PRK SG BAKAP | Beratus-ratus kilometer dari pentas pilihan raya kecil (PRK), ketika keputusan di Sungai Bakap semakin jelas, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menghadiri jamuan makan malam di Selayang, Selangor.
Berinformasi Dan Bermaklumat
PRK SG BAKAP | Beratus-ratus kilometer dari pentas pilihan raya kecil (PRK), ketika keputusan di Sungai Bakap semakin jelas, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menghadiri jamuan makan malam di Selayang, Selangor.
Ketika pemimpin DAP itu mengumumkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRK berkenaan kepada tetamu yang kebanyakannya berbangsa Cina, ia disambut dengan sorakan dan tepukan
“Malam ini di jamuan dengan beberapa ribu orang, saya mengumumkan keputusan PRK Sungai Bakap, dan orang ramai bertepuk tangan,” kongsi Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dalam akaun media sosialnya.
Hantaran itu disertakan dengan emotikon mengerutkan dahi.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Lim menawarkan beberapa siri jawapan ringkas kepada soalan wartawan.
Wartawan: Apakah respons atau pendapat anda?
Lim: Muhasabah diri.
Wartawan: Apa komen anda mengenai keputusan PRK?
Lim: Pengajaran berharga daripada pengundi.
Dia juga memberitahu Malaysiakini bahawa jamuan itu adalah acara bukan politik, tetapi enggan mengulas lanjut.
Abidin Ismail dari PN memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 4,267 undi mengatasi lawannya dari Pakatan Harapan Joohari Ariffin.
Margin kemenangan Abidin lebih besar berbanding pendahulunya Allahyarham Nor Zamri Latiff semasa pilihan raya negeri tahun lepas.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengaitkan kekalahan Pakatan Harapan, antara lain, berpunca daripada isu nasional dan sokongan yang semakin berkurangan daripada pengundi Cina.
-MKini
0 ulasan:
Catat Ulasan