"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Hukum Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum Agama. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2024

Asalnya halal tapi menjadi haram.Kenapa?

 Yg HALAL MENJADI HARAM.

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang kamu mahu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

 Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. 

Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat. 

Begitu juga ibubapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut. 

Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak. 

Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.

Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur. 

Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.

Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.

Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.

Kredit 

Sabtu, 9 November 2024

Tingkatkan Nafsu Syahwat Dengan Jilat Kemaluan Isteri, Ini Penjelasan Menurut Pandangan Islam

 HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI

Sesetengah pasangan berkahwin memilih untuk menjilat faraj isteri ketika foreplay untuk meningkatkan lagi nafsu syahwat. Walau bagaimanapun, pernah tak anda terfikir mengenai hukum jilat kemaluan isteri menurut pandangan Islam?

Perkara ini diulaskan dengan lebih lanjut di bawah untuk bacaan pasangan suami isteri dan diharapkan dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda.

HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI MENURUT PANDANGAN ISLAM

HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ

Maksud: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;” (Surah al-Baqarah: 223

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa semua jenis hubungan seksual suami isteri boleh lakukan kecuali melakukan hubungan melalui dubur. Hal ini kerana perbuatan itu dilarang dan bercanggah dalam Islam.

Perbuatan menjilat kemaluan isteri tidak menjadi masalah selagi mana berlandaskan Islam dan tidak melakukan hubungan seksual ketika isteri sedang haid.

Selain itu, sekiranya pasangan suami isteri melakukan seks oral ini, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak tertelan najis seperti firman Allah SWT di bawah.

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’ : 19)

Para fuqaha’ bersepakat bahawa harus bagi suami untuk menjilat faraj isterinya. Walau bagaimanapun, hendaklah dilaksanakan dengan penuh adab dan penghormatan antara satu sama lain. Keredaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredai Allah SWT.

Sekiranya anda memilih untuk seksual dengan menggunakan mulut, pastikan ia tidak membawa kepada sebarang penyakit dan masalah kesihatan.

Jadi, sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan dan tidak menjadi satu masalah.

*Semoga artikel ini memberi manfaat.

Kredit:Siraplimau.Com

Ahad, 6 Oktober 2024

SOALJAWAB AGAMA:DUDUK PADA MAJLIS ADA ARAK

 DUDUK PADA MAJLIS ADA ARAK

SOALAN :

Adakah harus seorang Islam duduk pada satu majlis yang ada pada majlis itu minuman arak sekalipun dia tidak meminumnya?

JAWAPAN :

Hukum duduk semeja dengan orang yang minum arak adalah haram dan turut sama mendapat dosa sekalipun tidak minum arak yang dihidangkan kerana dia termasuk orang yang bersetuju dengan perkara maksiat.

Dan majlis yang dihidangkan arak atau diminum akan arak dinamakan majlis maksiat.

Diriwayatkan daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. katanya :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم يَقُولُ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلا يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا الْخَمْرُ

Artinya : “Wahai sekelian manusia sungguhnya aku telah mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan dia duduk pada majlis yang dihidangkan padanya akan arak.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Dan daripada Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَقْعُدْ عَلَى مَائِدَةٍ يُشْرَبُ عَلَيْهَا الْخَمْرُ

Artinya : “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan sekali-kali dia duduk pada hidangan yang diminum padanya akan arak.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Berkata Imam Al-Qurtubi :

قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ ﴿إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ﴾ فَدَلَّ بِهَذَا عَلَى وُجُوبِ اجْتِنَابِ أَصْحَابِ الْمَعَاصِي إِذَا ظَهَرَ مِنْهُمْ مُنْكَرٌ؛ لِأَنَّ مَنْ لَمْ يَجْتَنِبْهُمْ فَقَدْ رَضِيَ فِعْلَهُمْ، وَالرِّضَا بِالْكُفْرِ كُفْرٌ، قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: ﴿إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ﴾ فَكُلُّ مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسِ مَعْصِيَةٍ وَلَمْ يُنْكِرْ عَلَيْهِمْ يَكُونُ مَعَهُمْ فِي الْوِزْرِ سَوَاءً، وَيَنْبَغِي أَنْ يُنْكِرَ عَلَيْهِمْ إِذَا تَكَلَّمُوا بِالْمَعْصِيَةِ وَعَمِلُوا بِهَا، فَإِنْ لَمْ يَقْدِرْ عَلَى النَّكِيرِ عَلَيْهِمْ فَيَنْبَغِي أَنْ يَقُومَ عَنْهُمْ حَتَّى لَا يَكُونَ مِنْ أَهْلِ هَذِهِ الْآيَةِ

Artinya : “Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ yang berarti “Sungguhnya kamu sekelian ketika itu adalah sama dengan mereka” menunjukkan atas wajib menjauhi ahli maksiat apabila terbit dari mereka perbuatan munkar. Dari kerana sungguhnya barangsiapa yang tidak menjauhi mereka itu maka dia dikira redha dengan perbuatan mereka. Redha dengan kekufuran itu adalah kekufuran.

Allah telah berfiman yang artinya “Sungguhnya kamu sekelian ketika itu adalah sama dengan mereka”. Maka sekelian mereka yang duduk pada majlis maksiat dan tidak mengingkarkan atas mereka jadilah dia serta mereka itu bersamaan pada dosanya. Wajiblah bahawa dia ingkarkan atas mereka itu apabila mereka berkata-kata dengan perkara dosa dan melakukan perbuatan dosa. Maka jika tidak mampu atas mengingkari atas mereka maka wajiblah dia berdiri meninggalkan mereka sehingga tidaklah dia termasuk dalam firman Allah tersebut.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)

Berkata Imam Al-Munawi :

وإن لم يشرب معهم؛ لأنه تقرير على المنكر

Artinya : “Dan sekalipun dia tidak minum bersama mereka kerana sungguhnya dia adalah termasuk membenarkan atas perkara mungkar.” (Faidhul Qadir)

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Jumaat, 7 Jun 2024

IRSYAD HUKUM KHAS HAJI DAN KORBAN SIRI KE-83: WANITA KEMATIAN SUAMI SEMASA MELAKUKAN HAJI, ADAKAH WAJIB PULANG?

 


Soalan:

Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Seorang isteri mendapat panggilan haji pada tahun tersebut dan dia berhasrat untuk menunaikannya setelah mendapat keizinan suami. Dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji, suaminya meninggal dunia. Persoalannya, bolehkah isteri tersebut meneruskan haji atau dia perlu pulang semula kerana dia berada dalam tempoh iddah? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan jawapan

Secara asasnya, wanita yang menjalani iddah kematian suami tidak boleh melaksanakan haji kerana perkara ini memerlukan dirinya bermusafir dan keluar daripada rumah. Namun, sekiranya wanita itu sudah berada dalam perjalanan haji atau sudah tiba di Tanah Haram, maka dia dibenarkan untuk meneruskan ibadah haji. Hal ini kerana, kesukaran yang dialami jika dia pulang ke rumah mungkin lebih besar daripada dia meneruskan ibadah haji. Semasa tempoh tersebut, wanita wajib menjaga adab dan segala larangan ihdad (berkabung) semampu mungkin seperti membataskan diri dengan melakukan perkara wajib haji dan rukunnya sahaja, meninggalkan perjalanan ziarah serta perhiasan diri, tidak solat berjemaah di masjid, tidak keluar membeli belah dan sebagainya.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Antara kewajipan yang ditetapkan oleh syarak kepada wanita yang diceraikan oleh suami sama ada dicerai hidup atau berpisah mati adalah beriddah dalam tempoh tertentu. Tempoh iddah bagi isteri kematian suami adalah empat bulan sepuluh hari sebagaimana firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا ۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”

Surah al-Baqarah (234)

Para ulama menyatakan bahawa wanita yang beriddah wajib kekal menetap di rumah kediamannya selama tempoh tersebut, malah berdosa hukumnya jika mereka keluar tanpa sebarang keperluan yang dibenarkan oleh syarak. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zainab binti Ka’ab bin ‘Ujrah berkenaan Furai’ah binti Malik Ibn Sinan, yang mana beliau telah kematian suaminya lalu berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya berkenaan dirinya sama ada dia dibenarkan untuk pulang ke pangkuan ahli keluarganya di Bani Khudrah ataupun tidak. Kemudian, baginda SAW bersabda:

امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ

Maksudnya: “Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan (selesai tempoh iddah).”

(Riwayat Abu Daud)

Batasan-batasan hukum yang mesti dipatuhi oleh wanita yang beriddah kematian suami, antaranya[1]:

  • Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.
  • Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan.
  • Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan.

Justeru, difahami daripada hujah di atas bahawa wanita yang beriddah kematian suami adalah dilarang daripada menunaikan ibadah haji dan perlu menangguhkan perjalanannya sekiranya masih berada di tanah air. Namun, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum haji bagi wanita beriddah yang sedang berada dalam perjalanan permusafiran atau sudah tiba di tanah suci.

Imam al-Nawawi menyatakan dalam hal ini:

ولو أذن في الانتقال إلى بلد فكمسكن أو سفر حج أو تجارة ثم وجبت في الطريق فلها الرجوع والمضي

Maksudnya: “Jika isteri diberi keizinan (oleh suami) untuk berpindah ke satu negara lain seperti tempat tinggal atau melakukan perjalanan haji atau menjalankan perniagaan, kemudian dia diwajibkan (beriddah) semasa perjalanan itu, maka dibenarkan baginya untuk pulang atau meneruskan perjalanan.” [2]

Syeikh Khatib al-Syirbini kemudiannya menghuraikan pendapat yang membenarkan wanita iddah meneruskan permusafirannya. Beliau menyebutkan bahawa keharusan perjalanan ini adalah untuk menghilangkan kesusahan (masyaqqah) yang mungkin dialami oleh wanita iddah jika dia diwajibkan pulang ke rumah kediamannya dalam tempoh permusafiran itu. Lebih-lebih lagi apabila jarak permusafiran itu sudah jauh daripada negaranya dan perasaan khuatir jika dia terpisah daripada kumpulan musafirnya. Akan tetapi, wanita dalam situasi ini lebih afdal jika dia pulang ke kediaman suaminya menurut pandangan Syeikh Abu Hamid.

Akan tetapi, sekiranya isteri itu kematian suami sebelum dia sempat keluar bermusafir, maka dia diharamkan untuk keluar bermusafir. Adapun, sekiranya isteri itu kematian suami semasa dia baru memulakan perjalanan musafir dan belum melepasi kawasan pemukiman, maka dia wajib pulang ke rumah dan beriddah.[3]

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa wanita yang memilih untuk meneruskan perjalanan musafir dan menetap di suatu negara lain, maka mereka wajib membataskan pergerakan dengan melakukan perkara-perkara penting dan berkeperluan sahaja. Selepas selesai keperluannya dan masih terdapat baki tempoh iddah, maka wajib bersegera untuk pulang bagi menyempurnakan iddah di rumah kediaman kerana hukum asal tersebut masih lagi tertanggung atas wanita tersebut[4].

Kesimpulan

  1. Secara asasnya, wanita yang menjalani iddah kematian suami tidak boleh melaksanakan haji kerana itu memerlukan dia bermusafir dan keluar daripada rumahnya.
  2. Namun, sekiranya wanita tersebut sudah berada dalam perjalanan haji atau sudah tiba di Tanah Haram, maka dia dibenarkan untuk meneruskan ibadah haji. Hal ini kerana, kesukaran yang dialami jika dia pulang ke rumahnya mungkin lebih besar daripada dia meneruskan ibadah haji.
  3. Semasa tempoh tersebut, wanita wajib menjaga adab dan segala larangan dalam tempoh berkabung (ihdad) semampu mungkin seperti membataskan diri dengan melakukan perkara wajib haji dan rukunnya sahaja, meninggalkan perjalanan ziarah, meninggalkan perhiasan diri, tidak keluar solat berjemaah di masjid, tidak keluar membeli belah dan sebagainya.

Wallahu a'lam

Rujukan: 

[1] https://www.islam.gov.my/en/guideline/479-garis-panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami

[2] Al-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf. Minhaj al-Talibin wa Umdat al-Muftin fi al-Fiqh. (t.p: Dar al-Fikr, 2005). Hlm 257.

[3] Khatib al-Syirbini, Muhammad bin Muhammad. Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj. (t.p: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1994). Jld 5. Hlm 108.

لِأَنَّ فِي قَطْعِهَا عَنْ السَّفَرِ مَشَقَّةٌ، لَا سِيَّمَا إذَا بَعُدَتْ عَنْ الْبَلَدِ وَخَافَتْ الِانْقِطَاعَ عَنْ الرُّفْقَةِ، وَلَكِنَّ الْأَفْضَلَ الرُّجُوعُ وَالْعَوْدُ إلَى الْمَنْزِلِ كَمَا نَقَلَاهُ عَنْ الشَّيْخِ أَبِي حَامِدٍ وَأَقَرَّاهُ، وَهِيَ فِي سَيْرِهَا مُعْتَدَّةٌ، وَخَرَجَ بِالطَّرِيقِ مَا لَوْ وَجَبَتْ قَبْلَ الْخُرُوجِ مِنْ الْمَنْزِلِ فَلَا تَخْرُجُ قَطْعًا، وَمَا لَوْ وَجَبَتْ فِيهِ وَلَمْ تُفَارِقْ عُمْرَانَ الْبُلْدَانِ فَإِنَّهُ يَجِبُ الْعَوْدُ فِي الْأَصَحِّ عِنْدَ الْجُمْهُورِ كَمَا فِي أَصْلِ الرَّوْضَةِ لِأَنَّهَا لَمْ تَشْرَعْ فِي السَّفَرِ

[4] Ibid.

فَإِنْ) لَمْ تَرْجِعْ فِيمَا إذَا خُيِّرَتْ وَ (مَضَتْ) لِمَقْصَدِهَا أَوْ بَلَغَتْهُ (أَقَامَتْ) فِيهِ (لِقَضَاءِ حَاجَتِهَا) مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَمَلًا بِحَسَبِ الْحَاجَةِ…(ثُمَّ يَجِبُ) عَلَيْهَا بَعْدَ قَضَاءِ حَاجَتِهَا (الرُّجُوعُ) فِي الْحَالِ (لِتَعْتَدَّ الْبَقِيَّةَ) مِنْ الْعِدَّةِ (فِي الْمَسْكَنِ) الَّذِي فَارَقَتْهُ لِأَنَّهُ الْأَصْلُ فِي ذَلِكَ

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Online 

Selasa, 20 Februari 2024

Beginilah Penjelasanya Jika Suami Suka Mencium Atau Menjlat ''K3maluan" isterinya....

 Beginilah Penjelasanya Jika Suami Suka Mencium Atau Menjlat ''K3maluan" isterinya....


Dalam benak setiap pasangan, mungkin seringkali ada pertanyaan dalam pengajian terbatas (halakah), bolehkah seorang suami mencumbui hal paling rahasia istrinya, yakni organ intim?

Terhadap pertanyaan itu jawabannya sebagai berikut. Diperbolehkan bagi masing-masing suami-istri untuk menikmati keindahan tubuh pasangannya. Allah berfirman,

"Para istri kalian adalah pakaian bagi kalian, dan kalian adalah pakaian bagi istri kalian." (Q.S. Al-Baqarah:187)

Allah juga berfirman, 

"Para istri kalian adalah ladang bagi kalian. Karena itu, datangilah ladang kalian, dengan cara yang kalian sukai." (Q.S. Al-Baqarah:223)


Hanya saja, ada dua hal yang perlu diperhatikan:

Menjauhi cara yang dilarang dalam syariat, di antaranya: (1)Menggauli istri di duburnya; (2) Melakukan hubungan badan ketika sang istri sedang "datang bulan". Kedua perbuatan ini termasuk dosa besar. Hendaknya dalam koridor menjaga adab-adab Islam dan tidak menyimpang dari fitrah yang lurus.
Tentang mencium atau menjilati kemaluan pasangan, tidak terdapat dalil tegas
yang melarangnya. Hanya saja, perbuatan ini bertentangan dengan fitrah yang lurus dan adab Islam. Betapa tidak, kemaluan, yang menjadi tempat keluarnya bendanajis, bagaimana mungkin akan ditempelkan di lidah, yang merupakan bagian anggota badan yang mulia, yang digunakan untuk berzikir dan membaca Alquran?

Oleh karena Menjaga kelurusan fitrah yang suci dan adab yang mulia.

Menjaga agar tidak ada cairan najis yang masuk ke tubuh kita, seperti: madzi.
Ini semua merupakan bagian dari usaha menjaga kebersihan dan kesucian jiwa. Allah berfirman,

"Sesungguhnya, Allah mencintai orang yang bertobat dan mencintai orang yang menjaga kebersihan." (Q.S. Al-Baqarah:222)

Maksud ayat adalah Allah mencintai orang menjaga diri dari segala sesuatu yang kotor dan mengganggu. Termasuk sesuatu yang kotor adalah benda najis, seperti: madzi. Sementara, kita sadar bahwa, dalam kondisi semacam ini, tidak mungkin jika madzi tidak keluar. Padahal, benda-benda semacam ini tidak selayaknya disentuhkan ke bibir atau ke lidah. Allahu alam. (Disarikan dari Fatawa Syabakah Islamiyah)

Semoga bermanfaat dan menjawab keraguan terhadap boleh tidaknya mencium kemaluan istri.

Sumber

Selasa, 22 Jun 2021

Gila: Suami TerIanjur Dgn Anak Sanggup Cerai lsteri Utk Khwini Zuriatnya Sendiri

Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung terutama pada anak perempuan.

Bagi anak perempuan hanya bapa mereka sahaja merupakan insan bernama lelaki yang boleh dipercayai dan menjadi pembela mereka.

Baru-baru ini, seorang peguam syariah Fatihah Azzahra berkongsikan kisah benar dimana seorang bapa berusia 40an terlanjur.

Ianya sehingga menghamilkan anak sendiri berusia 20an dan dikatakan berbuat demikian kerana suka sama suka.

Lebih mengejutkan, apabila diketahui oleh isteri yang juga ibu kandung kepada anak tersebut, dia sanggup berkorban agar diceraikan supaya suami dan anaknya dapat berkahwin.

‘Pengorbanan’ si ibu adalah untuk bayi yang dikandung anaknya supaya dapat berbin atau berbintikan dengan bapanya yang juga bekas suaminya.

Kat Mana Sebenarnya Silap Dia

Asas Macam ni pun Boleh Terlepas Pandang

Berterabur Nasab

Manusia Dah Tiada Perasaan Malu

Anak beranak itu akhirnya berkahwin menggunakan khidmat sindiket perkahwinan oleh warga asing.

Bapa kandung terlanjur hingga mengandungkan anak perempuan. Kes suka sama suka, dari JPN kepada Peguam.

(Bapa dan Ibu berusia 40an,anak perempuan berusia 20an).

Ibu kandung kata takpa, kahwinlah dengan ayah nanti bayi dalam kandungan dapat nasab bapa, kalau tidak susahlah.

Maka ibu dan ayah pun bercerai sebagai ‘pengorbanan’ untuk anak perempuan ni tadi.

Kemudian, bapa nikahi pula anak perempuan tersebut menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tidak diluluskan bin/binti oleh pihak JPN.

Mereka dimaklumkan kena rujuk Mahkamah Syariah, tentukan semula nasab anak.

Soalan ‘menyedihkan’, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?”

Namun apabila melibatkan urusan pendaftaran kelahiran anak, Jabatan Pendaftaran Malaysia tidak meluluskan untuk berbin atau bernintikan kepada bapanya kerana perlu rujuk di mahkamah untuk tentukan nasab bayi berkenaan.

Peguam itu turut berkongsikan, apa yang menyedihkan apabila si anak mempersoal mengapa anak tidak boleh guna nama suaminya (bapa kandung) sedangkan mereka sudah berkahwin.

Dunia makin membimbangkan.

Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bernafsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.

Bayangkan,Pengetahuan agama paling ‘basic’ iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagal dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sudah jadi begini kita hendak salahkan siapa?

Salahkan ayah kandung kerana gagal bimbing keluarga ataupun ibu kandung kerana tidak mendidik anak-anak?

Bukankah perkahwinan ini tanggungjawab bersama?

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ( Surah Al Kahfi : 46)

Kami berpandangan, wujud kes sebegini kerana fahaman pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Wallahu’alam.

Sumbang mahram.

Masyarakat kita makin tenat. Malaysia 2021.
Peguam Syarie : Wali Azri & Associates

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan kisah dikongsikan itu serta mempersoalkan ibu bapa yang seolah tidak kisah dengan hukum agama sedangkan ianya pengetahuan asas.

Tidak kurang juga, ramai yang bimbang dengan dunia sekarang yang semakin membimbangkan apabila perkara halal haram ditolak sedangkan ibu bapa sepatutnya menjadi pendidik anak-anak.

Sumber: Rotikaya

Credit: nalurigadis.com

Jumaat, 18 Jun 2021

Hukum berjual beli buah durian secara timbangan

 


Gambar 1: timbang isi bersama kulit duyan x sampai 4 kg pun..

Gambar 2: isi telah di makan timbang kulit je 2 kg, 


Kesimpulannya: isi durian tu x sampai 2 kg pun , kulit je dah 2 kg... 🤔


SOALAN:


Assalamualaikum, tuan mufti. 

Adakah buah durian haram dijual mengikut sukatan kilogram kerana kulitnya lebih banyak dari isi? 


JAWAPAN:


Waalaikumussalam wbt,

Kaedah menyebut:

الأصل في العقود هو التراضي

Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredhaan dua belah pihak.

Dalam jual beli durian selalu yang menjadi masalah ialah apabila dijual beli mengikut timbangan, dan bukannya jenis dan kualiti durian itu. Justeru, berlakulah situasi contohnya isi durian yang mengkal (tidak masak), busuk dan rosak. Di sini, pembeli menjadi tidak redha kerana manfaat yang dibeli tidak diperolehi. 

Situasi ini bertepatan dengan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW menegur penjual kurma yang meletakkan kurma yang kering di atas kurma yang basah untuk mengelabui pelanggan. Sabda Rasulullah SAW:

أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya: Apakah engkau sengaja tidak meletakkan yang basah itu diatas takut dilihat orang? Barangsiapa yang menipu maka bukan daripada kalanganku.

Hadis riwayat Imam Muslim (102)

Justeru, digalakkan melakukan akad jual beli durian dengan cara yang lebih jelas. Contohnya, dengan membuka sebahagian durian itu terlebih dahulu diketahui isinya. Cara lain juga seperti yang dilakukan peniaga-peniaga hari ini dengan meletakkan isi buah di dalam bekas yang boleh dilihat oleh pelanggan. Dengan itu, pembeli dan penjual saling meredhai dan hasil jualan juga diberkati.

Wallahua’lam.


Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/rBs4u4

Khamis, 11 Februari 2021

Apa dah jadi?Dahulu haram, kini Hari Valentine halal di Arab Saudi

 

Hari Valentine atau seringkali dikaitkan sebagai ‘hari kekasih’ dahulunya asing dan haram disambut di Arab Saudi.  

Namun kini hari Rakyat di negara di mana terletaknya Kaabah iaitu kiblat umat Islam dan terletaknya masjid paling suci bagi umat Islam iaitu Masjidil Haram kini secara terbuka meraikan Hari Valentine bersama-sama orang tersayang.

Menurut portal berita Arab News, dahulu peniaga bunga segar dan pengeluar coklat secara sembunyi-sembunyi menjual produk bertemakan Hari Valentine kepada pasangan yang bercinta pada 14 Februari.

Ini kerana mereka takut dengan tindakan yang akan diambil oleh Suruhanjaya Promosi Kebajikan dan Pencegahan Maksiat (CPVPV) yang juga dikenali sebagai ‘polis agama’ di Arab Saudi. Mereka boleh ditahan dan kedai mereka ditutup selama-lamanya.

Malah pemilik restoran juga mengambil langkah tidak membenarkan sebarang sambutan termasuk majlis hari jadi di premis mereka pada 14 Februari. Peniaga begitu khuatir akan hukuman yang dikenakan terhadap mereka.

Portal Al-Arabia turut melaporkan meraikan Hari Valentine kini disambut secara terbuka di Arab Saudi. Dahulu kedai-kedai diharamkan menjual bunga ros dan patung beruang pada 14 Februari. Ini kerana Hari Valentine dianggap tidak Islamik dan merupakan perayaan penganut agama Kristian.

Namun sepanjang minggu ini akhbar-akhbar di Arab Saudi mempromosi  tempat-tempat makan malam untuk pasangan kekasih. Kedai-kedai menjual bunga juga begitu sibuk dengan tempahan jambangan bunga daripada pasangan kekasih.

“Anda tidak pernah melihat orang memakai apa-apa berwarna merah pada 14 Februari,” kata Rania Hasan yang tinggal di ibu negara Arab Saudi, Riyadh. ”Walaupun secara tidak sengaja memakai pakaian berwarna merah ‘polis agama’ akan menghentikannya.”

Segalanya berubah apabila Presiden CPVPV Sheikh Ahmed Qasim Al-Ghamdi mengisytiharkan Hari Valentine tidak bertentangan dengan ajaran Islam pada 2018.

Menurut Sheikh Ahmed Qasim meraikan kasih sayang bersifat universal dan tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Pada 14 Februari iaitu hari ini,rakyat Arab Saudi tidak lagi takut-takut untuk membeli hadiah yang mahal seperti bunga, belon berbentuk hati malah patung beruang untuk diberi kepada orang yang mereka sayangi.

Di Malaysia sambutan Hari Valentine masih dianggap bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama lain dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam. -SM

Credit:ibnuhasyim

Rabu, 28 Oktober 2020

30 perempondan terkedu diserbu 30 anggota penguatkuasa JAIK

30 perempondan terkedu apabila majlis sambutan hari jadi yang diadakan di sebuah hotel di Bandar Darulaman semalam diserbu 30 anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK). 

 Kesemua perempondan yang berusia 20-an hingga 40-an yang berpakaian seperti wanita dengan memakai gaun dan kebaya diberi notis untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu pada tarikh yang ditetapkan. 

 Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung penganjuran majlis tersebut. 

 Turut hadir dalam majlis itu adalah wanita dan warga emas, bagaimanapun mereka diminta untuk bersurai.

 JAIK juga memberi amaran tegas kepada seorang lelaki yang bertanggungjawab menganjurkan majlis tersebut dan diarahkan untuk hadir ke pejabat agama untuk membantu siasatan.

 Siasatan juga mendapati, kesemua perempondan terbabit datang dari pelbagai negeri.

 Semasa serbuan dilakukan, sedang berlangsung pada majlis itu acara pakaian beragam dan nyanyian karaoke. 

 Kesemua perempondan terbabit disiasat mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. 

 Sementara itu, penganjur majlis berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 31 enakmen sama kerana menggalakkan maksiat.

 Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 Sumber: Harian Metro

Ahad, 20 September 2020

Hukum memakai topeng muka(facemask)ketika solat.

HUKUM MEMAKAI MASK KETIKA SOLAT

Soalan:

Assalamualaikum tuan, apakah hukumnya solat seseorang dalam keadaan mulutnya tertutup seperti memakai topeng yang menutup mulut atau menutupnya dengan serban.

Jawapan:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ السَّدْلِ فِي الصَّلاَةِ وَأَنْ يُغَطِّيَ الرَّجُلُ فَاهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang meleretkan pakaian di dalam solat serta (melarang) seseorang lelaki itu menutup mulutnya (di dalam solat).

Riwayat Abu Daud (643)

Hadis di atas secara jelas menunjukkan terdapatnya sighah larangan ke atas perbuatan menutup mulut semasa solat. Cumanya para ulama berbeza pandangan samada larangan tersebut membawa kepada hukum haram ataupun makruh.

Imam Al-Khattabi Rahimahullah dalam syarahannya ke atas hadis ini berkata: Antara adat orang arab adalah menutup mulut mereka dengan menggunakan serban, maka mereka ditegah dari melakukan perbuatan tersebut di dalam solat. Melainkan orang yang sedang solat itu menguap, maka dia menutup mulutnya pada waktu tersebut berdasarkan hadis yang menyebutkan tentangnya. Rujuk Ma’alim Al-Sunan, Al-Khattabi (1/179).

Ini membawa erti, perbuatan menutup mulut di dalam solat secara umumnya adalah dilarang. Namun di sana terdapat pengecualian ketika seseorang itu menguap maka dia dituntut untuk menutup mulutnya dan perbuatan tersebut tidaklah dilarang meskipun dalam keadaan sedang menunaikan solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فِيهِ

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu menguap maka hendaklah dia meletakkan tangannya ke mulutnya (menutup mulutnya).

Riwayat Al-Tirmizi (2746)

Imam Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan larangan di dalam hadis tersebut membawa kepada hukum makruh. Ini dapat dilihat berdasarkan kata-kata beliau:

وَيكرهُ أَن يُصَلِّي فِي ثوب فِيهِ صُورَة وَأَن يُصَلِّي الرجل متلثما وَالْمَرْأَة منتقبة

Maksudnya: Dan dimakruhkan bagi seseorang yang solat dengan memakai baju yang terdapat gambar padanya, juga makruh seorang lelaki solat dalam keadaan menutup mulut, dan (makruh juga) seorang perempuan yang solat dengan memakai niqab.[1] Lihat Al-Iqna’, Al-Khatib al-Sharbini (1/124).

Secara asasnya, para ulama ada mengulas mengenai beberapa faktor yang menjadi asas larangan perbuatan menutup mulut di dalam solat. Antaranya:

Pertama: Ia merupakan perbuatan kelompok Majusi.

Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Syaukani yang berkata: Telah berkata Ibn Hibban: Kerana ia (menutup mulut) adalah antara perbuatan kelompok Majusi. Beliau berkata lagi: Sesungguhnya larangan menutup mulut di dalam solat adalah apabila ia dilakukan dalam tempoh yang lama. Bukanlah ia turut dilarang ketika menguap dengan kadar yang mampu menahan (menguap). Rujuk Nail al-Authar, Al-Syaukani.

Kedua: Ia menghalang kesempurnaan bacaan al-Quran serta sujud.

Kata Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari: Golongan Arab dahulu menutup mulut mereka dengan serban mereka. Mereka menjadikan bahagian hujung serban tersebut di bawah leher mereka. Lalu mereka menutup mulut mereka supaya tidak dimasuki udara yang bercampur dengan debu disebabkan panas atau sejuk. Kerana ia menghalang kesempurnaan bacaan (dalam solat) serta menghalang kesempurnaan sujud. Lihat Mirqat al-Mafatih, Mulla Ali al-Qari (2/636).

Meskipun begitu, terdapat para fuqaha lainnya yang membenarkan menutup mulut di dalam solat sekiranya terdapat hajat keperluan yang menggesa kepadanya. Ini seperti yang dinukilkan oleh Imam Ibn Qudamah bahawa Imam Ibn Abd al-Bar berkata: ‘’Para ulama telah ijma bahawa hendaklah seorang wanita itu membuka wajahnya ketika solat dan ketika ihram. Ini kerana menutup wajah dan mulut akan mengganggu terkenanya dahi dan hidung (ke tempat sujud). Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melarang akan hal tersebut. Namun sekiranya ada hajat seperti terdapatnya ajnabi (lelaki asing) maka tidak makruh. Begitulah juga dengan lelaki, akan hilang kemakruhan (menutup mulut semasa solat) apabila ada hajat kepadanya’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/432).

Kesimpulan

Sebagai penutup, setelah kami meneliti beberapa pandangan di atas maka kami memperincikan jawapan kepada persoalan ini seperti berikut:

Hukum menutup mulut di dalam solat tanpa sebarang sebab adalah makruh. Ini kerana, larangan di dalam hadis tersebut tidak menetapkan sebarang hukuman sama ada duniawi atau ukhrawi sehingga menjadikan perbuatan tersebut haram.

Begitu juga perbuatan tersebut tidaklah memberi kesan kepada kesahihan solat. Ini kerana larangan ke atas perbuatan menutup mulut di dalam solat datang dari jihah munfakkah (sudut yang berasingan) dari solat. Dalam erti, ia tidak memberi kesan kepada rukun mahupun syarat sah solat.

Sekiranya seseorang itu menutup mulutnya di dalam solat kerana ingin mengelakkan habuk atau debu yang bertebaran, kami lebih cenderung mengatakan bahawa ianya diharuskan. Ini kerana terdapatnya hajat dan keperluan kepada hal tersebut.

Akhir kalam, semoga pencerahan ini memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.

Ameen.