"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Syukur Khamis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syukur Khamis. Papar semua catatan

Rabu, 14 Oktober 2020

CEGAH:Semua Kerbau Mowgli Malaysia disuntik vaksin HS

Kakitangan JPV sedang memberi suntikan pelalian pencegahan penyakit HSkepada semua kerbau milik keluarga Muhammad syukur

Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Sebanyak 52 kerbau keluarga Muhammad Syukur Khamis,15, atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' diberikan suntikan pelalian penyakit hawar berdarah (HS) dan penyakit kuku dan mulut (FMD), hari ini.

Pemberian suntikan pelalian atau vaksin pencegahan HS dan FMD itu dijalankan oleh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kuala Terengganu.

Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya memberikan suntikan pelalian pencegahan penyakit HS dan FMD kepada semua ternakan bagi memastikan ia tidak lagi diserang penyakit HS atau FMD.

"Suntikan pelalian HS itu diberikan selepas JPV mengesahkan semua baki ternakan kerbau milik keluarga Muhammad Syukur bebas daripada gejala dan penyakit HS.

"Sebelum ini JPV menjalankan pemantauan dan rawatan setiap hari di kandang kerbau itu. Sebanyak dua kali suntikan antibiotik diberikan kepada semua ternakan yang tinggal itu selain menjalani proses kuarantin di kandang.

"Selepas melihat ternakan tidak lagi mempunyai gejala atau tanda penyakit HS, dua suntikan pelalian dua jenis penyakit itu diberikan JPV pada hari ini." katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mohd Termizi berkata, selepas tempoh dua minggu kerbau itu disuntik pelalian HS dan tidak mengalami sebarang masalah pihaknya akan isytiharkan kawasan kandang kerbau itu bebas daripada penyakit HS.

"Buat masa sekarang ini hanya di Marang yang disahkan bebas HS kerana tiada lagi kematian baru direkodkan di kawasan berkenaan dan kematian terakhir ternakan kerana HS pada 2 September lalu.

"Di Kuala Terengganu pula kematian ternakan terakhir direkodkan pada 28 September lalu dan usaha memberikan suntikan pelalian HS itu masih aktif dijalankan.

"Jumlah keseluruhan lembu dan kerbau yang diberikan suntikan pelalian HS ialah sebanyak 1,776 ternakan membabitkan 352 kandang ternakan di Marang dan Kuala Terengganu," katanya.

Menurutnya, dia harap tiada lagi kematian ternakan yang baru direkodkan seterusnya negeri ini disahkan bebas sepenuhnya daripada penyakit HS.

"Kami harap penternak yang belum mendapatkan suntikan pelalian HS ke atas ternakan mereka segera berbuat demikian bagi mengelakkan berlakunya gelombang kedua penularan penyakit HS itu," katanya.

Isnin, 21 September 2020

Saya masih 'Budok Kuba' - Mowgli Malaysia

Muhammad Syukur memberi makan kerbau yang dikuarantindikandang kerbaunya

BERNAMA

Kuala Terengganu: "Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). 'Tsunami' ini lebih menguatkan semangat dan beri kekuatan untuk terus berusaha, kerana saya yakin rezeki berganda akan tiba kemudian nanti."

Demikian kata Muhammad Syukur Khamis, 15, atau Mowgli Malaysia setelah kehilangan 56 daripada 110 ekor kerbau milik keluarganya, akibat wabak hawar berdarah.

Melihat wajah sugul Muhammad Syukur, sukar dipastikan apa yang bergelodak di hatinya, namun beliau mengakui peristiwa yang berlaku sejak 9 September lalu amat meruntun jiwa, hingga ada kala terasa seperti sudah kehilangan 'kawan baik'.

Beliau turut dikenali sebagai 'Kampung Boy' kerana kebolehannya berinteraksi dengan haiwan itu sejak berusia enam tahun, seperti juga adik beradiknya yang lain, kerana sering mengikut bapa mereka, Khamis Jusoh, 64, ke kandang dan sejak itu beliau mempunyai beberapa ekor kerbau kesayangan termasuk 'Semek' dan 'Tongkol' yang mati baru-baru ini.

Tidak seperti remaja lain yang biasanya meluangkan masa dengan pelbagai gajet dan permainan dalam talian, Muhammad Syukur mengakui jiwanya lebih tenang berada di sekeliling haiwan ternakan, meskipun kaki dan tangannya ada kala tercalit najis haiwan itu serta lumpur.

Muhammad Syukur berkata, kejadian itu bukan sahaja memberi peringatan kepadanya, tetapi juga kepada penternak lain supaya sedar tentang kepentingan vaksin, dan sensitif dengan persekitaran supaya tidak berlaku lagi jangkitan yang sama.

Bagi Khamis pula, semangat anak-anaknya bagaikan suntikan kekuatan baharu untuk terus bertahan dan sehingga kini tujuh daripada lapan anaknya, bertungkus lumus memastikan bangkai kerbau ditanam dengan baik dan baki yang masih hidup, akan dapat bertahan.

Katanya, kehilangan besar itu adalah pengalaman pertama sejak menjadi penternak 50 tahun lalu dan paling menyedihkannya apabila melihat kerbau yang sedang bunting turut mati, malah ada anak kerbau yang enggan menerima susu lain selepas ibunya mati.

"Semua anak saya balik ke kampung sebaik sahaja dimaklumkan berita duka ini. Biasanya mereka akan datang ke kandang selepas subuh... kadang-kadang sampai 1 pagi baru pulang semula ke rumah, untuk pastikan semua kerbau ini sihat. Hanya seorang anak yang tidak balik kerana sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Sumber Manusia di Universiti Malaysia Sarawak.

"Ketika musibah ini berlaku, anak-anak yang selalu memberi semangat … kami tetap bersama, kerana mereka sedar hasil pendapatan dari membela kerbau inilah, yang menanggung mereka selama ini. Sebelum Muhammad Syukur popular dulu pun kami pernah dihina kerana dikatakan berbau busuk, kami tetap juga teruskan kehidupan," katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, di sini.

Khamis berkata, wabak itu membantutkan hasratnya untuk menternak secara fidlot, namun dia yakin Muhammad Syukur akan merealisasikannya suatu hari nanti, berdasarkan minat anak bongsu dari lapan beradik itu dengan haiwan.

Tekadnya mahu menambah bilangan kerbau yang masih sihat supaya dapat membiak dengan baik dan Khamis mahu anak-anaknya terus berusaha seperti di peringkat awal beliau mula menternak, iaitu penghujung tahun 1970-an dengan hanya bermula daripada tiga kerbau yang diwarisi dari ayahnya.

Kunjungan Bernama ke kandang itu mendapati selain Muhammad Syukur, tiga lagi adik beradiknya iaitu Muhamad Kamil, 31; Muhamad Alias, 30, dan Norain Solehah, 21, turut bermandi hujan dan bergelumang lumpur, kerana mahu memasang jaring untuk dijadikan bumbung kandang itu.

Mereka juga dilihat bersama-sama memberi makanan kepada 54 ekor kerbau yang masih sihat dan memasang pagar besi, supaya haiwan itu tidak merempuh keluar kandang sepanjang proses kuarantin selama 14 hari berjalan.

Kawasan seluas seekar itu juga kelihatan sunyi sepi, tidak seperti keadaan sebelum ini yang sentiasa menjadi tumpuan ramai hingga menarik perhatian ramai jurugambar profesional dari dalam dan luar negara, bagi merakam aksi luar biasa Muhammad Syukur bersama lebih 100 'rakan sepermainannya' itu.

Sebelum ini, foto unik remaja itu bersama binatang peliharaan pernah mendapat tempat pertama dalam Asia Geographic -Image of Asia Photography Award 2018 oleh jurugambar profesional Mohd Nazri Sulaiman dan dinobatkan sebagai 20 gambar terbaik dunia dalam Pertandingan Fotografi Antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards 2018.

Terbaharu, gambarnya yang dirakam Yusuf Madi diangkat sebagai Imej Asia 2020 untuk bulan Ogos oleh Asian Geographic bagi kategori Orang/Jalanan.

-myMetro