"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Info Auto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Auto. Papar semua catatan

Ahad, 6 Julai 2025

Info Auto:Pembunuh senyap (Silent killer) kereta anda, enjin berkarat.

 Pembunuh senyap (Silent killer) kereta anda, enjin berkarat. 

Punca utama, tak jaga coolant radiator, main letak air sahaja.

Pentingnya penjagaan coolant pada kereta kita untuk memanjangkan jangka hayat enjin, bila radiator mula berkarat air selaku ejen karat yg sangat efektif akan membawa karat ke seluruh laluan air di dalam enjin.

Jika karat berlaku:

1. Thermostat juga akan kena, lama kelamaan thermostat akan rosak (jem), overheat boleh berlaku.

2. Pipe line (besi) juga boleh mengakibatkan kebocoran kecil berlaku akibat kelemahan struktur pipe akibat di makan karat, overheat juga boleh berlaku.

3. Laluan air dlm blok pun tak cantik akibat karat yang tebal (laluan makin sempit).

4. Waterpump pun mudah rosak seperti gambar di atas, setiap kali tukar timing belt, wajib tukar water pump. Sepatutnya boleh skip utk penukaran pertama timing belt. Overheat juga boleh berlaku jika mengabaikan water pump.

5. Segala jenis hose getah pun akan cepat mengeras dan boleh pecah bila-bila masa akibat daripada tindak balas antara air karat dengan getah hos dan overheat boleh berlaku.

6. Radiator pun berkarat, jika terlalu teruk, aliran air melalui radiator tidak berapa cantik, dan menjadi semakin teruk jika aliran air tersekat terus, overheat boleh berlaku jika begini keadaannya.

7.Radiator cap, dia yg tak bersalah pun kena juga kesannya karat, kepala cap ini boleh putus akibat karat.

Oleh itu, jagalah coolant kereta anda, tak mahal manapun, baru RM29 (proton, perodua,toyota, nissan, honda lebih kurang je harganya), tukarlah setiap 40-50k km sekali atau 2 tahun sekali bergantung pada jarak perjalanan kereta anda.

Spare tank atau tangki simpanan di tepi radiator tu jangan pulak ditambah air, tambah coolant sahaj ye. Tau.. ramai yang tambah air, lama kelamaan kandungan coolant beransur hilang. Ini lah sikap dan punca utama kebanyakan kes overheat yang berlaku.

Kredit: Owner Post

Sabtu, 14 Jun 2025

Penghadang Jalan: Dua Teknologi, Dua Hasil Ketika Kemalangan

 Penghadang Jalan: Dua Teknologi, Dua Hasil Ketika Kemalangan

Apabila berlaku kemalangan terutama pada kelajuan tinggi atau di selekoh tajam, jenis penghadang jalan memainkan peranan besar dalam menentukan tahap kecederaan dan kemungkinan nyawa terselamat.

Penghadang Biasa (W-Beam Guardrail)

- Direka untuk menahan impak secara statik.

- Mampu menyerap tenaga pada kelajuan sederhana.

- Namun, dalam kes kelajuan tinggi, ia boleh menyebabkan:

  - Kenderaan terhentak kuat & berpusing.

  - Risiko terpelanting melintasi halangan.

  -  Kerosakan teruk pada badan kenderaan & penumpang.

Penghadang Berputar (Roller Barrier)

- Menggunakan silinder berputar berasaskan polimer keanjalan tinggi.

- Tenaga hentaman diubah kepada gerakan berpusing, mengurangkan impak mendadak.

- Membantu mengekalkan laluan kenderaan dan mencegahnya daripada tergelincir atau terbalik.

- Kajian menunjukkan  penghadang jenis ini berpotensi mengurangkan kadar kecederaan parah dan kematian, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Worst-Case Scenario:

Dalam situasi kemalangan laju tinggi:

- Penghadang biasa = impak keras, risiko maut lebih tinggi.

- Penghadang berputar = serapan tenaga lebih efisien, peluang untuk hidup lebih tinggi.

Source 

Sabtu, 17 Mei 2025

Info Auto:Kepentingan fungsi oxygen sensor pada kereta anda

 


Zaman minyak mahal ni, semua orang nak kereta yang jimat minyak. Tapi korang tahu tak, ada sensor dalam kereta yang main peranan penting untuk bantu jimatkan minyak?

Salah satu sensor penting ialah oxygen sensor. Sensor ni kira berapa banyak oksigen yang tak terbakar dalam ekzos. Bila sensor ni ada problem, sistem akan campur minyak ikut suka hati, terus makan minyak lebih.

Lepas tu ada MAF sensor, atau nama penuhnya Mass Air Flow. Dia kira berapa banyak udara masuk dalam enjin. Kalau sensor ni salah bagi bacaan, campuran minyak dan udara jadi tak tepat, kereta pun kuat telan minyak.

Throttle Position Sensor pun tak kurang penting. Dia pantau posisi pedal minyak korang. Kalau sensor ni salah info, ECU jadi keliru nak bagi banyak mana minyak, akhirnya pembakaran tak efisien.

Fuel Pressure Sensor pun main peranan. Bila tekanan minyak tak stabil, sistem susah nak jaga campuran minyak dan udara. Bila tak seimbang, prestasi kurang, minyak pun cepat habis.

Akhir sekali, Temperature Sensor. Sensor ni kira suhu coolant. Bila suhu enjin salah baca, ECU fikir enjin masih sejuk, dia lebihkan minyak. Tu yang korang isi RM20, kejap je habis huhu!

Kalau korang rasa minyak cepat habis, bukan semestinya enjin je problem. Kadang sensor je yang bagi bacaan salah. Elok check dan scan dulu sebelum tukar benda mahal-mahal.

Source 

Sabtu, 10 Mei 2025

Info Auto:Punca-punca biasa kereta tak pickup walaupun tekan minyak

 


Bila kereta rasa berat nak pickup walaupun dah tekan pedal minyak dalam-dalam, memang boleh stress. Masalah ni boleh jadi berpunca dari pelbagai komponen, dan bukan semua nampak dengan mata kasar. Tapi jangan risau, kat bawah ni ada senarai punca biasa kenapa kereta tak nak pickup, siap dengan langkah nak periksa sekali. Boleh la elak kena ‘tibai’ dengan pomen tak jujur.

Punca-punca biasa kereta tak pickup walaupun tekan minyak:

Sensor Pedal Minyak Rosak

Bila sensor ni gagal hantar signal betul ke enjin, kuasa tak sampai, kereta jadi lemau.

Filter Udara Tersumbat

Udara tak cukup masuk ke enjin, jadi pembakaran tak sempurna. Jadi kurang efficiency

Mass Airflow Sensor (MAF) Bermasalah

Sensor ni penting untuk kira nisbah udara-bahan api. Kalau rosak, enjin boleh jadi terlalu kaya atau miskin bahan api.

Fuel Filter Tersumbat

Bila penapis bahan api dah kotor, aliran minyak jadi perlahan. Enjin pun tak cukup ‘makan’, terus tak bertenaga.

Fuel Pump Rosak

Pam minyak lemah atau rosak, enjin tak dapat tekanan minyak yang cukup – kereta pun tak responsive.

Masalah Transmisi

Torque converter rosak atau solenoid bermasalah, gear tak tukar elok – enjin meraung, tapi tak gerak.

Masalah Enjin

Contoh macam compression rendah, oxygen sensor rosak atau ECU buat hal – semua ni buat pickup jadi perlahan.

Langkah Troubleshoot Yang Boleh Cuba Sendiri:

Pastikan brek tangan dilepaskan dan gear dalam posisi yang betul (Drive atau 1,2).

Periksa warning lights kat dashboard. Kalau ada lampu menyala, maknanya ada masalah.  

Check filter udara dan fuel filter – kalau dah lama tak tukar, mungkin dah tersumbat.

Tengok paras dan warna transmission fluid – kena cukup dan bersih.

Guna alat imbas (scan tool) untuk kesan sebarang kod ralat dari ECU kereta. Kena cari bengkel kereta ada benda ni. 

Kesimpulan:

Masalah pickup bukan sesuatu yang patut dibiarkan. Kalau rasa tak yakin nak buat sendiri, serah pada mekanik yang boleh dipercayai. Lebih baik baiki awal daripada kena tolak tepi jalan.

Source 

Rabu, 30 April 2025

Info Auto:Kenali Jenis Asap Kereta dan Puncanya

 Jenis Asap Kereta dan Puncanya

1. Asap Putih

 • Punca: Head gasket yang bocor, cylinder head retak, atau blok enjin rosak membenarkan coolant masuk ke ruang pembakaran.

2. Asap Biru

 • Punca: Piston, engine valve, atau dinding cylinder block yang haus membenarkan minyak enjin masuk ke ruang pembakaran.

3. Asap Hitam

 • Punca: Pembakaran bahan api yang tidak sempurna disebabkan oleh bahan api berkualiti rendah, penapis udara tersumbat, Spark plug rosak, injector rosak. Nozzle Upgrade & ECU Remap

4. Asap Kelabu

 • Punca: Penggunaan minyak enjin berlebihan, injap PCV (Positive Crankcase Ventilation) yang rosak, kebocoran minyak transmisi (pada kereta automatik), atau turbocharger yang gagal berfungsi.

Sila dapatkan nasihat mekanik  untuk memastikan masalah asap kereta👍🏻

Source 

Sabtu, 26 April 2025

Info Auto:5 Sebab Kenapa Servis Radiator Kereta Anda Itu WAJIB

 [5 Sebab Kenapa Servis Radiator Kereta Anda Itu WAJIB]

Sistem radiator bukan sekadar ‘air dalam enjin’ — ia adalah jantung penyejukan enjin anda.

Kalau abaikan, kos baik pulih boleh mencecah ribuan ringgit!

1. Elakkan Enjin Overheat

Tanpa sistem penyejukan yang efisien, suhu enjin boleh naik mendadak dan menyebabkan overheat.

Ini boleh rosakkan head gasket, blok enjin, malah buat enjin ‘jem’ terus.

2. Cegah Karat & Enapan

Coolant lama yang tak ditukar akan berubah jadi keruh, pekat dan penuh bendasing.

Ini boleh menyebabkan karat, enapan, dan menyumbat laluan air dalam radiator.

3. Panjangkan Jangka Hayat Radiator & Komponen Berkaitan

Radiator yang dijaga akan tahan bertahun-tahun. Tapi kalau tak servis, paip getah, water pump, dan thermostat pun boleh rosak disebabkan kotoran dan tekanan haba.

4. Jimat Kos Jangka Panjang

Servis radiator awal mungkin kos RM300–400. Tapi kalau tunggu sampai rosak:

Kos tukar radiator, water pump, gasket, mungkin cecah RM2,000 ke atas.

Servis awal = elak kos besar.

5. Pastikan Perjalanan Jauh Lebih Tenang

Sama ada nak balik kampung atau kerja harian, sistem penyejukan yang efisien bagi keyakinan dan ketenangan – tak perlu risau suhu naik tengah jalan.

RBM Radiator – Jaga radiator, selamatkan enjin.

Servis sistem radiator anda hari ini sebelum menyesal kemudian hari.

#RBMRadiator #ServisRadiator #TipKereta #JagaAwalJimatBanyak #RadiatorMaintenance

Rabu, 23 April 2025

Info Auto:Nak tahu kenapa kereta moden sekarang makin bijak dan sedap dipandu?

 


Nak tahu kenapa kereta moden sekarang makin bijak dan sedap dipandu? Semua sebab sensor-sensor canggih yang dipasang merata dalam sistem kereta. Sensor ni kira macam deria tubuh badan manusia. Jom kita tengok jenis-jenis sensor yang bantu kereta kita jadi power:

Engine Speed Sensor – Baca kelajuan enjin berpusing. Lagi laju, lagi dia tahu nak adjust performance.

Knock Sensor – Bila enjin ada bunyi pelik/ping knocking, sensor ni detect awal sebelum rosak teruk.

Air Flow Sensor – Ukur berapa banyak udara masuk enjin. Penting untuk campuran minyak dan udara.

Cam Sensor (Camshaft Position) – Tahu posisi camshaft, bagi enjin timing dia ngam setiap kali hidup.

Coolant Sensor – Pastikan suhu air enjin terkawal, kalau panas lebih, terus bagi alert.

Temperature Sensor – Ukur suhu bahagian tertentu macam intake atau exhaust.

NOx Sensor – Baca kandungan gas nitrogen dalam asap, penting untuk jaga alam sekitar.

MAP Sensor – Ukur tekanan dalam manifold enjin, bantu kawal pembakaran bahan api.

Parking Sensor – Bantu masa parking, elak terlanggar tiang atau motor senyap.

Vehicle Speed Sensor – Ukur kelajuan kereta, penting untuk speedometer dan sistem lain.

Oxygen Sensor (O2) – Pastikan asap ekzos tak terlebih karbon, bantu jimat minyak.

Throttle Sensor – Baca kedudukan pedal minyak, bagi tindak balas pecutan lebih tepat.

Crank Sensor – Kenal pasti posisi crankshaft, penting masa enjin nak start.

Voltage Sensor – Baca voltan dalam sistem elektrik kereta.

Rain Sensor – Bila hujan je terus automatik hidupkan wiper. Senang, tak payah tekan sendiri.

Kesimpulannya, semua sensor ni tak nampak tapi kerja dia power. Dia bantu kereta jimat minyak, selamat dipandu, dan tak cepat rosak.

Source 

Rabu, 9 April 2025

Kenapa Lebih 100,000 Unit Bezza Terjual Walaupun Macam Sampan? Bodoh Ke Yang Beli?

 Kenapa Lebih 100,000 Unit Bezza Terjual Walaupun Macam Sampan? Bodoh Ke Yang Beli?

Baru baru ni bila aku up post pasal Bezza kereta paling laku tahun 2024 yang menjadikannya the new king kat Malaysia ni, ada orang komen:

"Kereta macam sampan!"

Bagi sesiapa yang taktau, maksud sampan kat sini ialah, Bezza ni masa ambik corner, kereta dia tak stabil dan membuai buai.

Tapi, orang kutuk Bezza ni sampan sekalipun, kenapa kereta ni paling laku kat Malaysia? Lebih 100,000 unit terjual tahun lepas, kau tahu tak?

Faktor utama yang orang takleh nafikan ialah sebab Bezza ni memang murah dan ansuran bulanan dia rendah. Jadi, kurang beban orang nak tanggung dan duit gaji masih ada baki lebih untuk tampung perbelanjaan lain.

Tapi, apa reason lain ramai giler orang beli Bezza walaupun dia macam sampan?

---

1. Minyak Jimat Kaw²

Bezza ni, fuel consumption dia memang menjimatkan. 22km/liter. Kalau sebulan bawa 2,000km, kos minyak sebulan tak sampai RM200 pun.

Zaman harga minyak tengah naik ni, kalau siapa nakkan penjimatan dalam perbelanjaan bulanan, Bezza memang pilihan bijak.

---

2. Kos Servis Murah

Servis murah, spare part murah, insurans pun rendah. Untuk orang yang taknak pening kepala atau bajet tak besar mana, Bezza memang pilihan paling senang nak jaga.

---

3. Ruang Dalam Yang Praktikal

Walaupun body luar nampak kecil dan kurus, tapi ruang dalam Bezza ni luas lah jugak.

Orang dok belakang tak rasa sempit sangat dan bonet  dia bapak luas. 508 liter weh! Aku sendiri pernah masukkan wheelchair dan 4 beg pakaian, muat weh!

---

4. Resale Value Tinggi

Siapa beli Bezza ni dan nak jual balik lepas 3 tahun ke, value dia tetap tinggi. So bila nak jual tu, takde lah rasa ralat sangat kalau harga dia jatuh menjunam teruk.

---

5. Perodua = Reliability 

Perodua ni kita kena akuilah, kereta kereta dia memang susah nak rosak. Maybe sebab dia ada kerjasama dengan brand yang susah rosak gak, Toyota.

Kereta kereta Perodua ni kebanyakan mekanik pandai nak baiki. So kita takde pening kepala nak gi baiki kat bengkel biasa kalau tak sempat masuk pusat servis rasmi Perodua.

---

6. Beli Bezza Bukan Sebab Nak Layan Corner

Kau ingat semua orang buat Tokyo Drift ke dengan Bezza ni? Bezza ni kenderaan yang boleh fulfill objektif kau nak bawa kau dari point A ke point B je.

Takdenya kau nak bawa untuk layan corner kat setiap corner yang kau jumpa. Takkanlah kat mamak Rahman Corner pun kau jadi Dominic Toretto juga? Agak agaklah.

---

Aku bukan nak menafikan 'kesampanan' Bezza ni. Tapi, Bezza ni adalah kereta yang memang dah memenuhi objektif utama orang untuk memiliki kereta.

Boleh bawa family yang agak ramai, boleh bawa banyak barang, jimat minyak, boleh bawa dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa kena hujan dan panas dan semua ni boleh diperolehi dengan kos yang murah.

Biarlah Bezza ni sampan sekalipun tapi kalau dah memenuhi objektif kau untuk memiliki kereta, maka ia bukan lagi satu masalah. Gunalah dengan penuh rasa bangga.

Source 

Ahad, 2 Mac 2025

7 Fakta Padu Tentang Kapal Terbang Yang Ramai Tak Tahu!

 7 Fakta Padu Tentang Kapal Terbang Yang Ramai Tak Tahu! 🛫

Pernah tertanya kenapa tingkap kapal terbang bulat? Atau kenapa semua orang naik dari sebelah kiri? Jom kita bongkar fakta menarik di sebalik keajaiban kejuruteraan paling selamat di dunia ini!

1️⃣ Kenapa Tingkap Kapal Terbang Bulat? 🔵✈️

Tingkap segi empat boleh menyebabkan tekanan tak sekata dan mudah retak di ketinggian tinggi. Bentuk bulat membantu mengagihkan tekanan dengan lebih baik, menjadikan penerbangan lebih selamat!

2️⃣ Kenapa Sayap Ada ‘Winglets’? 🏁🛫

Hujung sayap melengkung tu bukan sekadar hiasan! Ia mengurangkan seretan udara, menjimatkan minyak, dan buat penerbangan lebih stabil dengan kurang pergolakan udara!

3️⃣ Kenapa Penumpang Naik Dari Sebelah Kiri? 🚪👣

Sebab pilot duduk di sebelah kiri kokpit, jadi lebih mudah untuk mereka parking kapal terbang di jet bridge. Sementara tu, sebelah kanan digunakan untuk isi minyak dan muat naik kargo!

4️⃣ Kenapa Dalam Kapal Terbang Sejuk Gila? 🥶🌡️

Kalau terlalu panas, oksigen kurang dan boleh buat penumpang pening atau pengsan! Jadi, suhu sejuk ni sebenarnya langkah keselamatan untuk elak risiko hipoksia.

5️⃣ Apa Jadi Kalau Petir Sambar Kapal Terbang? ⚡🛩️

Jangan risau! Kapal terbang dibina dengan sistem perlindungan kilat, yang mengalirkan elektrik keluar tanpa bahaya. Kali terakhir kilat buat pesawat terhempas pun dah berpuluh tahun lepas!

6️⃣ Kenapa Banyak Kapal Terbang Warna Putih? 🤍🎨

Putih memantulkan cahaya matahari, buat badan pesawat kurang panas, kurangkan kesan radiasi UV, dan mudah kesan retak atau kerosakan!

7️⃣ Kenapa Tayar Kapal Terbang Tak Pecah Masa Mendarat? 🛬🛞

Tayar pesawat tahan tekanan ekstrem—boleh tanggung berat sampai 38 tan per roda! Lagi power, ia diisi dengan gas nitrogen untuk elak tekanan berubah secara mendadak.

🚀 Fakta Menarik!

Setiap benda dalam kapal terbang ada sebabnya. Jadi, next time naik flight, perhatikan sekeliling—anda sebenarnya berada dalam salah satu mesin paling canggih dan selamat di dunia! 🌍✈️

#Aviation #Engineering #Airlines #Flight #FaktaMenarik

Source 

Selasa, 6 Ogos 2024

Geely Galaxy E5 EV launched in China – five variants; prices of the Proton eMas 7 twin starts from RM69,700


 First revealed in May, Geely has now officially launched the Galaxy E5 EV in China. The all-electric SUV, which provides the basis for the upcoming Proton eMas 7, goes on sale in its domestic market in five variant forms.

The E5 rolls in cheaper than that first ventured when pre-sales was announced. Initially, the SUV was expected to be priced between 123,000 yuan and 157,000 yuan (RM76,200 to RM97,200), but the launch price of the SUV now starts from 112,800 yuan and tops off at 148,800 yuan (RM69,700 to RM92,000), as CarNewsChina reports.

Additionally, the automaker said that before October 1, E5 buyers will benefit from a discount of 3,000 yuan (RM1,850), reducing the starting price to just 109,800 yuan (RM67,850).

Measuring in at 4,615 mm long, 1,901 mm wide, 1,670 mm tall, with a wheelbase of 2,750 mm, the E5 sits on the automaker’s Geely Electric Architecture (GEA) platform. Developed from the Sustainable Experience Architecture (SEA), the platform can also accept an internal combustion engine for range-extender, hybrid, plug-in hybrid and even methanol applications.

On the E5, the platform enables the battery to be completely integrated into the car’s body shell (cell-to-body, or CTB), acting as a structural member. This allows the car to possess a torsional rigidity of up to 31,000 Nm per degree as well as a 50:50 front-to-rear axle load ratio.

All variants of the E5 are powered by a front-mounted electric motor rated at 218 PS (215 hp or 160 kW) and 320 Nm, which gets the SUV from zero to 100 km/h in 6.9 seconds and on to a top speed of 180 km/h.
The single-motor powertrain incorporates Geely’s Galaxy 11-in-1 intelligent drive system, which integrates critical components into a compact unit weighing 79.8 kg and measuring 72 litres.

Juice is provided by a lithium iron phosphate (LFP) battery pack that uses Geely-developed Aegis “short blade” cells. The Aegis battery comes in two capacities, starting with a 49.52 kWh option that provides up to 440 km, followed by a 60.22 unit for up to 530 km, based on the CLTC testing standard, so the WLTP-rated range for both packs should be around 20% less.

Inside, the Galaxy E5 offers an interior space of up to 4.03 square metres, and highlights include a large, floating central infotainment screen, a 10.2-inch driver’s instrument display behind the two-spoke steering wheel and a head-up display.

A 15.4-inch touchscreen, with 2.5K resolution and powered by a Dragon Eagle One 7 nm CPU, serves as the central display. The infotainment system features the Flyme Auto system. Supplied by Meizu, the automaker says the HMI for it has been designed to be as intuitive as a smartphone. Premium models will have up to 16 speakers, including headrest speakers, for the audio system.

Elsewhere, the E5’s interior offers no less than 33 storage compartments, which the company says is the best in its class. This includes extra drawers underneath the rear air vents and another below the rear seats. Finally, exterior colours. In its domestic market, eight will be offered for the Galaxy E5, and these are red, pink, gray, green, white, silver, black and blue.

Isnin, 15 April 2024

Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??

 Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??

Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??

Soalan: 

Apa yang perlu anda lakukan sekarang?? 

Jawapan: 

Anda perlu batalkan nama Bank  pinjaman itu dengan E-Batal.

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.

Cara-caranya:

1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. 

2) Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Kerap bertanya kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

3) Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan  tersebut. 

4) Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Senang kan?? 

Kesimpulannya,

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. 

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Kredit : Puan Nadia Izzati

Isnin, 13 Februari 2023

Range Rover L460 dilancar, harga bermula RM1.268 juta

 Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri

Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri

PETALING JAYA: Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan Range Rover L460 serba baharu, yang bakal mempelopori segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ciri serba moden dan anggun.

Range Rover serba baharu yang menggabungkan kecanggihan teknologi dengan kemewahan moden itu adalah model pertama yang menggunakan Seni Bina Longitud Modular Fleksibel (MLA-Flex) Land Rover baharu.

SUV mewah generasi kelima itu dijual pada harga daripada RM1.268 juta untuk bebas cukai dan RM2.488 juta untuk cukai berbayar.

Ia menzahirkan falsafah reka bentuk moden Land Rover ke peringkat yang lebih tinggi dengan pentafsiran kontemporari profilnya yang terkenal.

Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong & Macau, Jeffrey Gan, berkata dengan keupayaan hebat dan kecanggihan moden, Range Rover L460 menjadi model terbaharu dalam portfolio kenderaan bertaraf dunia.

"Sebagai sebuah SUV premium, kami yakin bahawa model baharu ini amat dinanti-nantikan dalam pasaran kereta mewah Malaysia yang semakin berkembang," katanya.

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz pula berkata, Range Rover L460 mentakrifkan semula segmen SUV mewah dengan kehalusan hasil ketukangan dan teknologi terkini.

Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri
Range Rover L460 serba baharu. - NSTP/Rohanis Shukri

"Daripada reka bentuk kepada keupayaan inovatif dan ruang dalam yang serba mewah, Range Rover baharu sememangnya berada dalam kelas tersendiri, membolehkan pemandu menikmati pengalaman memandu yang tiada tandingan," katanya.

Reka bentuk unik tersendiri Range Rover L460 lebih menyerlah dengan garis tepi tanpa putus, yang memberikan penampilan gah dan menarik kepada badan Range Rover.

Antara ciri yang pertama kali diperkenalkan di dunia ialah lampu belakang tersembunyi sehingga dihidupkan yang memantapkan lagi paparan visual keseluruhan SUV terbabit.

Range Rover serba baharu itu membawakan ruang dalam yang moden dan canggih, disokong oleh -ciri reduktif hebat, bahan taktil dan pendekatan intuitif kepada teknologi relevan.

Antara fungsi yang ditampilkan untuk model terbabit ialah alat pengecas peranti tanpa wayar dan sistem infohiburan Pivi Pro yang dilengkapi skrin sentuh kaca terapung melengkung 13.1-inci dengan ciri maklum balas haptik.

Ia disokong oleh Skrin Pemandu Interaktif 13.7-inci baharu, yang menambah baik teknologi Pivi Pro dengan grafik definisi tinggi dan susun atur yang mudah disesuaikan.

Untuk memastikan proses memandu dan meletak kereta yang lancar, ciri ClearSight Ground View disertakan dengan Kamera Keliling 3D, membolehkan pemandu melihat 'menembusi' bonet, manakala lampu kendali menerangi permukaan pada kelajuan rendah untuk membantu pemandu memandu dengan selamat ke dalam ruang yang sempit.

Menyentuh aspek keselamatan pula, Range Rover L460 lengkap dengan ciri serba canggih termasuk Suspensi Udara Elektronik generasi akan datang dan Stereng Semua Roda Standard yang lebih stabil pada kelajuan tinggi dan jarak pusingan lebih kecil tidak sampai 11 meter, menjadikan kenderaan ini paling mudah dikendalikan.

Range Rover serba baharu juga dipacu dipacu enjin V8 4.4 liter 530PS, menghasilkan tork 750Nm pada 1,800 hingga 4,600 rpm yang turut digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang boleh dialihkan dengan lancar dan transmisi dwi-kelajuan untuk memberikan tahap kawalan lebih tinggi pada kelajuan rendah.

-BH Online

Sabtu, 6 Ogos 2022

Ini ‘Review’ Penuh Pemilik Perodua Alza 2022 Selepas Memandunya Selama 3 Hari

 


Kisah bermula apabila setiap kali balik kampung, isteri tersayang Rindaya Loebis kemas barang macam hendak pindah rumah terus. Semua sedia maklum, Honda Insight mempunyai ruangan bonet yang agak kecil, jadi barang-barang yang banyak itu terpaksa disusun sampai ke ruang penumpang belakang.

Masalah bertambah bila anak mula bersekolah pada bulan Mac. Kereta ada satu, isteri guna untuk berkerja, sampai rumah pukul 7 malam. Jadi tidak sesuai untuk bawa anak yang baru berusia 5 tahun naik motosikal, redah hujan dan kesesakan lalu lintas. Jadi saya memerlukan ‘kereta kedua’ untuk selesaikan dua masalah utama ni.

Jadi saya terus telefon abang Mohd Farhan Alias , ceritakan masalah utama, dan parameter untuk penyelesaiannya. Nak cari kereta kedua yang selesa untuk balik kampung, tapi jimat minyak dan harga murah, sebab bajet kecil. Pertengahan April, masa tu desas-desus Alza baharu nak keluar dah mula jadi bualan ramai. Jadi dengan yakin, terus tempah Alza baharu dengan Khai Rizal , walaupun tidak tahu rupanya lagi.

Alhamdulillah akhirnya pada hari Jumaat yang mulia, 29 Julai 2022, kunci Alza 2022 sampai ke tangan. Masa itu barulah pertama kali dapat tengok Alza ini depan mata sendiri. Cun weh.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Rekaan

Dari segi design luaran, macam susah nak percaya kereta ni keluaran Malaysia. Nak cerita lebih terperinci, tidak pandai. Pandangan depan, kereta ini nampak garang dan futuristik dengan lampu LED yang tersusun kemas. Cuma kereta ini disertakan fog lamp LED putih. Bagi saya kurang mencapai tujuan adanya fog lamp tu, untuk bagi nampak jalan dan orang nampak kita time foggy. Jadi patut warna kuning /oren kan? Keseluruhannya, rekaan luaran Alza baharu ini, cantik dan menarik tertarik, eh. Puas hatilah.

Bila masuk dalam, eh, aku naik MPV ke sedan ni? Rendah, dan tidak rasa macam naik MPV. Sekilas pandang, macam MPV mewah pun ada. Tempat duduk dengan kemasan kulit + fabrik dihiasi dengan tona berwarna coklat (dashboard pun ada tona coklat) membuatkan saya rasa seperti duduk di dalam kereta mewah. Bila tengok sistem infotainmen dan paparan meter, mentua saya tidak percaya ini kereta buatan Malaysia.

Daripada segi keselesaan, jika naik 8 orang, selesa utk perjalanan pendek, tetapi kalau perjalanan jarak jauh, penumpang barisan ketiga akan patah pinggang nanti rasanya. Orang berketinggian sederhana (171cm) macam saya ini bila duduk dekat barisan tersebut, rasa macam duduk atas kerusi kanak-kanak.

Walaupun ada lebihan ruang setengah jengkal antara lutut dengan tempat duduk barisan kedua, tetap rasa kurang selesanya. Jadi untuk perjalanan jauh, maksimum 5 orang dengan tempat turun ketiga diturunkan untuk kargo. Kalau setting macam ini, memang selesa.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Ergonomik

Secara peribadi, bila memandu lebih satu jam akan rasa lenguh bahu dan belakang. Saya tidak tahu mana silapnya, tapi bagi saya, rekaan tempat duduk pemandu dan setting stereng, kurang ergonomik. Tetapi berbeza pula dengan pandangan anak dan isteri. Mereka kata sangat selesa, siap ‘tidur mati’ lagi.

Pemanduan

Bagi sesiapa yg jenis ‘heavy footed driver‘, kena mula belajar jadi ‘light footed‘. Kalau tidak, susah nak kekalkan fuel economy. Kaki sentuh sahaja pedal, rpm sudah mencanak naik, pick up tiada masalah. Boleh maintain 90km/j dgn rpm lebih kurang 1400 ke 1700rpm.

Saya pandu Honda CRZ dan Insight sejak dari tahun 2012, sudah terbiasa dengan respons brek Honda dan hampir kemalangan bila memandu Toyota Vios milik kawan sebab tidak biasa dengan respons yang agak lambat. Namun dengan Alza baharu, saya rasa tiada masalah, dan feel hampir sama dengan Honda Insight. Saya rasa berterima kasih kepada cakera brek hadapan dan belakang.

Sistem suspensi Alza 2022 ni bagi saya ianya seimbang, tidak terlalu lembut sampai kereta berayun macam buaian, dan tidak terlalu keras mcm pakai buluh. Sesedap rasa, ambil lap tidak rasa oversteer atau understeer.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Keselamatan

Banyak ciri-ciri keselamatan dekat mode Alza baharu ini, jika nak cerita satu persatu, lebih baik saya letak link owner manual  sahaja.

Beberapa perkara saya ingin kongsikan, pertama, kombinasi LDW, LDP dan LKC memang terbaik. Saya cuba uji ‘lepaskan tangan’ dekat selekoh sederhana (tindakan ini salah, jangan tiru), memang kereta elok sahaja ikut sendiri selekoh itu, dan sudah pasti bermacam-macam amaran keluar. Selepas hampir 20 saat, keluar amaran suruh pemandu pegang stereng.

Kedua, ACC. Amat membantu. Cuma bagi saya, over anticipate. Kereta hadapan jauh lagi, ACC sudah perlahankan kereta. Walaupun ada kereta dekat lorong bersebelahan pun, dia perlahankan kereta. Bila sudah lepas, dia tingkatkan sampai 3000rpm untuk dapatkan semula kelajuan.

*Tambahan — Selepas baca balik manual, baru saya sedar selama ini saya set jarak ACC 50 meter. Patutlah dari jauh sudah perlahan. Tapi saya tetap berpegang dengan over anticipate, sebab walaupun dekat lorong bersebelahan sesak, kereta pun automatik perlahankan kelajuan juga.

Sumber Gambar: Facebook Mujahid Alias

Penggunaan bahan api

Dengan umur 3 hari, titdak sesuai lagi untuk nilai penggunaan bahan api. Tetapi selepas isi tangki penuh (43 liter/RM88/8 bar), jarak boleh dapat 540 kilometer. Sepanjang 3 hari ni, jumlah perjalanan dalam bandar (Shah Alam, Kota Damansara, Subang Jaya, USJ) sejauh 139 kilometer dan berbaki 406 kilometer.

Kekalkan pemanduan light footed, tetapi menghadap jem setiap hari, dapatlah 12.7km/liter. Itu pun berjam enjin dalam keadaan idle sebab nak setting macam-macam dekat infotainmen. Agak jimat, kalau bandingkan dengan MPV lain. Honda Insight saya pun dapat 14-15km/liter sahaja bila memandu dalam kawasan bandar.

Kesimpulannya

Secara keseluruhan, saya secara peribadi memang berpuas hati dengan Alza 2022. Dengan harga bermula RM75,500, dan segala macam teknologi yang pengguna dapat, kereta ini sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki. Memang tidak menyesal ‘tempah secara membuta-tuli’ pada bulan April tempoh hari.

Apa-apa pun, ini adalah pandangan peribadi daripada segi pengalaman 3 hari saya sahaja. Saya bukan jurujual, bukan jurutera, nak tukar tayar pun pening, apatah lagi bab teknikal. Kerja saya tiap-tiap hari hanyalah termenung keluar tingkap tengok awan, sambil cakap seorang-seorang.

-thevocket.com