DORTMUND, Jerman: England mara ke final Euro 2024 selepas jaringan minit akhir oleh pemain gantian, Ollie Watkins membantu pasukan itu meraih kemenangan 2-1 ke atas Belanda di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan Sepanyol yang menewaskan Perancis juga dengan keputusan sama, awal pagi Isnin ini.
Belanda mendahului seawal minit ketujuh selepas Xavi Simons menghukum kesilapan Declan Rice yang hilang penguasaan bola menerusi percubaan jarak jauh.
Three Lions bangkit memberi tentangan namun sama seperti ketika berdepan Switzerland yang menyaksikan mereka memerlukan sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir apabila Harry Kane dikasari oleh Denzel Dumfries.
Penyerang Bayern Munich itu menyempurnakan sepakan penalti kontroversi yang disifatkan Gary Neville sebagai 'memalukan' selepas semakan mengambil masa lama menerusi video bantuan pengadil (VAR) sebelum percubaan Phil Foden hampir meletakkan mereka di depan.
Ketika perlawanan seakan diheret ke masa tambahan, Watkins yang menggantikan Kane menyambut hantaran Cole Palmer sebelum menyudahkannya ke dalam gawang Belanda untuk gol kemenangan mereka. – AGENSI
-BH Online
0 ulasan:
Catat Ulasan