"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Yamaha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yamaha. Papar semua catatan

Ahad, 6 Jun 2021

Kapcai berharga RM89,000, lebih mahal daripada superbike!


Kapcai berharga RM89,000, lebih mahal daripada superbike!
NOS ini bermaksud sejak motosikal itu dibeli, ia langsung tidak pernah digunakan dan hanya disimpan sebagai koleksi. Isi minyak petrol pun tidak, apatah lagi tayarnya juga yang belum menyelusuri jalan raya! -
SEBELUM ini kita selalu dengar King of Two Strokes iaitu Yamaha RXZ dijual pada harga hampir RM100,000 malah ada yang lebih lagi!
Tetapi kali ini Astro AWANI mahu membawa pembaca kepada sebuah lagi motosikal dua lejang (two strokes) iaitu Yamaha 125ZR yang sememangnya terkenal dalam kalangan mat motor dan dalam kategori motosikal ‘panas’ (selalu hilang).
Baru-baru ini seorang pengumpul motosikal di Vietnam mahu menjual sebuah Yamaha 125ZR miliknya pada harga RM89,995!
Yamaha 125ZR dengan harga RM89,995!
Cermin sisi dengan 'cap' pun masih berplastik!
Versi terakhir Yamaha 125ZR berwarna kuning, biru dan merah yang dilancarkan pada April 2016, ditawarkan pada harga asas sebanyak RM7,269 oleh pengedarnya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM).
Bagi versi Movistar MotoGP yang dilancarkan pada Julai 2017, harga asasnya adalah sebanyak RM8,846.76 sahaja (harga asas tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Jadi kenapa pemilik ini mahu menjual dengan harga yang berlipat kali ganda mahal? Jawapannya ialah kerana ia adakah dalam kondisi New Old Stock (NOS).
Bateri tidak dipasang bagi memastikan ia tidak rosak apabila tidak berjalan untuk tempoh yang lama.
Bateri tidak dipasang bagi memastikan ia tidak rosak apabila tidak berjalan untuk tempoh yang lama.
NOS ini bermaksud sejak motosikal itu dibeli, ia langsung tidak pernah digunakan dan hanya disimpan sebagai koleksi. Isi minyak petrol pun tidak, apatah lagi tayarnya juga yang belum menyelusuri jalan raya.
Sambung cerita 125ZR di Vietnam ini, mengikut sumber di MotoSaigon, jentera ini dikeluarkan pada tahun 2013 dan sejak itu tidak pernah digunakan lagi.
Ini dibuktikan lagi dengan gambar-gambar yang dimuatnaik memaparkan tempat duduk, ekzos, cermin sisi masih lagi berbalut dengan plastik cuma berhabuk sedikit.
Bahagian enjin yang masih dijaga dengan rapi.
Bahagian enjin yang masih dijaga dengan rapi.
Apa yang best dengan budaya pemotoran di Vietnam ini ialah peminat motosikal kapcai sangat besar dan mereka sanggup berbelanja tinggi demi kapcai kesayangan tidak kira membeli, modifikasi atau perkara lain.
Jadi tidak hairanlah syarikat motosikal 'Big Four’ Jepun seperti Yamaha, Honda, Suzuki dan Kawasaki sering mengutamakan pasaran Vietnam sekiranya jentera baharu mahu dilancarkan.
Pemilik jentera 125ZR itu dikenali sebagai Nguyen Cuong, yang merupakan pengumpul motosikal dua lejang di Vietnam, dan antara model 125ZR yang disimpan adalah 125ZR GO, model 2004 dan MoviStar edisi terhad!
Sebenarnya di Vietnam pernah menjadi rekod sebuah motosikal Yamaha 125ZR diklankan pada harga RM176,341... lebih mahal daripada kereta golongan T20!
Ekzos masih berbungkus plastik.
Ekzos masih berbungkus plastik.
Sebenarnya Malaysia juga tidak ketinggalan dalam penjualan motosikal NOS ini. Sekiranya anda melihat kedai-kedai motosikal dan bertanyakan mengenai Yamaha 125ZR, sudah pasti kebanyakannya sudah tidak mempunyai stok.
Sekiranya ada pun harganya dalam lingkungan belasan ribu, itu yang terpakai jika kondisi NOS? Jual buah pingganglah jawabnya!
Apa sekalipun, ini semua soal minat. Jika tidak, mestilah tiada orang mahu beratur panjang di restoran makanan segera semata-mata mahu mendapatkan set Kumpulan KPop BTS, ye dok?
Adios!
-AstroAwani