"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Shaheizy Sam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaheizy Sam. Papar semua catatan

Sabtu, 14 November 2020

ABPBH:Gantung vape di leher, Shaheizy Sam undang kecaman netizen

 

Tindakan Shaheizy menggantung vape mengundang kecaman netizen dalam media sosial malam ini.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon Shahiezy Sam menggantung vape di lehernya ketika menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular ke-33 mengundang teguran pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM).

Dalam satu perkongsian, PHM menyifatkan aktor Polis Evo itu mempromosikan penggunaan vape dalam kalangan masyarakat.

“Jangan sembang pasal Prosedur Operasi Standard (SOP) jika vape pun dipromosikan,” tulis PHM pada sekeping poster yang dimuat naik dalam Facebook.

Perkongsian PHM turut mendapat pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang rata-ratanya kesal dengan sikap suami Syatilla Melvin itu. Masing-masing menyifatkan bapa anak dua itu tidak sensitif.

“Memang sedia maklum dalam rancangan hiburan yang ditonton oleh keluarga pelbagai peringkat umur tidak boleh mempromosikan rokok, arak termasuk vape,” kata salah seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna Facebook dalam komennya telah menduga tindakan pelakon tersebut menggantung vape sambil memakai baju Melayu akan mendapat kecaman.

Shaheizy ketika dihubungi Kosmo! mengakui terlupa untuk menanggalkan vape di lehernya sebelum keluar ke pentas utama.

“Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selepas dikongsikan hampir setengah jam, status PHS mengundang lebih 3,500 komen dan 644 perkongsian pengguna Facebook. – K! ONLINE

Rabu, 23 September 2020

Shaheizy Sam dan isteri dikecam netizen,dikatakan buat iklan berunsur lucah?

 Netizen mengecam foto yang dikongsikan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dalam laman Instagram yang membawa maksud lucah dan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah. - Foto IG Shaheizy Sam

Netizen mengecam foto yang dikongsikan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dalam laman Instagram yang membawa maksud lucah dan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah. - Foto IG Shaheizy Sam

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin dikecam netizen berikutan mempromosikan produk dengan menampilkan foto berunsur lucah.

Kebanyakan netizen mengecam foto yang dikongsikan Sam dan Syatilla dalam laman Instagram dengan membawa maksud lucah dan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah.

Mengulas strategi murahan yang didakwa digunakannya dan isteri untuk mempromosikan produk jenama Kekasih by The Melvins, Sam berkata, cukup sukar untuk memuaskan hati semua orang.

"Sebenarnya, itu adalah cara untuk menunjukkan keberkesanan produk kegunaan wanita, tetapi disalahertikan.

"Bagaimanapun, saya mengerti, tidak semua orang faham. Jika kami melabur dengan menghasilkan iklan yang mahal, itupun belum tentu diterima.

"Namun, saya dan Syatilla merasakan iklan berkenaan paling tepat bagi menggambarkan produk yang dipasarkan," katanya kepada BH Online.

Shaheizy Sam mempunyai masa selama sebulan setengah untuk menurunkan berat badan, sebelum memasuki set penggambaran filem Polis Evo 3. - Foto IG Shaheizy Sam
Shaheizy Sam mempunyai masa selama sebulan setengah untuk menurunkan berat badan, sebelum memasuki set penggambaran filem Polis Evo 3. - Foto IG Shaheizy Sam

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia mengalami kenaikan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) sepanjang tiga bulan terkurung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Mencecah sehingga 85 kg, Sam berkata, ia adalah terberat sepanjang hidupnya.

"Saya hanya mempunyai masa kira-kira sebulan setengah untuk mendapatkan semula berat badan seperti dalam filem Polis Evo 3. Saya akan memasuki set penggambaran semula, November ini.

"Saya akui tidak tertekan dengan keadaan berat badan sekarang, mungkin terlalu sedap makan sepanjang PKP menyebabkan berat badan naik mendadak.

"Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan semula berat badan 65 kilogram seperti dalam filem Polis Evo 3. Ini kerana ada beberapa babak yang perlu ditambah. Insya-Allah, saya tiada masalah untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat ini," katanya.

Bintang Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2012 dan 2014 itu juga menyangkal dakwaan sengaja menaikkan berat badan sebagai gimik bagi mengeluarkan produk kurus seperti dilakukan sebelum ini.

Sam berkata, cabaran menguruskan badan dilakukan tahun lalu berikutan dilantik sebagai duta produk dan pada masa yang sama, akan menjalani penggambaran filem Polis Evo 3.

Bagaimanapun, katanya, dia perlu menguruskan badan kali ini disebabkan komitmen kerja.

"Saya perlu kurus sebelum memasuki semula set penggambaran filem Polis Evo 3. Sepatutnya penggambaran sudah pun selesai, tetapi masih ada beberapa babak perlu ditambah berikutan penayangan filem ditangguh pada tahun depan.

"Jujurnya, tiada kena mengena dengan gimik kerana saya tidak berhasrat mengeluarkan produk kurus," katanya.

Ditanya perasaannya apabila tayangan filem Polis Evo 3 ditangguhkan pada tahun hadapan, Sam berkata, dia akur dan faham dengan situasi pandemik COVID-19.

"Tiada apa yang perlu dikecewakan. Saya sentiasa percaya pasti ada hikmah di sebalik setiap perancangan yang tidak menjadi, malah yakin pasti ada sesuatu yang lebih besar menanti," katanya.