"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Khamis, 14 November 2024

SOAL JAWAB AGAMA: MASALAH WUDUK DAN GINCU

 MASALAH WUDUK DAN GINCU

SOALAN :

Jika seorang perempuan yang memakai gincu pada bibirnya kemudian apabila masuk waktu solat dia terus mengambil wuduk tanpa menanggalkan dulu gincu itu adakah sah wuduknya atau tidak?

JAWAPAN :

Setengah dari syarat sah wuduk ialah tidak ada sesuatu yang menghalang air basuhan kena ke atas anggota wuduk.

Dan adalah dua bibir itu ialah termasuk anggota muka yang zahir yang wajib sampai air ketika mengambil wuduk.

Oleh kerana itu jika ketika membasuh mukanya ada suatu yang menghalang dari air kena pada bibirnya seperti bedak atau lilin atau getah atau cat atau sisik ikan atau gincu maka basuhan tersebut adalah tidak sah dan jadilah wuduknya itu tidak sah.

Orang yang solat dengan keadaan air basuhan wuduk tidak kena pada sebahagian anggota wuduk yang wajib basuhnya nescaya solatnya itu tidak sah dan wajib atasnya mengulangi solat tersebut.

Telah diriwayatkan daripada Khalid bin Ma’dan daripada sebahagian sahabat Nabi sollallahu alaihi wasallam :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا يُصَلّي وَفِي ظَهْرِ قَدَمِهِ لُمْعَةٌ قَدْرُ الدِّرْهَمِ لَمْ يُصِبْهَا الْمَاءُ ، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُعِيدَ الْوُضُوءَ وَالصَّلَاةَ

Artinya : “Sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam pernah ternampak seorang lelaki yang sedang solat dan pada belakang tumitnya ada sebesar syiling yang tidak kena air. Maka Nabi sollallahu alaihi wasallam menyuruhnya untuk mengulangi semula wuduk dan solatnya. (Hadith Abu Daud)

Telah berkata oleh Imam Nawawi :

إذا كان على بعض أعضائه شمع أو عجين أو حناء وأشباه ذلك فمنع وصول الماء إلى شيء من العضو لم تصح طهارته سواء أكثر ذلك أم قل

Artinya : “Apabila adalah di atas sebahagian anggota wuduknya lilin atau lemak atau pewarna atau yang seumpamanya maka jadi ia menghalang sampai air kepada suatu dari anggota wuduknya nescaya tidak sah bersucinya itu samada banyak yang menghalang itu atau sedikit.”(Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzab).

Dan tiada khilaf pada tidak sahnya wuduk yang tidak rata air pada anggotanya.

Berkata Imam Nawawi :

أَنَّ مَنْ تَرَكَ جُزْءًا يَسِيرًا مِمَّا يَجِب تَطْهِيره لَا تَصِحّ طَهَارَته، وَهَذَا متفق عليه. انتهى

Artinya : “Sungguhnya barangsiapa yang meninggalkan satu juzuk yang kecil dari anggota yang wajib dibasuhnya nescaya tidak sah bersucinya itu. Dan ini telah disepakati oleh ulamak atasnya.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Kesimpulannya orang perempuan yang mengambil wuduk tanpa menanggalkan terlebih dulu gincu pada bibirnya dan air basuhan wuduk tidak kena pada bibirnya kerana ditutupi oleh gincu nescaya wuduknya itu tidak sah dan solat yang dikerjakan dengannya itu juga tidak sah.

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Rabu, 13 November 2024

Adakah Israel berhak wujud dan mempertahankan diri?Ya,kata Anwar

 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau mengiktiraf hak Israel untuk wujud sebagai sebuah negara serta haknya untuk "mempertahankan diri", pendirian yang dilihat bakal mencetuskan persoalan sama ada beliau sehaluan dengan dasar kerajaan Malaysia untuk tidak mengiktiraf negara Yahudi itu.

Dalam wawancara bersama CNN baru-baru ini, di mana Anwar turut mengkritik media Barat yang cuba mengenepikan isu penjajahan selama beberapa dekad di wilayah Palestin dan menyebarkan naratif yang berat sebelah sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas tahun lepas, perdana menteri ditanya sama ada beliau menerima hak Israel untuk wujud dan haknya untuk mempertahankan diri.

Beliau menjawab "ya" kepada kedua-dua soalan.

Terdahulu, Anwar ditanya wartawan CNN Richard Quest sama ada beliau cuba menghalalkan serangan Hamas itu apabila berhujah ia merupakan kesan daripada keganasan Israel.

"Sebagai contoh, jika masyarakat antarabangsa mengambil pendirian moral yang tinggi serta konsisten, maka saya akan akur, 'ya kita mesti hentikan tindakan keterlaluan ini'," kata Anwar.

CNN: Tetapi anda akan setuju bahawa, A: Israel berhak wujud.

Anwar: Ya, ya.

CNN: Dan B: Israel berhak mempertahankan dirinya.

Anwar: Ya.

Isu mengiktiraf negara Israel menjadi asas kepada dasar Malaysia untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan negara Zionis itu, pendirian yang turut diambil kira-kira 30 kerajaan di seluruh dunia.

Sebelum serangan 7 Oktober yang disusuli dengan serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza, Washington secara agresif mempromosikan apa yang dipanggil Perjanjian Abraham dalam usaha menormalisasikan hubungan negara Arab dan Islam dengan Israel - inisiatif yang pertama kali dilancarkan ketika pentadbiran penggal pertama Donald Trump.

Sebaliknya, Malaysia dan banyak kerajaan Islam melihat penyelesaian dua negara sebagai jalan tengah yang membolehkan mereka mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, sekutu utama Israel, pada masa sama menyokong negara Palestin yang merdeka.

Kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 50,000 orang, dilihat menguburkan penyelesaian dua negara, apabila ramai pemimpin Israel secara terbuka menentang sebarang negara Palestin, malah menggesa pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin.

Jawapan Anwar kepada soalan CNN bakal mendapat tentangan aktivis pro-Palestin di Malaysia yang selama ini membantah keputusannya untuk membawa masuk sebuah syarikat milik gergasi pelaburan AS BlackRock, menyertai pemegang saham dalam konsortium menguruskan lapangan terbang di Malaysia.

BlackRock mempunyai reputasi memperkasakan ekonomi Israel di samping pelaburannya yang meluas dalam industri senjata AS yang membekalkan kelengkapan tentera kepada Israel.

Anwar telah menolak bantahan terhadap penglibatan BlackRock, seperti mana beliau mempertahankan penyertaan syarikat senjata AS yang berurusan dengan tentera Israel dalam sebuah pameran pertahanan dianjurkan kerajaan Malaysia pada Mei lalu.

Bulan lalu, Anwar dikritik kerana mengadakan pertemuan mesra dengan Anthony Blinken, setiausaha negara AS yang terkenal sebagai penyokong tegar Zionis.

"Wahai Anwar... Anda sepatutnya tidak bertemu Blinken ketika dia menyembelih umat Islam Palestin dan Lubnan," kata Sami Hamdi, seorang wartawan dan pakar Timur Tengah berpangkalan di United Kingdom, dalam kiriman media sosial yang mengundang serangan  oleh tentera siber (cybertrooper) Pakatan Harapan.

Lebih sedekad lalu, Anwar dikecam susulan wawancara bersama akhbar The Wall Street Journal, di mana beliau dipetik sebagai berkata akan "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 2022, akhbar berpengaruh Israel Haaretz menyifatkan pelantikan Anwar sebagai membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Israel dan Malaysia.

"Israel akan menyukai hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkin ini adalah peluang?" tulis ketua pengarang Haaretz, Esther Solomon.

Akhbar itu turut menganggap Anwar lebih terbuka dalam menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, sambil membuat perbandingan dengan Dr Mahathir Mohamad yang kerap dilabelkan ahli politik Israel sebagai "anti-Yahudi".

"Walaupun rekod (kenyataannya) bercampur-baur, (Anwar) Ibrahim sememangnya lebih terbuka kepada Israel berbanding Mahathir yang mengambil pendirian keras, di mana ia berpotensi memberi peluang kepada Israel untuk memperbaiki hubungan (dengan Malaysia) ke tahap tertentu," lapor akhbar itu.

Source 

Selasa, 12 November 2024

Newspaper Rock: Khazanah Purba Yang Menyingkap Rahsia 2,000 Tahun Sejarah Manusia"

 "Newspaper Rock: Khazanah Purba Yang Menyingkap Rahsia 2,000 Tahun Sejarah Manusia" 

MasyaAllah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pencipta, yang telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk meninggalkan warisan yang kekal hingga ke hari ini. Di tengah-tengah padang pasir Indian Creek State Park, Utah, Amerika Syarikat, tegak berdiri sebuah batu yang dikenali sebagai Newspaper Rock - saksi sejarah yang telah bertahan lebih 2,000 tahun.

Khazanah sejarah ini bukanlah sekadar batu biasa. Ia merupakan sebuah "arkib purba" yang menyimpan ratusan ukiran petroglyph meliputi kawasan seluas 200 kaki persegi. Setiap ukiran yang terpahat di atas permukaan batu pasir gelap ini menyimpan cerita tersendiri - daripada lukisan haiwan dan manusia, hingga simbol-simbol rumit yang dipercayai menggambarkan unsur-unsur alam semesta.

Keistimewaan Newspaper Rock terletak pada lapisan "desert varnish" - sejenis lapisan kimia semula jadi yang terbentuk daripada campuran mangan, besi dan bakteria. MasyaAllah, dengan kebijaksanaan-Nya, Allah telah mencipta lapisan ini yang bukan sahaja memberikan warna gelap pada batu tersebut, malah bertindak sebagai pelindung semula jadi yang memelihara ukiran-ukiran ini daripada kerosakan mengikut peredaran masa.

Kajian menunjukkan bahawa ukiran-ukiran ini dihasilkan oleh pelbagai suku kaum asli Amerika sepanjang beberapa generasi. Setiap simbol yang diukir mungkin mewakili peristiwa penting seperti aktiviti memburu, kejadian alam semula jadi, atau mungkin catatan tentang kedatangan penjajah ke kawasan tersebut. Yang lebih mengagumkan, beberapa simbol di Newspaper Rock mempunyai persamaan dengan ukiran-ukiran yang dijumpai dalam tamadun purba lain seperti Maya, Mesir Purba, dan tamadun Asia. Ini menimbulkan persoalan tentang kemungkinan wujudnya hubungan atau pengaruh antara tamadun-tamadun tersebut.

Aspek sains dan matematik dalam ukiran-ukiran ini juga sangat menarik. Simbol-simbol berbentuk bulatan dan susunan geometri yang tersusun mencadangkan bahawa suku kaum ini mungkin memiliki pengetahuan asas tentang ilmu bintang. Ada penyelidik yang percaya bahawa sebahagian ukiran mungkin merupakan peta bintang atau panduan untuk mengenal pasti musim - bukti kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepada manusia sejak zaman purba.

Kehadiran simbol-simbol yang kelihatan seperti "makhluk luar biasa" - dengan kepala besar dan badan tidak seimbang - telah mencetuskan pelbagai teori menarik. Walaupun sesetengah pihak mengaitkannya dengan fenomena luar biasa, ia mungkin hanya gambaran makhluk rohani atau cerita lagenda dalam budaya mereka. Ini menunjukkan betapa kayanya daya imaginasi dan kepercayaan rohani manusia purba.

Dari segi teknikal, kemahiran mengukir batu keras tanpa peralatan moden membuktikan kepakaran suku kaum ini. Mereka menggunakan alat ringkas dari batu dan tulang untuk menghasilkan ukiran yang begitu halus dan terperinci - satu lagi bukti kebijaksanaan yang Allah kurniakan kepada manusia pada setiap zaman.

Newspaper Rock bukan sahaja warisan sejarah, tetapi juga "perpustakaan terbuka" yang telah dikongsi oleh pelbagai generasi selama ribuan tahun. Ia menjadi bukti bagaimana manusia purba berkomunikasi dan merakamkan sejarah tanpa teknologi moden, hanya berbekalkan kreativiti dan kemahiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

MasyaAllah, betapa agungnya ciptaan Allah yang membolehkan kita hari ini masih dapat menyaksikan dan mengkaji kehidupan manusia ribuan tahun dahulu. Newspaper Rock bukan sekadar batu berukir, tetapi ia adalah buku terbuka yang menceritakan kisah kebijaksanaan, kreativiti, dan kerohanian manusia purba. Ia mengingatkan kita bahawa setiap zaman mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri, dan bahawa ilmu Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.

Source 

Penemuan manuskrip bedil buktikan Melayu dulu bukan hanya guna pedang dan keris untuk berperang


 Kewujudan manuskrip bedil ini adalah salah satu bukti kukuh yang menyanggah penulisan sejarah kononnya orang Melayu dahulu berperang hanya menggunakan keris, parang, pedang dan tombak. Jika pengajian sejarah disekolah saya pasti kita semua tahu apa yang diajarkan dan dikhabarkan bahwa kejatuhan kota Melaka dahulu adalah kerana ketinggalan dari segi teknologi senjata. Sedangkan punca kekalahan Kota Melaka ketika itu adalah kerana ramainya pengkhianat dari dalam. 

Sedangkan Kota Melaka ketika itu sudah memiliki meriam, Dan ada catatan dari pengkaji luar menyatakan bahwa Meriam Melaka itu setanding dengan meriam dari jerman, Dalam serangan portugis yang pertama ke atas kota Melaka, Tok nenek moyang kita ketika itu menggunakan meriam dari darat untuk menyerang askar Portugis yang datang dari laut, Walaupun sebahagian mereka berjaya naik ke darat dan menawan jambatan kota melaka tetapi orang Melayu kita berjaya menumpaskan mereka, serangan itu berlangsung dari waktu subuh hingga petang. 

Berbalik kepada manuskrip bedil, Setakat ini para pengkaji sejarah kita telah menjumpai 24 buah manuskrip mengenai bedil, 6 buah ada di Malaysia dan selebihnya beradi di luar negara seperti Singapore dan British. Gambar manuskrip dibawah itu adalah manuskrip yang telah ditulis ataupun disalin semula pada penghujung abad 18-19 Masihi. Didalamnya tercatat berbagai ilmu berkaitan bedil termasuklah doa² dan mantera untuk peluru dan membedil. Manuskrip tersebut membuktikan orang Melayu kita menerapkan ilmu tasawuf dalam senjata dan ilmu Tauhid dalam peperangan yakni Keyakinan kepada Allah secara total. 

Antara isi kandungannya : 

"Adapun yang sebenar-benar makrifat itu ikhtiar , Apabila berdiri sudah demikian, Iaitu berdiri iradat Allah dengan Kudrat Allah, Jangan dicita-cita lagi tembak yang lebih daripada ini. Maka inilah tembak dunia akhirat."

Dalam manuskrip tersebut lengkap mengajarkan beberapa jenis tembakan seperti Tembakan bidak (Jarak jauh) , Tembakan kilat (Jarak dekat) , Tembakan ustaz (Head Shot) , Tembakan alat (Bahagian badan). Kagum bukan ? Segala ilmu berkaitan bedil terdapat dalam manuskrip tersebut , Yang diantaranya ilmu mengenal peluru, Ilmu ketepatan, Ilmu jarak, Syarat dan Rukun tembakan dan bermacam lagi. 

Kalau penembak biasanya main isi je peluru Lepastu aim, Tapi Tok Nenek moyang kita ada cara dan petua tersendiri, Sebelum menembak mereka akan ambil 7 peluru dan diletakkan atau dituangkan dalam genggaman tangan, Ini adalah ilmu mengenal peluru mematikan yang dinamakan "peluru tuang" mana² peluru yang berada ditapak tangan itu menghadap ketubuh kita, Maka peluru tersebutlah yang digunakan. 

Dan pandai tembak Melayu akan berkata : 

"Jibril nama peluru aku, Mikail nama tembak aku, israfil nama bedil aku, Izrail nama tangan aku, Barang kehendak aku diikut olehmu, Dengan berkat Dato Raja Lela."

Selepas itu pandai tembak Melayu akan menggigit peluru tersebut, Sambil berkata YaRabbu YaRabbu, Kemudian dicalitkan dengan lidah dengan berkata "Tulang urat jalan engkau hanya jantung tempat engkau, Aku tembakkan bagi Allah padamu, Dengan berkat Lailaha illa Allah Muhammadur Rasulullah." 

Barulah tembakan dilepaskan....

Jika berhadapan dengan musuh seorang sniper , Mereka akan membaca doa dengan berkat Rasulullah S.A.W , 

"WamahumBidorrinaBihi, Min Ahadin Illa Biiznillah."

 Doa ini akan dibaca sebanyak 3 kali, Dengan izin Allah peluru musuh akan melencong. 

Jika mereka berhadapan dengan orang yang kebal, Mereka akan menggunakan peluru emas, perak atau suasa dan dibidik ke jantung musuh dan ditembak dengan satu nafas saja. 

Masih banyak lagi ilmu² orang Melayu kita dahulu, Ilmu Tasawuf memang tidak akan pernah ditinggalkan dalam tiap² ilmu yang mereka laksanakan, Bagi mereka bedil itu hanyalah satu alat yang mencapat matlamat selebihnya adalah kehendak Allah Jua. Begitulah hebatnya Tauhid nenek moyang kita dahulu, Segala yang mereka lakukan dengan niat Lillahi Ta'ala dan penuh keyakinan kepada Tuhan, Jika ilmu yang mereka terapkan dan laksanakan tidak menjadi, Maka mereka tidak mengeluh kerana mereka yakin Itu kehendak Allah Ta'ala. 

Wallahu'alam. 

Al-Fatihah buat semua pejuang Melayu Islam yang telah syahid mempertahankan Agama Allah dan Tanah Air kita. Berkat perjuangan dan pengorbanan mereka islam sampai kepada kita hari ini.

Source 

Isnin, 11 November 2024

Kota Purba Babylon dan Taman Tergantungnya, salah satu Tujuh Keajaiban Dunia

 K O T A   B A B Y L O N  

Kota Purba Babylon dan Taman Tergantungnya, salah satu Tujuh Keajaiban Dunia

Babylon, salah satu kota paling terkenal dalam sejarah purba, adalah ibu kota Mesopotamia selatan (Babylonia) dari milenium ke-2 hingga awal milenium ke-1 SM. Pada puncak kemegahannya, ia menjadi ibu kota empayar Neo-Babylon (Chaldean) pada abad ke-7 dan ke-6 SM.

Pada masa kegemilangannya, Babylon adalah sebuah kota yang megah dengan struktur yang mengagumkan, termasuk:

Taman Tergantung Babylon, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba

Pintu Gerbang Ishtar, pintu gerbang terkenal yang dihiasi dengan imej lembu dan naga

Kuil Marduk, dewa utama masyarakat Babylon

Runtuhan luas Babylon terletak berhampiran dengan bandar moden Al-Ḥillah, Iraq, kira-kira 55 batu (88 km) di selatan Baghdad, di tebing Sungai Euphrates. Walaupun kota itu pernah menjadi metropolis yang pesat, ia kini adalah tapak arkeologi yang luas.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ahli arkeologi telah membuat penemuan penting di tapak ini, termasuk penggalian tembok kota purba dan penemuan beberapa runtuhan yang terpelihara dengan baik.

Walaupun mempunyai kepentingan sejarah yang besar, runtuhan Babylon telah terdedah kepada pelbagai ancaman, termasuk:

Peperangan dan konflik, yang telah merosakkan tapak tersebut dan menyukarkan akses

Kecurian dan vandalisme, yang menyebabkan kehilangan artifak berharga

Kemerosotan persekitaran, yang menjejaskan pemuliharaan runtuhan

Usaha sedang dijalankan untuk memulihkan dan melindungi kota purba Babylon, termasuk:

Kerjasama antarabangsa, seperti Pusat Warisan Dunia UNESCO, untuk memelihara tapak tersebut

Penglibatan komuniti tempatan, bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan tapak

Projek pemulihan, untuk membaiki dan memelihara runtuhan

Kota purba Babylon adalah bukti kepintaran dan kreativiti. Walaupun keadaannya kini rapuh, usaha untuk memulihara dan mengekalkan tapak ini memberikan harapan agar relevansi dan kepentingannya dapat dikekalkan.

Source 

Sabtu, 9 November 2024

Tingkatkan Nafsu Syahwat Dengan Jilat Kemaluan Isteri, Ini Penjelasan Menurut Pandangan Islam

 HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI

Sesetengah pasangan berkahwin memilih untuk menjilat faraj isteri ketika foreplay untuk meningkatkan lagi nafsu syahwat. Walau bagaimanapun, pernah tak anda terfikir mengenai hukum jilat kemaluan isteri menurut pandangan Islam?

Perkara ini diulaskan dengan lebih lanjut di bawah untuk bacaan pasangan suami isteri dan diharapkan dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda.

HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI MENURUT PANDANGAN ISLAM

HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ

Maksud: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;” (Surah al-Baqarah: 223

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa semua jenis hubungan seksual suami isteri boleh lakukan kecuali melakukan hubungan melalui dubur. Hal ini kerana perbuatan itu dilarang dan bercanggah dalam Islam.

Perbuatan menjilat kemaluan isteri tidak menjadi masalah selagi mana berlandaskan Islam dan tidak melakukan hubungan seksual ketika isteri sedang haid.

Selain itu, sekiranya pasangan suami isteri melakukan seks oral ini, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak tertelan najis seperti firman Allah SWT di bawah.

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’ : 19)

Para fuqaha’ bersepakat bahawa harus bagi suami untuk menjilat faraj isterinya. Walau bagaimanapun, hendaklah dilaksanakan dengan penuh adab dan penghormatan antara satu sama lain. Keredaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredai Allah SWT.

Sekiranya anda memilih untuk seksual dengan menggunakan mulut, pastikan ia tidak membawa kepada sebarang penyakit dan masalah kesihatan.

Jadi, sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan dan tidak menjadi satu masalah.

*Semoga artikel ini memberi manfaat.

Kredit:Siraplimau.Com

Jumaat, 8 November 2024

Ina Naim Sah Bernikah Dengan Pilihan Hati Pagi Ini, Tahniah!

 Hari yang ditunggu sudah pun tiba, balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim sah bernikah dengan pilihan hatinya hari ini.

Anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam yang menghadiri majlis akad nikah tersebut telah membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.

Ina Naim sah bergelar isteri Khairul Rizal

Difahamkan, majlis serba sederhana tersebut dilangsungkan di Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga.

Majlis dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat serta ditonton lebih 10,000 orang di TikTok.

Tahniah diucapkan kepada Ina dan pasangannya, Mohamad Khairul Rizal. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia sehingga ke syurga.


Terdahulu, Ina yang juga seorang penyanyi berkahwin dengan anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, pada 12 Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Rabu, 6 November 2024

Cuba Cari Apa Yang 'Hilang' Dalam Gambar Ni… Keajaiban Ciptaan Allah Yang Menipu Mata Kita!

 "Cuba Cari Apa Yang 'Hilang' Dalam Gambar Ni… Keajaiban Ciptaan Allah Yang Menipu Mata Kita!"

MasyaAllah! Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang telah menganugerahkan keupayaan luar biasa kepada makhluk-Nya. Di Madagascar, terdapat seekor haiwan yang mengagumkan iaitu gecko berdaun atau nama saintifiknya Uroplatus phantasticus, yang memiliki kebolehan penyamaran yang menakjubkan sehingga boleh 'menghilang' dari pandangan mata!

Gecko istimewa ini hanya boleh ditemui di hutan hujan tropika Madagascar, terutamanya di kawasan tanah rendah dan pergunungan yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar. Keunikannya terletak pada kemampuannya untuk menyamar dengan sempurna, menyerupai daun-daun mati atau kulit pokok yang telah buruk. Dengan hanya menggerakkan sedikit otot tubuhnya, gecko ini mampu mengubah posisi sehingga tekstur dan bentuk badannya kelihatan seperti sebahagian dari persekitarannya.

Dari segi sejarah, gecko telah wujud sejak lebih 100 juta tahun lalu, semasa era Mesozoik ketika dinosaur masih menghuni bumi. Penemuan fosil gecko purba menunjukkan struktur badan yang hampir sama dengan gecko moden, membuktikan kesempurnaan reka bentuk asalnya. Mossy-tailed gecko Madagascar merupakan adaptasi yang lebih khusus, di mana Allah SWT telah mengurniakan ciri-ciri istimewa untuk hidup dalam ekosistem hutan Madagascar.

Keupayaan penyamaran gecko ini bukan sekadar pada warnanya, tetapi meliputi keseluruhan struktur badannya. Kulitnya yang berkedut dan bertekstur membolehkannya melekat dengan sempurna pada batang pokok. Corak pada kulitnya pula menyerupai lumut dan liken yang tumbuh pada pokok, menjadikannya hampir mustahil untuk dikesan oleh pemangsa seperti burung atau ular.

Cara pemburuan gecko ini juga unik. Pada waktu malam, ia akan keluar memburu serangga dengan menggunakan teknik mengendap yang sangat berkesan. Mata besarnya yang sensitif kepada cahaya membolehkannya melihat dengan jelas dalam kegelapan, manakala kemampuan penyamarannya membolehkannya menghampiri mangsa tanpa disedari.

Berbeza dengan kebanyakan gecko lain, spesies ini tidak mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Sebaliknya, ia bergantung kepada gerakan badan dan perubahan warna untuk berinteraksi dengan pasangannya atau mengelak dari ancaman pemangsa. Ini adalah satu lagi bukti kebijaksanaan Allah dalam mencipta makhluk yang sesuai dengan persekitarannya.

Dalam ekosistem, gecko ini memainkan peranan penting sebagai pengawal populasi serangga. Kemampuan penyamarannya membolehkannya memburu dengan berkesan sambil mengelak dari menjadi mangsa. Keseimbangan ini adalah bukti kesempurnaan sistem yang Allah cipta dalam alam semula jadi.

Keistimewaan gecko ini turut menjadi inspirasi dalam bidang teknologi moden. Para saintis sedang membangunkan bahan-bahan dan pakaian yang boleh mengubah warna dan tekstur seperti kulit gecko ini. Teknologi ini berpotensi digunakan dalam peralatan ketenteraan, pakaian pelindung, dan sistem keselamatan yang lebih canggih. Sebagai contoh, pakaian tentera yang boleh menyesuaikan warna mengikut persekitaran, atau kenderaan yang boleh berkamuflaj secara automatik.

MasyaAllah, betapa sempurnanya ciptaan Allah! Gecko berdaun Madagascar ini hanyalah satu contoh kecil dari jutaan makhluk yang membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT. Setiap ciri dan kebolehannya telah direka dengan teliti untuk memastikan survival dalam ekosistem yang mencabar.

Semoga artikel ini membuka mata dan hati kita untuk lebih menghargai kebesaran Allah dan mengambil pengajaran dari setiap ciptaan-Nya. MasyaAllah, Maha Suci Allah yang telah mencipta segala sesuatu dengan penuh hikmah dan kesempurnaan.

Source 

Selasa, 5 November 2024

Ahli Parlimen PKR kecam Anwar terpalit 'kapitalis kebal dilindungi undang-undang 3R'


 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Hassan Karim berkata pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan Dr Mahathir Mohamad dulu apabila dirinya didampingi individu dan entiti korporat yang menyasarkan kontrak lumayan, susulan keputusan kontroversi Putrajaya untuk melantik sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong dalam projek rangkaian kedua 5G.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu yang terkenal dengan kelantangannya mengkritik presiden partinya sendiri, berkata di samping kapitalis kroni yang diwarisi dari era Mahathir dan kroni Anwar sendiri, wujud sekumpulan kecil kroni kapitalis "menonjol" dan "agak luar biasa".

"Golongan ini agak kebal dan tidak mudah disentuh kerana dilindungi oleh momokan undang-undang yang bernama 3R," kata Hassan, merujuk kepada "kaum, raja dan agama", iaitu alasan yang sering digunakan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengkritik kerajaan di bawah Akta Hasutan.

Menurut Hassan, kewujudan "golongan kayangan" tersebut terbukti dengan langkah kerajaan menganugerahkan kontrak menyelenggara jaringan 5G kepada syarikat telco yang secara relatif merupakan "pendatang baru", di mana 22.31% sahamnya dikuasai oleh institusi yang dilarang oleh Perkara 34(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau merujuk kepada U Mobile Sdn Bhd, syarikat di mana Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memegang kepentingan kedua terbesar, bersama-sama beberapa syarikat dan individu termasuk taikun Vincent Tan.

Perkara 34(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong "tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial".

Hassan berkata imej "kerajaan Madani" Anwar yang berslogankan "tatakelola, urustadbir kerajaan yang baik, telus dan amanah" kini tercalar dengan kemunculan semula kapitalis kroni.

"Tetapi kali ini datangnya dari golongan mahakaya," katanya, menggunakan istilah yang kerap dilontarkan Anwar dalam ucapannya.

Keputusan memilih U Mobile telah mengejutkan pemain industri, lebih-lebih lagi apabila syarikat telekomunikasi yang lebih berpengalaman seperti Celcom dan Maxis dipinggirkan.

Maxis dalam satu kenyataan berkata ia sedang cuba mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memahami rasional di sebalik keputusan memilih U Mobile.

Syarikat itu berkata ia mengemukakan "cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif" kepada SKMM semasa proses tender rangkaian 5G kedua.

"Liputan meluas kami di Malaysia dengan lebih 11,000 tapak mudah alih di seluruh negara boleh dinaik taraf dengan mudah dalam memberikan pengalaman 5G terbaik dan memajukan pembangunan digital negara," kata Maxis.

Source 

Isnin, 4 November 2024

Panduan Solat Jenazah

 **SOLAT JENAZAH**

1. **NIAT**

   Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan:  

   أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

   "Sahaja aku solat ke atas mayat ini perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala."

   Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki:  

   أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى 

   "Sahaja aku solat ke atas mayat ini lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala."

   Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan:  

   أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى  

   "Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala."

   Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak lelaki:  

   أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

   "Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta'ala."

   Lafaz niat solat jenazah bagi imam:  

   أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى 

   "Sahaja aku solat ke atas mayat ini perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah Ta'ala."

   Lafaz niat solat jenazah bagi makmum:  

   أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى  

   "Sahaja aku solat ke atas mayat ini perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Ta'ala."

2. **TAKBIR PERTAMA (TAKBIRATUL IHRAM)**

   Angkat takbir pertama sambil niat dalam hati dan teruskan membaca surah Al-Fatihah:  

   بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١) الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣) مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥) اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (٦) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّينَ (٧)

3. **TAKBIR KEDUA**

   Angkat takbir kedua dan baca selawat ke atas Nabi SAW.:  

   اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ  

   "Ya Allah, berikanlah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. dan keluarganya."

4. **TAKBIR KETIGA**

   Angkat takbir ketiga dan baca doa:  

   Lelaki:  

   أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ  

   Perempuan:  

   اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا  

   "Ya Allah, berilah keampunan, limpahkan rahmat dan maafkan kesalahannya."

   *Nota: Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, doa ini tidak dibacakan kerana mereka belum dikira dosa pahala oleh malaikat.*

5. **TAKBIR KEEMPAT**

   Angkat takbir keempat dan baca doa:  

   Lelaki:  

   أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ  

   Perempuan:  

   اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا  

   "Ya Allah, janganlah Engkau menutup pahala mayit ini kepada kami dan ampunilah kami serta dia."

6. **MEMBERI SALAM KE KANAN DAN KE KIRI**

   Bacaan selepas salam:  

   1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.  

   2. Surah Al-Falaq 1 kali.  

   3. Surah An-Nas 1 kali.  

   4. Surah Al-Fatihah 1 kali.  

   5. Surah Al-Baqarah 1-5.  

   6. Surah Kursi 1 kali.  

   7. Doa yang sesuai.


**SUMBER DARI:** Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Semoga bermanfaat, InsyaAllah. Aamiin.

السَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَــــــــــاتُه .. 

fb @ mansor bin yaakob #mansor

Ahad, 3 November 2024

Empayar Burma yang kini hanya tinggal BAYANG-BAYANG

 Empayar BURMA.

Sebuah Empayar yang kini hanya tinggal BAYANG-BAYANG.

Antara sebab saya minat sejarah Burma kerana kehebatan mereka di zaman lampau yang cukup underrated dan tak diketahui ramai. Hari ini mungkin ramai tahu Myanmar sebagai negara yang penuh kontroversi akibat pergolakkan, perang saudara, perang etnik, perang agama, kemiskinan dan sebagainya. Tapi semua itu berlaku, adalah angkara British juga.

Sekitar tahun 1500 hingga ke awal 1800an, Burma adalah sebuah empayar yang antara paling kuat di rantau Asia tenggara. Kekuatannya kini, hanya tinggal Bayang² sahaja. Bak kata omputeh : Burma now, is just a shadow of its glorious powerful past.

Kalau tengok dari gaya peta ni, ini peta buatan Inggeris pada kurun ke-18 (1700an). Mungkin sewaktu kempen awal dinasti Konbaung Burma membuli negara² jirannya sebelum "dihukum" oleh dinasti Qing China pada 1760an.

Seluruh Siam, laos dan kambodia ditakluk Burma.

Antara topik menarik yang saya bercadang untuk divideokan.

Source