"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Isu Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Israel. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2024

Pendirian PMX Terhadap Isra3l Bukan Kali Pertama

 Pendirian PMX Terhadap Isra3l Bukan Kali Pertama

Bila aku tulis mengenai PMX dan wawancara bersama Richard Quest CNN, Fahmi Fadzil jawab kata disunting. Padahal terang lagi bersuluh apa yang diungkapkan oleh PMX.

Sebenarnya pendirian PMX terhadap isu Isra3l ni bukan kali pertama. Pada tahun 2012 ketika diwawancara oleh World Street Journal (WSJ), PMX dilaporkan berkata, 

"I support all efforts to protect the security of the state of Isra3l"

Maksudnya: "Saya sokong semua usaha untuk melindungi keselamatan Negara Isra3l".

Dasyatkan, memang masa tu seluruh negara mengamuk terhadap PMX. Abis dia pusing kata kita tak pandai Bahasa Inggeris sebab tak faham apa dia cakap. 

Akhirnya mantan Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, tegur PMX dan mencadangkan kenyataan itu ditarik balik atau saman WSJ. Tapi macam biasa, tarik balik pun tidak, saman pun tidak.

Lagi menarik Akhbar The Time of Isra3l pernah melaporkan cerita sokongan PMX terhadap keselamatan Isra3l ini. Seronoklah akhbar Time of Isra3l ada orang sokong keselamatan negara dia. Pun sama, PMX tak pernah tarik balik atau saman. 

Sekarang, bila CNN siar jawapan "ikhlas dari hati PMX" mengenai kewujudan dan keselamatan Isra3l, disalahkannya orang lain. Sedangkan jawapan tu keluar dari hati, menuju ke mulut PMX. 

Mat Salleh kata "Old habits die hard". Kalau dah biasa dengan pendirian tu, payah nak sembunyi. 

Baru sekejap tadi kawan Muslim UK aku wassap. Dia kata pelik aku tengok negara kau. Seluruh negara sokong Pal3stin kecuali sorang. 

Nak jawab macamana pun aku tak tahu. Malu pun ada. hmmmmm

Kepada PMX, kalau tidak betul apa yang dilaporkan, sila saman WSJ dan CNN. Berani?

Salam Hormat,

Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff


Artikel berkaitan: Video wawancara PM bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh kata Fahmi Fadzil


Sabtu, 27 April 2024

Jabatan UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan Gilley

 Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM memberi jaminan akan menambah baik proses tapisan membabitkan profesor pelawat.


Ahli akademik kontroversi dari AS, Bruce Gilley mencetuskan kekecohan dengan dakwaannya berhubung pendirian Malaysia terhadap Israel dalam ceramah di Universiti Malaya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan tidak bertanggungjawab ahli akademik kontroversi dari Amerika Syarikat (AS), Bruce Gilley yang mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua terhadap orang Yahudi”.

Jabatan itu turut memberi jaminan akan menambah baik proses tapisan membabitkan profesor pelawat.

“Kami amat kesal dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Gilley pada 24 April. Kami memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan warga UM,” katanya dalam kenyataan.

“Kami amat memandang berat dan serius terhadap perkara ini dan akan menambah baik proses tapisan, perancangan dan penganjuran program bagi memastikan platform yang diberikan tidak dimanipulasi mana-mana pihak pada masa akan datang.”

Selasa lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir mengarahkan pembatalan serta-merta semua program dan aktiviti membabitkan Gilley, profesor sains politik dari Portland State University, yang menerusi ucaptamanya di UM mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua terhadap orang Yahudi”.

Gilley pada mulanya dijadual menyampaikan tiga ceramah di UM sebagai profesor pelawat. Dia turut memuat naik komen sama di X sebelum memadamkannya dan menyuarakan kekesalan atas “kemudaratan ditimbulkan kepada rakan akademik saya”.

Bagaimanapun, Gilley kemudian mendakwa dia meninggalkan Malaysia atas kebimbangan terhadap keselamatannya disebabkan “kelompok Islamo-fasis yang dicetuskan kerajaan di sana” dan melancarkan kempen mengumpul dana di GoFundMe untuk menampung kos perjalanan berjumlah USD2,346 (RM11,222).

Dia menolak pembayaran balik oleh UM untuk perbelanjaan perjalanan dan penginapan “akibat kelakuannya yang memalukan dan kerajaan Malaysia”.-FMT

Jumaat, 22 Disember 2023

Tun M perjelas sebab kerajaan benar kapal Israel berlabuh pada 2002

 Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun M perjelas sebab kerajaan benar kapal Israel berlabuh pada 2002

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

  • Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dr Mahathir berkata kerajaan juga pernah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke negara ini dengan harapan rakyatnya dapat melihat penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain.
  • Beliau berkata malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana Israel selepas itu terus memperlihatkan sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin.
  • “Kita sokong tindakan Kerajaan Malaysia sekat Syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia.
  • “Ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil,” kata Tun Mahathir di platform X, semalam.
  • KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dr Mahathir berkata kerajaan juga pernah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke negara ini dengan harapan rakyatnya dapat melihat penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain.

    Beliau berkata malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana rejim Israel selepas itu terus memperlihatkan sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin.

  • “Kita sokong tindakan Kerajaan Malaysia sekat Syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia.

    “Ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil,” kata Tun Mahathir di platform X, semalam.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melalui kenyataannya berkata, kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

    Kerajaan Malaysia juga tidak lagi membenarkan mana-mana kapal dengan bendera Israel berlabuh di negara ini sebagai tanda solidariti dengan Palestin yang kini diserang rejim zionis Israel.

  • Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata laluan diberikan kepada ZIM dulu sekadar kebenaran kepada perjalanan sesebuah kapal tanpa memperlihatkan sebarang sokongan kepada rejim zionis Israel dan tindakannya membunuh rakyat Palestin.

    “Ini berbeza dengan menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pro-zionist yang jelas mendokong cita-cita Israel melakukan penghapusan etnik orang Palestin menerusi genocide dan pembunuhan besar-besaran,” kata Tun Mahathir. – The Merdeka Times

    Sumber: Twitter Tun Dr Mahathir

Khamis, 27 Ogos 2020

Perbezaan Antara Negara UAE Dan Turki




ABDUL MUEIN ABADI

HANYA dalam tempoh seminggu terdapat dua peristiwa geopolitik yang jelas memberi pengajaran kepada kita tentang kemuliaan dan kehinaan kekuasaan.

Peristiwa pertama melibatkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengiktiraf Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

Peristiwa kedua adalah penemuan gas terbesar di Laut Hitam dalam sejarah Turki yang bakal menamatkan kebergantungannya kepada import tenaga dari negara asing.

Berkenaan peristiwa pertama, pengumuman UAE tersebut menjadikan Abu Dhabi sebagai negara Arab ketiga yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir (1979) dan Jordan (1994).

Malah, UAE bukan saja mengiktiraf Israel, tetapi juga sudah bersetuju untuk membuka kedutaan di Israel dan membenarkan Israel untuk membuka kedutaan di negara mereka.
Sebagai timbal balas, Israel berjanji kononnya akan ‘menangguhkan’ rancangan mereka untuk mengilhak (annex) Tebing Barat Palestin – satu rancangan yang mendapat restu dan sokongan kuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang turut menaja pelan Deal of the Century.

Akan tetapi, apa yang rejim Zionis itu lakukan? Mereka sebaliknya bertindak mengebom Palestin setiap hari sejak UAE mengumumkan normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel.

Zionis Israel tentulah menganggap perkembangan itu sebagai kejayaan besar bagi mereka mengekalkan wilayah Palestin yang telah mereka rampas secara haram melalui Perang 1967.

Perkembangan itu turut memberi kesan kepada perjuangan Palestin untuk bernegara, mempertahankan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka, apatah lagi untuk mendapatkan kembali wilayah mereka yang telah dirampas sejak 1948 dan 1967.

Bukan lagi rahsia, UAE sememangnya berkongsi pelbagai kepentingan dan pendirian Asia Barat kontemporari dengan Israel antaranya memusuhi Ikhwan Muslimin (yang berjaya ditumbangkan menerusi rampasan kuasa Mesir pada 2013).

Malah, UAE didakwa Turki sebagai bertanggungjawab menaja cubaan rampasan kuasa tentera yang gagal menjatuhkan kerajaan Islamis pimpinan Erdogan pada Julai 2016.

Tekanan

Kurang seminggu selepas tindakan UAE itu, penemuan simpanan gas berlaku di wilayah Turki, tepat pada saat Turki diserang hebat dari pelbagai segi kerana pendirian Islamis kerajaan pimpinan Erdogan di pentas antarabangsa.

Antara pendirian Turki itu adalah mengembalikan status Ayasofya warisan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai masjid serta menentang tindakan UAE untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Mata wang Lira Turki juga berada dalam keadaan tekanan khususnya selepas AS mengenakan beberapa sekatan ke atas Turki.

Malah, Turki juga disingkir daripada projek pesawat pejuang F-35 dari AS hingga kerugian tidak kurang setengah bilion dolar Anerika semata-mata kerana membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia.

Namun begitu, segala tekanan itu tidak menghalang Turki pimpinan Erdogan untuk terus memelihara tiga juta pelarian Syria dalam negaranya.

Segala sekatan dan tekanan ini juga tidak menghalang Turki daripada terus menaja pelbagai biasiswa pelbagai peringkat pendidikan kepada warga bukan Turki termasuklah rakyat Malaysia dan negara-negara Islam dan bukan Islam lain.

Lebih simbolik, penemuan 320 bilion meter padu gas di Laut Hitam itu dilakukan oleh kapal bernama Fatih – sempena gelaran nama penguasa Uthmaniyyah yang menakluki Constantinople, Sultan Muhammad al-Fatih.

Sebelum ini Turki bergantung pada bekalan dari Rusia dan Iran di mana tahun lalu sahaja import tenaga Turki adalah bernilai sebanyak AS$41 bilion.

Penemuan gas itu bakal memberi impak besar bukan sahaja ke atas trajektori kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik dan ketenteraan Turki. Ternyata, perbandingan Turki dengan UAE ibarat langit dan bumi.

Berita UAE mengiktiraf Israel dikecam hebat, manakala berita penemuan simpanan gas Turki disambut gembira oleh umat Islam di seluruh dunia.

* Abdul Muein Abadi ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda