"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Helikopter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Helikopter. Papar semua catatan

Selasa, 23 April 2024

Dua helikopter bertembung di udara dalam Pangkalan TLDM Lumut

 Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan TLDM Lumut, di Lumut, pagi ini.

Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan TLDM Lumut, di Lumut, pagi ini.

LUMUT: Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi ini.

Difahamkan, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.


Jumlah mangsa yang terlibat dalam nahas itu masih belum diketahui.

Sumber daripada Unit Komunikasi Strategi TLDM berkata satu siaran media akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Tangkap layar rakaman video helikopter bertembung di udara dalam Pangkalan TLDM Lumut
Tangkap layar rakaman video helikopter bertembung di udara dalam Pangkalan TLDM Lumut

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke darat.

Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.

-BH Online 

Artikel Berkaitan: Helikopter terhempas: 10 dilaporkan terkorban

Sabtu, 18 Disember 2021

PRN Sarawak: Helikopter bawa Abang Johari terpaksa mendarat cemas

 Helikopter membawa Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg terpaksa mendarat cemas di padang kawad UNIMAS petang ini. - Foto Melvin Joni

Helikopter membawa Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg terpaksa mendarat cemas di padang kawad UNIMAS petang ini. - Foto Melvin Joni

KOTA SAMARAHAN: Helikopter membawa Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan rombongan terpaksa membuat pendaratan cemas di Padang Kawad Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata helikopter milik Hornbill Skyways terbabit membuat pendaratan cemas pada jam 2.45 petang susulan cuaca buruk ketika hujan lebat.

Helikopter yang membawa Ketua Menteri dan beberapa individu lain mendarat di Padang Kawad UNIMAS kerana cuaca buruk.

"Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan Ketua Menteri meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat," katanya yang dihubungi.

Difahamkan, ketika kejadian Abang Johari bersama rombongan dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas meninjau proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) kali ini.-BH Online