"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Haniza Talha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haniza Talha. Papar semua catatan

Rabu, 6 Januari 2021

UMNO perlu hentikan politik pentingkan diri

 


SHAH ALAM -
 UMNO semakin terdesak untuk mendapatkan kuasa sehingga bertindak untuk menggulingkan kerajaan dan mengenepikan kebajikan rakyat, kata Setiausaha Wanita Perikatan Nasional (PN), Haniza Talha.

Beliau berkata, sikap pentingkan diri dan rakus UMNO bukan sahaja akan memberi kesan kepada kerajaan tetapi juga kepada rakyat.

Justeru, katanya, UMNO perlu menghentikan politik pentingkan diri yang menambah musibah kepada negara dan rakyat.

"Tatkala rakyat dan negara berdepan cabaran Covid-19 dan bencana banjir, kita dikejutkan pula dengan laporan segelintir politikus dan partinya yang seakan rakus dan terdesak untuk menggulingkan kerajaan demi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

"Nampaknya peningkatan kes Covid-19 yang mencecah empat angka hampir setiap hari dan bencana banjir tidak memberi kesan kepada mereka, asalkan kelangsungan politik mereka tercapai. Seakan tiada hati dan perasaan walhal yang cukup merana kini adalah rakyat," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Haniza yang juga Presiden Nation of Women (NOW) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata, rakyat sewajarnya menolak kerakusan ahli politik UMNO yang mementingkan diri daripada membantu kesusahan dihadapi rakyat.

Dakwanya, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan partinya jelas melanggar titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua ahli politik mengenepikan perbezaan dan bersama kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19.

"UMNO perlu kembali kepada fitrah untuk membantu rakyat. Jangan terdesak untuk menyelamatkan diri, mahu jawatan dan gila kuasa sehingga negara menjadi huru-hara.

"Sia-sia segala usaha pemimpin utama negara mahupun 'frontliner' kita yang berusaha mengurangkan jangkitan kes Covid-19, semua ini dimusnahkan sebab politik yang semakin memburuk ini," katanya.

Terdahulu, Haniza mempersoalkan adakah ketika ini masa yang sesuai untuk pihak berkenaan bermain isu politik.

Katanya, negara dibebani dengan pelbagai musibah penyakit dan bencana malah ramai kehilangan pekerjaan akibat pandemik.

"Di mana perasaan mereka, tidak sensitif kah mereka? Kerajaan berusaha membawa masuk vaksin keutamaan untuk keselamatan rakyat yang berisiko tinggi untuk melandaikan jangkitan agar ekonomi dan dijana semula seperti sedia kala.

"Pemimpin utama negara berusaha untuk membantu rakyat. Dari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memandu sendiri kenderaan untuk meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur untuk bertemu dengan rakyat di Pusat Pemindahan Sementara di Maran sehinggalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang melawat mangsa banjir di negeri terlibat," katanya.

Menurut Haniza, fokus mereka pastinya untuk negara dan rakyat tercinta.

"Persoalannya adakah ini masa yang sesuai untuk pihak di sebelah sana untuk bermain isu politik?

"Jelas UMNO semakin terdesak untuk mendapatkan kuasa sehingga membuat tuntutan jawatan dalam kerajaan dan sanggup bekerjasama dengan pembangkang," katanya.

-detikdailyonline