"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Afrika Selatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Afrika Selatan. Papar semua catatan

Rabu, 29 Mei 2024

Pokok Baobab:Pokok berusia 2,000 tahun di Afrika Selatan dipanggil The Tree of Life.

 Pokok berusia 2,000 tahun di Afrika Selatan dipanggil The Tree of Life.  Pokok baobab

 Pokok Baobab adalah antara pokok paling unik yang tumbuh di Afrika. LMengikut anggaran, pokok-pokok ini adalah antara pokok tertua di bumi.   Di savana (Afrika) iklimnya sangat kering.  Di mana pokok lain tumbuh dengan susah payah.  Pokok baobab tumbuh subur di sana.

  Semasa musim hujan, pokok baobab menyerap dan menyimpan air di dalam batangnya yang luas.  Sebatang pokok yang penuh boleh menyimpan beribu-ribu liter air di dalam dirinya.Air yang tersimpan di dalam batangnya sangat banyak sehingga pokok itu dapat bertahan selama bertahun-tahun berkat air ini.Boleh bertahan walaupun dalam kemarau.

  Pokok baobab boleh membesar sehingga 30 meter tinggi.  Dan ia boleh hidup sehingga lima ribu tahun.  Pokok baobab boleh menyediakan tempat tinggal, makanan dan air untuk haiwan dan manusia, itulah sebabnya banyak komuniti savana telah membina rumah mereka.Dibuat berhampiran pokok baobab.Dan pokok ini dianggap sebagai pokok kehidupan.

  Buah-buahan pokok ini juga sangat kaya dengan nutrien dan antioksidan.

  Buah baobab adalah satu-satunya buah di dunia yang kering secara semula jadi pada dahannya.   Daripada jatuh dan rosak, ia kekal di dahan dan masak di bawah sinar matahari selama 6 bulan - pulpa buah kering sepenuhnya.

   Salutan baldu hijaunya berubah menjadi tempurung keras seperti kelapa.100% buah tulen dalam bentuk semula jadi.Hebatnya, buah ini mempunyai jangka hayat semulajadi selama 3 tahun.Ia telah digunakan selama bertahun-tahun untuk merawat keletihan, penghadaman, perlindungan daripada penyakit, dan jangkitan, serta mencantikkan kulit.

  Tali diperbuat daripada kulit pokok ini. Manakala daunnya pula dimakan oleh lembu.  Dan air jernih di batangnya boleh diminum.Manakala minyak yang diperbuat daripada biji buahnya digunakan dalam kosmetik.  Nilai yang sangat tinggi di pasaran.

  Pokok baobab tumbuh di beberapa bahagian yang paling kering, terpencil dan termiskin di kawasan luar bandar Afrika.Menurut laporan National Geographic, permintaan terhadap pokok ini semakin meningkat kerana ciri-cirinya yang unik.

 Tanam Pokok, Tanam HARAPAN 💚🌳

📝Marn Ali

Sumber 

Selasa, 30 November 2021

Covid 19: Afrika Selatan huru-hara akibat Omicron

 

PENUMPANG beratur di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di Johannesburg selepas beberapa negara mengenakan sekatan penerbangan. - AFP

JOHANNESBURG: Situasi huru-hara melanda Afrika Selatan selepas pengumuman varian Covid-19 Omicron dikesan pertama kali di negara itu.

Penemuan varian koronavirus baharu itu turut mengakibatkan sebahagian besar negara melarang penerbangan dari Afrika Selatan, selain mencetuskan kebimbangan perintah berkurung ketat bakal dilaksanakan secara besar-besaran.

Penerbangan dari Afrika Selatan ke Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Eropah dibatalkan sejurus selepas saintis secara rasmi mengumumkan penemuan varian tersebut.

“Situasi di sini amat huru-hara, tiada sesiapa yang dapat menjelaskan perkara yang mungkin ketika ini.

“Keadaan berubah dari semasa ke semasa dan kami dibiarkan dalam kesusahan,” kata seorang pengembara yang terkandas di Lapangan Terbang OR Tambo di Afrika Selatan.

Setakat ini, varian Omicron sudah ditemukan di beberapa negara termasuk Australia, Belgium, Botswana, Britain, Denmark, Jerman, Hong Kong, Israel, Itali, Belanda, Perancis, Kanada dan Afrika Selatan.

Kes jangkitan Covid-19 harian di negara ini juga meningkat 13 kali ganda sejak awal November dengan 3,220 kes baharu dilaporkan pada Sabtu lalu.

Sebanyak lapan orang meninggal dunia akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah kematian kepada 89,791 kes sejak pandemik bermula.

Kira-kira 600 penumpang dalam dua penerbangan KLM dari Johannesburg ke Amsterdam dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Schiphol selepas keadaan panik berlaku berikutan pengumuman itu.

“Amat naif bagi negara maju mempercayai bahawa penularan varian ini boleh dihentikan dengan larangan perjalanan dari semua negara Afrika.

“Virus itu sudah menjangkiti masyarakat daripada individu yang tidak pernah pergi atau bersentuhan dengan sesiapa sahaja dari Afrika Selatan.

“Hakikatnya, virus itu ditemukan di sini dan itu tidak semestinya menjadikannya sebagai varian Afrika Selatan,” kata pakar vaksin Afrika Selatan, Shabir Madhi.

Menurut Madhi, Afrika Selatan mempunyai kemudahan penjujukan Covid yang terbaik di dunia berdasarkan pengalaman dalam merawat penyakit batuk kering dan HIV.

“Kami sudah lama mendahului perkara ini namun kami masih menjadi ‘mangsa kejayaan’,” ujarnya.

Sekatan yang dikenakan terhadap semua penerbangan dari negara ini yang dilakukan secara tiba-tiba memberi tamparan hebat kepada industri pelancongan, menyaksikan pembatalan tempahan tiket meningkat mendadak.

“Saya benar-benar terkejut. Pada pagi Jumaat lalu, semuanya baik-baik sahaja dan kini dalam tempoh 48 jam, sekatan penerbangan dikenakan dan kami menyaksikan banyak tempahan dibatalkan,” kata pemilik rumah persinggahan Mziki Safari di wilayah Barat Laut, Manuela Pallamer.

Sektor pelancongan Afrika Selatan kehilangan kira-kira AS$10 bilion (RM42.8 bilion) dalam tempahan pada 2020 disebabkan kemerosotan pengunjung asing susulan pandemik Covid-19.

Malah, sektor itu dianggarkan bakal mengalami kerugian kira-kira AS$10 juta (RM42.8 juta) setiap minggu apabila penerbangan digantung daripada pasaran utama pelancongan luar negara.

“Kita mempunyai pasaran pelancongan tempatan yang baik namun jika semua pelancong asing membatalkan tempahan, maka sektor ini akan musnah,” kata Pallamer.

 LOBI TARIK BALIK SEKATAN 

Usaha melobi untuk menarik balik larangan bermula selepas kerajaan Afrika Selatan dan sektor swasta mengecam dan mempersoalkan mengapa mereka ‘dihukum hanya kerana memaklumkan perkara sebenar’.   

Menurut The Federated Hospitality Association of Southern Africa (FEDHASA), pihaknya bekerjasama dengan kerajaan Afrika Selatan untuk menarik balik larangan berkenaan atau mencabarnya di mahkamah.

“Kami tidak akan membiarkan isu ini berlaku kepada kami. Sebagai sebuah industri, kami akan bekerjasama dengan kerajaan dan badan industri lain untuk mencabar perkara ini secara sah.

“Kami percaya dapat memberi penjelasan saintifik kepada UK dan negara-negara lain bahawa tindakan yang dilakukan ketika ini tidak wajar dan tidak masuk akal,” kata Pengerusi FEDHASA, Rosemary Anderson. – AGENSI