"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Madani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Madani. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Disember 2025

Mengapa UEC Tidak Boleh Diiktiraf dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan?

 Mengapa UEC Tidak Boleh Diiktiraf dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan?

Dan kalau IPTS boleh terima, kenapa Kerajaan tak boleh iktiraf? Kekeliruan timbul kerana ramai mencampur-adukkan dua perkara yang sangat berbeza. 

⤵️⤵️⤵️

Pertama, kelayakan masuk IPTS bersifat market-driven admission. Maka, IPTS bebas tetapkan standard masing-masing. Manakala, pengiktirafan sebagai kelayakan kebangsaan pula tertakluk kepada undang-undang, kurikulum negara dan kawal selia rasmi. Jadi, ini dua perkara yang berbeza. Dua dunia ini tidak serupa.

⤵️⤵️⤵️

Kedua, untuk memahami isu ini secara lebih objektif, kita perlu lihat bagaimana Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sendiri menguruskan realiti dasar negara.

Tahukah kita, di hampir semua SMPC di Malaysia, sistem pembelajaran adalah bersifat DWI-ALIRAN.

Maksudnya, hampir SEMUA pelajar SMPC menduduki SPM pada Tingkatan 5, umur 17 tahun, kerana ini satu-satunya kelayakan kebangsaan yang diiktiraf kerajaan Malaysia. 

Pelajar kemudian menyambung di SMPC yang sama, untuk menduduki UEC pada Senior Middle 3, pada umur 18 tahun dalam pendidikan menengah tinggi 3 (setara Tingkatan 6), untuk melanjutkan pengajian ke IPTS atau universiti luar negara.

Ini bermaksud, komuniti SMPC sendiri mengiktiraf bahawa SPM ialah kelayakan rasmi negara, manakala UEC ialah kelayakan komuniti untuk laluan alternatif bagi mengukuhkan sistem pendidikan SMPC itu sendiri. Jelas sekali, kedua-duanya tidak bertindih dari segi fungsi.

⤵️⤵️⤵️

Sebenarnya, ada kurang lebih dalam 8,000-10,000 murid yang mengikuti SPM ketika 17 tahun, DAN UEC ketika 18 tahun pada setiap tahun. 

Dalam yang mengambil SPM itu, ada kurang lebih, dalam 10-15%, iaitu 1000+ yang tak layak mendapat sijil SPM ketika di Tingkatan lima, iaitu tidak berjaya lulus sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan Sejarah.

Maksudnya, lingkungan itulah bilangan yang mungkin bermasalah untuk masuk ke IPTA dan sektor awam. Selebihnya, 85%-90%, Insya-Allah, boleh meneruskan di mana-mana IPT DENGAN SIJIL SPM DAN SIJIL UEC SEBAGAI NILAI TAMBAH. 

⤵️⤵️⤵️

Namun, kelompok tanpa sijil SPM ini masih boleh meneruskan pengajian di mana-mana IPT yang menerima UEC sebagai SYARAT TUNGGAL TANPA SPM, yang rata-ratanya di luar negara. Sebab syarat asas dan teras ke IPTA ialah SPM, sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, itupun kena bersaing dengan lain-lain pemohon secara berasaskan merit. 

⤵️⤵️⤵️

Apa maksud pengiktirafan yang dituntut? Ini paling penting untuk difahami. 

Jika tuntutannya, mengiktiraf UEC sebagai SYARAT TUNGGAL kemasukan ke IPTA dan sektor awam, maka, itu yang menjadi pokok perbahasan. 

Namun, jika UEC sebagai nilai tambah, seperti yang diamalkan sekarang, tidaklah menjadi isu. Sama keadaannya dengan peperiksaan lain seperti IGCSE, IB, SAT, dan lain-lain peperiksaan. Sebab itu, tidak timbul isu IGCSE atau IB dipertikaikan walaupun mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 

Baik. Izinkan saya kupas begini. Saya akan terangkan EMPAT SEBAB UTAMA UEC TIDAK BOLEH DIIKTIRAF dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai SYARAT TUNGGAL.

🔽🔽🔽

1. UEC Tidak Dikawal Selia oleh Badan Peperiksaan Negara atau Antarabangsa

Setiap kelayakan kebangsaan atau antarabangsa mesti melalui audit, moderasi, verifikasi pemarkahan dan standardisasi global:

SPM → Lembaga Peperiksaan (LP)

STPM → Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

IGCSE → Cambridge Assessment International Education (CAIE)

IB → International Baccalaureate Organization (IBO)

UEC?

UEC tidak berada di bawah mana-mana badan ini. Ia tidak diaudit, tidak dimoderasi, dan tiada standardisasi bebas. Tidak cukup dengan sekadar ada ISO. 

Dalam ekosistem kawal selia negara, peperiksaan yang berada di luar sistem jaminan kualiti tidak boleh diangkat sebagai kelayakan rasmi kerajaan.

IPTS boleh guna UEC kerana itu keputusan dalaman mereka. Tetapi kerajaan tidak boleh menjadikannya standard nasional.

🔽🔽🔽

2. UEC Dibangunkan oleh NGO, Bukan Badan Berkanun

UEC dibangunkan oleh Dong Jiao Zong, iaitu sebuah NGO. Jika kerajaan mengiktiraf peperiksaan NGO sebagai kelayakan kebangsaan, ia mewujudkan duluan (precedent) yang berisiko:

NGO lain juga akan menuntut status sama.

KPM kehilangan mandat sebagai penjamin standard negara.

Struktur keseragaman sistem pendidikan musnah.

Sistem negara mesti berasaskan badan berkanun, bukan pertubuhan komuniti.

🔽🔽🔽

3. UEC Tidak Memenuhi Syarat Kurikulum Kebangsaan, dan Bukan Kurikulum Antarabangsa

UEC bukan KSSR, KSSM atau KP2027, dan TIDAK MEWAJIBKAN Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, Mata pelajaran wajib kebangsaan, Asas pembentukan identiti nasional, dan Hasil pembelajaran kurikulum negara.

Pada masa sama, ia bukan kurikulum antarabangsa BERAKREDITASI seperti IB, Cambridge atau Edexcel.

Maknanya, ia berada dalam ruang vakum, BUKAN KURIKULUM NEGARA, BUKAN JUGA KURIKULUM GLOBAL. 

Negara tidak boleh menjadikan kurikulum komuniti sebagai laluan rasmi negara. Begini lah. Cuba cari negara lain yang buat sebegitu. Ada? Tak ada! 

🔽🔽🔽

4. Akta Pendidikan 1996 Tidak Membenarkannya

Di bawah Akta Pendidikan, Kelulusan kebangsaan mesti dibangunkan atau diselia oleh badan yang dilantik Menteri. Kelulusan itu mesti berdasarkan Kurikulum Kebangsaan.

Isunya, UEC tidak memenuhi kedua-dua syarat. Ya. Jadi, INI BUKAN SOAL POLITIK, SENTIMEN ATAU TEKANAN. Ini soal PERUNDANGAN. DAN KENEGARAAN. 

Tanpa pindaan akta dan penyelarasan kurikulum, tiada asas undang-undang untuk pengiktirafan.

Sebaliknya, IPTS tidak terikat dengan syarat ini, sebab itu mereka bebas menerima UEC, termasuk IPT di bawah kerajaan negeri seperti di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Selangor.

Jadi, Apa Sebenarnya Masalahnya?

Masalah bukan pada soal “UEC tak bagus”. Masalahnya pada kerangka undang-undang, kawal selia dan struktur pendidikan negara.

IPTS bebas menerima UEC kerana mereka hanya perlukan kelayakan kemasukan.

KPM dan KPT tidak boleh mengiktiraf UEC sebagai SYARAT TUNGGAL kerana ia tidak memenuhi syarat pentaksiran nasional, kurikulum negara, audit, standardisasi dan kehendak Akta Pendidikan.

Selagi UEC kekal sebagai peperiksaan komuniti, berada di luar kawal selia negara dan tidak berpaksikan kurikulum kebangsaan, ia tidak boleh dijadikan laluan rasmi dalam sistem pendidikan Malaysia. Untuk 1000++ pelajar yang tidak layak sijil SPM dan hanya ada sijil UEC, dicadangkan untuk sambung pengajian di tempat yang telah pun menerima dan mengiktirafnya, kebanyakan di luar negara, dan ada juga di IPT milik negeri negeri yang telah mengiktirafnya. 

DR 

➡️➡️

Catatan tambahan. 

Sekarang, bukankah lepasan UEC boleh masuk memohon ke IPGM, menjadi guru di sekolah dan institusi kerajaan? 

Jawapannya, YA.

Namun, kerajaan BUKAN menerima masuk lepasan UEC dengan KELULUSAN TUNGGAL. Setiap calon MESTI ADA SIJIL SPM, iaitu sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Sepertimana kemasukan sektor pekerjaan lain, lebih baik pencapaian SPM, lebih besar peluang penerimaan kemasukan. UEC adalah sijil nilai tambah bagi mengisi keperluan kekurangan guru bagi mengajar mata pelajaran Bahasa Cina.

Source 

Khamis, 30 Oktober 2025

𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡 @ 𝗛𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗢𝗩𝗘𝗥 𝗢𝗨𝗥 𝗜𝗡𝗗𝗘𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗡𝗖𝗘 by Tun M

 


𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡

(English translation at end of write-up)

1. Saya tak pernah fikir yang saya akan hidup untuk menyaksi bagaimana pemimpin Malaysia sanggup serah kemerdekaan kita hanya untuk nampak hebat buat beberapa minit dan di usap kepala oleh pemimpin asing.

2. Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita.

3. Pada tahun 1957 ketika berjuang untuk kemerdekaan, kita berusaha untuk tentukan nasib kita dan di  tahun-tahun berikutnya, kita bekerja keras untuk menghapus segala bentuk pengaruh asing ke atas negara kita, terutama dalam perdagangan dan ekonomi.

4. Tentu rakyat Malaysia masih ingat Dawn Raid dan Buy British Last sebagai contoh keazaman kita pertahan kemerdekaan dan keengganan kita untuk ikut telunjuk kuasa asing kerana kita negara merdeka dan kita sangup mati untuk pertahankan kedaulatan kita.

5. Malangnya, dalam perdagangan timbal balik antara Amerika Syarikat dan Malaysia, kita telah korbankan kemerdekaan kita dengan membenarkan Amerika mengenakan kehendaknya ke atas kita.

6. Apa yang kita saksikan bukanlah satu perkongsian, jauh sekali timbal balik.

7. Ia penyerahan kebebasan ekonomi yang kita bina dan telah pertahankan dengan susah payah.

8. Kita setuju beli kapal terbang, gas dan mesin mereka, patuh pada peraturan digital mereka, benar mereka nikmati hasil mineral nadir bumi kita, buka pasaran kita ikut syarat mereka, dan patuh pada syarat mereka tentang dengan siapa kita boleh atau tidak boleh berniaga.

9. Semua ini hanya untuk secebis pelepasan tarif.

10. Benar ada  𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, tapi dari awal lagi terdapat syarat yang jelas menjerut kemerdekaan Malaysia, kenapa mesti kita setuju perjanjian itu?

11. Dan walau ada 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, bolehkah kita percaya yang Amerika Syarikat akan mudah setuju untuk batal?

12. Jika kerajaan gunakan 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆 untuk lepaskan diri dari perjanjian berat sebelah, jelas bahawa kerajaan ini tidak tahu bagaimana untuk berunding dengan baik sejak awal lagi.

13. Inilah penjajahan baru (neo-kolonialisme) yang pemimpin-pemimpin serantau sebut sejak dari zaman awal kemerdekaan dulu.

14. Berhentilah guna istilah perdagangan dan kerjasama, atau berdiplomasi — akuilah yang anda telah perdagangkan kemerdekaan negara kita kerana anda tidak berani dan terlalu ingin senangkan hati kuasa asing.

15. Dan kuasa itu pula ialah pihak yang menyokong dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

30 Oktober 2025

------------------------------------------------

𝗛𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗢𝗩𝗘𝗥 𝗢𝗨𝗥 𝗜𝗡𝗗𝗘𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗡𝗖𝗘

1. I never thought I would live to witness how Malaysian leaders would surrender our independence merely for a few minutes of grandstanding and a pat on the head by a foreign leader.

2. But it happened and here we are, subjected to the dictates of the US of A in almost all of our trade and economic ventures. We literally handed our sovereignty.

3. In 1957 when we fought for our independence, we worked towards self-determination and the following years, we worked very hard to remove all vestiges of foreign control over our country, especially in matters of trade and economy.

4. Surely, Malaysians remember the Dawn Raid and Buy British Last as examples of our independence and refusal to be dictated by foreign powers because we are an independent nation and we fiercely guard our sovereignty.

5. Unfortunately, in the US-Malaysia reciprocal trade, we forgo our independence and allowed the US to impose its will on us.

6. What we are witnessing is not a partnership and neither is it reciprocal.

7. It is a submission of our economic freedom which we have worked hard to protect and build. 

8. We agree to buy their airplanes, gas and machines, obey their digital rules, that they have the first bite of the cherry of our rare minerals, open our market on their terms and follow their conditions on who we can do or not do business with.

9. All these for a tariff relief which is merely crumbs.

10. Indeed, there is an exit clause. But if it is clear from the start that the conditions are choking Malaysia of its independence why even enter it in the first place.

11. And despite the exit clause, do you think the US is going to just roll over and agree to the cancellation.

12. If this government is using the exit clause to get out of a lopsided deal obviously, it doesn’t know how to cut a deal in the first place.

13. It is a modern-day imperialism, the neo-colonialism our regional founding elders had feared and warned of during the early years of independence.

14. So, stop cloaking it in trade and cooperation language or in diplomatic niceties – just admit that you have traded our independence because you lacked spine and keen to please the foreign powers.

15. And it is the very power that supports and commits genocide on Palestinians.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

30 October 2025

Ahad, 19 Oktober 2025

Siapa yang ada niat nak lahirkan anak di luar negara, silalah berfikir banyak kali.

 Siapa yang ada niat nak lahirkan anak di luar negara, silalah berfikir banyak kali.

Oleh:Muslih Thani

Semalam wife saya nak beli barang di Watson. Kad CIMB saya ada dengan wife. Tapi transaksi decline.

Saya check, tak ada apa-apa notification dari CIMB menyatakan apa-apa. Semak SMS tak ada.

Kemudian saya nak isi minyak menggunakan Setel. Saya dah link dengan Kad CIMB. Tak boleh juga!

Saya ada nak buat bayaran menggunakan Grab Pay (link dengan CIMB) juga tak boleh.

Dah malam saya hubungi CIMB, dimaklumkan Kad saya disekat. Mereka buat operasi besar besaran untuk elak scammer katanya. Dan akaun saya random terpilih untuk disekat.

Dah tu saya kena buat apa ni?

Dia minta saya ke mana-mana branch bawa surat beranak. Alahai dah malam...

Hari ini saya ke CIMB berdekatan rumah. Bawa lah surat beranak.

Saya dimaklumkan......

Kenapa akaun saya diSEKAT! Ya langsung tak boleh pakai, saya nak makan, nak isi minyak, nak bayar hutang, semua tak boleh! Akaun saya disekat kerana IC saya kod 91. Saya lahir di USA.

Wah, CIMB nak boikot USA ke? Tapi saya ni rakyat Malaysia ada Kad Pengenalan. Lahir sahaja di USA.

Kaunter tu meminta saya ke cawangan Melawati sebab akaun saya dekat sana. Eh, dalam panggilan cakap boleh dimana-mana branch. Dia semak kejap dan dia kata boleh.

So saya sertakan Surat Beranak saya, ada dua veesi, satu versi USA dan versi Malaysia. Dua-dua saya bawak. Dan saya bawa sekali bukti macam mana saya dapat masuk Malaysia!

Kenapa? Aduhai

Ini bukan kali pertama, sebelum ini saya disusahkan oleh kerajaan Malaysia! 

Masa saya nak buat Passport. Saya tak lepas! Kerana saya lahir di USA. Hanya boleh dilepaskan kalau saya dapat buktikan macam mana saya masuk Malaysia dahulu. 

Saya cakap saya dah ada Kad Pengenalan kot. Kenapa sampai macam tu?

Prosedur katanya. Jenuh saya memikirkan macam mana nak bukti, saya call mak saya. Ada gambar dekat lapangan terbang ke apa ke? Zaman mak saya ke USA tu mana ada mobile phone. Mengharapkan kodak jeee!

Akhirnya dapat idea, korek Passport mak saya yang lama. Sebab dulu bayi tumpang passport ibu. So ada la situ muka comel saya, bukti saya masuk Malaysia bersama mak saya.

Lepas lah passport.

Kalini kena lagi! 

Lebih menarik dah bagi semua dokumen, katanya yang proses tetap branch Melawati, dan kena tunggu 3 hari bekerja.

Harini dah Jumaat. Sabtu Ahad cuti. Lebih menarik Isnin cuti.

Mantap kan?

Saya kena berlapar selama berapa harini? Nak bayar installment yang akan due ni macam mana?

Nak isi minyak macam mana?

Wah. Hanya kerana saya lahir di USA. Saya dilayan dan dizalimi begini.

Source 

Jumaat, 18 April 2025

Projek Gentian Optik YTL: Satu Lagi Keputusan Luar Tabie

 Projek Gentian Optik YTL: Satu Lagi Keputusan Luar Tabie

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa YTL Communications akan melaksanakan pemasangan gentian optik sepanjang 1,600 kilometer di sepanjang laluan rel seluruh negara. Projek ini, menurut laporan, merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional memperkukuh infrastruktur digital dan menyokong pelaksanaan ekonomi digital negara.

Namun pengumuman ini bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan pelbagai persoalan kritikal yang tidak boleh dipandang ringan. Di kala rakyat menuntut ketelusan dan kecekapan dalam perbelanjaan awam, tindakan ini tampak seolah-olah menyingkap wajah sebenar budaya ‘patronage’ yang terus hidup dalam pentadbiran Malaysia moden.

YTL bukan nama asing. Ia syarikat yang pernah diberikan kepercayaan dalam projek 1BestariNet, yang kemudiannya dikritik hebat oleh Jabatan Audit Negara kerana kelemahan dalam pelaksanaan, liputan yang lemah, serta kos yang tidak sepadan dengan hasil. Namun, hari ini kerajaan sekali lagi memilih YTL – tanpa tender terbuka, tanpa perbandingan awam, dan tanpa justifikasi teknikal yang meyakinkan.

Mengapa YTL?

Sangkaan yang paling popular di kalangan pemerhati ialah wujudnya balasan politik tidak rasmi – suatu bentuk “soft reward” kepada entiti yang punya hubungan istimewa dengan elit kuasa. YTL bukan sahaja berpengaruh dari sudut korporat, malah diketahui mempunyai rangkaian hubungan yang kukuh dengan pelbagai lapisan pemerintahan sejak era Barisan Nasional sehinggalah kerajaan perpaduan hari ini.

Lebih membimbangkan, terdapat kemungkinan bahawa projek ini akan disub-kontrak kepada pihak lain, menjadikan YTL sekadar “kepala kontrak” yang mendapat untung tanpa melaksanakan kerja secara langsung. Jika ini berlaku, siapa sebenarnya pemain utama di belakang tabir? Dan mengapa kerajaan perlu berselindung di sebalik nama YTL?

Kesan kepada Rakyat dan Negara

Memberi projek sebegini besar kepada satu entiti, tanpa ketelusan proses perolehan, membuka ruang kepada monopoli, ketirisan, dan kebergantungan jangka panjang kepada satu syarikat sahaja. Ia akan menutup ruang kepada syarikat-syarikat tempatan lain, khususnya pemain industri Bumiputera yang mungkin lebih cekap, murah dan inovatif.

Lebih parah, rakyat akhirnya akan menanggung beban kos tinggi sekiranya projek ini gagal atau tidak diselenggara dengan baik – seperti yang berlaku dalam kes 1BestariNet dahulu.

Reformasi atau Retorik?

Kerajaan hari ini sering melaungkan prinsip reformasi, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Namun dalam isu pemilihan YTL ini, semua prinsip itu seolah-olah dibakul sampahkan. Retorik tidak mencukupi; yang diperlukan adalah komitmen nyata untuk memperbaiki tadbir urus, membuka ruang kepada persaingan sihat dan memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan penuh integriti.

YTL dan 1BestariNet: Sejarah Tidak Boleh Diulang

YTL Communications bukan pemain baharu dalam sektor digital awam. Syarikat ini pernah dianugerahkan kontrak besar bernilai RM4.077 bilion di bawah projek 1BestariNet – satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membekalkan akses internet berkelajuan tinggi kepada lebih 10,000 sekolah.

Namun berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2013 dan 2015, antara dapatan utama ialah:

 • 89.1% sekolah tidak mendapat liputan 4G seperti dijanjikan

 • Sistem Frog VLE (platform pembelajaran) tidak digunakan secara menyeluruh, malah dianggap tidak mesra pengguna oleh guru dan pelajar

 • RM663 juta telah dibelanjakan antara 2011–2013, tetapi impaknya amat minimum

 • Lebih menyedihkan, peralatan dan prasarana yang dipasang akhirnya terbengkalai dan tidak digunakan selepas projek tamat

Persoalannya: Mengapa kerajaan masih memilih entiti yang gagal menyampaikan hasil dalam projek pendidikan digital paling besar negara?

Tender Tertutup dan Risiko Monopoli Infrastruktur

Menurut laporan Malay Mail (18 April 2025), projek ini dianugerahkan tanpa proses tender terbuka yang menyeluruh. Ini mencetuskan persoalan berat dari segi nilai wang rakyat (value for money) serta risiko penguasaan infrastruktur kritikal oleh satu syarikat swasta.

Sektor gentian optik adalah komponen tulang belakang untuk 5G, sistem keselamatan rel, serta capaian internet luar bandar. Memberikannya kepada satu entiti bermakna:

 • YTL boleh mengawal akses dan kadar sewaan kepada pihak ketiga

 • Wujud risiko “lock-in effect”, di mana kerajaan terpaksa bergantung kepada YTL untuk penyelenggaraan dan naik taraf

 • Ini bertentangan dengan prinsip persaingan terbuka yang menjadi asas Dasar Digital Negara dan Pelan MyDigital 2021

Mengapa tidak dibuka kepada pemain seperti TM, TIME dotCom, CelcomDigi atau penyedia Bumiputera lain yang mampu bersaing?

Agenda Di Sebalik Tabir?

Berdasarkan pemerhatian dan sejarah perolehan, terdapat persoalan penting dalam kalangan pengamal industri dan penggubal dasar iaitu :

1. Adakah YTL telah melobi lebih awal untuk projek ini melalui cadangan ‘pra-komersial’?

2. Adakah syarikat ini dipilih kerana ia mudah dikawal dan tidak agresif secara politik – berbanding pemain lain yang lebih vokal dan bebas?

3. Adakah wujud kemungkinan projek ini akan disub-kontrak kepada pihak ketiga, termasuk syarikat proksi tertentu yang tidak diumumkan secara rasmi?

4. Adakah YTL digunakan sebagai ‘entiti perantara’ untuk menghalalkan perolehan melalui hubungan strategik dalam kerajaan?

Ini bukan tuduhan sembrono, tetapi berdasarkan pola yang pernah berlaku sebelum ini – seperti dalam kes konsesi air, janakuasa bebas (IPP), dan perolehan sistem pendidikan.

Impak Kepada Dasar dan Industri Tempatan

Langkah ini turut mencemarkan komitmen kerajaan kepada prinsip:

• Penglibatan syarikat Bumiputera dalam sektor teknologi tinggi

• Peningkatan kapasiti vendor tempatan dalam teknologi infrastruktur digital

• Dan paling penting, keyakinan rakyat terhadap keikhlasan agenda reformasi

Adakah tiada satu pun syarikat tempatan lain yang layak? Atau sememangnya projek ini telah ditentukan lebih awal sebelum proses semakan dijalankan?

Rakyat Mahu Jawapan, Bukan Janji

Kerajaan mesti sedar bahawa rakyat kini lebih celik maklumat dan menilai berdasarkan data. Soalan-soalan kritikal perlu dijawab:

• Berapa nilai sebenar projek ini?

• Siapa panel yang meluluskan pemilihan YTL?

• Kenapa tiada tender terbuka?

• Apakah hasil yang dijangka dan bagaimana ia diukur?

• Siapa akan menyelia dan mengaudit projek ini?

Kerajaan tidak boleh sekadar menjual janji “peralihan digital”, sambil mengulangi kesilapan yang telah merugikan berbilion ringgit sebelum ini. Jika kerajaan benar-benar serius mahu membina masa depan digital yang telus dan mampan, permulaan paling penting ialah: Jangan pilih syarikat yang telah terbukti gagal.

Source 

Selasa, 1 April 2025

Isu Menara KL:Hydroshoppe Saman Kerajaan Malaysia 1 billion.Siapa untung siapa rugi?

 


Oleh:Lim Sian See

Menara KL adalah milik kerajaan, tapi sejak 1996, pengurusan Menara KL diberi kepada sebuah syarikat konsesi bernama Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Telekom Malaysia (TM).

Konsesi ini dijadualkan tamat pada 31 Disember 2024 (tetapi telah dilanjutkan Madani ke 31 Mac 2025).

Tapi pada Oktober 2021, TM buat keputusan tak mahu lagi urus Menara KL kerana perniagaan Menara KL dah jadi lebih kepada pelancongan, bukan lagi berkait telekomunikasi. Maka pada tahun 2022, TM buat keputusan untuk jual MKLSB kepada sebuah syarikat bernama Hydroshoppe Sdn Bhd.

Pengumuman penjualan dibuat pada suku ketiga 2022, dan masa tu konsesi masih belum tamat lagi (ada lagi 2 tahun).

Disebabkan tempoh konsesi dah nak habis, tiada syarikat yang nak beli MKLSB dengan harga tinggi. Jadi TM dan Hydroshoppe berbincang dengan kerajaan untuk lanjutkan konsesi tersebut.

Kerajaan ketika itu (PN-BN) melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) didakwa telah bersetuju pada 9 November 2022 untuk lanjutkan konsesi MKLSB selama 30 tahun lagi, dari 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2059.

Hasil rundingan berjaya, dan pada Disember 2022, TM rasmi serahkan pemilikan MKLSB kepada Hydroshoppe.

Tapi selepas PRU15, bila kerajaan Madani ambil alih, mereka mula siasat penjualan MKLSB kepada Hydroshoppe serta proses lanjutan konsesi tersebut.

Daripada siasatan tu, pemilik Hydroshoppe telah didakwa di mahkamah kerana didakwa menawarkan rasuah sebanyak RM500,000 setahun selama 15 tahun (jumlah RM7.5 juta) kepada Menteri Telekomunikasi ketika itu, Annuar Musa, melalui individu bernama Tan Ser Lay, yang dikatakan proksi kepada menteri tersebut - tujuan kononnya untuk mempercepatkan urusan penjualan MKLSB.

Yang pelik, penjualan MKLSB adalah kuasa TM, bukan kuasa menteri. TM pula adalah syarikat senaraian awam milik majoriti Khazanah, bawah Kementerian Kewangan. Jadi menteri tak ada kuasa nak arahkan TM jual atau tidak.

Lebih pelik lagi ialah kedua-dua Tan Ser Lay dan Annuar Musa tidak didakwa menerima atau meminta sogokan, hanya pemilik Hydroshoppe yang didakwa.

Walaupun kes mahkamah belum selesai dan belum ada keputusan bersalah, kerajaan Madani guna alasan ini untuk batalkan lanjutan konsesi hingga 2059.

Jadi kerajaan pun buka tender baharu untuk syarikat lain urus Menara KL bermula 1 April 2025. 

Lima syarikat masuk tender, dan Lim Seong Hai Capital Berhad, sebuah syarikat senaraian awam, telah menang.

Hydroshoppe tak puas hati dan telah saman kerajaan Madani, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, dan syarikat Lim Seong Hai Capital, menuntut pampasan RM1 bilion, dengan alasan kerajaan tak patuhi persetujuan asal untuk sambung konsesi mereka hingga 2059.

Pandangan saya: Hydroshoppe ada peluang menang pampasan, sebab mereka boleh hujahkan mereka dah beli MKLSB dengan andaian konsesi disambung. Tapi nak dapat balik konsesi Menara KL tu mungkin susah - kecuali Madani buat rundingan semula untuk elak kerajaan masa depan bayar pampasan besar.

Kes ini sama macam kes Awantec, di mana kerajaan Madani bersetuju membayar pampasan RM200 juta baru-baru ini bagi selesaikan kes saman yang kerajaan telah berulang kali kalah, selepas kerajaan PH pada 2018 batalkan konsesi sistem imigresen SKIN secara tidak sah.

Kes saman Menara KL ini baru bermula. Kita tengok sama-sama ke mana hala tuju akhirnya - siapa kena bayar, dan siapa yang bakal kerugian.

---

NOTA: Di sini saya nampak satu kelemahan besar atau loophole dalam sistem kita. Setiap kali tukar kerajaan, kerajaan baharu boleh saja batalkan mana-mana konsesi atau perjanjian yang telah dimeterai oleh kerajaan terdahulu, dengan pelbagai alasan. 

Tapi beban membayar pampasan akibat pembatalan itu akhirnya akan ditanggung oleh kerajaan masa depan, sebab proses saman di mahkamah biasanya ambil masa bertahun-tahun.

Jadi, mungkin sudah sampai masanya satu undang-undang atau Akta baharu diperkenalkan - di mana kalau ada menteri atau pegawai kerajaan buat keputusan membatalkan kontrak secara tidak sah, dan tindakan itu menyebabkan kerajaan rugi, maka kerajaan boleh tuntut ganti rugi peribadi daripada individu yang buat keputusan tersebut.

Ini penting supaya menteri tak boleh sewenang-wenangnya batalkan kontrak ikut sentimen politik, lepas tangan dan biar kerajaan masa depan tanggung kesannya. Kalau tidak, silih berganti kerajaan pun asyik ulang cerita sama: batal perjanjian lama, kena saman, lepas tu Rakyat juga yang akhirnya kena bayar.

Source 

Rabu, 12 Februari 2025

Bersama dalam kerajaan tak bermakna angguk semua keputusan, Pemuda Umno bidas DAP

 Ketua Penerangan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata pihaknya hanya bawa suara rakyat dan tiada kaitan sebagai ejen Perikatan Nasional.


Pemuda Umno membidas DAP yang baru-baru ini meminta ketuanya Dr Akmal Saleh menghentikan polemik garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan bukan Islam.

PETALING JAYA
Pemuda Umno bukan hanya sekadar pelengkap dalam kerajaan perpaduan malah akan terus mempertahankan kepentingan rakyat terutama Islam seperti sering dibangkitkan Ketuanya Dr Akmal Saleh.

Mengingatkan perkara itu kepada Pemuda DAP, Ketua Penerangan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, berkata sayap Umno itu hanya membawa suara rakyat dan tiada kaitan mereka sebagai ejen Perikatan Nasional (PN).

“Pemuda Umno bukan budak suruhan sesiapa. Kami ada prinsip, maruah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

“Jangan ingat kerana kita bersama dalam kerajaan, maka kami wajib angguk dan diam pada segala keputusan.

“Perpaduan yang ingin dibentuk itu mesti berteraskan nilai keadilan, bukan hanya berpihak kepada satu kelompok sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Pemuda DAP meminta Akmal berhenti daripada meneruskan polemik berhubung garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan bukan Islam dan akur dengan keputusan dibuat Jemaah Menteri.

Sayap DAP itu berkata jika Akmal masih ingin bertindak seolah-olah sebagai ejen PN, lebih baik letak jawatan dan sertai PAS daripada terus menjadi musuh dalam selimut dalam kalangan kerajaan perpaduan.

Jemaah Menteri pada Jumaat lalu memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Namun keputusan itu dikritik dikritik Akmal yang menegaskan perlunya penyediaan garis panduan berkenaan sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.

Sollehin turut mempersoal DAP adakah salah jika seorang pemimpin seperti Akmal bersuara untuk mempertahankan kepentingan umat Islam.

“Kononnya Akmal mahu jadi ‘hero agama konservatif’, kononnya beliau tidak menghormati keputusan kerajaan. Hakikatnya, beliau hanya menyuarakan kebimbangan yang ramai rakyat rasa.

“Pemuda DAP jangan jadi seperti ‘ketam mengajar anak berjalan lurus’ cakap soal perpaduan, tetapi bila ada suara yang tak selari dengan mereka, terus dihentam. Ini bukan cara sebuah kerajaan yang kononnya meraikan kepelbagaian.”

“Kalau Pemuda DAP tak boleh terima perbezaan pandangan dalam kerajaan siapa sebenarnya yang menjadi ‘musuh dalam selimut’?,” soal Sollehin.-FMT

Rabu, 29 Januari 2025

PMX lakukan upacara “titik mata” pada tarian singa?

 PMX lakukan upacara “titik mata” pada tarian singa?

Oleh:Firdaus Wong Wai Hung

Seorang individu menghantar satu video klip kepada saya menunjukkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.

Di akhir program itu, PMX dan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dijemput untuk menyempurnakan upacara “eye-dotting” kepada dua kostum tarian singa, di mana mereka meletakkan dakwat pada bahagian mata kostum singa itu.

Sebenarnya apa itu upacara 开光 (kāi guāng - buka cahaya) pada tarian singa dan apakah signifikannya?

Upacara “eye-dotting” atau “titik mata” ini sebenarnya merupakan satu proses memasukkan roh ke dalam kostum singa itu sebelum singa itu membuat persembahan. 

Upacara ini juga dinamakan sebagai 点睛 (diǎn jīng - Titik mata) atau 开光 (kāi guāng - buka cahaya) dalam bahasa Mandarin.

Menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tujuan titik mata singa adalah untuk membawa tuah dan mengelakkan bala menimpa persembahan tarian singa yang diadakan sempena acara perasmian, perayaan dan sebagainya.

“Adat Menitik Mata Singa merupakan satu adat-istiadat untuk membangkitkan semangat singa, membawa ong yang baik, memanggil kemewahan, kesihatan, keharmonian dan kebahagian serta menghalau kejahatan,” tulis JKKN dalam artikel di laman rasminya.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin juga berkata upacara menitik mata singa adalah ritual penting dalam budaya tarian singa, yang dipercayai “membangunkan” singa yang baharu untuk persembahan dengan selamat.

“Dalam budaya tarian singa, apabila singa itu baharu, ia memerlukan satu upacara iaitu upacara mencelikkan mata. Singa tersebut dikatakan sedang ‘tidur,’ dan kita perlu ‘membangunkannya’ dengan mencelikkan matanya. Selepas ritual ini, baharulah singa itu boleh membuat persembahan,” katanya kepada TV Sarawak pada 19 Januari lalu.

Menurut pakar tarian singa 郑铭辉 Zhèng Míng Huī yang berpengalaman lebih 30 tahun, upacara titik mata ini bermakna singa itu telah dikurniakan tenaga langit dan bumi, dapat menangkis aura jahat dan membawa tuah.

“Generasi yang lebih tua percaya bahawa singa yang belum melalui upacara kāi guāng adalah seperti singa tanpa aura rohani. Dulu, singa begini dikenali sebagai ‘singa buta’, bermakna ia tidak mempunyai aura rohani dan tidak diberkati oleh dewa,”   katanya dalam sebuah artikel terbitan See Hua Online pada 19 Januari 2017.

Pengurus Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke, Eric Fong pula berkata upacara titik mata adalah langkah terakhir sebelum ‘menghidupkan singa. Dakwat merah akan dilukis dari bahagian kepala singa itu dan sepanjang tulang belakangnya hingga ke ekornya yang bertujuan memperkasakannya untuk memenuhi tugasannya bagi  membawa tuah, kesihatan, kemakmuran dan perlindungan.

Tarian singa ini mungkin dilihat sebagai satu tarian tradisional masyarakat Cina tetapi asal usul tarian singa ini masih mempunyai elemen khurafat yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Saya percaya bahawa tidak mungkin PMX sebagai seorang Muslim akan redha dan sanggup melakukan upacara yang jelas mempunyai unsur khurafat sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Barangkali beliau tidak diberikan info yang tepat tentang upacara ‘eye-dotting’ itu. Wallahualam. 

Sumber 

Rujukan kepada semua kenyataan ada di link dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=6fp6QS9bvpc&t=5118s

https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/senibudaya/detail/718/pengenalan#:~:text=Adat%20resam%20Menitik%20Mata%20Singa,atau%20kedai%20baru%2C%20serta%20perkahwinan

https://www.tvsarawak.my/2025/01/19/upacara-menitik-mata-singa-simbol-tradisi-perpaduan/

https://news.seehua.com/post/243551

https://www.freemalaysiatoday.com/category/top-lifestyle/2023/01/26/dotting-ceremony-bringing-the-lion-to-life-before-its-first-dance/

Selasa, 21 Januari 2025

Isu Beras Tempatan: Umpama Serigala Minta Nak Jaga Kambing

 Beras Tempatan: Serigala Minta Nak Jaga Kambing

YB Syed Abu Husin marah dekat YB Mat Sabu. Sebab gagal selesaikan janji untuk pulihkan beras tempatan. YB Mat Sabu janji pada September 2023, bekalan beras tempatan akan pulih dalam masa sebulan. Ni dah 15 bulan tak selesai-selesai juga.

Sebenarnya itulah perasaan rakyat yang bengang sebab beras tempatan hilang dalam pasaran. Bayangkan kawasan tempat padi dihasilkan pun, beras tempatan hilang. Nak kira macamana tu?

Jadi bila YB Syed marah YB Mat Sabu, aku setujulah. Tapi nak suruh letak bawah National Action Council on Cost of Living (NACCOL) yang dipengerusikan oleh PMX aku sangat tak setuju.

Pada aku PMX ni gagal banyak perkara. Kau nak amik urusan beras dari YB Mat Sabu yang tak perform dan letak kat bawah PMX yang tak perform. Baik biar kat YB Mat sabu je, dia bukan ada kerja lain selain jaga padi beras, ayam telur. 

Satu lagi YB Syed pun tak patut lah duduk dalam NACCOL dan tak patut minta urusan beras letak bawah NACCOL. 

Kita semua masih ingat bila NACCOL perkenalkan beras putih madani berharga RM30 sepaket 10 kilogram. Masa tu YB Syed amik kesempatan selitkan beras Darul Ridzuan milik syarikat keluarga YB. 

Bila dibuat semakan Beras Darul Ridzuan adalah keluaran Kopeda Malaysia Sdn Bhd dan dibungkus oleh Sofia Edar Sdn Bhd. Kopeda Malaysia Sdn Bhd milik anak YB Syed iaitu Syed Afif Fikri bin Dato Syed Abu Husin dan Sofia Edar adalah milik anak perempuan YB iaitu Sharifah Alyaa Binti Syed Abu Husin. Malah YB sendiri sebagai Pengarah dalam Sofia Edar Sdn Bhd.




Punya tak malu, rakyat tengah susah cari beras, dia boleh cari keuntungan. Masa tu patut dia letak jawatan. Tapi biasalah muka tak tahu malu. Dia terus pegang jawatan dalam NACCOL sampai hari ni dan PMX pun buat bod0 macam lembu kenyang.

Sekarang dengan penuh rasa tak malu suruh serah urusan beras kat dia dan NACCOL. Macam serigala minta nak jaga kambing. 

Mangkuk jamban betol !!!

Salam Hormat,

Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff

Ahad, 12 Januari 2025

Titah Adendum Najib tetap sah tanpa perkenan Agong ke-17 - Mohamed Haniff Khatri

 Titah Adendum Najib tetap sah tanpa perkenan Agong ke-17 - Mohamed Haniff Khatri

Surat Titah Adendum yang dihantar Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bertarikh 29 Januari 2024, sah dan wajib dilaksanakan serta-merta, walaupun tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ini kerana dari segi perundangan, proses pengampunan yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah selesai apabila Titah Adendum diterima Peguam Negara.

Katanya, ini kerana mengikut Perkara 42 Fasal 4(a), Perlembagaan Persekutuan, proses pengampunan banduan di Wilayah Persekutuan yang dikendalikan oleh Agong tidak tertakluk dengan mana-mana nasihat atau mesyuarat yang dikendalikan Lembaga Pengampunan atau Peguam Negara.

"Masalah berkenaan berbeza jika dibandingkan dengan peruntukan di bawah Perkara 42 Fasal 4(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pengampunan banduan di negeri diterajui oleh Raja dan Sultan.

"Perkara 42 Fasal 4(b) secara khusus menjelaskan berkenaan Sultan atau Raja mestilah membuat keputusan pengampunan dengan mengambil kira nasihat Lembaga Pengampunan," katanya dalam satu hantaran video pada Sabtu.

Terdahulu, Anwar mengakui Peguam Negara memang ada menerima surat Titah Adendum berkenaan namun tidak dapat melaksanakan kerana pertukaran Yang di-Pertuan Agong daripada Al-Sultan Abdullah kepada Sultan Ibrahim pada 31 Januari 2024.

Sehubungan itu, Mohamed Haniff Khatri mempersoalkan tujuan sebenarnya Peguam Negara ketika itu menyerahkan Titah Adendum Agong ke-16 kepada Agong ke-17 untuk dipertimbangkan semula.

"Apabila Peguam Negara menerima titah untuk dilaksanakan, maka ia wajib dilaksanakan dengan serta-merta iaitu pada 29 Januari 2024. Ini kerana tiada keperluan perundangan mahupun Perlembagaan Persekutuan untuk Peguam Negara menunggu sehingga Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan dan memulakan tempoh perkhidmatan selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17.

"Oleh itu, apa yang saya lihat sekarang dengan pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa memang benar Peguam Negara telah menerima surat titah pada 29 Januari 2024 daripada Agong ke-16, maka kegagalan Kerajaan Madani melaksanakannya sehingga kini adalah satu kesalahan besar (penderhakaan)," katanya.

Berikutan itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan Madani berdiam diri untuk sekian lama mengenai kewujudan Titah Adendum tersebut.

Sedangkan katanya, sebelum Najib mengemukakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terdapat surat-surat dikemukakan oleh pasukan peguamnya kepada pelbagai pihak bertanyakan perkara berkenaan seawal pada 1 April 2024.

"Mengapa Peguam Negara dan Kerajaan Madani tidak mengakui bahawa Titah Adendum sebenarnya memang wujud semasa semakan kehakiman difailkan pertama kali dan dalam perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi?

"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah membuat keputusan menolak permohonan Najib kerana tiada keterangan terus mengenai Titah Adendum tetapi hanya keterangan 'dengar cakap' atau 'hearsay'. Namun, Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan Madani masih mendiamkan diri dan adakah itu adil?" soalnya. 

Source 

Khamis, 26 Disember 2024

Pembelian dan sewa helikopter kegunaan ATM..Berbaloikah dengan perbelanjaan besar?

 


Kerajaan BN masa Najib telah beli 12 unit EuroCopter EC725 dengan harga RM1.6 bilion atau RM133.3 juta sebuah sebagai pengganti Nuri.

Proses pembelian ini adalah melalui tender terbuka antarabangsa dan ianya dibeli terus dengan syarikat pengeluar iaitu Eurocopter (kini dimilik Airbus).

Baru-baru ini, Boustead Heavy Industries Corp Bhd memperoleh kontrak RM378 juta untuk memberikan sokongan penyelenggaraan selama lima tahun bagi 12 helikopter EC725 ini atau kos tahunan RM6.3 juta sebuah.

Ini bermakna kos pembelian EC725 termasuk 15 tahun penyelenggaraan ialah RM228 juta sebuah atau RM6.38 bilion bagi 28 buah.

Pada tahun 2024 ini, kerajaan Madani pula umum mereka akan sewa 28 buah helikopter jenis Leonardo AW149 juga sebagai pengganti helikopter Nuri dengan harga RM16.54 bilion untuk 15 tahun dengan opsyen untuk membeli terus pada harga RM15 juta sebuah selepas tamat tempoh 15 tahun.

Jadi, kos pembelian AW149 termasuk 15 tahun penyelenggaraan ialah RM606 juta sebuah atau RM16.96 bilion bagi 28 buah.

Kaedah perolehan secara pajakan melalui syarikat tempatan (dan bukan terus dari pengeluar) merupakan kali pertama umpamanya dibuat dan dianugerah selepas dirunding dengan Unit Kerjajasama Awam-Swasta (UKAS) iaitu unit di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Ramai yang pertikai keputusan untuk membeli AW149 sebab tiada laporan bahawa 12 buah EuroCopter EC725 milik TUDM itu tidak befungsi dengan baik sejak berkhidmat sejak lebih 10 tahun dahulu.

Beberapa pihak mencadangkan agar ATM mempertimbangkan helikopter lain seperti H225M (varian baharu EuroCopter EC725AP) yang mempunyai keupayaan lebih hampir dengan Nuri. Helikopter ini dibina khusus sebagai pesawat tentera pelbagai peranan dengan keupayaan yang lebih tinggi berbanding AW149.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai aspek penyelenggaraan dan kerjasama industri tempatan. Pembelian EC725AP sebelum ini telah mewujudkan beberapa kerjasama industri dengan pengeluar asal, menjadikan Malaysia sebagai pusat penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO) bagi helikopter keluaran Airbus.

Jadi ramai yang tanya kenapa kerajaan Madani tidak tambah lagi 28 buah Eurocopter berbanding membeli jenis lain iaitu AW149?

Penambahan helikopter H225M dapat melonjakkan lagi kedudukan tersebut selain memberi nilai industri kepada syarikat-syarikat tempatan yang terlibat.

Persoalan bertambah kuat bila dibanding dengan pembelian 18 buah jet pejuang jenis KAI FA-50 dengan harga RM4.08 bilion pada Feb 2023 ketika kerajaan Madani baru memerintah atau harga RM226.7 juta sebuah.

Pembelian jet ini terus dari pengeluar melalui proses tender terbuka antarabangsa yang bermula pada tahun 2021 sebelum kerajaan Madani bermula.

Walaupun, kos penyelenggaraan tidak diumum tetapi pada bulan Okt 2024, syarikat pengeluar iaitu KAI telah dianugerah kontrak penyelenggaraan bernilai US$20.4 juta atau RM90.5 juta selama setahun oleh kerajaan Filipina bagi 12 buah pesawat KAI FA-50 yang juga termasuk alat ganti, pengangkutan, sokongan teknikal, pengurusan inventori, dan perolehan peralatan.

Atau kos penyelenggaraan tahunan sekitar RM7.5 juta sebuah FA-50.

Ini bermakna kos pembelian FA-50 termasuk 15 tahun penyelenggaraan dianggarkan sebagai RM341 juta sebuah atau RM9.55 bilion bagi 28 buah.

Jadi, kenapa pula kos kesuluran 15 tahun bagi helikopter EC-725 hanya RM6.38b dan bagi jet pejuang KA-50 ialah RM9.55 bilion berbanding kos hampir RM17 bilion bagi helikopter A149?

Kos RM17 bilion adalah sangat besar dan merupakan pembelian aset keselamatan paling tinggi dalam sejarah Malaysia pada ketika jumlah hutang dan liabiliti kerajaan sudah cecah RM1.61 trilion.

Sebagai perbandingan, kos pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ialah RM16.5 bilion.

Kos RM17b ini juga adalah lebih tinggi berbanding kos keseluruhan RM16.45 bilion untuk membina:

- Lebuhraya LPT1 (RM1.48b) yang dibuka pada tahun 2004,

- lebuhraya LPT2 (RM4.37b) yang dibuka pada tahun 2015

- Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama atau CSR (RM6.6b) yang masih dalam pembinaan; dan 

- Lapangan terbang KLIA2 (RM4b) yang dibuka pada tahun 2014

Jadi, projek pembelian atau pajakan 28 buah helikopter AW149 bernilai hampir RM17 bilion ini wajar disiasat PAC sebagaimana pembelian 12 buah helikopter EC725 dengan harga RM1.6 bilion pernah disiasat masa BN dahulu.

Source 

Ahad, 1 Disember 2024

PAS “Repack” Bantuan JKM?

 PAS “Repack” Bantuan JKM? 

Nampaknya mereka tak habis-habis main politik dengan bencana banjir. 

Yang tulisan si Miqdad tu aku malas nak komen. Korang baca sendiri dan nilaikan akhlak mereka. Bagi yang tak tahu Miqdad ni adalah pimpinan Pakatan Harapan. 

Cuma satu je pesan aku kepada Miqdad, Pahang dan Selangor juga banjir. Yang tu bayaran ansuran ke apa?

Berkenaan video yang disebarkan mengatakan Parti PAS mengambil bekalan makanan disediakan oleh JKM dan dibungkus semula guna plastik berlogo PAS.

Saya nak tanya kepada penyebar fitnah, sejak bila bantuan JKM beri megi cup? Kalau nak tahu bantuan JKM datang dalam bentuk Kit seperti gambar saya letak dalam hantaran ni

Banyak tempat bekalan kit makanan telah terputus dan ditampung dengan sumbangan makanan sedia dimakan seperti maggie dan roti oleh orang ramai termasuk ahli dan penyokong PAS.

Jadi kepada pembuat fitnah, hentikanlah berpolitik musim banjir ni. Fokuslah kepada membantu mangsa banjir. Kalau tak nak bantu, elok duduk diam je. 

Salam Hormat,

Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff

Rabu, 27 November 2024

Langgar Sumpah Jawatan, Pecat Tiong King Sing atau Letak Jawatan..!

 Langgar Sumpah Jawatan, Pecat Tiong King Sing atau Letak Jawatan..!

1. Tiong King Sing, merupakan Ahli Parlimen Malaysia dan Menteri Kabinet yang dilantik melalui kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

2. Sebagai Ahli Parlimen dan Menteri yang dilantik, Tiong berkhidmat dan bertaat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

3. Taat setia ini, dibuat melalui sumpah jawatan bahawa beliau akan setia kepada Malaysia dan akan memelihara, menjaga serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 

4. Sumpah taat setia ini diwajibkan dibuat dihadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada Perkara 43 (6) Perlembagaan Persekutuan.

5. Isi kandungan sumpah taat setia boleh dirujuk pada Jadual 6 Perlembagaan Persekutuan.

6. Tiong, dua kali bersumpah setia di hadapan Yang Di-Pertuan Agong. Kali pertama, bersumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia. Kedua bersumpah memegang jawatan kabinet di bawah Kerajaan Malaysia. Tiong berkali-kali melanggar sumpah setianya untuk mempertahankan Malaysia dan Perlembagaannya.

7. Mempertahankan Kedaulatan Bahasa Kebangsaan merupakan kewajipan Tiong King Sing.

8. Mempertahankan kedaulatan maruah negara merupakan kewajipan Tiong King Sing yang terikat dengan sumpah setia yang dilafazkannya.

9. Mengukuhkan jati diri bangsa merupakan tugas yang diamanahkan dalam Kementerian yang dipimpin Tiong King Sing.

10. Ini bukanlah kali pertama Kim Sing melanggar sumpah setianya dan gagal menjalankan tugasnya mengikut Objektif Kementerian yang dipimpinnya.

11. Perkara 43(5) memberikan kuasa kepada Yang D-Pertuan Agong untuk membatalkan jawatan Menteri yang disandang Tiong King Sing jika mendapat nasihat Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

12. Menteri yang berkali-kali melakukan perkara yang melanggar sumpah jawatan mereka, mencemarkan komitmen Perdana Menteri itu sendiri dalam mempertahankan sumpah setianya pula kepada Yang Di-Pertuan Agong.

13. Sudah sampai masa YAB Perdana Menteri menasihati Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, untuk membatalkan jawatan yang disandang Tiong King Sing atau menasihati Tiong King Sing untuk meletakkan jawatannya menurut Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan.

14. Jika Tiong terus kekal memegang jawatan tanpa dipecat atau meletakkan jawatan, ianya menunjukkan Perdana Menteri gagal untuk memastikan semua aggota kabinetnya menghormati sumpah setia yang dilafazkan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.

15. Ini merupakan satu penghinaan kepada Ketua Utama Negara yang seharusnya tidak ada tolak ansur.

16. Tiada guna menerapkan pembacaan Rukunegara penuh di semua Kementerian dan agensi, tetapi tiada penghayatan untuk menjalankannya dengan penuh amanah.

17. Kesetiaan kepada Raja dan Negara itu antara tonggak yang harus ditegakkan oleh semua rakyat Malaysia. 

Daulat Tuanku!

Mohd Aswanizam Bin Alias,

Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA)

. Sumber 

Selasa, 26 November 2024

Kumpulan bela syarikat pinjam wang bidas KPKT anjur malam anugerah


 Sebuah pertubuhan yang kerap membela mangsa along dan peminjam wang berlesen mempersoalkan langkah  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan majlis malam anugerah meraikan syarikat peminjam wang dan pajak gadai baru-baru ini, menyifatkan tindakan itu menghantar isyarat salah mengenai realiti berurusan dengan perniagaan seumpama itu. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan mengapa KPKT "terlalu laju" dalam meraikan syarikat peminjam wang, sedangkan masih banyak kes melibatkan peminjam wang yang menindas peminjam termasuk dengan menggunakan keganasan. 

"Ini satu isyarat yang salah kerana apabila kita buat (penganjuran) begini maknanya mereka lagi seronoklah.  

"Seolah-olah mereka ini tidak ada salah, jadi mereka sukalah," kata Presiden PPIM Nadzim Johan kepada MalaysiaNow.

Beliau turut merujuk kepada perjanjian bersifat berat sebelah di mana syarat dan caj tersembunyi menyebabkan peminjam gagal menyelesaikan hutang. 

Nadzim berkata situasi sama didapati berlaku dengan syarikat pajak gadai yang menurutnya seringkali menipu berat emas. 

MalaysiaNow sebelum ini  melaporkan penganjuran Anugerah Kredit Madani 2024 oleh KPKT pada 15 November lalu, yang difahamkan adalah cetusan idea menterinya Nga Kor Ming, yang juga naib pengerusi DAP.

Ia diadakan di Hotel Berjaya Times Square dan turut dihadiri pemilik hotel berkenaan, taikun Vincent Tan.

Video klip majlis itu disusuli dengan ledakan kritikan di media sosial, di mana ramai menganggap ia contoh DAP semakin menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk memberi pengiktirafan kepada sektor perniagaan yang kerap dianggap sebahagian daripada ekosistemnya.

Majlis yang menghimpunkan syarikat pinjaman wang dan pajak gadai itu julung-julung kali diadakan dengan kerjasama persatuan-persatuan mewakili pemberi pinjam wang (PPW) dan pemegang pajak gadai (PPG).

Bagi Nadzim, ia seolah-olah membenarkan salah laku dan penindasan peminjam meskipun pihak KPKT mengetahui pelbagai kes serius yang berlaku melibatkan pihak terbabit. 

"(Penganjuran) ini pun kita dapat banyak aduan orang marah sebab tak masuk akal," kata Nadzim. 

PPIM kerap memberi publisiti kepada usahanya membantu kes melibatkan penipuan, manipulasi perjanjian dan ugutan kekerasan melibatkan sindiket "along", jolokan yang diberikan untuk peminjam wang tidak berlesen.

Along sering menjadi sasaran pojak polis dan berkuasa tempatan susulan peningkatan kes jenayah terhadap peminjam yang gagal membayar semula pinjaman. 

Nadzim menganggap langkah KPKT pada 2019 untuk menjenamakan peminjam wang berlesen sebagai "Kredit Komuniti" memberikan isyarat yang salah.

Ditambah dengan penganjuran majlis anugerah, beliau berkata ia seolah-olah memberi pengiktirafan yang disifatkannya "tidak perlu". 

"Sedangkan di luar sana, patutnya mereka (KPKT) melakukan apa-apa perkara yang boleh membawa keadaan dan kesan yang positif yang tidak mempergunakan pengguna," tambahnya. 

"Mereka ini tidak boleh lagi diberi penghormatan dengan gendang dan macam-macam itu. Memang tak kena." 

Ketika dihubungi, bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan Zuraida Kamaruddin berkata tujuan asal penjenamaan syarikat peminjam wang kepada "Kredit Komuniti" adalah melindungi pengusaha kecil daripada ditipu.

Katanya, majlis seperti yang dianjurkan KPKT di bawah kepimpinan Nga tidak pernah diadakan sebelum ini.

"Saya tidak pernah memberikan sebarang anugerah atau menggalakkan orang ramai untuk berurusan dengan peminjam wang," kata Zuraida kepada MalaysiaNow.

Antara ribuan pengguna media sosial yang menyatakan rasa kesal dengan penganjuran majlis anugerah itu ialah Ahmad Daud, yang berkata dirinya mangsa penipuan oleh syarikat peminjam wang berlesen.

Bercakap kepada MalaysiaNow, Ahmad berkata dia terkejut melihat video tular menunjukkan sambutan malam anugerah untuk meraikan peminjam wang.

"Adakah KPKT tidak sedar berapa ramai rakyat Malaysia menanggung sengsara disebabkan segelintir syarikat peminjam wang berlesen yang suka menipu? 

"Saya dan isteri menderita enam tahun membayar wang yang kami tak pinjam sebab tak faham perjanjian yang ditulis," kata Ahmad.

Menurutnya, dia terpaksa meminjam wang untuk rawatan ibu mertuanya.

"Lepas arwah meninggal dunia, kami masih bayar hutang. Macam mana KPKT boleh sambut dan raikan geng-geng macam ni?" katanya.

Tahun lepas, terdapat lebih 4,400 peminjam wang berlesen dan 881 pajak gadai dengan nilai pasaran hampir RM25 bilion.

Apa yang dilalui Ahmad merupakan antara sebab mengapa peminjam wang, sama ada yang berlesen atau tidak, mempunyai reputasi buruk di negara ini.

Menurutnya, dia memohon pinjaman dengan sebuah syarikat peminjam wang berlesen pada 2017. Bagaimanapum, perjanjian yang ditandatangani itu menyembunyikan caj faedah bulanan di mana dia harus membayar kadar bunga setiap bulan dengan harga bermula RM300, yang meningkat setiap bulan. 

Katanya, keadaan lebih parah apabila dia tidak mampu membayar ansuran bulanan pinjaman kerana perlu membayar kadar bunga yang semaik naik.  

Ahmad berkata, ada ketika dia tidak membayar caj faedah bulanan kerana mendahulukan ansuran pinjaman, tetapi ini hanya melonjakkan jumlah bunga pada bulan berikutnya. 

"Saya serik, semua ini, berlesen atau tidak, bagi saya sama sahaja."

Sumber 

Jumaat, 22 November 2024

Pemimpin PAS gesa PM tolak tajaan lawatan rasmi

 


Seorang pemimpin PAS menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi, kerana bimbang amalan itu memberi contoh buruk kepada penjawat awam.

Naib Presiden Amar Abdullah berkata tindakan menerima tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi membuka ruang kepada konflik kepentingan dan menjejaskan integriti pentadbiran.

“Ia juga mencetuskan persepsi bahawa keputusan kerajaan boleh dipengaruhi oleh kepentingan pihak penaja, sekaligus menghakis keyakinan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

“Lebih membimbangkan, amalan ini memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Ia berpotensi mewujudkan budaya kronisme dan rasuah dalam pentadbiran, merosakkan kepercayaan kepada institusi kerajaan.”

Amar berkata Anwar sebagai perdana menteri harus menolak tajaan sebegitu dan memastikan semua perbelanjaan rasmi dibiayai secara telus melalui saluran rasmi.

“Rakyat berhak mendapat kepimpinan yang bebas, bersih, dan telus tanpa sebarang pengaruh luar,” tambahnya.

Terdahulu, Anwar beritahu Dewan Rakyat bahawa sebahagian besar kos lawatan rasminya ke lima negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang turut mengikuti program itu.

Katanya, ia pendekatan berbeza yang dibuat oleh pentadbirannya memandangkan kos lawatan kerja rasmi ke luar negara lazimnya menelan perbelanjaan yang tinggi.

Beliau melaporkan syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan, dan kerajaan membantu syarikat itu sama ada import dan eksport.

Anwar berkata Petronas, Sapura Energy, dan Proton antara syarikat yang diundang, lapor Astro Awani.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, mengenai implikasi kewangan hasil lawaatn kerja beliau itu.

Anwar pulang dari lawatan rasmi ke Kaherah (Mesir), Riyadh (Arab Saudi), Lima (Peru), Rio de Janeira (Brazil), dan Doha (Qatar) semalam.

Source 

Khamis, 21 November 2024

Lawatan kerja PMX keluar negara 70% ditanggung GLC dan swasta

 Tatakelongkang Ala-Madani

Terkejut aku bila dengar PMX dengan selambanya menceritakan ketika PMQT di Parlimen, bahawa 70-80% kos lawatan dia ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta. 

Aku macam tak percaya. Biar betul apa yang aku dengar. 

Baru ni aku dedahkan tatakelongkang Kerajaan Madani bila anak PMX hadir dan terlibat sama dalam mesyuarat rasmi Kerajaan ketika lawatan ke luar negara. Walaupun hadir atas nama NGO. 

Sampai ada kawan aku yang bergiat aktif dengan NGO komen, "Macamana cara NGO kami nak mohon ikut lawatan PMX?" 

Hahaha bab tu aku serah pada Nurul Izzah untuk beri jawapan. Dia lagi mahir. 

Balik pada isu tajaan syarikat swasta untuk lawatan PMX ni, aku teringat satu cerita yang berlaku di negara selatan kita Singapura. Seorang bekas Menteri Pengangkutan negara tu S. Iswaran ketika menjawat jawatan menteri telah menerima hadiah bernilai RM1.3 juta termasuk dalam bentuk penerbangan jet peribadi. 

Sekarang ni dia sedang meringkuk dalam penjara selama 12 bulan kerana didapati bersalah tuduhan salah guna kuasa. 

Jadi soalan jujur dari aku, kenapa S.Iswaran buat salah guna kuasa, tetapi PMX buat penjimatan? Pelik kan?

Bayangkan yang terima tajaan ini adalah Perdana Menteri Najib Razak atau Muhyiddin Yassin, mahu bergegar Parlimen sehingga tercabut atap. Yang paling tinggi meloncat adalah DAP. 

Tapi tadi bila PMX sebut dalam Parlimen tadi, semua Ahli Parlimen Kerajaan termasuk DAP senyap sunyi. Takde sorang pun berani nak persoal PMX. 

Betul lah bila Ahli Parlimen Putrajaya YB Dr. Radzi Jidin kata Kerajaan Madani ni adalah Kerajaan Lembu Kenyang. 

Aku nak dengar juga apa spin PMX kali ni. Aku boleh agak, mungkin dia jawab kami buat macam naik keta sewa tong-tong duit minyak. Kita kongsi sorang sikit. 

Macam tu lah kot......Tatakelongkang......

Salam Hormat,

Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff