Waris kesultanan Sulu yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia - merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.
Berinformasi Dan Bermaklumat
Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.
Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.
Peguam berkata bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin.
Keturunan sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.
Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas ke atas Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.
Malaysia tidak mengambil bahagian dalam proses timbang tara di Perancis, dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.
Peguam bagi pihak yang menuntut telah berhujah bahawa memandangkan Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing (Konvensyen New York), maka anak guam mereka mempunyai hak untuk merampas aset Malaysia di 167 negara penandatangan sekiranya jumlah yang dituntut tidak dibayar.

KUALA TERENGGANU: Pelantar minyak Telok A milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dekat sini berisiko meletup dilanggar kapal pesisir pantai milik syarikat Indonesia, Winposh Rampart yang hanyut ke perairan Terengganu, semalam.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini menggerakkan operasi khas bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini menimpa kesemua lapan pelantar di situ.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, kapal Winposh Rampart sepanjang 72 meter dan seberat 2,588 tan itu dikatakan hanyut selepas terputus tali tunda di kedudukan kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Terengganu pada pukul 3.15 petang.
Katanya, kapal tanpa kru itu ditunda oleh kapal Limin Rosmina milik syarikat perkapalan sama menuju ke Yang Pu, China dari Matak, Indonesia.
“Semasa kedua-dua kapal itu berada di perairan Vietnam, tali tundanya terputus berikutan cuaca buruk lalu menyebabkan kapal Winposh Rampart hanyut sehingga memasuki perairan Malaysia.
“Berdasarkan analisis penilaian risiko, kapal itu berpotensi melanggar pelantar minyak Telok A dan boleh mengakibatkan kawasan pelantar meletup di samping melibatkan kemalangan nyawa jika bantuan awal tidak diberikan bagi menanganinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Zubil berkata, Maritim Malaysia telah mengambil tindakan pantas mengkoordinasi bantuan bersama Petronas untuk menunda kapal Winposh Rampart terbabit ke lokasi lebih selamat.
Malah, katanya, Pasukan Tindakan Khas (PTK) agensi berkenaan turut diatur gerak dengan menggunakan pesawat AW139 bagi menganalisis situasi itu di samping mengenal pasti kaedah bagi mengelakkan kapal daripada terus hanyut dan berisiko merempuh pelantar.
“Selain itu, Kapal Maritim (KM) Jujur dengan kekuatan enam anggota PTK telah dikerah ke lokasi kapal pesisir pantai itu untuk memberikan bantuan manakala Petronas pula menghantar dua aset iaitu kapal Icon Lotus dan SK Pilot bagi memantau serta membantu operasi,” katanya.
Difahamkan, Maritim Malaysia dengan bantuan Petronas masih berusaha menunda kapal Winposh Rampart itu yang dikatakan kini berada pada jarak antara 16 hingga 35 batu nautika dari pelantar dengan kelajuan angin 40 ke 50 kilometer per jam (kmj) di samping ketinggian ombak 2.5 ke 3.5 meter.
-utusanonline
Kenapa Sudan bertindak begini?
Sudah lupakah mereka kepada segala jasa Malaysia dan Petronas yang mengubah mereka daripada negara miskin dibuli kepada negara pengeluar minyak sejak 20 tahun lalu?
Sudah lupakah mereka kepada segala jasa Petronas memberi biasiswa mendidik rakyat mereka membangunkan industri petroleum mereka?
Sudah lupakah mereka dengan jasa Malaysia membantu mereka di saat kuasa-kuasa besar dunia mengenakan sekatan antarabangsa kepada mereka?
2. Jawapannya kerana politik dan geopolitik: kerajaan Sudan hari ini bukan lagi kerajaan Sudan yang dulu, di mana Presiden Omar al-Bashir yang berkuasa ketika Malaysia menghulur tangan bantuan kepada Sudan lebih 20 tahun lalu telah dijatuhkan melalui rampasan kuasa pada April 2019.
3. Kerajaan Sudan hari ini juga bertindak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai balasan janji pelaburan besar-besaran dari Barat yang dibuat Amerika Syarikat di bawah Presiden Trump sebelum ini.
Gelap mata dengan janji-janji pelaburan Barat itu, kerajaan Sudan yang baru ini telah bertindak kurang bijak dengan merampas aset-aset milik Petronas (Malaysia), Pakistan, Qatar, dan Turki kononnya dengan alasan aset-aset tersebut diperoleh secara tidak sah di bawah pentadbiran Omar al-Bashir dulu.
4. Sejarah membuktikan betapa kita Malaysia adalah antara negara pertama yang sanggup melabur membangunkan telaga minyak Sudan sejak tahun 1990-an lagi. Petronas mengorak langkah dengan projek GNPOC (30 peratus) pada 6 Disember 1996, dan di Lundin’s Block 5A pada 6 February 1997 (28.5 peratus).
5. Malah, pada tahun 2003 Petronas menyelamatkan industri petroleum Sudan dengan membayar tunai US$142.5 juta untuk membeli 40.375% ‘working interest’ daripada konsortium Lundin Petroleum dan OMV yang terpaksa menjual pegangan mereka di Block 5A akibat tekanan berkaitan penglibatan mereka dalam perang minyak di Sudan.
Ketika Sudan dibadai krisis kemanusiaan Darfur dulu pun Malaysia teguh berdiri di samping Sudan, siap menyumbang melalui kempen ‘Dapur untuk Darfur’.
6. Bukan sekadar membangunkan sumber petroleum, Petronas turut berjasa besar dalam pembangunan sumber manusia Sudan. Contohnya seperti Khartoum Vocational Training Centre 2005 yang ditubuhkan Petronas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Negeri Khartoum, Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) dan GIATMARA, Malaysia dengan latihan dalam bidang Automotive Maintenance Technology, Electrical Maintenance Technology, Air conditioning & Refrigeration Maintenance, Plumbing Technology, Building Technology, hinggalah ke Training of Trainers program. Pusat ini telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Negeri Khartoum pada tahun 2012.
7. Tidak cukup dengan beratus biasiswa prasiswazah dan pascasiswazah di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kepada anak muda Sudan, Petronas bahkan turut menyumbang perpustakaan bergerak untuk kemudahan anak-anak sekolah di Sudan sejak tahun 2005 hingga 2011.
8. Bahkan pada tahun 2019 Menteri Minyak dan Gas Sudan sendiri Yagoub Adam Bashir Gamaa mengiktiraf jasa Petronas secara khusus. Namun begitu, beberapa hari kemudian iaitu pada 11 April 2019 rampasan kuasa tentera telah menjatuhkan kerajaan Presiden Omar al-Bashir.
9. Tindakan Petronas mempertahankan hak kita bahawa Kompleks Petronas di Khartoum diperoleh dengan cara yang sah hingga memfailkan kes ke International Centre for Settlement of Dispute (ICSID) di bawah Bank Dunia membuktikan segala-galanya.
10. Malah, langkah ini diambil Petronas hanya selepas jalan diplomatik melalui Kementerian Luar Negeri tidak membuahkan sebarang hasil sebaliknya Sudan terus merampas aset kita di sana dan kemuncaknya hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengurus Petronas di Sudan.
11. Hakikatnya, tindakan kurang bijak kerajaan Sudan hari ini merampas aset Petronas (Malaysia), Pakistan, Qatar, dan Turki semata-mata kerana terlalu yakin dengan janji kemasukan pelabur Barat selepas mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel bakal mengundang rasa tidak percaya dan tidak yakin para pelabur antarabangsa untuk jangka masa panjang.
12. Hilang kawan, hilang hormat, semata-mata kerana rasa tamak dan dendam, pengajaran ini akan memberi impak negatif kepada rakyat Sudan sendiri. Perancangan Petronas untuk membantu Sudan membangunkan rantau Laut Merah mereka juga sama sekali sudah pasti terbatal dengan tindakan Sudan hari ini.
13. Sama-sama kita doakan semoga semua rakyat Malaysia di Sudan dipelihara dan kepentingan Petronas dapat dipertahankan di International Centre for Settlement of Dispute (ICSID).
Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs,
Leiden University, Belanda.