"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Jutawan Kosmetik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jutawan Kosmetik. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2022

Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit – Vida

 

AKSI tepuk punggung oleh Kak KM dan kawan-kawannya termasuk Vida dikecam ramai,

PETALING JAYA – Dikecam hebat netizen susulan aksi tepuk punggung yang menjadi perbualan ramai, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida tampil mempertahankan tindakannya.

Pemilik nama lengkap Hasmiza Othman itu memaklumkan, sebagai seorang wanita yang sudah berusia, dia tidak berniat untuk mencipta kontoversi namun ternyata, apa yang ditonjolkan dalam media sosial mudah membuat khalayak terkesan.

Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.

Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tidak menafikan kutukan ramai susulan kontroversi yang tercetus, Vida, 51, bagaimanapun menafikan dirinya seorang jahil tentang agama hanya disebabkan video tular tersebut.

“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.

“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” ujarnya.

Kontroversi yang turut melibatkan tiga figura sensasi lain iaitu Ifa Raziah, Kak KM dan Cheta Pot Pet berkenaan turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin yang menyifatkan penularan video tepuk punggung sebagai tindakan yang memalukan.

“Malu kalau anak-anak jadikan ikutan, malu bila nikmat kaya Allah bagi hanya untuk cara begini.

“Apa nak jadi dengan bangsa kita, agama kita,” tulis PU Amin atau nama sebenarnya, Mohammad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 31, dalam media sosialnya.

Terdahulu, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli yang merupakan anak kepada dramatis, Normah Damanhuri memuat naik video dalam Instagram menunjukkan aksinya menepuk punggung Vida, Ifa dan Cheta Pot Pet dengan tujuan mempromosi sebuah karnival beli belah – KOSMO! ONLINE

Ahad, 20 Februari 2022

Safiey Ilias nak jual kereta Mustang RM270,000

 

Kuala Lumpur: Selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, di sini dengan harga RM2.1 juta, usahawan kontroversi Safiey Ilias mahu menjual kereta mewah Mustang.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu dijual dengan harga RM270,000.

"Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya. 

"Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding," katanya.

Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

"Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.

"Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama," katanya.

-myMetro

Rabu, 26 Januari 2022

“Bukan Cakap G*y” DSV Jelaskan Perkataan Sebenar, Minta Netizen Dengar Betul-betul Sebelum Tuduh.

 


PETALING JAYA – Diselar biadab dan sesuka hati menilai kecenderungan seksual orang lain, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida tampil menafikan dakwaan ramai kononnya dia melabel penyanyi lelaki unggul tanah air, Anuar Zain sebagai seorang lelaki homo.seksual atau g4y.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, perkara tersebut terpulang kepada penerimaan sesiapa yang menyaksikan siaran langsung (IG Live) yang ditularkan semula menerusi TikTok.

Dalam video bertajuk, Ada orang tanya: Dato cubalah ngorat Anuar Zain, Vida bertegas dia tidak bermaksud untuk menyebut perkataan ‘gay’ merujuk kepada pelantun lagu Sedetik lebih itu.

 

“Saya sebut ‘okay’ bukan ‘gay’. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun.

“Tapi saya faham apapun yang keluar dari bibir saya, orang tak percaya saya tentang isu ini. Saya memang akan kena kecam. Aduhai, pening saya memikirkannya.

“Mereka akan cakap saya dahaga perhatian dan sebagainya. Saya sendiri lupa bila punya siaran langsung (IGLive) yang orang tularkan. Dalam 12 Januari tempoh hari,” katanya kepada Kosmo! Online ringkas.

Namun begitu, usahawan berkenaan sekali lagi tampil meluruskan video yang tular itu dengan mengatakan yang dia tidak menyebut perkataan ‘gay’ tetapi ‘okey’ selepas diminta oleh netizen supaya mengorat penyanyi tersebut.

Video penjelasan tersebut telah dikongsikan semula oleh satu saluran YouTube dikenali sebagai pendakiSOLO. Dalam video itu, Vida bersungguh menafikan hal berkenaan dan langsung tidak menyebut perkataan ‘gay’.

Dah boleh stop kot buat kontroversi

Tak hanya itu, dia juga meminta orang ramai supaya tidak sesuka hati menuduh perkara sebegitu kepadanya kerana mana mungkin dia menghina di media sosial.

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen Instagram Dato’ Seri Vida, ramai yang masih berang dengan video sebelum ini dan meminta usahawan itu memohon maaf kepada Anuar Zain diatas kata-kata yang mengundang salah faham ramai.

Pandang diri sendiri sebelum cakap orang lain


Pergi jela minta maaf

Terdahulu, dalam video yang dimuat naik menerusi TikTok, Vida dilihat kurang bersetuju dengan cadangan seorang lelaki yang menyuruhnya memikat hati Anuar Zain sebelum membuat andaian bahawa penyanyi berusia 52 tahun itu sebagai mengamalkan gaya hidup homoseksual atau gay.

“Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gay, gay, faham tak!” kata penyanyi lagu I Am Me itu dalam nada seperti berbisik.

Vida Dakwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain

Penyanyi terkenal Ziana Zain menempelak usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida selepas ahli perniagaan itu mendakwa adiknya, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi sedutan video Vida membuat kenyataan tersebut untuk tatapan umum.

Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Vida menjawab pertanyaan seseorang yang memohon dia untuk memikat pelantun lagu Lelaki Ini itu untuk dijadikan suami.

Vida dengan nada berbisik, berkata, “G*y.. g*y.. faham tak?”

Perbuatan tersebut menarik perhatian Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, yang kemudiannya meninggalkan komen pada video berkenaan.“Sangat biadapppppppp,” tulis Ziana yang menggunakan akaun TikTok rasmi miliknya.


Bukan sahaja Ziana, dakwaan tersebut mengundang rasa berang wargamaya yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki tersohor itu.

Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk tampil mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut.

“@nurafiqahsamsud25:Anuar Zain tu ada class. Dia taknak perempuan terpekik terlolong.”

“@user4285909616231:Anuar Zain boleh saman ni.”

“@_WAN MAZ_:”Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak -Tok Guru Nik Aziz.”

@i-am-shahromyazid:Ini soal maruah, jangan buat main-main!! Kaya tidak bermakna boleh menghina dan memfitnah orang lain sesuka hati.”

“@oja:Sebab tu kawen banyak kali pun tak bertahan…. Ubah dulu apa yang patut.. duit tak mampu membeli adab melainkan kita pupuk sendiri.”

“@M VP658:Mulut jaga ya, anak-anak tu masih dalam fasa meneroka identiti.. takut karma mengata orang terpalit kat keturunan sendiri.”
“@Kakya:Tak baiknya cakap cmtu, Anuar Zain tu baik humble tak penah kacau hidup orang lain pun.”

“@Shariza abd latif:Tu sebab jangan banyak cakap. Banyak cakap banyak salah.. Menyakitkan hati orang. Kalau betul mengumpat. Kalau tak betul fitnah. Moga dia sedar dan minta maaf.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sumber; utusan/liveconnection

Kredit: transformasi.host

Khamis, 15 April 2021

Manusia bertopengkan syaitan, kebanyakannya munafik – Nur Sajat

SAJAT kini hidup dalam persembunyian.

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik sensasi yang masih hilang jejak, Nur Sajat terus memuat naik kenyataan kontroversi menerusi Instagramnya.

Terbaharu, Nur Sajat atau nama lengkapnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, menyifatkan kebanyakan manusia bersifat munafik.

“Biarlah tiada agama daripada ada agama, rasa diri itu bagus dari tak pernah buat dosa. Kebanyakannya ramai munafik. Manusia bertepungkan syaitan,” tulisnya melalui Insta Story.

ANTARA luahan Sajat dalam Instagramnya.

Tulis Sajat juga, orang cerdik agama yang membuatkan dirinya menjauhi dari agama Islam.

“Orang agama yang minta sangat aku jauh dari agama Islam. Lagi aku pertahankan, lagi mereka buli aku. Orang-orang acah alim, semua sibuk maki, hina, herdik dan beri sindirian yang menghina.

“Aku dengan cara aku dan aku tak percaya mana-mana dah. Bagi aku semua itu karut,” ujarnya.

Untuk rekod, sudah Sajat sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sehingga kini, usahawan itu masih belum berjaya dijejaki sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu. Pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat berada di luar negara. – K! ONLINE


Selasa, 6 April 2021

Sajat bersembunyi di Thailand

MUHAMMAD Sajjad Kamaruz Zaman. FOTO arkib NSTP
MUHAMMAD Sajjad Kamaruz Zaman. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa, Sajat kini sedang bersembunyi di Thailand.

Ditanya bagaimana dia lolos ke negara jiran itu, sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkannya.

Menjadi persoalan sama ada Sajat menggunakan laluan tikus untuk keluar dari Malaysia ke Thailand ataupun dia menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan bahawa Sajat kini sedang berada di negara jiran namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.

"Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah berkongsi maklumat berkaitan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat yang didakwa berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan mendedahkannya kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Muhammad Sajjad mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.-myMetro

Isnin, 12 Oktober 2020

Nur Sajat akan didakwa lagi

SAJAT bakal didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret, Shah Alam, atas tuduhan menjual produk kosmetik tidak berdaftar. 

 Kuala Lumpur: Selepas lebih enam bulan 'diberi muka', usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bakal didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Shah Alam esok, atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar. 

 Sumber berkata, Sajat akan berdepan 17 pertuduhan membabitkan pemilikan 11 produk kosmetik tidak berdaftar, lima kosmetik tidak bernotifikasi dan satu pertuduhan penjualan yang bukan keluaran berdaftar.

 "Dia sebelum ini dikenakan waran tangkap oleh mahkamah sama pada Mac lalu selepas gagal hadir perbicaraan di mahkamah itu tanpa sebarang alasan kukuh.

 "Bagaimanapun tindakannya menyerah diri selepas itu menyebabkan dia tidak ditahan. Sebaliknya kes dihadapinya akan disebut semula di mahkamah pada jam 9 pagi esok," katanya.

 Sumber berkata, Sajat sebelum ini dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984. 

 "Difahamkan pihak Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) KKM sebelum ini melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos tahun lalu, susulan maklumat penjualan produk memutihkan kulit tidak berdaftar. 

 Pihak CPF turut bertindak mengambil keterangan dari beberapa pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat selaku pengarah syarikat. 

 Tindakan diambil selepas pihak CPF menyamar dan membeli produk dijual itu sebagai bukti. 

Pemeriksaan dilakukan pegawai CPF di premis itu kemudian menemui produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM sebelum tindakan rampasan dilakukan. 

 Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat diperiksa itu adalah berdaftar dan semua produk dirampas adalah milik Nur Sajat untuk tujuan jualan. 

 "Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952. 

 "Nur Sajat turut bakal didakwa mengikut Peraturan 18(A),Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 18A(15) peraturan yang sama," katanya.

 Nur Sajat sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada 14 Disember 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. 

 Malah Sajat pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019. 

 Ia susulan tindakan KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, Johor, sebelum merampas 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000. 

 Pada 28 September lalu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Rose Azlin Rosli didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, kerana menjual dan memiliki produk tidak berdaftar dengan KKM. 

 Rose Azlin, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) mewakili syarikat KM Beauty House membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse yang tidak berdaftar di bawah KKM yang melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dengan tujuan untuk menjual produk itu. 

 Rose Azlin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan ketika kejadian produk berkenaan sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan KKM. 

 Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Mohd Helmi Azman daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Selangor, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh atas alasan produk itu sudah diiklankan dalam laman sosial yang boleh diakses umum.

-myMetro