"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kartel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kartel. Papar semua catatan

Ahad, 18 Februari 2024

Beras Putih Madani: Kerajaan tunduk tekanan kartel?

 ismaweb,net

Siti Fatimah

Mana janji Anwar selama ini untuk bela nasib orang miskin
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Syaaban 1445H, Ahad – Kerajaan campuran rapuh pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus beretorik dan menipu rakyat apabila memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang kononnya untuk menangani isu manipulasi dan kenaikan harga beras tempatan.

“Kenapa Beras Putih Tempatan yang lebih murah dan mampu dibeli rakyat dimansuhkan? Apa sebenarnya yang kerajaan inginkan?

“Membantu rakyat atau terus melindungi kartel dan para kapitalis industri yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda?

Demikian persoalan dibangkitkan Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad mengulas cadangan kerajaan untuk memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani.

Beras putih ini dilaporkan akan dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac 2024.

Serentak itu Lukman mempersoalkan janji Anwar selama ini untuk membela nasib orang miskin dan memberi pulangan ekonomi yang adil kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ternyata, kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan kartel dan para kapitalis industri, katanya.

“Situasi ini pastinya akan menguntungkan mereka dan terus menghimpit rakyat yang terpaksa berhadapan kenaikan harga beras yang merupakan makanan ruji di Malaysia.

“Setelah terpaksa mengharungi kemelesetan ekonomi yang meruncing, nilai Ringgit Malaysia yang semakin lemah, kenaikan harga barang makanan asas, penarikan subsidi untuk golongan T20 dan pelbagai lagi musibah hasil kelemahan pentadbiran, rakyat terus terhimpit dan menderita tanpa pembelaan dari sesiapa,” katanya.

Beras Putih Malaysia Madani ini diumumkan Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Rabu lalu.

Bagaimanapun pengumuman itu dilihat bertentangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu apabila ia berkata, kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini.

Kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar pula memaklumkan harga kawalan beras putih akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas NACCOL minggu depan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Khamis, 15 April 2021

DSP, ASP Antara 34 Anggota Jadi Tali Barut Geng Nicky?

 

PETALING JAYA: Deputi Superintenden Polis (DSP) dan Asisten Superintenden Polis (ASP) antara kira-kira 34 nama anggota dan pegawai polis yang telah dikenal pasti menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Turut dikenal pasti bersekongkol dengan penjenayah Geng Nicky membabitkan beberapa pegawai polis berpangkat inspektor dan pangkat rendah koperal serta lans koperal.

Lebih mengejutkan, mereka yang disyaki tersebut bertugas di sebuah jabatan polis di Bukit Aman selain turut dipercayai terlibat dengan kartel Polis Diraja Malaysia ( PDRM) seperti didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid baru-baru ini.

Sumber berkata, kumpulan kartel ini rupanya bukan hanya melindungi Geng Nicky, malah mereka juga dipercayai menjadi petualang yang bersubahat, bersekongkol dengan beberapa sindiket jenayah terancang lain di negara ini.

Geng penjenayah lain turut dilindungi kumpulan polis tersebut ialah Geng Addy Kanna dan Geng Alvin Goh selain Geng Wan Padang Besar,Geng Paksu Kayu Hitam dan Geng Tiger 99 (AYT 99).

“Setakat ini, seorang berpangkat DSP dan dua ASP ini antara lebih 10 polis yang sudah dimasukkan dalam senarai untuk siasatan. Namun akan ada pegawai kanan tinggi lain akan turut dimasukkan dalam senarai tersebut,” kata sumber itu semalam.

Sementara itu, di Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang akhbar beliau semalam memberitahu, senarai nama pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan Geng Nicky tidak akan didedahkan.

Ketua Polis Johor itu berkata, tindakan yang akan diambil terhadap pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti terlibat dengan geng penjenayah itu akan dibuat di mahkamah kerana terlibat dengan kumpulan jenayah terancang.

Ayob Khan tidak menolak kemungkinan terdapat ramai lagi pegawai dan anggota yang bersekongkol dengan Geng Nicky ditahan selepas ini.

“Tunggu dan lihat, yang pasti akan lebih ramai (terbabit dengan Geng Nicky), bukan setakat 34 (pegawai dan anggota polis) sahaja. Kes ini semakin berkembang.

“Saya juga tidak akan mendedahkan senarai nama berkenaan. Kita akan ambil tindakan di bawah jenayah terancang,” katanya.

Menurut beliau, keutamaan mengenakan tindakan tatatertib ke atas tali barut ini adalah pilihan terakhir.

“ Saya tidak akan serah (senarai nama) pada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk ambil tindakan. “Kita masih kemas kini kertas siasatan, Insya-Allah bila sudah lengkap nanti, kita akan buat tangkapan,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, JIPS Bukit Aman memaklumkan masih menunggu senarai nama pegawai dan anggota polis yang didakwa bersekongkol dengan Geng Nicky.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya memerlukan senarai nama itu daripada polis Johor sebelum mengambil tindakan susulan termasuk merakam keterangan dan mengambil tindakan jika didapati menyalahi tata kelakuan serta disiplin.

Pada 30 Mac lalu, Abdul Hamid mendedahkan terdapat 34 pegawai dan anggota penguat kuasa termasuk polis terlibat melindungi jenayah Geng Nicky.

Kesemua individu berkenaan dikesan bergaul selain menjadi ahli serta membantu kumpulan jenayah terancang tersebut selepas menerima suapan.

Dalam pada itu, akhbar melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan Polis Kontinjen Johor dalam serbuan di Setia Walk, Puchong, menyebabkan Nicky berjaya melarikan diri.

Dalam 70 serbuan Op Pelican 3.0 di Lembah Klang dari 20 hingga 28 Mac lalu, 118 individu diperiksa dan 68 ditahan, manakala wang tunai lebih RM770,000 dirampas. 

Sumber: UTUSAN

Sabtu, 10 April 2021

HAMZAH ZAINUDDIN DIKECAM CAMPURTANGAN PERTUKARAN PEGAWAI2 KANAN POLIS


Saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang memandang serius percubaan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang cuba campur tangan dalam urusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dalam soal pertukaran jawatan dan tugas pegawai-pegawai kanan polis Malaysia dalam PDRM. 

 Saya mendapat maklum bahawa Ketua Polis Negara telah membuat keputusan menukarkan jawatan dan tugas pegawai-pegawai tinggi PDRM menurut kuasa Undang-Undang yang memperuntukkan “ Control and Command” PDRM adalah terletak dalam bidang kuasa Ketua Polis Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

 Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin tidak ada kuasa di bawah undang-undang untuk menangguhkan, apa tah lagi untuk menggagalkan keputusan yang telah diambil oleh Ketua Polis Negara. 

 Saya memandang perkara yang cuba dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri adalah serius.

 Walaupun sekarang negara berada di dalam keadaan Darurat dan Parlimen digantung, ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa yang melampaui peruntukan undang-undang sehingga mengganggu bidang kuasa Ketua Polis Negara.

 Satu perkara yang perlu diingat bahawa baru-baru ini, Ketua Polis Negara telah mendedahkan wujudnya gejala yang dipanggil Kartel di dalam PDRM yang telah menjejaskan integriti PDRM.

 Pada Hari Ini Pula, Sabtu 10 April 2021 Melalui Telivesyen (Astro Awani Jam 3 Petang), Ketua Polis Negara Telah Mendedahkan Bahawa Dadah Telah Menjadi Ancaman Nombor Satu Negara. 

 Menurut beliau jumlah rampasan dadah oleh Polis seperti syabu dan lain-lain dalam simpanan PDRM sekarang berjumlah RM3.5 bilion.

 Manakala ada akhbar pada hari ini, (Sinar Harian 10 April 2021) di muka depan mendedahkan Malaysia telah menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dadah sebelum diseludup ke negara ketiga.

 Akhirnya, sebagai Ahli Parlimen, saya menasihatkan supaya Menteri Dalam Negeri menarik balik arahannya yang meminta Ketua Polis Negara menangguhkan keputusan pertukaran pegawai-pegawai kanan Polis. 

 Ketua Polis Negara mesti diberi ruang dan sokongan semua pihak untuk membasmi jenayah di negara ini dan menjadikan PDRM sebuah agensi yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dapat berfungsi secara profesional, cekap dan amanah. 

 Hassan Abdul Karim 
 Ahli Parlimen Pasir Gudang Merangkap Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi Dan Hak-Hak Di Bawah Perlembagaan, Dewan Rakyat Bertarikh 10 hb April 2021.

 -shabudindotcom.net

Selasa, 6 April 2021

‘Ketua kartel’ monopoli tender kerajaan miliki helikopter, kapal mewah

 

PETALING JAYA: Individu dikatakan ketua kartel yang memonopoli tender kerajaan berjumlah RM3.8 bilion memiliki dua helikopter, sebuah kapal mewah, dan kereta-kereta mewah bernilai RM15.7 juta.

Demikian pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya ke atas kartel itu, yang dikatakan aktif sejak 2014.

Dalam serbuan di kediaman individu bergelar “Datuk” itu semalam, SPRM turut menemui wang tunai sebanyak RM3.5 juta.

Penemuan itu disamping hartanah-hartanah bernilai RM29 juta, termasuk sebuah banglo, sebuah lot kedai, dan sebuah lot pejabat, yang dirampas.-FMT


Selasa, 22 Disember 2020

Pegawai kanan terima rasuah dan seks untuk lindungi kerja haram kartel daging

 PEGAWAI-PEGAWAI kanan dari tidak kurang empat agensi kerajaan dilaporkan bekerjasama dengan 'kartel daging' untuk membawa masuk daging-daging tidak sah ke dalam Malaysia sebelum dipasarkan sebagai daging-daging yang mempunyai sijil halal.

Para pegawai kanan yang diberi amanah untuk memastikan hanya daging halal yang mematuhi standard untuk dipasarkan kepada umat Islam, sebaliknya menerima wang rasuah.

Kartel Daging

Malah ada segelintir pegawai dilaporkan menerima habuan seks wanita sebagai sogokan untuk menutup mata terhadap operasi kartel daging berkenaan dan memastikan aktiviti haram mereka tidak dapat dikesan.

Difahamkan kartel berkenaan sudah beroperasi di negara ini selama lebih 40 tahun, di mana sindiket itu dipercayai mengimport daging dari rumah penyembelihan tanpa sijil halal dari beberapa negara seperti Brazil, Bolivia, Kanada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.

Negara yang yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengimport daging halal hanyalah, Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Di mana urusan import diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Jabatan Kastam dan Polis Pelabuhan pula ditugaskan untuk menguruskan bekalan berkenaan sebaik sahaja memasuki pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

Kartel daging yang sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya itu menunjukkan mereka sudah mempunyai satu helah licik yang ampuh bagi memastikan produk-produk mereka berjaya melepasi pemeriksaan pihak berkuasa dari rumah sembelihan sehingga ke pelabuhan untuk dipasarkan.

New Straits Times memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa proses itu bermula di luar negara, di mana pegawai agensi kerajaan yang diamanahkan untuk memantau kualiti daging di rumah sembelihan perlu menentukan sama ada ia memenuhi kualiti standard pengesahan halal Kerajaan Malaysia yang ketat.

Sumber itu berkata, dalam kes-kes tertentu, pegawai berkenaan selepas menerima rasuah, akan meluluskan daging-daging berkenaan meskipun ia belum pun sampai di tempat pemeriksaan.

"Hanya terdapat dua agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kelulusan produk dari kilang pemprosesan di luar negara. Namun begitu banyak produk-produk daging dari kilang yang diragui memasuki Malaysia menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem,"

Sumber itu memaklumkan, sebaik sahaja kartel berkenaan melepasi pemeriksaan peringkat awal, mereka menghadapi beberapa masalah untuk membawa produk itu ke dalam negara menerusi pelabuhan.

Tiga kawasan utama kemasukan kapal kata sumber itu, adalah zon bebas Pelabuhan Klang, Westport dan Northport.

Kartel itu katanya sudah bertahun-tahun berusaha memastikan 'tali barut' mereka dalam agensi kerajaan ditempatkan di pelabuhan tersebut.

Perkara ini katanya hanya boleh dilakukan dengan penglibatan pegawai atasan dari agensi yang bekerjasama dengan kartel tersebut.

"Salah satu modus operandi menggunakan borang K8 Kastam, ketika produk memasuki pelabuhan. Borang K8 bermakna sebuah kapal itu hanya boleh singgah di Malaysia sebelum berlayar keluar ke tempat lain,"

"Dalam kes ini, akibat pegawai korup, kapal berkenaan meskipun telah diistiharkan sebagai K8, barangan dibawanya masih boleh keluar melalui saluran lain,"

"Pegawai yang meluluskan saluran itu akan menerima rasuah wang tunai dari seorang pengantara untuk memberi lampu hijau kepada kargo bagi meninggalkan pelabuhan menggunakan lori," kata sumber itu.

Barangan di dalam kargo berkenaan katanya, kemudian akan diambil oleh satu daripada beberapa kilang, dan daging itu akan dicampurkan dengan daging mempunyai sijil halal dan dibungkus semula dengan logo halal palsu sebelum dipasarkan.

Kata sumber itu lagi, kartel berkenaan melakukan tindakan itu disebabkan proses mengimport daging halal dari sumber yang sah dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa memakan belanja yang besar.


Oleh itu tanpa melalui proses pensijilan halal, kartel itu memperolehi keuntungan yang besar,"

Tambahnya lagi peniaga dan pemborong juga cenderung untuk mendapatkan sumber barangan yang lebih murah.

"Kartel tersebut memberi jaminan bahawa produk itu mempunyai sijil halal, ini bagi memastikan kelangsungan permintaan terhadap barangan mereka," katanya.


Sumber — https://www.milosuam.net/

Khamis, 8 Oktober 2020

RASUAH:Wujud 'kartel' dalam agensi kerajaan


Kuala Lumpur: Rasuah dan salah laku individu dalam agensi kerajaan membabitkan banyak pihak boleh mewujudkan 'kartel'.

Ia wujud hasil rangkaian kegiatan haram daripada peringkat bawah sehingga atasan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, ada tiga perkara sering dilihat berkaitan ketirisan membabitkan agensi kerajaan dalam perolehan iaitu rasuah atau salah guna kuasa, kutipan yang tidak dikutip dan pengurangan kutipan.

"Ketirisan boleh berlaku dalam semua peringkat. Sebagai contoh, kelulusan projek yang bermula daripada peringkat jawatankuasa, cadangan, penilaian dan sehingga ke peringkat atas (kelulusan) boleh berlaku rasuah.

"Ada kes yang dilaporkan di sebuah negeri iaitu kos projek dinaikkan sebanyak 35 peratus kerana mahu dibahagikan dengan ejen, pegawai serta orang tengah yang terbabit.

"Jumlah mereka yang terbabit adalah ramai hingga mewujudkan satu kartel (rasuah)," katanya dalam temu bual secara langsung pada slot 'SPRM 360' di MACCfm, hari ini.

Azam berkata, segala peraturan serta undang-undang di negara ini sudah cukup untuk mengatasi isu rasuah serta salah guna kuasa, namun masalah integriti menyebabkan permasalahan itu sukar dibendung.

"Saya akui kita (negara) cukup sudah peraturan namun apa juga peraturan yang dilaksanakan tidak akan bermakna jika mereka yang mempunyai kuasa ada masalah integriti.

"Di saat ekonomi negara tidak begitu baik kerana penularan Covid-19, kita harus pastikan wang serta dana kerajaan tidak dibazirkan akibat rasuah serta salah tadbir urus," katanya.

Menurutnya, dalam usaha membanteras isu rasuah serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan, ketua jabatan perlu memantau anak buah mereka.

"Tindakan itu termasuk melihat tingkah laku anak buah mereka yang culas, baik dengan syarikat kontraktor atau gaya hidup mewah selain pekerja yang mempunyai banyak hutang.

"Ada kes yang dilaporkan kepada kami membabitkan pegawai gred 32 yang mampu membeli rumah serta kereta mewah secara tunai. Itu adalah contoh jelas yang perlu dilaporkan," katanya.

Katanya, perkhidmatan awam yang juga barisan hadapan negara yang bersih adalah penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta negara aman sejahtera.

"Budaya yang tidak elok boleh menjadi kanser di negara kita dan apabila ia semakin berleluasa, ia akan menjadi parah," katanya.

-myMetro