahan menghentikan aktiviti tersebut dilakukan oleh penguat kuasa kesihatan daerah dan bukannya oleh pihak polis

Katanya, tiada kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada Ahli Parlimen tersebut kecuali amaran.

“Semua Ahli-ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan menjalankan aktiviti kemasyarakat di kawasan mereka tetapi mereka perlu memohon kebenaran rasmi dan mengikut SOP,” katanya.

 Syed Saddiq dalam status media sosialnya menyatakan beliau telah diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok kerana dikatakan terlalu ramai orang beratur di luar pejabat.


Bekas menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau bersedia untuk dikompaun kerana perkara tersebut kerana yakin telah mengikut SOP ketika edaran dilakukan.

Dalam status itu juga, Syed Saddiq menyatakan beliau dan pasukannya berusaha mengagih-agihkan bakul makanan kepada 5,000 keluarga di Muar.

“Biasanya ada dalam 150 keluarga yang datang ke pejabat itu setiap hari tetapi sejak dua hari lepas jumlah keluarga yang datang meningkat dengan tinggi,” tambahnya. – UtusanTV

Credit: Anak Sungai Derhaka

Selasa, 27 April 2021

Geng Nicky: 12 pegawai penguatkuasa ditahan

 

Johor Bahru: Seramai 12 pegawai agensi penguat kuasa ditahan menerusi Op Pelican 3.0 dipercayai terbabit kumpulan jenayah terancang dikenali Geng Nicky.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua yang ditahan itu berusia antara 36 hingga 49 tahun, dengan dua daripadanya adalah daripada agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melancarkan operasi antara 21 April hingga hari ini, di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Pecahan tangkapan bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah meliputi seorang berpangkat Superintendan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan seorang Inspektor bertugas di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

"Bagi Kontinjen Selangor meliputi seorang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor, seorang Asisten Superintendan (ASP) bertugas di cawangan khas IPK Selangor, selain dua Inspektor bertugas di JSJ IPK Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Bagi Kontinjen Melaka meliputi seorang berpangkat DSP bertugas di JSJ IPD Melaka Tengah, manakala Kontinjen Kuala Lumpur meliputi dua polis berpangkat ASP bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan JSJ IPD Sentul," katanya pada sidang media di IPK Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, turut ditahan, seorang Inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan, selain seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya SPRM dan seorang lagi Penguasa SPRM yang bertugas di Putrajaya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan hingga Seksyen 130ZB Kanun Keseksaan Bab VI B Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

"Sehingga kini, jumlah keseluruhan ditahan adalah 64 individu. Siasatan masih dijalankan (soalan bagi rampasan sewaktu tangkapan dan adakah mereka melindungi Geng Nicky).

"Kalau ada nama-nama baharu, kita akan jalankan operasi susulan. Biar kita jalankan soal siasat terperinci, siapkan kertas siasatan. Saya tidak boleh bagi perinciannya. Saya pun tidak menyebut nama sebab mereka belum dituduh lagi.

"Jumlah ini tidak statik. Saya tidak boleh kongsi ada lagi 10 ke, mungkin sebelum ini kita kata ada 34, tapi apabila buat tangkapan, jumlahnya kecil, tidak cukup bukti untuk tuduh. Bergantung kepada siasatan yang dibuat, ia akan berkembang," katanya.

"InsyaAllah... tidak pasti Nicky berada di Malaysia atau luar negara (soalan adakah penangkapan ini membawa kepada penemuan Nicky)," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pada 30 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mendedahkan terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan kumpulan Geng Nicky yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Grou, Nicky Liow Soon Hee.

Pada sidang media sama, Abdul Hamid turut memaklumkan 68 ahli kumpulan jenayah terbabit ditahan termasuk lapan orang kenamaan bergelar Datuk Seri dan Datuk.

-myMetro