"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan

Ahad, 13 Oktober 2024

Qari, qariah Malaysia johan tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-64

 freemalaysiatoday.com

Bernama
12 Oct 2024

Muhammad Husaini Mahmur meraih markah 95.71% manakala johan qariah Nor Hidayah Abdul Rahman mencatatkan markah 91.76% .
Muhammad Husaini Mahmur dan Nor Hidayah Abdul Rahman bergambar bersama piala masing-masing selepas muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam tadi.

Muhammad Husaini Mahmur diumumkan sebagai pemenang dalam kategori qari selepas meraih markah 95.71% manakala Abdur Rasheed dari Pakistan di tempat kedua (93.59%) dan di tempat ketiga ialah Wahyu Andi Saputra dari Indonesia (92.09%).

Bagi kategori qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rahman muncul johan selepas mencatatkan markah 91.76% diikuti peserta Filipina Raihana Ambangaladi tempat kedua (90.26%) manakala Syamimi Assahira dari Indonesia di tempat ketiga (89.46%).

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang dalam kategori qari manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bagi kategori qariah.

Kategori hafazan lelaki pula menyaksikan Oubaydullah Boubacar Ango dari Niger muncul johan dengan markah 97.63% diikuti Ibrahim Sow dari Ivory Coast (97.00 peratus) dan tempat ketiga Aeimiddin Farkhudinov dari Rusia (96.88).

Peserta Niger Habsatou Hamissou Boubacar muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.13% diikuti Putri Aminah Mohd Hanif dari Malaysia di tempat kedua (94.89%) dan ketiga ialah Fathimah Shaya Zahir dari Maldives (94.38%).

Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 daripada kerajaan berserta kepingan emas bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) selain menerima hadiah iringan dan sijil.

MTQHA ke-64 anjuran Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, menampilkan 92 peserta dari 71 negara terdiri daripada 53 bagi tilawah dan 39 hafazan.

Seramai 15 hakim dari pelbagai negara terlibat dalam MTQHA kali ini yang mengekalkan beberapa hakim iaitu dari Maghribi dan Turki selain muka baharu dari Arab Saudi dan Indonesia dengan proses penilaian meliputi aspek tajwid, fasahah, kualiti suara serta ingatan khususnya bagi peserta hafazan

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

-Wak Labu Farm

Selasa, 30 Julai 2024

MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATI

 MEMBACAKAN AL-QURAN KEPADA SI MATI

Berkata Saidina Abdullah bin Umar Al-Khattab radhiyallahu anhuma:

استحب أن يقرأ على القبر بعد الدفن أول سورة البقرة وخاتمتها

"Sunat membacakan awal dan akhir surah Al-Baqarah di atas kubur selepas dikebumikan jenazah" (HR. al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, 4/93)

Penilaian ulama:

1) Berkata Imam Nawawi di dalam Al l-Azkar ia adalah hasan.

2) Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani ia adalah hasan.

3) Berkata As-Syeikh Mansur Al-Bahuti, telah sahih ia daripada Ibnu Umar bahawa mewasiatkan ia apabila dikebumikan agar dibacakan di sisi kuburnya pembuka dan penutup surah Al-Baqarah.

4) Berkata Abd Al Haq, Imam Ahmad mengingkari riwayat ini dan kemudian menarik balik kerana telah sampai sanad tersebut kepadanya.

Sokongan ulama:

1) Bertanya Imam Al Hasan bin Muhammad Al Za'farani kepada Imam As-Syafie mengenai bacaan Al-Quran di sisi kubur. Imam Al Syafie jawab: "Dibolehkan."

2) Berkata Imam Asy-Sya'biy: "Bahawa kaum Al-Anshar, apabila berlaku kematian di kalangan mereka. Maka mereke bergiliran ke kubur untuk membacakan Al-Quran di kubur."

3) Berkata Imam As-Syafie:

ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرءان وان ختموت القرءان كله كان حسنا

"Dan disunatkan membacakan sebahagian Al-Quran di kubur dan sekiranya dikhatamkan keseluruhannya adalah lebih baik." 

(Dinaqalkan oleh Imam An Nawawi melalui kitab Riyadh As-Solihin, ms. 386)

Kesimpulan:

Imam Ibnu Qudamah menyatakan bawa amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran adalah bermanfaat kepada si mati dengan ijmak kaum muslimin:

وَالدَلِيلُ لَنَا مَا ذَكَرْنَاهُ وَأَنَّهُ اجْمَاعُ الْمُسْلِمِينَ فَإِنَّهُمْ فِي كُلَّ عَصْرٍ وَمِصْرٍ يَجْتَمِعُونَ وَيَقْرَأُونَ الْقُرْآنَ وَيَهْدُونَ ثَوَابَهُ إِلَى مَوْتَاهُمْ مِنْ غَيْرِ نَكِيرٍ، وَلِأَنَّ الْحَدِيثَ صَحَّ عَنِ النَبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم "إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ"

“Dalilnya itu ialah barang yang kami telah sebutkan dahulu itu. Dan juga bahawasanya itu adalah ijmak kaum muslimin. Maka, walau waktu bila dan di mana pun mereka berkumpul dan membaca al-Quran dan mereka menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang sudah mati daripada kalangan mereka dengan tiada sesiapa yang mengingkarinya. Dan kerana hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya si mati itu diazabkan dengan tangisan daripada keluarga kepadanya”.” (Rujuk al-Mughni Ibnu Qudamah)

Disediakan oleh: 

Ust HAZA Official

Khamis, 22 Disember 2022

Banjir:Keadaan al-Quran tak terjejas, sedangkan mesin basuh dan tong gas semua terbalik

 Keadaan al-Quran tak terjejas, sedangkan mesin basuh dan tong gas semua terbalik. “Keadaan al-Quran itu sedikit pun tak kena lumpur dan tak terbalik sedangkan air sangat deras hingga mesin basuh dan tong gas terbalik,” kata Zumigawati Mat Adam, 49.

Zumigawati yang tinggal di Kampung Tengkawang Kuala Berang, Terengganu berkata, rumahnya mulai dinaiki air kelmarin sebelum dia terkejut melihat al-Quran yang sering dibaca dan diletakkan atas tilam dalam bilik itu tidak terjejas.

“Setiap kali selepas solat, saya akan membaca al-Quran dan letak atas ‘toto’. Selalu tengok orang kongsi al-Quran selamat tak kena banjir, tapi kali ini terjadi kepada saya.

“Ketika melihat kejadian ini depan mata, tiada lain yang diungkapkan selain memuji kebesaran Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

Keadaan al-Quran tak terjejas, sedangkan mesin basuh dan tong gas semua terbalik

Menurutnya, apa yang membuatkan dia terkejut juga apabila terdapat labah-labah pada rehal itu.
“Keadaan rumah saya penuh lumpur dan berselut. Kalau tengok bahagian dalam al-Quran hanya basah sikit tapi macam terkena air bersih.
“Bahagian atas al-Quran pula bersih dan sedikit lumpur pun tak ada, kemudian, ada labah-labah kecil betul-betul atas atas rehal. Saya teringat kisah labah-labah yang menyelamatkan Nabi Muhammad SAW ketika dalam Gua Hira,” katanya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Zumigawati yang pernah terbabit dalam industri seni sebagai pekerja belakang tabir turut memohon sukarelawan bagi membantu membersihkan rumahnya yang habis ditenggelami banjir.

“Elektrik dah ada cuma air paip masih perlahan. Saya nak minta tolong sukarelawan datang di kampung saya bagi membantu pendudukan yang terjejas teruk akibat banjir ini.

“Pertama kali ruang tamu dan semua bilik dinaiki ini. Banjir tahun sebelum ini pun tidak seteruk sekarang.

Semuanya habis rosak kena lumpur banjir. Kalau ada yang nak menyumbang walau RM10 pun saya bersyukur dan boleh buat beli tikar baru,” katanya.

-selayangpandang.net