"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Neelofa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Neelofa. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Jun 2021

Macam Tak Percaya, Viviana Abdullah Dedah Perbezaan Perangai Fazura & Neelofa

 


Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram selebriti media sosial Viviana Abdullah, pasti mengetahui personaliti berperwatakan lembut itu gemar berborak dan mengupas pelbagai isu bersama pengikutnya.

Terbaru, menerusi sesi Instagram ‘live’, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud sempat bercerita mengenai pengalamannya ketika bekerja bersama dua selebriti tersohor iaitu Fazura dan Neelofa.

Bercakap mengenai Fazura, Viviana menyifatkan pelakon popular itu mempunyai personaliti yang baik dan merendah diri serta sangat menjaga hubungan dengan para peminat.

Malah Viviana berkata, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu tidak berpura-pura terhadap diri sendiri selain tegas apabila membabitkan soal kerja.

Fazura tahu bila nak jadi diva, bila nak ‘switch off’ jadi diva. Dia sangat merendah diri, dengan peminat dia paling menjaga. Dia tak plastik, jadi diri dia. Cuma bila bekerja, dia agak tegas,” katanya.

Bagi Neelofa pula, Viviana lebih memilih untuk berdiam diri mengenai personaliti bekas pengacara MeleTOP itu kerana sedar pasti akan menerima kecaman daripada orang ramai.

Tambah Viviana, ia kelihatan seperti mahu memburuk-burukkan situasi sekiranya dia bercerita lanjut tentang usahawan popular berkenaan.

Kalau you tanya (fasal) Neelofa, maaf next chapter please! Tu je boleh cakap. Pakai tudung kan, tak boleh nak mengata.
“Silakan, pergi. Agungkan, pakai tudung je nak agungkan. I tak mampu nak istiqamah macam tu. Sebab i dah berdepan. Sama ada pakai hijab atau niqab, saya tak nak bawa dia dalam kehidupan saya.
“Anak saya kalau lalu pun, saya tutup matanya. Jangan tengok. Walaupun penampilan luaran itu bagus, saya tutup juga kalau lembaga itu lalu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Viviana menegaskan bahawa pendapat mengenai kedua-dua selebriti itu adalah berdasarkan pengalaman peribadi yang berlaku di depan mata dan meminta peminat masing-masing tidak terpengaruh dengan sebarang kenyataan daripada mulutnya.

Saksikan video live penuh dari Viviana sendiri yang dimuat naik di laman sosial instagramnya

Sumber: OMM

Ahad, 30 Mei 2021

Ibu Neelofa minta maaf kepada Istana Johor atas komen sensitif di IG

 

Noor Kartini Kartini Noor Mohammed menyedari isu berhubung tangkap layar daripada Instagram Story miliknya setelah perkara itu tersebar di media sosial.

PETALING JAYA: Ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed, memohon maaf kepada Istana Johor khususnya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kekhilafan pekerjanya memuat naik komen berbaur sensitif menggunakan akaun Instagram miliknya.

Noor Kartini, 54, berkata, dia menyedari isu berhubung tangkap layar daripada Instagram Story (IGS) miliknya setelah bertebaran di media sosial yang memaparkan komen mengenai sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

“Saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada akaun Instagram saya.

“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.

“Kepada Tuanku dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf atas kecuaian yang terjadi,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Perkara itu timbul selepas ramai membuat ciapan di Twitter mengenai ibu Neelofa itu yang dikatakan berani membuat kenyataan berbaur cabaran menyentuh isu perlembagaan diraja serta darurat.

Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian daripada keluarga diraja tersebut dan antara yang memberi tanda isyarat mengenainya ialah anakanda ketiga Sultan iaitu Tunku Idris Iskandar.

Respons yang diberikan oleh Tunku Idris menerusi akaun Instagramnya juga menerima reaksi pelbagai pengikutnya selepas turut mengongsikan ayat yang dipercayai merujuk kepada perbuatan Noor Kartini itu.

“Adab yang terjelma dalam amalan seseorang itu adalah petanda bahawa amalan itu diterima oleh Allah SWT,” tulis Tunku Idris memetik ayat asal yang ditulis oleh Sayyidina Anas Ibn Malik.

Terdahulu, Tunku Idris juga memuat naik ayat berbentuk pertanyaan dalam media sosialnya sambil mengepilkan tangkap layar IGS Kartini tersebut bersama.

“Memang keluarga dia ini semua jenis macam ni?” tulisnya.

Dalam pada itu, Noor Kartini juga memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 5.30 petang tadi berhubung perkara itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Istana Negeri Johor berkenaan isu tersebut.-FMT

Rabu, 19 Mei 2021

Neelofa, suami dijangka didakwa di mahkamah esok

 Gambar Neelofa dan PU Riz yang tular ketika ke sebuah premis di Nilai 3.

Gambar Neelofa dan PU Riz yang tular ketika ke sebuah premis di Nilai 3.

Seremban: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dijangka akan didakwa di mahkamah di sini, esok berkaitan ingkar prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum ini.

Menurut sumber mahkamah, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Majistret 2 Seremban atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini untuk membeli karpet.

"Kedua-dua mereka akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

"Pendakwaan dijangka pada 9 pagi," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu.

Pada 4 Mei lalu, pengacara dan usahawan popular dan suaminya yang juga pendakwah bebas itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Kedua-duanya memberi keterangan selama empat jam berhubung pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet terbabit.

-myMetro

Isnin, 3 Mei 2021

Kesalahan berulang Neelofa, suami dah tak sesuai kompaun -netizen

 


Kuala Lumpur: Tindakan pasangan selebriti PU Riz dan Neelofa yang hangat diperdebatkan netizen berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan harus dipandang serius pihak berkuasa. 

Aktivis dan peguam, Asiah Abd Jalil menerusi hantaran di Facebook berkata, hukuman yang wajar dikenakan kepada selebriti itu mungkin tidak lagi relevan dengan hanya menerima kompaun sebagai denda.

Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

"Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?," tulisnya.

Sementara itu, menerusi  hantaran berasingan, Asiah turut menyifatkan tindakan Neelofa mencetuskan kontroversi seakan-akan mempunyai agenda tertentu. 

Menurut Asiah, selepas menerima kecaman netizen, selebriti terbabit akan muncul dengan beberapa foto aksi mesra bersama suaminya dan disusuli dengan pelancaran produk baharu. 

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya didakwa netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi dalam kalangan warganet dengan tindakan beraninya 'merentas negeri' pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kebanyakan netizen di media sosial bengang dan 'panas hati' dengan tindakan Neelofa bersama suaminya, PU Riz meskipun mereka baharu didenda RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu.

Antara komen netizen di Twitter, mendakwa ada terlihat Neelofa dan suaminya memang berada di lokasi di Nilai 3, yang secara tidak langsung sudah merentas negeri lagi ketika PKPB.

-myMetro

Kontroversi:'Terima kasih Neelofa, Harris belanja di Nilai 3'

 HANTARAN di Facebook oleh pemilik kedai karpet di Nilai 3. FOTO Facebook

HANTARAN di Facebook oleh pemilik kedai karpet di Nilai 3. FOTO Facebook

 

Kuala Lumpur: Kontroversi terbaharu membabitkan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz terus hangat diperkatakan netizen.

Ia susulan tindakan bekas pengacara MeleTOp itu memuat naik video di Instagram Story memaparkan dia berada di kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.

Walaupun video itu sudah dipadam Neelofa, netizen terus bekerja dengan cekap bagi mencari bukti dia dan suami melakukan aktiviti rentas negeri seperti didakwa.

Terbaharu, status didakwa pemilik kedai karpet tempat pasangan itu berada tular di media sosial.

"Terima kasih Nilofa (Neelofa) dan Harris Ismail (Haris Ismail) blanja (belanja) ke Naeem Carpet Nilai 3 hari ini. Thinks (thanks)," tulisnya.

Dalam hantaran lain, netizen turut memuat naik swafoto lelaki itu bersama Neelofa dan suami yang ketika itu duduk dalam kedai itu.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikenakan kompaun sebanyak RM20,000, manakala suaminya, PU Riz sebanyak RM10,000 kerana kesalahan melanggar SOP ketika majlis perkahwinan mereka.

Pasangan suami isteri berkenaan juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan polis ketika berkunjung ke Langkawi, Kedah di atas urusan perniagaan memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran pihak berkuasa.

Tidak terkecuali juga, seramai 20 ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah pada hujung Mac lalu.-myMetro

Rabu, 28 April 2021

Langgar SOP:Neelofa tawar bantu bayar kompaun peniaga burger

Neelofa (kanan) bersedia untuk membantu Wan Mohd Faisal membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepadanya. -  Foto NSTP
Neelofa (kanan) bersedia untuk membantu Wan Mohd Faisal membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepadanya. - Foto NSTP

Kota Bharu: "Saya menghargai tawaran Neelofa yang mahu membantu menyelesaikan kompaun RM50,000 yang dikenakan kepada suami," kata Norlaili Shafien, 37.

Bagaimanapun, Norlaili berkata, buat masa ini dia dan suami berbincang untuk menunggu jumlah kompaun sebenar yang dikenakan kepada mereka.

"Jika jumlah yang perlu dibayar terlalu banyak dan kami tidak mampu membayarnya, maka kami akan menerima tawaran itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norlaili, isteri kepada peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dikenakan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih masa di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, pada 11.10 malam kelmarin.

Katanya, peguam Noor Neelofa menghubunginya pada 5.30 petang tadi yang memaklumkan selebriti terkenal itu mahu membayar jumlah kompaun dikenakan kepada mereka.

"Peguam berkenaan meminta saya menghubunginya kembali jika saya bersetuju untuk menerima tawaran itu.

"Saya berterima kasih kepada Neelofa kerana sudi membantu kami, namun buat masa ini saya dan suami mahu menunggu keputusan rayuan kompaun," katanya.

Selain Noor Neelofa Mohd Noor, 32, Norlaili berkata, Pencetus Ummah (PU) Azman juga turut menghubunginya pada 5 petang tadi.

"PU Azman juga mahu menghulurkan bantuan untuk membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepada kami.

"Saya terharu dengan tawaran itu kerana pada masa yang sama kami juga menerima panggilan daripada penyanyi rap, Caprice pada 10.30 malam tadi.

"Selain tiga selebriti ini, kami menerima lebih 100 panggilan daripada rakyat negara ini dan kesemuanya mahu membantu," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka terlalu ramai yang prihatin untuk memberi bantuan dan simpati dengan nasib menimpa dia dan suami.

Media semalam melaporkan, seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun RM50,000 oleh polis bagi kesalahan berniaga melebihi had masa yang ditetapkan.

Wan Mohd Faisal yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan 11.10 malam kelmarin.-myMetro

Selasa, 27 April 2021

Neelofa, suami, 20 ahli keluarga kena kompaun RM60,000


Usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000.00 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.

Neelofa juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan.

Gambar kontroversi Neelofa dan suami  bercuti di Langkawi ketika sekatan rentas negeri dilaksana

Tiada diskaun dibenarkan untuk menyelesaikan kompaun itu, kata polis.

Suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail pula dikompaun RM10,000.00, juga tanpa diskaun, atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Mohamad Zainal berkata kesemua kompaun dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.00.

“Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.-mkini

Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz

Isnin, 19 April 2021

“Toksey Jawab” – Neelofa Mer4juk, Ajak Duduk Sebelah Tapi Suami Seg4n

Pasangan rom4ntis Neelofa serta PU Riz masih jadi bu4lan ramai di media sosial walaupun selepas hampir sebulan mendirikan rumah tangga.

Setelah selesai urusan kerja di Pulau Langkawi, mereka kini menyambut Ramadan di kediaman pengacara dan usahawan terkenal itu bersama-sama ahli keluarga lain.

Cute jah “tokse” 😍 ##neelofa ##lofariz ##neelofaharis ##markaztijaari ##fyp

♬ original sound – nhtruelove 🤍

Gel4gat pasang4n su4mi ister1 itu ketika membuat Instagram Live bersama turut menarik perh4tian ramai baru-baru ini. Di dalam Live tersebut, mereka membuat sesi perkongsian dan soal jawab bersama peminat tentang kelebihan bulan Ramadan.

Namun begitu, Neelofa dilihat seolah-olah mer4juk apabila suam1nya men0lak ajakan untuk duduk di sebelahnya dengan lembut.

[VIDEO] "Toksey Jawab" - Neelofa Merajuk, Ajak Duduk Sebelah Tapi Suami Segan 2

Walaupun kamera dihalakan ke arahnya, namun pendakwah berusia 26 tahun itu menol4k dengan lembut sambil menyatakan cukup suaranya didengari penonton saja dan cukup isterinya itu tahu bahawa dia ada disitu.

Namun akhirnya PU Riz tetap saja duduk di sampingnya dengan alasan disuruh baca sendiri jawapan netizen di ruangan komen. Dalam pada itu, dia sempat tegvr serta tolong tutup aur4t di bahagian tangan Neelofa. Alahai, sweetnya!!

Rata-rata netizen berpendapat PU Riz mungkin kur4ng seles4 untuk sweet dan berm3sra bersama isterinya di depan kamera. Namun begitu, mereka tetap memuji sikapnya yang sangat pr1hatin dengan soal aur4t Neelofa.

Sumber: Apple Hijau

Selasa, 13 April 2021

Polis cadang Neelofa, PU Riz dikompaun langgar SOP

 SUASANA pada majlis perkahwinan Neelofa yang mengundang rasa tidak puas hati netizen.

SUASANA pada majlis perkahwinan Neelofa yang mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Kuala Lumpur: Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali PU Riz sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya sudah mencadangkan supaya kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit.

"Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan.

"Polis memberi cadangan untuk dikompaun," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).-myMetro

Selasa, 30 Mac 2021

Polis siasat Neelofa, PU Riz 'bulan madu' di Langkawi

 Neelofa dan suami, PU Riz sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular, semalam.

Neelofa dan suami, PU Riz sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pasangan pengantin baharu, Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz yang kini didakwa sedang berbulan madu di Pulau Langkawi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mengikut laporan media berdasarkan gambar yang tersebar Neelofa dan PU Riz dipercayai berada di pulau peranginan berkenaan.

"Kita akan siasat perkara ini sama ada benar atau tidak.

"Sekiranya didapati berbulan madu di pulau peranginan terbabit seperti dilaporkan, mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Polis akan menjalankan siasatan," katanya kepada BH Online.

Ini kerana katanya, Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang diumumkan kerajaan hanya membenarkan pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

"Pelancong juga perlu membuat tempahan menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. - NSTP/Aizuddin Saad
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah. - NSTP/Aizuddin Saad

Semalam, pasangan kontroversi itu sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, tular.

Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.

Selain itu, Mohamad Zainal juga mengesahkan pengurus majlis perkahwinan dan pembantu peribadi Neelofa hadir memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Mengulas ketiadaan Neelofa dan PU Riz yang sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung siasatan majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP, Mohamad Zainal berkata, pasangan itu akan tetap dipanggil untuk memberi keterangan.

"Kami tetap akan memanggil Neelofa dan PU Riz dalam masa terdekat ini," katanya.

Gambar Neelofa dan suami, PU Riz dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke Pulau Langkawi.
Gambar Neelofa dan suami, PU Riz dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke Pulau Langkawi.

Terdahulu, Pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari dan isterinya, Rozana Mumtaz yang juga pengurus majlis perkahwinan disoal siasat selama dua jam, hari ini.

Bagaimanapun, Faiz enggan mengulas siasatan dijalankan berhubung majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz yang didakwa melanggar SOP di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

"Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap," katanya yang kelihatan meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira jam 1.40 petang.

Sementara itu, pembantu peribadi, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin yang ditemani peguam tidak memberikan sepatah kata dan berlalu tanpa menghiraukan media. Nadiah dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada jam 2 petang.

-BH Online

Isnin, 29 Mac 2021

Polis siasat majlis nikah Neelofa

 KUALA LUMPUR 27  MAC 2021. Selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi. Foto Wedlocx.co

KUALA LUMPUR 27 MAC 2021. Selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi. Foto Wedlocx.co

Kuala Lumpur: Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Berita berkaitan:


Isnin, 28 Disember 2020

Video:Neelofa akhirnya buka mulut mengenai hubungan dengan PU Riz

 


Setelah sehari netizen berteka teki dengan pelbagai dakwaan mengenai hubungan selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, akhirnya tuan punya badan sendiri telah buka mulut pada jam 8 malam tadi setelah dijanjikan oleh pengurusnya.

Neelofa melalui akaun instanya memberitahu semua isu seperti berkahwin di Kelantan, transfer sejumlah duit ke akaun PU Riz, disihir dengan ilmu pengasih etc yang tersebar sejak semalam sebagai fitnah dan tidak betul.

Apa yang tersebar katanya telah mencemarkan maruah keluarganya. 

Dia juga memberitahu setiap hubungan ada naik turun.

Justeru, Neelofa menyeru kepada peminat untuk mendoakan diri dan perhubungannya.

Berikut adalah video kenyataan penuh Neelofa yang disiarkan di Instagram miliknya:

-tuncarlos.com

Ahad, 1 November 2020

Neelofa dirisik PU Riz

 


KUALA LUMPUR:
 Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.

Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.



Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.


Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.

Astro AWANI
 sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi mendapatkan maklum balas mereka.

-mindarakyat

Rabu, 21 Oktober 2020

Pengikut Instagram Neelofa naik mendadak selepas berpurdah

 

Pelakon dan pengacara, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor kini menggungguli carta selebriti tempatan yang memiliki pengikut paling ramai di Malaysia.

Menurut tinjauan Kosmo! Online setakat pukul 10 pagi tadi, pengikut pengacara program bual bicara itu, Next To Neelofa itu naik mendadak selepas mengumumkan dirinya berpurdah Khamis lalu.

Pengikut Neelofa, 31, kini dibezakan lebih 22 ribu berbanding daripada pengikut penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Neelofa memiliki pengikut seramai 7,960,163 manakala Siti (7,937,793).

Sebelum ini sekitar Ogos, Kosmo! pernah melaporkan, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin merupakan selebriti dengan jumlah pengikut Instagram paling ramai iaitu 7.8 juta. diikuti Neelofa (7.6 juta), Zizan Razak (7.4 juta) dan Nora Danish (7.1 juta). 

Sumber : Kosmo!