"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2026

Tsunami Banjir Lumpur Berlaku Di Tibet Sempadan China-Nepal:Apakah Satu Teguran Allah Kepada Manusia Sekarang?

(Berdasarkan kepada gambar)

 Sebelah kanan tu, asalnya sebuah tamadun yang hidup. Ada bangunan yang gagah, jalan raya yang elok, jambatan yang teguh dan sebatang sungai yang mengalir tenang.

Tapi tengok sebelah kiri. 

Dalam sekelip mata... semuanya lenyap.

Bukan sekadar hancur, tapi terus hilang dari peta. 

Tertimbus di bawah jutaan tan tanah, lumpur dan batu batan. Jambatan runtuh, bangunan rata, sungai pun terus tertimbus jadi daratan mati.

Sebab selalu bila kita baca Al-Quran, kita dihidangkan dengan kisah-kisah umat terdahulu. 

Kisah kaum 'Ad, kaum Thamud, kaum Nabi Lut dan keangkuhan Firaun.

Tiap kali baca macam mana Allah timpakan bala, hancurkan tamadun mereka dari akar umbi dan gantikan dengan umat yang baru... kadang-kadang fikiran kita susah nak bayangkan.

Kita selalu rasa, "Ah, itu zaman dulu... Zaman sekarang kita dah ada satelit, ada teknologi kejuruteraan canggih, ada bangunan kalis gempa bumi."

Tapi hakikatnya bila kita mula leka...

Bila kita mula lalai dengan pangkat dan kemewahan dunia...

Bila ego kita melangit sampai rasa kita boleh kawal segalanya...

Allah datangkan PERINGATAN sebegini. 

Supaya kita sedar, setinggi mana pun kita bina tamadun, kita hanyalah menumpang di bumi milik Allah.

Teringat Abang pada satu ayat yang sangat menakutkan, tapi inilah realiti yang sedang kita tengok dalam gambar ni. 

Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 24. Kau baca pelan-pelan. Hadamkan.

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia adalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit... sehingga apabila bumi itu lengkap dengan perhiasannya dan menjadi indah dan penduduknya menyangka bahawa mereka dapat menguasainya... tiba-tiba datanglah perintah Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan semuanya hancur-lebur, seolah-olah ia belum pernah wujud kelmarin..."

Allahuakhbar.

Rupa-rupanya, tak payah tunggu hari Kiamat, dik.

Bila Allah beri satu sahaja arahan pada bumi, pada gunung atau pada air... runtuh habis segala kemegahan manusia.

Masa lumpur dan batu tu menghentam, duit jutaan ringgit dalam akaun bank dah tak ada nilai. 

Pangkat dan darjat tak boleh buat perisai. 

Kereta mewah yang dibanggakan hancur jadi besi buruk.

Tinggal kita dan amalan kita je menghadap Allah.

Abang nak ucapkan takziah yang sedalam-dalamnya atas tragedi tanah runtuh dahsyat yang berlaku di sempadan Nepal-China ni. Moga keluarga mangsa yang terlibat diberi ketabahan luar biasa untuk hadapi ujian seberat ini.

Tapi untuk kita yang masih hidup, yang masih diberi nikmat bernafas dan bernaung di bawah bumbung yang selamat hari ni...

Sama-sama kita ambil peringatan dan pelajaran. 

Gambar ni bukan sekadar berita bencana alam di luar negara. Ini adalah TEGURAN LANGSUNG dari Allah untuk mematikan ego kita.

Jangan kita sombongkan sangat hari ni dik, sebab apa yang kita rasa kita akan PEGANG selamanya, walhal Allah boleh tarik sekelip mata.

Bawa bertenang. 

Turunkan ego. 

Kembalilah pada Allah.

Salam malam Jumaat.

.

.

Shauqi Hasan

Doa selamat buat kita semua.

Isnin, 6 Januari 2025

Kisah Dan Teladan:Hargai Dan sayangilah ibubapa dengan ikhlas kerana Allah

 


Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah". 

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe". 

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe". 

Pakcik senyum. 

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga. 

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya. 

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun. 

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata, 

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk. 

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia. 

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam. 

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka. 

Tak payahlah kita nak pesan bagai. 

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku. 

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu. 

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak. 

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan. 

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu". 

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?" 

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah. 

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat. 

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja. 

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak. 

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua. 

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak. 

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak. 

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang! 

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe. 

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka.  

Saya pun maafkanlah. Selesai. 

Lepas tu kami makan sama-sama. 

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?" 

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe. 

Awak ada lagi ayah dan mak? 

*Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda*

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik. 

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita. 

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua. 

Kawan, 

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar. 

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu. 

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya. 

Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.

Sumber : Fadhlu Art

Credit 

Khamis, 28 November 2024

Air Mata Seorang Ibu: Kisah Hajar dan Keajaiban Telaga Zamzam"

 "Air Mata Seorang Ibu: Kisah Hajar dan Keajaiban Telaga Zamzam" 

MasyaAllah… tiada kisah pengorbanan seorang ibu yang lebih mendalam dan menyentuh jiwa daripada kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s., dan ibu kepada Nabi Ismail a.s. Kisah ini bukan sahaja mencerminkan keberanian dan keimanan seorang wanita dalam menghadapi ujian yang besar, tetapi juga menjadi saksi kepada keajaiban Allah yang kekal hingga hari ini melalui Telaga Zamzam. Kisah ini adalah simbol tawakkal penuh kepada Allah dan hasil usaha yang disertai doa yang tidak pernah putus.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah untuk meninggalkan Hajar dan Ismail di sebuah lembah yang sunyi dan gersang, perasaan seorang suami dan ayah pastinya berat. Namun, Nabi Ibrahim patuh kepada perintah Tuhannya. Lembah tersebut, yang kini dikenali sebagai Mekah, tidak memiliki apa-apa—tiada air, tiada tanaman, malah tiada manusia lain yang tinggal di situ. Hajar, seorang wanita yang teguh imannya, bertanya dengan penuh keyakinan, “Adakah ini perintah Allah?” Apabila Nabi Ibrahim mengiyakan, Hajar dengan penuh tawakal berkata, “Jika ini perintah Allah, maka Dia tidak akan mensia-siakan kami.” Dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim meninggalkan mereka, mempercayakan sepenuhnya nasib mereka kepada Allah.

Hajar kini keseorangan bersama bayinya, Ismail. Pada mulanya, keadaan masih terkawal. Bekalan air yang dibawa cukup untuk beberapa hari, tetapi di tengah panas terik padang pasir, air itu akhirnya habis. Ismail yang masih bayi mula menangis kehausan. Tangisannya memecahkan hati seorang ibu, yang tidak mampu berbuat apa-apa selain mencari jalan untuk menyelamatkan anaknya. Dalam situasi getir itu, Hajar tidak menyerah. Dia tahu Allah tidak akan meninggalkan mereka.

Hajar mula berlari-lari di antara dua bukit yang dikenali sebagai Safa dan Marwah. Dengan langkah pertama, harapan masih tinggi. Matanya mencari, mungkin ada manusia, mungkin ada sumber air. Namun, hanya pasir kering yang menyambutnya. Hajar naik ke puncak Safa, memandang jauh ke hadapan, tetapi tiada apa-apa yang kelihatan. Beliau segera berlari turun dan menuju ke Marwah. Dari atas bukit Marwah, beliau mencari lagi, tetapi sekali lagi, tiada apa yang ditemui.

Bayangkan keadaan Hajar—seorang wanita di tengah padang pasir yang luas, keletihan, dahaga, dan risau akan nasib anaknya. Namun, beliau tidak berhenti. Beliau terus berlari, dari Safa ke Marwah, tujuh kali, dengan harapan yang tidak pernah padam. Setiap langkahnya disertai dengan doa, air mata, dan kepercayaan penuh kepada Allah. Bukan sekali atau dua kali, tetapi tujuh kali beliau berlari, walaupun tubuhnya semakin lemah. Dalam setiap langkahnya, ada pengharapan, ada rayuan, dan ada keyakinan bahawa Allah akan menolong mereka.

Pada saat beliau hampir putus asa, keajaiban Allah tiba. Ketika Ismail menghentakkan kakinya ke tanah sambil menangis, tiba-tiba memancutlah air dari bawah kakinya. Air itu tidak hanya sekadar menitis tetapi memancut deras, menjadi sumber kehidupan di tengah-tengah padang pasir yang gersang. Hajar, dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, segera mengumpulkan air tersebut sambil berkata, “Zamzam! Zamzam!” (bererti berkumpullah atau berhimpun). Beliau memastikan air itu tidak hilang begitu sahaja, menggunakan tangannya untuk menakung air berharga itu bagi menyelamatkan nyawa anaknya dan dirinya.

Tangisan Ismail bertukar menjadi tenang. Hajar, yang sebentar tadi dalam keadaan cemas dan lelah, kini bernafas lega. Allah tidak mensia-siakan hamba-Nya yang berserah sepenuhnya. Telaga Zamzam menjadi simbol kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada hamba-Nya di saat paling genting. Dari mata air kecil itu, ia terus memancut tanpa henti hingga ke hari ini, memberi kehidupan kepada jutaan umat Islam di seluruh dunia.

Keajaiban ini bukan sahaja menyelamatkan Hajar dan Ismail, tetapi juga menjadi titik permulaan kepada pembentukan kota Mekah. Tidak lama kemudian, kabilah Jurhum, yang sedang mengembara, tertarik dengan kehadiran sumber air ini. Dengan kebenaran Hajar, mereka menetap di kawasan tersebut, menjadikan Mekah sebagai sebuah penempatan yang makmur. Dari keturunan Ismail, lahirnya Nabi Muhammad SAW, membawa rahmat kepada seluruh alam.

Kisah Hajar adalah pengajaran yang abadi kepada umat Islam. Ia mengajarkan kita bahawa keimanan kepada Allah adalah kunci kepada pertolongan-Nya. Ketika usaha kita terasa tidak berhasil, doa dan tawakal akan membuka jalan. Hajar tidak berhenti berlari walaupun keletihan, kerana beliau tahu bahawa Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang berusaha dan berserah. Keajaiban Telaga Zamzam adalah bukti bahawa di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang menanti.

MasyaAllah… inilah kekuatan seorang ibu yang tidak pernah berputus asa. Telaga Zamzam, yang terus mengalir hingga ke hari ini, adalah saksi abadi kepada keimanan, doa, dan usaha seorang wanita yang hebat. Semoga kita semua mengambil inspirasi daripada Hajar, dan terus teguh dalam menghadapi ujian hidup dengan penuh kebergantungan kepada Allah. Amin.

___

Source 

Kelahiran Tamadun Islam dan Kebangkitan Peradaban


Kelahiran Nabi Muhammad SAW menjadi titik permulaan bagi kebangkitan sebuah tamadun besar di tengah padang pasir yang gersang. Ketika tamadun-tamadun lain dibina di tepi laut dan sungai, Islam muncul di tengah gurun yang kering. Dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT, Baginda mendidik umatnya tentang erti kehidupan sebenar melalui ajaran-ajaran suci al-Quran.


Tamadun Islam, walaupun bermula dari tiada apa-apa, berkembang menjadi kuasa dunia yang menggerunkan. Dari Parsi hingga Rom, kisah kepahlawanan dan syuhada yang gugur menentang musuh sentiasa diceritakan. Riwayat kegemilangan Dinasti Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah mencatat sejarah Islam yang penuh dengan kejayaan. Namun, sejarah juga mengingatkan kita tentang zaman gelap yang menyusul, di mana kejatuhan berlaku akibat perpecahan dalaman dan kelemahan moral.


Meskipun begitu, tamadun Islam tetap memiliki keupayaan untuk kembali bangkit, mengingatkan kita bahawa keagungan umat terdahulu mampu dihidupkan semula. Ini adalah peringatan untuk kita mengembalikan semangat kegemilangan Islam yang hilang.


Isi Kandungan Buku Kitab Tamadun Islam:


1. Kelahiran Islam  

2. Nabi Muhammad SAW  

3. Khulafa al-Rasyidin  

4. Bani Umaiyah  

5. Bani Abbasiyah  

6. Turki Uthmaniyah  

7. Akidah Ahli Sunnah Waljamaah  

8. Mazhab Fiqh Imam Empat  

9. Tasawuf  

10. Firqah Dhalalah Klasik  

11. Wahabi  

12. Rukun Kebangkitan  


Buat sahabat yang berminat nak baca Kitab Tamadun Islam ni boleh dapatkan di:


https://s.shopee.com.my/7KdhCc4OuT

Sabtu, 14 September 2024

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT.KISAH NABI MUSA JADI PENGAJARAN

 AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.

Ahad, 6 Mac 2022

Umat Islam perlu 'buka mata' krisis Ukraine-Russia

KRISIS yang berlaku di Ukraine sekarang membabitkan pertembungan antara blok Barat dengan Russia. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada krisis itu kerana sesungguhnya ia membuka mata kepada beberapa hakikat dunia yang sebelum ini tersembunyi.

Hipokrasi dunia Barat jelas kelihatan dalam krisis ini. Mereka boleh bersatu untuk mengecam penjajahan Russia di Ukraine, tetapi sedikitpun tidak berbunyi dalam isu penjajahan yang berlaku banyak tempat di dunia Islam, Palestin terutamanya.

 Umat Islam tidak boleh lagi berharap kepada kuasa Barat sebagai payung perlindungan, sebaliknya perlu membangunkan kekuatan sesama negara Islam. Kekuatan kesatuan dan kesepaduan dalam tindakan negara-negara Islam, baik dari sudut ekonomi dan ketenteraan akan menggerunkan musuh.

Dalam hal ini juga terlihat kebergantungan mutlak kepada teknologi luar yang memusuhi umat Islam adalah merugikan. Huawei misalnya tidak lagi dapat menjual telefonnya seperti dulu kerana sekatan yang dibuat oleh Google. Russia kini berdepan sekatan yang sama, Apple khabarnya akan menyekat beberapa perkhidmatan di Russia, Google mungkin akan menyusul. Jika Microsoft pun berani bertindak, banyak pengguna peribadi dan organisasi di Russia akan menerima kesan.

Pengaruh institusi dunia juga kelihatannya akan digunakan untuk menekan negara yang tidak selari dengan kehendak Barat. Jutawan, Roman Abramovich misalnya mengumumkan akan menjual Chelsea selepas mendapat tekanan Parlimen Britain. Persatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cycliste Internationale) tidak lagi membenarkan pasukan Russia bertanding dalam acara di bawahnya. Begitu juga dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kelab-kelab Russia digantung, bahkan negara itu juga tidak akan dibenarkan menyertai Piala Dunia.

Tidak terkecuali industri hiburan turut mula memboikot Russia apabila filem Batman dibatalkan tayangannya di sana. Tidak pasti adakah Netflix nanti juga akan menyekat capaiannya.

Justeru, media utama di negara Islam perlu diberi nafas baharu dan menyusun agenda yang menguntungkan umat Islam. Al Jazeera semata-mata tidak mencukupi sedangkan jika dilihat dalam krisis Ukraine-Russia hari ini, media di barat memberikan liputan yang jelas berat sebelah.

Tiba masanya untuk umat Islam berani keluar dari kerangka kehidupan Barat dan membina modul sendiri yang lebih bebas dan berperanan dalam menentukan masa hadapan dunia.

-BH Online

Ahad, 16 Januari 2022

RM118,000 milik guru lesap diperdaya Macau Scam

 

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata mangsa diarahkan menggadaikan barang kemas miliknya dengan mangsa memindahkan RM16,000 ke akaun bank.

PETALING JAYA: Seorang guru wanita di Sibu menanggung kerugian RM118,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar dari syarikat insurans.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata dalam kejadian berlaku pada 28 Okt lalu, mangsa berusia lewat 50-an menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri dari sebuah syarikat insurans mendakwa mangsa ada membuat tuntutan insurans sebanyak empat kali.

Katanya, mangsa yang menafikan perkara itu telah disambungkan dengan pihak ‘polis Bukit Aman’.

“Mangsa telah bercakap dengan seorang yang berpangkat ‘Inspektor’ dan telah dimaklumkan terlibat dengan pengubahan wang haram sebanyak RM1.8 juta dan kemudian dihubungkan dengan seorang ‘peguambela’ bagi tujuan membantu mangsa membersihkan nama,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Collin berkata, pada 7 Nov lalu, mangsa telah membuka akaun bank dan menyerahkan gambar kad ATM dan nombor pin kepada suspek dan pada 15 Nov, mangsa diarahkan membuat pinjaman kepada sebuah bank di Sibu dan pinjaman sebanyak RM75,000 itu, telah diluluskan pada 23 Nov.

Menurutnya, pada hari sama, mangsa telah memindahkan wang tersebut ke dalam akaunnya melalui kaunter bank tersebut.

“Pada 9 Dis 2021, mangsa diarahkan dan telah membuat pinjaman kepada sebuah lagi bank dan pinjaman sebanyak RM27,000 telah diluluskan. Pada hari yang sama mangsa telah memindahkan wang tersebut ke akaun bank miliknya.

“Pada 13 Dis, mangsa diarahkan dan telah menggadaikan barang kemas miliknya berjumlah RM20,000 yang dikreditkan ke akaun bank miliknya. Pada 16 Dis mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM16,000 ke akaun bank,” ujarnya.

Collin berkata, mangsa telah diarahkan untuk tidak memaklumkan perkara ini kepada sesiapa dan semua dokumen transaksi telah dibuang.

“Namun, pada 12 Jan 2022, mangsa telah menceritakan perkara tersebut kepada suaminya dan telah sedar dirinya ditipu dan berikutan itu mangsa mengalami kerugian sebanyak RM118,000,” katanya.

Menurutnya, modus operandi suspek memperdaya mangsa membuka akaun bank untuk mangsa memindahkan wang bagi tujuan pembersihan nama dari kes pengubahan wang haram yang tidak wujud.

-FMT

Sabtu, 16 Januari 2021

Iktibar:Kisah Mak Cik Saadiah yang meruntun jiwa...


Atok pernah bertugas di Gerik sebagai Ketua Polis Daerah dari tahun 1995 hingga 2000...di situlah tugas terakhir atok dalam PDRM sebelum bersara.  

Masa mula2 sampai di Gerik atok selalu melihat seorang perempuan tua mengayuh basikal datang ke balai, tiap hari dia datang, tak miss. Antara jam 10-11pagi  sampailah dia. Dia kurang bercakap tapì banyak ketawa...dia menegur semua anggota polis yang dia jumpa sambil melempar senyuman atau ketawa kecil. Anggota pun semua dah kenal dia dan saling bergurau dengan dia. 

Mak cik ni kalau datang mesti bawak satù bungkus nasi...dia masuk ke dalam balai, letak nasi tu kt Enquiry dan terus balik. Kadang dia bawa gula2 dalam poket bajunya, dia bagi kt anggota perempuan yang sedang bertugas di situ...

Anggota pun suka menyakat2 dia dan dia ketawa terbahak2...mesra sekali nampaknya. 

Mula2 atok tak kisah sangat dengan perempuan tu...atok fikir dia ada anak atau sedara di balai...tapi bila melihatnya datanģ setiap hari tanpa miss, terpanggil jugak atok nak bertanya siapa dia, buat apa dia datang...

Jawapan anggota atok..."Dia tu tak berapa betul tuan. Tiap hari dia datang bawak nasi...dia letak kt balai dia balik. Kami tak makan pun nasi tu, selalu beri kucing je. Dalamnya ada nasi, ada lauk sikit, kadang ada ikan masin atau pucuk kayu...dah berpuluh tahun dia buat begitu...Rumahnya kt Kuala Kenderong kira2 4km dari balai."...

Berpuluh tahun??....atok fikir mesti ada sebab dia buat begitu. Mengapa harus seorang perempuan tua umur 60an, sanggup datang ke balai setiap hari, mengayuh basikal basikal hampir 10km semata2 untuk menghantar sebungkus nasi...dan dah berpuluh tahun lamanya.

Atok pun selidik lagi dengan anggota atok orang2 lama kt balai tu...jawapan mereka amat mengejutkan atok...

Namanya Saadiah,  umur 60an, tinggal di Kuala Kenderong bersama seorang anak lelaki yang belum kawin dan tak berkerja.

Makcik Saadiah sebenarnya ialah balu kepada MMT 5244 Mat Alias bin Nik Daud, pernah bertugas sebagai boatman di IPD Gerik tahun 70an....dia mati dibunuh oleh pengganas komunis semasa menjalankan tugas pada 28 Aug 1975.....

Kisah bermula pada pagi 28 Aug 75... 4 orang anggota Polis bertugas sebagai boatman bernama Wan Marzuki, Abdul Manaf bin Akob, dan dua orang lagi kedua2nya bernama Yeop telah ditugaskan untuk menghantar ration menggunakan bot ke kawasan operasi di sekitar Banding......selepas semua persiapan diaturkan, mereka berempat bersedia untuk bertolak. 

Namun pada pagi itu sebelum mereka bertolak, isteri MMT Abdul Manaf bin Akob yg sedang sarat mengandung telah datang ke balai. Dia merayu kepada ketua supaya suaminya tidak dihantaŕ untuk tugas tersebut...katanya dia sarat mengandunģ, bila2 masa akan bersalin. Tapi MMT Abdul Manaf tetap hendak pergi juga...itu adalah tugas yang perlu dilaku...Isterinya terus merayu dan menangis, meraung sambil memeluk erat kedua2 kaki suaminya tak membenarkan dia pergi....Maka OCS tiada pilihan... dia mencari  seorang pengganti......dan malang bagi MMT Mat Alias, suami kepada Mak Cik Saadiah, dia dikerah untuk mengambil tempat MMT Abdul Manaf.  Lalu pergilah mereka berempat untuk melaksanakan tugas yang memakan masa 3-4 hari.

Perjalanan dengan bot dari Gerik ke Banding perlu melalui keadaan sungai yang berliku2, airnya kadang dalam, kadang cetek, kadang deras, kadang perlahan.... Disepanjang perjalanan pula melalui hutan belantara, bermakna amat berisiko tinggi untuk diserang-hendap oleh pengganas Komunis yang sentiasa berkeliaran dalam hutan di situ...

Selepas beberapa jam perjalanan dengan, mereka tiba di suatu tempat di kawasan Banding, di mana keadaan airnya sangat cetek dan bot tidak boleh lepas. Maka mereka berempat terpaksa turun dari bot dan menolaknya sekuat hati bagi melepasi kawasan cetek itu......tiba2mereka diserang hendap......

Sesungguhnya tak siapa yang tahu apa sebenarnya telah berlaku, kerana tak seorang dari mereka telah selamat untuk menceritakannya. Namun anggota2 polis dalam sebuah lagi bot yang berada berhampiran tempat itu menceritakan mereka mendengar bunyi tembakan senjata api yang bertalu dari satu gerombolan yang sgt ramai. 

Yang nyata mereka berempat telah diserang hendap oleh pengganas Komunis

Keempat2 mereka gugur ditempat itu juga, tetapi mereka tetap melawan dan membalas tembakan hingga ketitisan terakhir. Kedua2 anggota yang bernama Yeop ditemui penuh dengan kesan tembakan, mayat mereka turut dikerat2 dan dimutilasikan. Mayat Wan Marzuki pula ditemui agak jauh dari situ dengan kecederaan tembakan di kaki. 

Mayat MMT Mat Alias, suami Mak Cik Saadiah ditemui tanpa kesan tembakan, tetapi dia telah disembelih oleh pengganas Komunis dan badannya digantung kepada bot, dipotong2, kemaluannya disumbat kedalam mulut...amat kejam sekali puak Pengganas Kominis durjana....

Berbalik kepada cerita  Mak Cik Saadiah, pada pagi kejadian dia  tidak tahu bahawa suaminya telah dihantar ke kawasan operasi. Maka saperti biasa, di rumah dia masak nasi dan kemudian bungkuskan...kayuh basikal pergi ke Balai, untuk hantar makanan tengahari kepada  suami tersayang. Itu adalah routine beliau setiap hari. Apakan daya, pada pagi berkenaan suaminya tak sempat menjamah nasi yang dimasaknya... 

Hati mana yang tak hancur bilamana dia dapat tahu kemudian bahawa suami tersayang telah mati dibunuh komunis, lehernya disembelih, kemaluannya dikerat dan disumbat ķe dalam mulut...

Selepas mendapat maklumat terperinci mengenai Mak Cik Saadiah,   atok buat kesimpulan...Mak Cik Saadiah bukan orang tak betul, bukan orang gila...dia òrang baik, seorang yang sangat cintakan suami, seorang yang merasa dirinya sebahagian  dari PDRM....sebenarnya dia seorang yang mengalami trauma yang berpanjangan...hingga sanggup mengayuh basikal 10km setiap hari selama berpuluh tahun, seolah2 suaminya masih hidup. Anak cucunya menegah dia dari berbuat demikian tapi dia tetap bertekad menganggap Balai  Gerik  macam keluarganya....betapa suci dan murni hati Mak Cik Saadiah...

Justeru atok memanggil mesyuarat di kalangan pegawai dan anggota atok...atok taklimatkan betapa perlu kita beri perhatian dan penghargaan kepada orang2 lama yang telah berjuang untuk negara dan memperhitungkan nyawa mereka untuk kepentingan keselamatan dan keamanan...dan betapa banyak wira2 telah terkorban, yang cacat seumur hidup...dan lebih banyak lagi ahli2 keluarga Pasukan yang menjadì susah dan trauma selepas kehilangan tempat bergantung....seorang darinya ialah Mak Cik Saadiah. 

Atok arahkan pegawai dan anggota supaya tidak lagi menganggap Mak Cik Saadiah sebagai orang tak betul...berikan layanan yang baik kepadanya, hulurkan bantuan jika perlu...Dari segi kewangan Mak Cik Saadiah agak selesa sebab dia punya pencen peninggalan bekas suaminya.

Selepas mesyuarat, atok panggil Mak Cik Saadiah ke Balai ...atok hadiah kepadanya sebuah basikal baru yang dibeli dengan duit  sendiri...

Tak banyak yang atok dapat atok lakukan untuk beliau semasa berkhidmat di Gerik...Namun selepas bersara, atok dan uwan berkesempatan pergi semula ke Gerik untuk melihat keadaan Mak Cik Saadiah....dia masih sihat.

Masa kami tiba di rumahnya, Mak Cik Saadiah telah keluar ke halaman ...mula2 dia agak enggan menerima kami...dia memang kurang mesra dengan orang yang dia tak kenal...dan dia tak mengenali atok...mungkin dah lupa. Atok bagi tau...

"Saya dari balai...datang nak jumpa Mak Cik...kita dulu kawan..."

Mendengar perkataan Balai Mak Cik Saadiah terus berubah menjadi mesra...dia menghulurkan tangan menyambut kedatangan atok dan uwan. Cara dia bersalaman pun unik...ada tepuk tampar...mula2 tepuk belakang  tangan, kemudian tepuk tapak tangan,  tepuk balik belakang tangan beberapa kali...mesra betul dia...

Atok perhatikan Mak Cik Saadiah walau masih sihat, tapi dia dah mùĺa dimamah usia dan kurang cergas. Namun dia tetap masih  mampu berulang alik ke balai naik basikal...dia melakukannya tanpa jemu walau dah lebih 40 tahun...

Rumahnya pula terlalu usang hampir menyembah bumi...anak cucunya memujuk beliau supaya buat rumah baru...tapi dia enggan. Katanya itu rumah dia bersama arwah...dia tak hendak berpisah dengan rumah itu...itu adalah kenangan abadi buatnya bersama arwah suaminya...

Selepas mengunjungi Mak Cik Saadiah atok terus mengunjungi rumah Tok Ketua Kuala Kenderong,  nama Hj Rashid...kebetulan beliau adalah bekas anggota atok yang sudah bersara, dia juga adalah bekas pemandu atok. Kami memang rapat dari dulu...atok meminta Tok Ketua Hj Rashid membawa kes Mak Cik Saadiah ke peringkat JKK Daerah Gerik, jika perlu ke peringkat JKKN Perak...cuba dapatkan bantuan rumah baru untuk Mak Cik Saadiah...

Balik ke rumah atok terus buat posting dalam fb mengenai kisah sedih Mak Cik Saadiah....serta merta cerita atok menjadi tular. Cerita atok juga kemudian sampai ke pengetahuan pemberita...mereka memuat naik cerita atok dalam akhbar tempatan...maka lebih tularlah ia...

Mengenai rumah baru untuk Mak Cik Saadiah,  usaha Tok Ketua Hj Rashid memang tak sia2...akhirnya pihak Kerajaan Negeri Perak mengeluarkan belanja untuk mendirikan sebuah rumah batu untuk Mak Cik Saadiah... Alhamdulillah...terima kasih Pak Chu Rashid...hang sungguh baguih, tak sia2 depa lantik hang jadi Tok Ketua...

Kelmarin atok berhubung dengan anggota2 polis di Gerik...mereka kata Mak Cik Saadiah masih ada, tapi dia dah uzur, dah beberapa tahun berhenti dari mengayuh basikal ke Balai...

Moga Mak Cik terus sihat dan menikmati ketenteraman,  kedamaian dalam meniti hari2 tua...Aamiin. 

Atok bengang bila mengingatkan kezaliman dan kedurjanaan Komunis...

Atok bengang orang sekarang dah mula lupa kejahatan Komunis...

Atok bengang ada orang, ter masuk orang Melayu cuba menganggap Kominis sebagai wira negara...Lebih bengang bila orang yg sama  dilantik menjadi Menteri Pertahanan...tambah bengang bila suku sakat PKM dilantik timbaĺan menteri...mulalah mereka mengenakan uniform seakan2 uniform PKM di majlis rasmi...

Apa nak jadi dengan rakyat kita kini, bangsa kita ķini dan negara kita kini....Apa nak jadi....???

Anak cucu Mak Cik Saadiah turut menjadi rapat dengan atok sampai sekarang...mereka pernah datang mengunjungi rumah atok di Kuala Selangor ...


Coretan oleh

Zahriman Alias

16 Jan 2021.


Sumber: Whatsapp dan Fb

Ahad, 20 Disember 2020

CASH is the King...bukan Beras & Maggi

Gambar hiasan

Ujian Semakin Perit...

Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..

Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..

"Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..

"TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan"..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya...

"Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan" jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..

"Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak"...sambung AJK 

"Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya"

"Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu" keluh pakcik tu...

"Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.

Minyak teksi saya pun dah kuning" rayu pakcik tu ..

"Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai...Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..

"Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg plastik oren Jakel tu tau"

Tapi syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau...takut nanti terambik hak orang lain pula" syarah AJK dengan nada seorang penceramah...

"Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu" jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..

Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..

Tak habis-habis dengan SOP SOP...

SOP kau ...Suruh Orang Pergi" syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..

Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan ...

Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.

"Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan "wajib" kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya"

"Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh...

Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih tersentak dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah...

Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan....

Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberpa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga...

Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..

Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP...

- Bawa lah dompet duit bila ke Surau....

- Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan pada mereka yg memerlukannya.

- CASH is the King...bukan beras & maggi

- Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..

Petikan perkongsian:

Salam dari Kampong Mahmodiah Johor Baru

Subuh 20 Disember 2020.

Isnin, 23 November 2020

Pengajaran:Jom Kenali Ciptaan Allah bernama Gagak..

Ambil pelajaran berharga dari burung  Gagak.. 

Ramai yg Belum Tahu tentang Bagaimana Allah beri Burung Gagak rezeki‼️

Ada Seorang Ulama' di Bumi bercerita tentang do'a yang selalu ia lantunkan. Ia selalu mengucapkan do'a seperti berikut ini.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﺭﺯُﻗﻨَﺎ ﻛَﻤَﺎ ﺗَﺮﺯُﻕُ ﺍﻟﺒُﻐَﺎﺙََ 

Ya Allah, berilah aku rezeki sebagaimana Engkau memberi rezeki kepada bughats. 

Apakah "bughats" itu?

Dan bagaimana kisahnya?

"Bughats" anak burung gagak yang baru menetas. Burung gagak ketika mengerami telurnya akan menetas mengeluarkan anak yang disebut "bughats". 

Ketika sudah besar dia menjadi gagak (ghurab).

Apa perbedaan antara bughats dan ghurab?

Telah terbukti secara ilmiah, anak burung gagak ketika baru menetas warnanya bukan hitam seperti induknya, karena ia lahir tanpa bulu. Kulitnya berwarna putih.

Saat induknya menyaksikanya, ia tidak terima itu anaknya, hingga ia tidak mau memberi makan dan minum, lalu hanya mengintainya dari kejauhan saja.

Anak burung kecil malang yang baru menetas dari telur itu tidak mempunyai kemampuan untuk banyak bergerak, apalagi untuk terbang.

Lalu bagaimana ia makan dan minum...?

Allah Yang Maha Pemberi Rezeki yang menanggung rezekinya, karena Dialah yang telah menciptakannya.

Allah menciptakan _aroma_ tertentu yang keluar dari tubuh anak gagak tersebut sehingga mengundang datangnya serangga ke sarangnya. Lalu berbagai macam ulat dan serangga berdatangan sesuai dengan kebutuhan anak gagak dan ia pun memakannya.

ماشاءالله

Keadaannya terus seperti itu sampai warnanya berubah menjadi hitam, karena bulunya sudah tumbuh.

Ketika itu barulah gagak mengetahui itu anaknya dan ia pun mau memberinya makan sehingga tumbuh dewasa untuk bisa terbang mencari makan sendiri.

Secara otomatis aroma yang keluar dari tubuhnya pun hilang dan serangga tidak berdatangan lagi ke sarangnya.

Dia-lah Allah, Ar Razaq, Yg Maha Penjamin Rezeki.

... نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَّعِيشَتَهُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا 

...Kamilah yang menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia...

(QS. Az-Zukhruf: Ayat 32)

Rezekimu akan mendatangimu di mana pun engkau berada, selama engkau menjaga ketakwaanmu kepada Allah, sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wassalam:

"Sesungguhnya Malaikat Jibril membisikkan di dalam qalbuku bahwa seseorang tidak akan meninggal sampai sempurna seluruh rezekinya. Ketahuilah, bertaqwalah kepada Allah, dan perindahlah caramu meminta kepada Allah. Jangan sampai keterlambatan datangnya rezeki membuatmu mencarinya dengan cara bermaksiat kepada Allah. Sesungguhnya tidak akan didapatkan sesuatu yang ada di sisi Allah kecuali dengan menta'atinya."

Jadi tidaklah pantas bagi orang-orang yang beriman berebut rezeki dan seringkali tidak mengindahkan halal haramnya rezeki itu dan cara memperolehnya.

Mari introspeksi diri, apakah muamalah dan pekerjaan yang kita lakukan ini sudah sesuai hukum الله atau belum. Mengetahui status hukum perbuatan dulu baru berbuat.

Itulah sikap selayaknya seorang muslim.

اَللّٰهُمَّ اَكْفِنِيْ بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ.

“Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan karuniamu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.” (HR. Ahmad)

Oleh sebab itu wahai kaum muslim, janganlah kita takut akan kurangnya rezeki, Allah Subhanahuwata'ala sudah mengatur rezeki. Sadarilah kitalah yang sebenarnya tidak pernah puas dan qanaah (menerima) dalam mensyukuri nakmat. Perbanyaklah bersyukur dan beristiqfar agar kita disayang Allah Subhanahuwata'ala.

Semoga hidup kita dicukupkan oleh rezeki yang halalan thoyyiban dan dipenuhi keberkahan didalam mencari karunia Allah Subhanahuwata'ala diatas muka bumi ini.