"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Isnin, 24 Julai 2023

Kenapa Hubungan PAS dan PKR Rosak ?

Anak2 muda hari ini diberi gambaran seolah-olah PAS adalah sebuah parti pengkhianat yang mengkhianati kawan2. 

Hubungan PAS dan PKR agak lama. Sejak tahun 1998 yang dipanggil Barisan Alternatif hingga mereka berjaya mentadbir Selangor pada 2008 dan ketika itu dipanggil Pakatan Rakyat. 

Penggal pertama memerintah Selangor tidak ada isu antara PAS dengan PKR. Cuma sekali sekala ada isu antara PAS dengan DAP. Antaranya kes penjualan arak yang melibatkan Ronnie Liu dan Hassan Ali. 

Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal dengan baik oleh MB ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim (Allahyarham). 

Masuk penggal kedua (2013-2014) PAS mula bengang dengan PKR. Mereka cuba kacau pentadbiran Khalid Ibrahim. Rafizi dan Saifuddin Nasution buat satu gerakan yang dinamakan Langkah Kajang. 

Mereka buruk-burukkan Khalid Ibrahim dengan tujuan untuk menolak Khalid sebagai MB dan mahu digantikan dengan Anwar. PAS sebagai rakan kongsi kerajaan yang memerintah tidak setuju. 

Dum dam dum dam…akhirnya rancangan Saifuddin dan Rafizi berjaya. Khalid dipecat dari PKR dan seterusnya hilang sokongan majoriti ADUN2 Selangor termasuklah ADUN2 DAP yang menarik sokongan terhadap Khalid. 

Anwar pula tidak boleh jadi MB kerana mahkamah dah jatuh hukuman. PKR menamakan Wan Azizah pula sebagai MB. Kerana Wan Azizah menang dalam PRK Kajang selepas Anwar tidak layak bertanding. 

Istana Selangor pula menolak pencalonan solo Wan Azizah sebagai MB. Istana minta beberapa nama. Naiklah nama Azmin Ali. PAS menyokong Azmin sebagai MB. 

Dari situlah hubungan PAS dan PKR mula rosak. PAS bengang kerana PKR terlalu banyak bermain politik hingga boleh menjejaskan rakyat dan negara. 

Dalam PAS juga mula bergelodak. Geng2 Anwarinas dan pro DAP dalam PAS, seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Mahfuz Omar dan lain2 mula menggelupur. 

Tahun 2015, ada pemilihan PAS. Mat Sabu dan kumpulannya cuba hendak menguasai PAS. Mat Sabu bertanding jawatan Timbalan Presiden, dan kalah. Mahfuz kalah, Khalid Samad juga kalah. 

Mereka2 ini tubuh PAN pada 2015 juga.

Rancangan Rafizi dan Saifuddin hendak menabalkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sebagai MB, kedua2nya gagal. 

Rancangan Mat Sabu hendak menguasai PAS juga gagal. 

Sebab itulah hari ini kita dapat lihat bagaimana bengangnya Saifuddin dan Rafizi dengan PAS. Begitu juga Mat Sabu dan kawan2nya. 

Orang boleh kata apa sahaja terhadap PAS. Tetapi PAS sebuah parti yang sentiasa meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara di hadapan walaupun mereka hilang kuasa atau tidak dapat kuasa sekalipun, mereka tidak kisah. 

Sebab itulah PAS menolak tawaran Kerajaan Perpaduan untuk membentuk kerajaan bersama2 PKR dan DAP. Kerana PAS telah tahu siapa mereka dan PAS kenal mereka luar dan dalam.

Sumber Fb

Khamis, 20 Julai 2023

SIAPA 'MASTERMIND' DI SEBALIK OPERASI SARAF TERHADAP SANUSI?

Oleh : Naseer Ahmad

1. Nama Sanusi menitir di ratusan ribu bibir rakyat Malaysia sejak semalam. Baik oleh marhen biasa mahupun oleh pengamal media. Samada ia baik atau buruk, apa yang pasti nama Sanusi telah melonjak ke tahap baru dalam arena politik nasional hari ini.

2. Manuever kali ini tidak dapat dipisahkan daripada bermotifkan politik. Meskipun ada pihak menyatakan dengan keras semua ini hanya bersangkut paut soal raja. Tiada kaitan dengan objektif PH-BN untuk meranapkan ikon PN Sanusi Md Nor.

3. Saya katakan, jangan pelik kalau rakyat mengaitkan isu ini dengan permainan politik. Kerana cukup jelas serangan bertali arus daripada pemimpin PH-BN khususnya dalam tempoh kebelakangan ini kepada Sanusi 

(1) Isu Banglo Abang Sanusi

(2) Isu Penggunaan Dana MARRIS

(3) Isu Sanusi kononnya dikompaun berkenaan pencurian REE

(4) Akaun TikTok Sanusi disekat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=668255575345310&id=100064826199773&mibextid=Nif5oz

4. Setiausaha Kerja Penerangan PKR (yang menjadi kebanggaan penyokong PH), Iswady Morni tanpa berselindung telah mendedahkan target kerajaan di media sosial beliau. Minggu ini MB Sanusi, selepas Dr Samsuri pula. Bahkan sejurus Sanusi sampai di Alor Star, PKR terus membuat laporan kepada SPRM berkenaan isu REE. Bukankah tampak jelas satu serangan sedang dikoordinasi?

5. Kita lihat juga pendakwaan yang telah dibuat. Terdapat dua pendakwaan iaitu

(1) Sanusi didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

(2) Sanusi didakwa menghasut dengan mempertikaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

6. Untuk pendakwaan pertama, itu datang sendiri daripada Dewan Diraja Selangor. Kita serahkan hasil keputusan kepada mahkamah. Namun bagaimana dengan pertuduhan kedua? Ia berkaitan tuduhan mempertikaikan kerajaan Madani. Kes kedua bukan lagi soal raja tetapi kini soal politik biasa. Maka jelas disini ada pihak yang cuba menyelam sambil minum air. Kesempatan ini diambil oleh mereka untuk banyakkan kes Sanusi di mahkamah.

7. Yang ketiga, kita lihat bagaimana Sanusi dilayan dalam kes kali ini. Apakah keperluan menahan beliau jam 3 pagi padahal beliau sudah bersiap sedia untuk turun sendiri ke Mahkamah Selayang pada pagi tersebut? Mengapa pula deretan trak FRU disediakan di pekarangan mahkamah seolah-olah akan tercetus rusuhan besar. Imej bagaimana yang cuba dipalitkan dalam kes Sanusi kali ini?

8. Yang keempat, mengapakah begitu lancar sekali flow pendakwaan pada kali ini. Laporan dibuat pada tarikh 14 Julai 2023. Kenyataan Sanusi juga diambil pada 14 Julai. Pendakwaan terus boleh dibuat pada 18 Julai pagi meskipun pada 17 Julai Ketua Polis Negara memaklumkan siasatan masih belum lengkap. Mengapakah flow pendakwaan yang begitu lancar tidak terdapat pada kes lain yang lebih awal seperti kenyataan 3R yang dibuat Lim Guan Eng?

9.  Kelima, telah bocor satu kertas pertuduhan oleh Edisi Siasat yang menunjukkan siasatan dan pertuduhan ke atas Sanusi dibuat adalah berdasarkan laporan polis (First Instance Report - FIR) daripada seorang manusia bernama Izuan Kasim.Berbalik kepada tadi, siapa Izuan Kasim ni? Izuan Kasim ini kerabat diraja Selangor ke? Tidak. Izuan Kasim ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor. Jadi, masih valid kah kalau mahu bermain sentimen ini kes berkaitan Raja?

10. Persoalan mega, siapa 'mastermind' sebenar di sebalik serangan terhadap Sanusi? Cuba tilik kembali siapa yang paling balik banyak menyerang Sanusi kebelakangan ini dan dalam masa sama individu tersebut memegang Kementerian yang berkuasa dalam soal pergerakan intelijen dalam negara. Namun  segala serangannya telah dipatahkan dengan mudah oleh Sanusi sehingga terserlah pula imej menipu beliau di media sosial. Saya serahkan kepada rakyat untuk mencari suspek.

11. Ironinya 'manuever' politik hari ini dilihat sekali gagal. Kerana:

i) Sanusi masih boleh bertanding PRN

ii) Serangan ini membangkitkan semangat simpati dalam kalangan sebahagian besar kumpulan atas pagar.

iii) Terzahir sikap hipokrit PH apabila Akta Hasutan yang dahulu dilawan kini digunakan untuk menekan musuh politik.

12. Manuever hari ini tampaknya berakhir dengan keuntungan kepada Sanusi dan PN. Imej mangsa tekanan politik dan kerakusan politikus kerajaan melawan musuh semakin terserlah. Simpati rakyat pula condong kepada Sanusi. Nasiblah penyusun strategi PH kerana segalanya telah "backfire".

#PAMI

#sekolahpolitik

Selasa, 11 Julai 2023

Gajikan suami RM10,000 untuk jaga butik, sekali kena cerai lepas jumpa janda anak 1

 

Tidak kira lelaki atau wanita, jika diberikan kemewahan sekalipun, ada di antara mereka akan tetap mencari alasan untuk curang.

Buat wanita ini, dia telah memberikan kemewahan kepada suami dengan mengajikan RM10,000 sebulan namun tetap lelaki tersebut memilih untuk curang.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, berkongsi mengenai cerita klien tersebut di Facebook.

Menurutnya, wanita yang juga klien itu diceraikan suami selepas disoal mengapa wanita tak dikenali turut serta dalam percutian suaminya.

“Tidak ada sebarang pergaduhan. Malah, si isteri hanya kirimkan mesej melalui aplikasi WhatsApp ketika mengajukan soalan.

“Tiba-tiba, apabila suami naik ke rumah, wanita tersebut terus diceraikan dengan talak satu.

“Wanita tersebut merayu agar dirujuk semula. Namun, kata suami, dia benci dikongkong,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menurut Suzana, wanita tersebut bagaimanapun tidak mengongkong suaminya malah dia menggajikan lelaki tersebut untuk pantau keadaan di butik miliknya sekali seminggu.

“Suami wanita tersebut memilih untuk berkahwin dengan janda anak seorang. Malah, janda tersebut juga telah berjumpa dengan klien saya.

“Saya juga tidak sangka suami klien sanggup menjandakan isteri sendiri dengan empat anak yang sepenuhnya dijaga oleh isteri demi seorang janda dengan anak satu berusia empat tahun,” katanya.

Seharusnya sebagai lelaki yang rasa dirinya layak berpoligami, mengapa perlu menceraikan isteri pertama demi wanita yang hadir selepas anda ada segalanya.

-malaysiadateline