"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Jutawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jutawan. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2025

(Allahyarham)Tun Daim Zainudin buat perjumpaan dengan Ustaz Firdaus Wong.Apa ceritanya?

 


Saya berjalan menuju ke lobi Menara Ilham dan disambut oleh seorang kakitangan,

“Ini Tuan Firdaus Wong ke?”

“Ya”, saya menjawab ringkas.

“Tun Daim sedang menunggu di atas”, sambung kakitangan tersebut yang kemudian menemani saya menaiki lif khas ke pejabat peribadi Tun Daim.

Keluar sahaja dari lif khas, saya diminta menunggu sebentar di ruang menunggu yang luas sambil saya menikmati pemandangan KLCC dari situ. 

Canggih pejabatnya tetapi pada masa yang sama, beberapa lukisan menghiasi dinding-dindingnya. 

Sejujurnya, saya tidak tahu ‘what to expect’ kerana PA Tun yang menghubungi saya memberitahu saya bahwa Tun Daim ingin berjumpa dengan saya. In juga kali pertama saya akan bertentang mata dengan Tun Daim. 

Tatkala saya sedang menikmati pemandangan dari pejabat Tun, satu suara yang agak ‘familiar’ memberikan salam,

“Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam”, saya menjawab sambil menoleh ke belakang dan melihat Tun Daim lalu beliau menjemput saya ke dalam pejabatnya. Hanya kami berdua sahaja di dalam bilik itu.

Tun bertanya khabar dan rupa-rupanya, banyak juga info saya yang dia dah tahu. Hebat pasukan ‘perisikan’ Tun. Saya tidak perlu menerangkan sangat kerja-kerja dakwah saya dan MRM. Suaranya lembut seperti seorang ayah tetapi boleh merasai aura kritis dan tegasnya. Tiba-tiba Tun bertanya,

“Firdaus, apa yang saya boleh bantu dakwah kamu?”

Saya terkejut dengan soalannya yang spontan itu lalu saya menerangkan kepada Tun aktiviti dakwah yang kami lakukan sebelum ini dan yang telah kami rancang untuk laksanakan dalam beberapa tahun akan datang. Tun Daim mencelah dan berkata,

“Begini Firdaus, saya nak bagi kamu bangunan 3 tingkat di KL dan saya mahu kamu buat program bagi makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.”

Saya terkejut dengan tawaran dari Tun. Saya tak menyangka Tun akan menawarkan sebuah bangunan di KL untuk kami. Saya membalas,

“Tun, terima kasih banyak-banyak atas tawaran Tun untuk memberikan kami bangunan untuk kami laksanakan program makanan untuk gelandangan. Saya sangat menghargai kepercayaan Tun ini. Cuma Tun…”

Belum saya menghabiskan ayat saya, Tun mencelah, 

“Segala kos perbelanjaan untuk program ini saya akan biaya. Firdaus dan team tak perlu risau pasal duit untuk projek ini.”

Saya menghabiskan ayat...

“Terima kasih Tun cuma kami adalah sebuah NGO yang sangat fokus kepada usaha dakwah kami kepada Muslim untuk merasa bangga dan mulia dengan Islam, berdakwah kepada yang Belum Muslim serta menangkis naratif anti Islam. Apa yang kami buat ini adalah sangat niche. Kami juga ada buat sedikit kebajikan tetapi itu bukan fokus utama kami kerana dah banyak sangat NGO terlibat dengan kebajikan. Tidak ramai yang buat dan fokus apa yang kami buat sekarang ini. Andai ada pun teramat sedikit jumlahnya. 

Kami ingin terus fokus dengan kepakaran dan kemahiran kami ini, Tun. Saya sangat menghargai tawaran dari Tun. Saya percaya bangunan yang Tun ingin berikan kepada kami untuk tujuan program gelandangan itu boleh dimanfaatkan lebih baik oleh NGO kebajikan yang lain. Kemahiran dan kepakaran kami boleh dimanfaatkan untuk bidang fokus kami yang tak ramai buat.”

Sejujurnya, saya sedikit berdebar kerana risau Tun akan marah apabila saya menolak tawarannya itu tetapi Tun tidak marah malahan menjawab,

“Ok takpe. Bagus Firdaus nak fokus kepada kepakaran Firdaus dan NGO. Saya hormat keputusan Firdaus. Biasanya bila saya tawarkan macam ini kepada orang lain, depa akan terima walaupun itu bukan bidang fokus depa tapi Firdaus tolak sebab nak fokus. Bagus.”

Saya ada berkongsi kisah saya menolak tawaran Tun ini tetapi ada yang membalas, 

“Alahai Bro, kenapa tak terima je tawaran dari Tun tu. Lagipun projek gelandangan itu dia juga akan biayai segala kosnya. Bila dah jadi milik MRM, terpulanglah kepada MRM untuk teruskan dengan projek gelandangan atau jadikan office atau jual.”

Maaf, saya tak pernah dan tidak akan buat begitu. Di Padang Mahsyar, Tun Daim dah terlepas dari tanggungjawabnya terhadap bangunan tu kalau kami terima tetapi apa saya nak jawab di depan Allah bila Allah tanya kenapa saya khianati amanah Tun dengan menjual bangunan tu. 

Walaupun secara undang-undangnya dah menjadi hakmilik NGO dan kami boleh menjualnya tetapi yang saya utamakan sebagai Muslim adalah amanah dan akad sesama kita! Saya keluar dari pejabat Tun tanpa saya merayu beliau untuk berikan bangunan lain atau merayu beliau untuk sumbangkan duit untuk dakwah kami.

Saya merayu kepada Allah dan Allah yang akan gerakkan hati hamba-hambaNya. Kerja dakwah, kerja para anbiya yang mulia. Kami akan membuka ruang untuk masyarakat untuk turut sama menyokong tetapi untuk merayu-rayu, mungkin itu bukan apa yang saya fahami. 

Beberapa minggu selepas itu, PA Tun menghubungi saya dan memaklumkan bahawa Tun ingin menjemput saya memberikan kuliah bulanan di surau banglo rumahnya di Taman Melawati. Dia sendiri akan menghadiri setiap kuliah saya tanpa gagal dan selepas selesai kuliah dan solat Isyak, kami akan duduk semeja untuk makan bersama dan Tun seorang yang banyak bertanya soalan-soalan yang kritis.

Soalannya kritis tetapi andai jawapan saya itu ‘make sense’ dia akan terima. Sepanjang setahun dua saya berceramah di banglonya, hampir setiap kali saya ceramah pasti akan ada individu yang hadir membawa proposal untuk mendapatkan dana dari Tun. Saya?

Saya tak pernah bawa sebarang proposal kepada beliau kerana saya menghormati hubungan kami dan tidak mahu mengambil kesempatan. Selama ini saya yakin Allah yang akan mengerakkan hamba-hambaNya untuk menyokong usaha dakwah kami, keyakinan itu tidak pernah pudar.

Saya tidak lagi berkuliah di banglonya setelah beliau dilantik sebagai ‘Council of Elders’ oleh Tun Mahathir setelah PRU pada 2018.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Tun, memberatkan timbangan amal solehnya berdasarkan sumbangannya kepada dakwah & kebajikan selama ini selain sumbangannya sebagai negarawan. 

Allahuma Ameen

Kredit - Firdaus Wong Wai Hung

Ahad, 23 Mac 2025

Khairul Aming: Jutawan Low Profile, Tak Perlu Kontroversi Pun Boleh Berjaya

 Khairul Aming: Jutawan Low Profile, Tak Perlu Kontroversi Pun Boleh Berjaya

Dalam dunia bisnes sekarang, ramai orang kejar viral, buat kontroversi, tunjuk kereta mewah nak nampak berjaya. Tapi Khairul Aming lain. Walaupun jualan Sambal Nyet dia dah cecah puluhan juta, dia tetap low profile, tak menunjuk harta, dan fokus pada bisnes.

Tak Tayang Kemewahan, Fokus Kualiti

Khairul Aming bukan jenis tayang Ferrari atau hidup mewah. Dia masih santai, pakai baju biasa, duduk dapur yang sama. Orang suka dia sebab dia real dan tak buat gimik murah.

Produk dia pun bukan jenis asal boleh. Dia jaga kualiti, ada kilang sendiri, dan pastikan pelanggan puas hati. Sebab tu Sambal Nyet laku keras, bukan sebab dia popular je, tapi sebab memang sedap dan berkualiti.

Tak Perlu Kontroversi Nak Jual Produk

Ramai usahawan guna strategi viral dengan buat drama sana sini. Tapi Khairul Aming tak masuk perangkap tu. Dia fokus pada bisnes, bina jenama yang kukuh, dan tak bergantung pada isu panas untuk naik. Ini yang buat orang respect.

Berjaya Dengan Cara Bersih

Dia bukan sekadar jual sambal, tapi dia ajar orang cara berniaga dengan betul. Dari urus pekerja, kembangkan kilang, sampai buat pemasaran yang bijak. Kejayaan dia bukan nasib, tapi sebab usaha dan strategi yang betul.

Kesimpulan

Khairul Aming bukti yang kejayaan tak perlu datang dengan menunjuk harta atau cipta drama. Dengan kerja keras, produk berkualiti, dan strategi yang betul, sesiapa pun boleh berjaya. Nak jadi macam dia? Fokus pada usaha, bukan kontroversi!

Source 

Isnin, 3 Mei 2021

Kesalahan berulang Neelofa, suami dah tak sesuai kompaun -netizen

 


Kuala Lumpur: Tindakan pasangan selebriti PU Riz dan Neelofa yang hangat diperdebatkan netizen berikutan dakwaan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan harus dipandang serius pihak berkuasa. 

Aktivis dan peguam, Asiah Abd Jalil menerusi hantaran di Facebook berkata, hukuman yang wajar dikenakan kepada selebriti itu mungkin tidak lagi relevan dengan hanya menerima kompaun sebagai denda.

Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara.

"Minah (Neelofa) tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?," tulisnya.

Sementara itu, menerusi  hantaran berasingan, Asiah turut menyifatkan tindakan Neelofa mencetuskan kontroversi seakan-akan mempunyai agenda tertentu. 

Menurut Asiah, selepas menerima kecaman netizen, selebriti terbabit akan muncul dengan beberapa foto aksi mesra bersama suaminya dan disusuli dengan pelancaran produk baharu. 

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya didakwa netizen di Nilai 3, sebelum bertindak memadamkannya.

Ternyata, bekas pengacara program MeleTop itu sekali lagi mengundang sensasi dalam kalangan warganet dengan tindakan beraninya 'merentas negeri' pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kebanyakan netizen di media sosial bengang dan 'panas hati' dengan tindakan Neelofa bersama suaminya, PU Riz meskipun mereka baharu didenda RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu.

Antara komen netizen di Twitter, mendakwa ada terlihat Neelofa dan suaminya memang berada di lokasi di Nilai 3, yang secara tidak langsung sudah merentas negeri lagi ketika PKPB.

-myMetro

Isnin, 28 Disember 2020

Ryan Kaji, YouTuber Paling Kaya 2020 Yang Baru Berusia 9 Tahun!


Kanak-kanak lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS), yang baru sahaja berusia 9 tahun, Ryan Kaji, sekali lagi disenaraikan Youtube sebagai penerima bayaran tertinggi sepanjang tahun 2020 apabila meraih AS$29.5 juta (RM119 juta).


YouTuber

 Dalam Senarai Forbes 2020, pendapatan itu dijana menerusi saluran Youtube iaitu "Ryan's World" yang terkenal dengan video membuka kotak hadiah permainan dengan ulasan menghiburkan serta diikuti kira-kira 41.7 juta peminat.

"Kini, Ryan Kaji juga mempunyai pelbagai barisan barangan berjenama sendiri seperti mainan, ubat gigi dan beg sekolah, yang dijual menerusi Amazon, Target dan Walmart.

"Jualan barangan berkenaan mencecah AS$200 juta (RM807 juta) tahun 2019 lalu selain penerbitan program bersiri Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate," katanya.

Berdasarkan Senarai Forbes, ini bukan pertama kali Ryan Kaji mendahului senarai bayaran tertinggi di Youtube kerana dia pernah tersenarai pada 2018 dan 2019.

Selain itu, video keluarannya, 'Huge Eggs Surprise Toy Challenge', adalah antara 60 video yang paling banyak ditonton di laman sesawang, dengan lebih dua bilion tontonan.

Senarai YouTuber Terkaya 2020

Selain Ryan, pencipta kandungan Youtube yang mencatatkan pendapatan tertinggi adalah:
  • -Mr Beast (Jimmy Donaldson) (AS$24 juta).

  • -Dude Perfect (AS$23 juta).

  • -Rhett and Link (AS$20 juta).

  • -Markiplier (Mark Fischbach) (AS$19.5 juta).

  • -Preston Arsement (AS$19 juta).

  • -Nastya (Anastasia Radzinskaya) (AS$18.5 juta).

  • -Blippi (Stevin John) (AS$17 juta).
  • David Dobrik (AS$15.5 juta) .

  • -Jeffree Star (AS$15 juta).
Difahamkan, Ryan Kaji juga sudah menandatangani perjanjian untuk siri televisyen di Nickelodeon yang dilaporkan bernilai jutaan dolar.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/

Selasa, 13 Oktober 2020

Agnez Mo selebriti paling kaya di Indonesia

Agnez Mo
Agensi

Penyanyi Agnez Mo baru-baru ini dilaporkan media Indonesia sebagai selebriti paling kaya di negara itu dengan jumlah harta mencecah 450 bilion Rupiah (RM12.7 juta).

Tidak hanya mengaut hasil daripada karier seni, penyanyi lagu Matahariku itu juga memiliki perniagaan berkaitan industri fesyen dan makanan.

Jumlah kekayaannya itu adalah hasil kerja kerasnya yang memulakan karier seni seawal usia 6 tahun menerusi muzik dan juga sebagai pengacara.

Melangkah ke alam remaja, penyanyi yang kini berusia 34 tahun itu mula melebarkan sayap apabila mula berlakon dalam beberapa sinetron dan kemudiannya mengeluarkan album.

Tidak hanya dikenali di Indonesia, Agnez juga pernah bekerjasama dengan beberapa bintang dunia antaranya Timbaland dan Chris Brown.

Rata-rata, netizen Indonesia memuji Agnez yang memiliki kekayaan serta wajah jelita. Dia juga dianggap sebagai artis yang tidak pernah mempamerkan kekayaannya.


-myMetro