"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label YDP Dewan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YDP Dewan Rakyat. Papar semua catatan

Isnin, 3 Jun 2024

MP Berpaling Tadah:BERSATU hantar notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat

 Datuk Razali Idris. - Foto BH

Datuk Razali Idris. - Foto BH

KUALA TERENGGANU: BERSATU akan menghantar notis kekosongan kerusi, selepas keahlian enam Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) digugurkan dari parti secara automatik, akhir bulan lalu.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata notis kekosongan itu akan dihantar oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerusi Parlimen itu kosong selepas enam Ahli Parlimen BERSATU menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala ADUN Selat Klang menyokong Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

"Notis kekosongan kerusi kepada Johari akan dihantar selepas enam Aahli Parlimen berkenaan gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.

"Notis kekosongan kerusi Parlimen itu bertepatan dengan pindaan ke atas Fasal 10, Perlembagaan BERSATU yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, sebelum ini dimaklumkan sudah terhenti secara automatik keahlian parti, selepas mereka menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu berkata, notis kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Selat Klang juga akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN Selangor, Lau Weng San.

Katanya, kerusi itu kosong selepas Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta gagal menjawab surat taat setia kepada parti dalam tempoh ditetapkan.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil (PRK) enam kerusi dan DUN yang kosong, Razali berkata, speaker dan Yang Dipertua DUN akan memaklumkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

"Kita serahkan tanggungjawab itu kepada Speaker dan Yang Dipertua DUN untuk memaklumkan kekosongan kerusi bagi membolehkan PRK diadakan," katanya.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. - Foto BERNAMA
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. - Foto BERNAMA

-BH Online 

Khamis, 12 November 2020

Sidang Parlimen:MP Kepong digantung 5 hari lepas sifatkan ruling Azalina 'bodoh'

 


Situasi Dewan Rakyat bertukar kecoh selepas berlaku pertikaman lidah antara Speaker Azhar Azizan Harun bersama dua anggota parlimen pembangkang.

Ia bermula ketika Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Azhar untuk melihat kembali ruling (keputusan) yang dibuat Timbalan Speaker Azalina Othman Said berhubung kenyataan Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang didakwa menghina Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Guan Eng mengulangi gesaan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer semalam untuk menggesa Tiong untuk memohon maaf, namun menurut Azhar keputusan itu sudah dibuat Azalina dan "tidak baik" jika dia mengubah keputusan berkenaan.

“Saya dah baca hansard. Saya berpendapat retorika bahasa dan penggunaan kata amat besar dan saya perhalusi hansard dan apabila ruling dah dibuat itu final (muktamadmaka saya tidak ada kuasa revisit (kaji semula),” kata Azhar.

Namun Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata ruling yang dibuat oleh Azalina sebagai "bodoh".

“Tetapi itu ruling yang bodoh,” katanya.

Azhar kemudian berang dan meminta Lip Eng keluar dari Dewan Rakyat serta menggantungnya selama dua hari.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah selepas Lip Eng enggan keluar, yang menyebabkan Azhar menggantung Lip Eng selama lima hari dan mengancam akan memanggil polis jika dia masih enggan keluar.

“Kamu keluar, kalau tidak saya panggil polis,” kata Azhar.

Kekecohan hampir serupa berlaku semalam melibatkan Rayer.

Ia susulan kenyataan ahli parlimen Bintulu yang menyifatkan Noor Hisham "takut mati" kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” kata wakil rakyat dari Sarawak itu.

Azalina ketika itu memberi dua pilihan kepada Tiong sama ada untuk menarik balik kenyataannya atau menjelaskan perkara yang disebutkannya.

Bagaimanapun, Tiong tetap enggan menarik balik kenyataannya.

“Ini suara petugas barisan hadapan, jadi saya tidak mahu tarik balik. Selalu (Noor Hisham) hantar orang. Dia kena pergi jugalah,” tegas Tiong.

Semalam, Noor Hisham menjelaskan bahawa dia sudah turun padang pada akhir Ogos lalu untuk melihat sendiri bagaimana persiapan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah menjelang pilihan raya negeri ketika itu.

Noor Hisham juga berkata tidak timbul isu takut mati seperti yang dikatakan Tiong.

-mindarakyat

Isnin, 9 November 2020

Sidang Parlimen:Speaker Basuh MP PH Sampai Terdiam.. Speaker pun geram lihat bodoh MP PH bahas isu

 


MP PH nak tunjuk jaguh..tapi setepek kena atas muka bila kena basuh dgn speaker..ingat cerdik sangat ke semua MP PH ni??..semuanya tunjuk kebodohan mereka..😂😂😂

MP PH Kuantan pun kena kencing dengan geng sendiri. Bawa maklumat salah.

-mindarakyat

Jumaat, 6 November 2020

Semua dibenar masuk Dewan Rakyat ikuti Belanjawan 2021 selepas desakan Anwar, BN

 

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat petang tadi membenarkan semua 222 ahli Parlimen masuk Dewan Rakyat untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2021, susulan desakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut mendapat sokongan wakil rakyat Umno.

Azhar Azizan Harun akur kepada permintaan Anwar itu, setelah dipersetujui oleh Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Noh Omar (BN-Kuala Selangor), yang menegaskan tidak salah membenarkan wakil rakyat memasuki Dewan Rakyat selama 2 jam untuk mengikuti pembentangan Belanjawan 2021.

Tegas Noh Omar, tindakan melarang wakil rakyat memasuki Dewan Rakyat “bertentangan dengan prinsip demokrasi”.

Sebelum itu, Azhar berkata keputusan untuk hanya membenarkan 80 ahli Parlimen berada dalam Dewan Rakyat untuk pembentangan belanjawan itu sudah dipersetujui oleh ketua-ketua whip beberapa hari lalu.-FMT

Sabtu, 17 Oktober 2020

SIDANG PARLIMEN:25 Ahli Parlimen failkan 30 usul

 


KUALA LUMPUR:
 Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat menerima 30 usul dikemukakan 25 Ahli Parlimen, sebelum tarikh tutupnya, petang tadi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, memberi jaminan kesemua usul yang dikemukakan itu akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Adalah dimaklumkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat akan berlangsung selama 27 hari mulai Isnin, 2 November hingga Selasa, 15 Disember.

Sesi sidang mesyuarat kali ini sudah dimaklumkan melalui satu pemberitahuan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh 2 Oktober lalu," katanya.

MR :  Usul undi tak percaya rasa paling banyak