"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Awas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awas. Papar semua catatan

Isnin, 10 Januari 2022

Awas....Toyol Scammer sedut wang akaun mangsa tanpa disedari!

 

Kuala Lumpur: Berupaya mencipta pelbagai aplikasi khas khusus digunakan untuk menggodam telefon pintar mangsa selain menyedut duit simpanan di dalam akaun bank dalam tempoh masa singkat.

Kegiatan jenayah licik itu kian menjadi-jadi selepas beribu mangsa diperdaya penjenayah scammer profesional yang juga pakar selok belok membina aplikasi khas untuk tujuan jenayah terancang itu.

Terbaru, seorang ahli perniagaan, Samantha, 40, mendakwa rugi RM4,255 selepas telefon miliknya digodam toyol scammer ketika dia cuba menempah perkhidmatan pembersihan.

Menurutnya dia mengetahui perkhidmatan itu secara secara dalam talian bulan lalu sebelum menghubungi melalui WhatsApp.

"Namun suspek menghantar pautan dan meminta saya memuat turun aplikasi khas untuk membuat temu janji. Tanpa curiga, saya masukkan butiran peribadi ke dalam aplikasi itu.

"Saya diarah bayar deposit RM20. Saya cuba buat pembayaran transaksi menggunakan nama dan kata laluan bank di telefon pintar.

"Namun skrin paparan pada pautan perbankan internet itu menjadi kosong. Saya cuba guna akaun bank lain namun perkara sama berlaku," katanya,

Menurutnya, dia terkejut mendapati berlaku pemindahan wang tanpa kebenaran RM3,655.40 melalui satu akaun bank miliknya.

"Saya terkejut mendapati RM600 dari akaun bank lain turut dipindahkan tanpa pengetahuan.

"Saya segera membuat laporan polis pada hari sama kerana mengesyaki seseorang menggodam telefon saya apabila saya memuat turun aplikasi itu," katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amran, 35, kerugian RM5,670 selepas memuat turun aplikasi khas dihantar pihak kononnya menawarkan khidmat menjual kereta di bawah harga pasaran.

Menurutnya, dia yang tertarik membeli kereta model Audi A5 ditawarkan pada harga serendah RM40,000.

"Saya diminta memuat turun aplikasi khas kononnya bagi urusan tempahan kereta. Beberapa hari selepas memuat naik aplikasi itu pada Disember lalu, saya sedar wang simpanan saya hilang tanpa diketahui punca.

"Saya syak individu menawarkan kereta berkenaan menggodam maklumat peribadi saya," katanya,

Sementara itu seorang penyelia tapak binaan menjadi mangsa selepas memuat naik aplikasi ciptaan toyol scammer yang turut mencuri data dan gambar peribadi mangsa bagi tujuan ugutan.

Mangsa, Mohamad Zulkaria, 40-an, memaklumkan menjadi mangsa sindiket ketika mahu memohon pinjaman peribadi baru-baru ini.

Dia mendakwa melihat iklan pinjaman wang berlesen sebelum menghubungi nombor tertera.

"Individu yang menjawab panggilan minta saya muat turun aplikasi nama Easy... kononnya bagi memudahkan permohonan pinjaman dilakukan," katanya yang membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.

Menurutnya, dia mengikut segala arahan diberi dengan memasukkan maklumat peribadinya ke dalam aplikasi dimuat turun itu.

Dia terkejut menerima panggilan rakan memberitahu mereka menerima mesej mendakwa saya ada pinjaman tertunggak. Malah salinan MyKad serta gambar intim bersama tunang didedahkan scammer terbabit kepada rakan saya.

"Saya terima panggilan telefon dari individu tidak dikenali menuntut hutang walaupun pinjaman belum diperoleh.

"Saya mengesyaki sindiket itu menggodam telefon saya menggunakan aplikasi itu," katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong memaklumkan pihaknya menerima aduan membabitkan modus operasi sama dengan kerugian lebih RM500,000 sejak awal tahun lalu.

-myMetro

Isnin, 19 Julai 2021

Awas! Pil Ivermectin palsu

 

Kuala Lumpur: Penyebaran maklumat di media sosial mendakwa 'pil cegah mati' Ivermectin mampu melawan jangkitan virus covid-19 menjadi punca kemasukan dan penyeludup pil itu dari luar negara.

Bagaimanapun, orang ramai yang taasub terhadap ubat antiparasit itu terdedah kepada penipuan pembelian pil Ivermectin palsu yang kini dijual berleluasa oleh sindiket melalui media sosial.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, penularan pelbagai maklumat mencurigakan di media sosial mendakwa Ivermectin mampu mencegah kematian dan kesan serius akibat Covid-19 menyebabkan permintaannya meningkat mendadak.

"Walaupun perkara itu masih di peringkat kajian klinikal, ramai yang berusaha membeli dan mendapatkan pil pembunuh cacing ini yang secara dasarnya bekerja di bahagian saluran pencernaan dan tidak diserap tubuh," katanya.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) KKM baru-baru ini turut menyerbu beberapa premis dikesan menjual Ivermectin yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19.

"Pil Ivermectin ini berharga sekitar 50 sen sebiji (sebelum pandemik Covid-19) sebaliknya dijual pada harga mencecah RM5 sebiji.

"Kenaikan hampir sembilan kali ganda berbanding harga asal menunjukkan ramai pihak dan sindiket membuat untung besar melalui penjualan pil Ivermectin ini.

"Malah satu papan pil ini (10 biji) yang sebelum ini dijual pada harga RM5, kini dijual pada harga RM60 termasuk caj penghantaran pos.

"Jual beli pil Ivermectin secara dalam talian semakin 'hangat' susulan ramai pihak berkongsi fakta mendakwa Ivermectin antara peluang terakhir menyelamatkan nyawa pesakit covid-19.

"Malah keadaan panik di kalangan masyarakat susulan kenaikan kes Covid-19 turut menjadi faktor pil Ivermectin menjadi buruan ramai hingga sanggup membayar harga tinggi," katanya.

Menurutnya, pihak BPF mendapat maklumat beberapa klinik swasta turut menjadi pengedar pil Ivermectin kepada orang ramai walaupun ia jelas menyalahi amalan perubatan.

ANTARA pil Ivermectin yang dirampas Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) KKM dalam serbuan dan rampasan di KLIA sebelum ini.
ANTARA pil Ivermectin yang dirampas Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) KKM dalam serbuan dan rampasan di KLIA sebelum ini.

"Ia membabitkan beberapa premis di Lembah Klang dan negeri yang mempunyai kes jangkitan tinggi Covid-19," katanya.

Beliau berkata, pihak BPF turut merampas pil Ivermectin yang dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sindiket tertentu.

"Pihak BPF yakin ada pil Ivermectin tiruan turut berada di pasaran ketika ini. Saya yakin ramai individu di luar sana tidak dapat membezakan pil Ivermectin palsu dan tulen.

"Kebimbangan wujud apabila semakin ramai individu memakan pil ini dan melakukan rawatan secara kendiri tanpa merujuk doktor.

"Lebih menakutkan apabila individu yang tiada asas pendidikan perubatan turut terjebak dan menjadi penjual Ivermectin.

"Mereka ini berkongsi pautan berita atau artikel diperoleh di laman sosial untuk menyakinkan pembeli mencuba pil Ivermectin," katanya.

Menurutnya, masyarakat harus sedar bahawa tindakan KKM melarang penggunaan Ivermectin secara bebas adalah untuk melindungi nyawa rakyat termasuk pesakit covid-19.

"Jangan mudah mengambil pil Ivermectin tanpa rawatan perubatan yang sah. Ini kerana Ivermectin adalah racun kumpulan B dan tidak boleh diperolehi tanpa preskripsi sah.

"Menjual pil Ivermectin boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 7(1)(a) peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 yang turut boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Awal Jun lalu, KKM bersama Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan serta keberkesanan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasisstrongyloidiasis dan helminthiases, namun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.

Penggunaan off-label Ivermectin meraih perhatian masyarakat antarabangsa susulan beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik dalam merawat Covid-19.

Bagaimanapun, pihak FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaannya dalam ujian klinikal dengan pesakit perlu dipantau doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanannya.

Pada 11 Julai lalu, Dr Noor Hisham mengeluarkan kenyataan tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Beliau berkata, KKM ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara off label sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

-myMetro