"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Fahmi Fadzil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fahmi Fadzil. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Ogos 2024

Olimpik Paris 2024:RTM perlu beri penjelasan tiada siaran langsung aksi Lee Zii Jia

  Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sidang media di Kementeriannya. - Foto Bernama

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sidang media di Kementeriannya. - Foto Bernama

Putrajaya: Radio Televisyen Malaysia (RTM) diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"...tapi kita akan minta penjelasan daripada pihak RTM nanti," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM sebagai badan penyiaran nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, sebaliknya menyiarkan perlawanan antara atlet Israel Misa Zilberman dan atlet Nepal Prince Dahal.

Untuk rekod, RTM adalah penyiar rasmi temasya sukan berprestij Olimpik Paris selama 17 hari tanpa henti secara percuma.

Acara Sukan Olimpik Paris boleh ditonton secara langsung menerusi saluran TV Okey dan Sukan TV RTM dan 'live streaming' Olimpik juga disiarkan melalui aplikasi RTM Klik.

-myMetro 

Selasa, 19 Julai 2022

'Kenapa bank-bank tidak hentikan transaksi scammer?' - Fahmi Fadzil

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempertikai tindakan bank-bank yang tidak menghentikan atau menyekat transaksi perbankan yang dilakukan penjenayah scammer.-wrlr

Rabu, 30 September 2020

Staf pejabat MP Lembah Pantai positif Covid-1 9,Fahmi buat Swab Test

Fahmi menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur pagi ini. - Foto FB Fahmi Fadzil. 

 KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilaporkan menjalani swab test selepas salah seorang kakitangan di pejabatnya yang baru pulang dari Sabah disahkan positif koronavirus (Covid-19). 

 Menurut Fahmi, beliau dan kesemua kakitangan pejabatnya bertindak ke Klinik Kesihatan Tanglin di sini bagi menjalani saringan Covid-19 pada pagi tadi sebelum kuarantin di rumah. 

 "Semalam salah seorang staf pejabat saya yang baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu telah disahkan positif Covid-19. 

Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buloh (Selangor) untuk rawatan dan isolasi. 

 "Memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat kami, pagi ini kami jalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin di rumah," kongsinya di laman sosial Facebooknya di sini hari ini. 

 Susulan itu, katanya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai terpaksa ditutup sehingga tempoh kuarantin selesai. Kata beliau, langkah tersebut bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai.

 "Unit dekontaminasi akan dihantar untuk proses dekontaminasi pejabat petang ini.

 "Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat (Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai) boleh menghubungi kami melalui laman FB ini atau melalui e-mel," katanya. -SH Online

Jumaat, 28 Ogos 2020

Macam mana kamu kata tak tahu, kata Fahmi kepada Zuraida


Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil hari ini mempersoalkan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, yang mendakwa 2 projek dianugerahkan secara runding terus oleh kementerian itu ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di luar pengetahuannya.

Susulan itu, ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan mendedahkan bukti tangkap layar hantaran Facebook Zuraida memaparkan gambar lawatan beliau ke salah 1 tapak projek berkenaan tahun lalu.

Menerusi bukti tangkap layar itu, Zuraida didapati mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong, bertarikh 10 Disember tahun lalu, atas kapasiti sebagai menteri KPKT di bawah kerajaan PH.



“Kisah menarik hari ini. YB Zuraida kata tidak tahu tentang projek ‘direct nego’ RM170 juta yang didedah Menteri Kewangan semalam,” kata Fahmi dalam hantaran Facebooknya.

“Tapi ada FB post yang menunjukkan beliau hadir di 1 lokasi yang dipercayai tapak projek tersebut. Macam mana kamu kata tidak tahu?.”

Melalui bukti tangkap layar itu, Zuraida, juga dipetik berkata kementeriannya akan membina 1 pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin dalam tempoh setahun. tahun.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengeluarkan kenyataan mencatatkan perincian 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dikatakan diperuntukkan melalui runding terus bawah kerajaan pimpinan PH.

Bagaimanapun, Zuraida berkata 2 projek melibatkan kementeriannya diluluskan tanpa pengetahuannya.

Tengku Zafrul dalam kenyataannya mendedahkan KPKT memperuntukkan 1 kontrak bernilai RM170.3 juta kepada syarikat Bumi Segar Indah Sdn Bhd untuk membina, beroperasi dan menyelenggara 1 pusat pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin.

Kementerian itu juga memperuntukkan 1 kontrak bernilai RM501,206.37 kepada Century Software (Malaysia) Sdn Bhd untuk menyelenggara sistem kewangan dan perakaunan.

Peruntukan KPKT bernilai RM170.79 juta itu merupakan ke-5 terbesar dalam nilai projek runding terus didedahkan menteri kewangan.

Zuraida, yang juga bekas naib presiden PKR, salah seorang daripada 11 ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu pada Mac susulan pemecatan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali sebelum 10 daripadanya menyertai PPBM secara rasmi minggu lalu. FMT