"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Air Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 12 November 2020

Sabotaj air Selangor: Polis temui 40 tong bahan kimia berjadual

 POLIS dilaporkan menemui 40 tong berisi 40,000 liter bahan buangan berjadual di dalam sebuah premis di Rawang yang dikaitkan sebagai punca pencemaran sungai Selangor.


Ketua polis daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati premis itu disewa oleh seorang wanita yang direman pagi tadi sejak dua minggu lalu dengan bayaran sewa RM3,800 sebulan.

Arifai Tarawe

"Cara mereka ini melupuskan dengan membuang bahan-bahan yang berjadual ini di dalam satu lubang kumbahan inilah yang mengalir ke dalam loji IWK (Indah Water Konsortium), sehingga melimpah menyebabkan Sungai Selangor tercemar," katanya.

Setiap tong difahamkan berkapasiti 1,000 liter, pihak polis masih menunggu perincian lanjut mengenai bahan yang ditemui daripada jabatan kimia untuk tindakan lanjut.

Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj dan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di hadapan premis berkenaan siang tadi. 

Dalam perkembangan yang sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai pasukan khas bagi menyiasat pencemaran sumber air mentah sehingga menyebabkan empat loji rawatan air LRA di Sungai Selangor terpaksa dihentikan.

Ia turut dianggotai oleh agensi lain termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Empat individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pencemaran bau di loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Taman Velox Rawang.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga 17 November dikeluarkan Majistret Nurhafizah Rajuni di Mahkamah Majistret Selayang.

Dua daripada suspek termasuk seorang wanita adalah pengarah sebuah syarikat pembinaan jalanraya. Perintah reman mengikut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. 

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang menyebabkan bahan buangan dilupuskan ke dalam sungai.

Siasatan awal mendapati suspek wanita tersebut adalah penama yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menyewa di premis nombor 32 Jalan velox 2 Rawang, manakala seorang lelaki tempatan dan dua pekerjanya termasuk seorang warga Bangladesh pula menumpang stok bahan kimia di premis berkenaan.

Dipercayai wujud aktiviti membuang sisa kimia ke dalam lubang kumbahan di premis yang disyaki, dan terus mengalir ke kawasan tercemar. Semua suspek ditahan sekitar Gombak Damansara dan kelana jaya bermula semalam hingga awal pagi tadi


Sumber — https://www.milosuam.net