"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label anak Muda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak Muda. Papar semua catatan

Khamis, 29 Ogos 2024

"Nasihat Rasulullah SAW kepada Para Pemuda."

 "Nasihat Rasulullah SAW kepada Para Pemuda."

Oleh: Muqri Nizam

Pemuda merupakan benteng dalam masyarakat. Jikalau runtuhnya pemuda kini nescaya runtuhlah asas masyarakat kita pada hari ini. Islam sebagai sebuah Agama Fitrah amat menitik beratkan peranan pemuda. Hal ini dibuktikan lagi dengan peranan pemuda pada era awal Islam ramai ashabi yang muda muda telah menunjukkan peranan mereka.

Kita lihat dua pemberani daripada golongan Ansar yang merupakan dari kalangan pemuda dalam Pertempuran Badar Al-Kubra telah memperlihatkan keberanian mereka dengan membunuh ketua Musyrikin Makkah iaitu Abu Jahal. Di sini kita melihat potensi pemuda tidaklah diabaikan dalam Islam.

Dalam sebuah Hadis, Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)” (Riwayat al-Bukhari: 5065 dan Muslim: 3466)

Di sini kita dapat lihat bahawa nasihat Rasulullah SAW kepada para pemuda agar dianjurkan untuk menikah. Mengapa nikah? Pertamanya, perlu difahami bahawa pemuda merupakan golongan yang paling terdedah untuk melakukan perbuatan yang melampaui dari batasan syarak tanpa menafikan golongan tua juga boleh berlaku.

Justeru, saranan ini lahir dari sabdaan Nabi SAW. Diikuti jikalau mempunyai kekurangan maka berpuasalah. Dalam berpuasa itu, dapat menahan diri kita dari melakukan perkara yang Haram.  Perlu kita ketahui bahawa Islam amat menitik beratkan fitrah manusia dalam kehidupan. 

Dan jelaslah saranan Nabi SAW ini sebagai suatu perkara yang jelas memberi kemudahan buat manusia untuk membebaskan diri dari gejala seks bebas yang nantinya merosakkan diri di kemudian hari.

----

Credit 

Isnin, 23 November 2020

Sifat “Ego” ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?

 

Sifat “Ego” ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?

Tatkala semakin banyak negara menyaksikan kemunculan pemimpin-pemimpin muda menerajui negara masing-masing, di Malaysia pula barisan pemimpin muda masih belum menyerlah atau terus dibayangi pemimpin golongan veteran.

Sanna Marin pada usia 34 tahun menjadi perdana menteri termuda di dunia dengan menerajui kerajaan baharu Finland pada Disember 2019. Wanita itu merupakan antara semakin ramai perdana menteri di bawah usia 40 tahun selain Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, 39, Oleksiy Honcharuk, 36, (Ukraine) dan Kim Jong Un, 35, (Korea Utara).

Untuk rekod, pemimpin-pemimpin kanan di negara ini berada dalam lingkungan umur 65 hingga 95 tahun. Pemimpin paling veteran dan masih aktif adalah bekas perdana menteri dan Presiden Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 95 tahun, diikuti pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, 81, yang dilihat sebagai antara ‘key player’ dalam kemelut politik masa kini ‘siapa ada majoriti di Dewan Rakyat’.

Kesemua yang lain juga bukan muda. Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berusia 73 tahun, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (67), Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (73), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (72) dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu (66).

Walaupun terdapat ramai pemimpin muda yang aktif, antaranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (44), Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah (39), bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (27), bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan yang lain, namun mereka ini tidak diketengahkan dan masih dibayangi pemimpin veteran politik.

Wujud realisasi akan ketandusan jiwa muda dalam arena politik negara yang menyebabkan beberapa pemimpin muda termasuk Syed Saddiq cuba menyerlahkan pembabitan golongan muda dalam politik melalui platform politik MUDA. Tetapi mampukah mereka membawa perubahan.

Penganalisis politik, Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata fenomena dominasi ‘kuda tua politik’ ini berkait rapat dengan pengaruh elit politik dan bersifat paternalistik, iaitu masih mahu kekal sebagai idola dalam parti dan arena politik yang menyebabkan pemimpin muda atau pelapis gagal mendapat tempat bagi menggantikan pemimpin politik veteran berkenaan.

Penyelidik Geo-Politik dan Elektoral Sabah (GeOpeS) Universti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata faktor kedua pula adalah budaya politik Malaysia yang masih mengikat pemikiran ahli parti dan pemimpin parti pertengahan (semua parti di Malaysia) agar akur dengan pemimpin veteran.

“Tanggapan ini adalah bahawa pemimpin veteran masih ada ‘sengat’, diingati jasa baktinya, malah paling tidak wajar pula, ada pemikiran yang bersifat beralah kerana mengganggap pemimpin veteran ini ada aura. Kalau mereka ditiadakan dalam radar politik tanah air akan menyebabkan suasana politik menjadi tidak stabil,” katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau berkata pemimpin muda perlu bangkit dan bersuara menyatakan bahawa politik sebenar menyentuh aspirasi rakyat selain mencari jalan untuk membujuk pemimpin veteran dan ahli parti agar membuat perubahan 360 darjah daripada segi kepimpinan dan budaya politik agar sesebuah parti malah kerajaan yang memerintah, kekal relevan mengikut perubahan arus masa dan zaman.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Jeniri Amir menyifatkan golongan muda kurang mendapat kedudukan dan tempat dalam landskap politik negara dan ini berkemungkinan kerana rata-rata parti politik kurang berkeyakinan serta percaya terhadap kepimpinan orang muda.

“Apa yang berlaku hari ini adalah kesan daripada kepimpinan terdahulu. Ini adalah hasil 10 hingga ke 15 tahun lepas apabila mereka tidak melibatkan orang muda dalam arena politik, tiada peluang diberikan untuk mara ke hadapan dalam barisan kepimpinan parti.

“Sepatutnya beri mereka pendedahan. Apabila terlampau ramai pemimpin berusia, ia menyebabkan wujud jurang yang besar, jadi di mana wakil suara anak muda?,” soalnya dan mengakui proses menggilap bakat kepimpinan daripada kalangan generasi muda bukan mudah kerana ia memerlukan masa dan kelayakan seseorang individu.

Menurut Jeniri, kredibiliti dan kelayakan pelapis itu juga tidak seharusnya disandarkan kepada latar belakang pendidikan semata-mata sebaliknya pengalaman politik, kemahiran komunikasi dan menyantuni rakyat juga perlu dititikberatkan dalam resume politik mereka.

Sementara itu, geostrategis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Azmi Hassan berkata politik Malaysia banyak berkisar kepada sokongan akar umbi kepartian iaitu pengundi hanya memberi peluang kepada ahli politik yang terserlah ke hadapan.

“Orang muda bila aktif politik kepartian, terpaksa bermula dari bawah dan mengambil masa lama. Orang lama dalam parti pula sukar memberi peluang untuk anak muda membuat penampilan dalam parti. Bukan anak muda tiada bakat berpolitik, tetapi terlalu banyak kekangan yang dikenakan mereka yang lebih veteran.

“Pengalaman berpolitik memakan masa kerana sistem perkaderan parti mengikut hierarki. Tetapi jika parti memberi peluang terutama melalui cabang anak muda, maka kredibiliti anak muda dapat dipupuk lebih awal. Masalahnya cabang anak muda dalam parti itu selalu dibayangi oleh cabang yang dianggotai oleh ahli yang berpengalaman,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian, hakikatnya anak muda yang bergiat politik perlu digandingkan dengan mereka yang lebih berpengalaman supaya kredibiliti dapat dibentuk, namun kesemuanya memerlukan perancangan dan tidak akan berlaku secara spontan.

Azmi berkata pengundi perlu turut memainkan peranan dalam memilih pemimpin baharu dan perubahan seperti dipamerkan pengundi Finland, New Zealand dan yang sedang berlaku di Singapura ketika ini apabila kumpulan pelapis dan proses pergantian pemimpin lama telah dirancang serta dimaklumkan kepada rakyat mereka.

— BERNAMA