Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
GEORGETOWN: "Saya rayu orang ramai titipkan doa buat dua beradik ini semoga segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.
"Terima kasih dan semoga ada doa dalam kalangan kalian yang dikabulkan Allah SWT."
Begitu rayuan Nurain Hasnorizal, 25, mengenai perkembangan dua anaknya yang kini kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat termakan keropok yang mengandungi racun tikus.
Keropok beracun yang digantung di pagar kebun untuk memerangkap monyet dimakan dua beradik. - Foto ihsan polis
Dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah itu, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman dan Muhammad Akil Syauqi masing-masing berusia dua dan tiga tahun masih tidak sedarkan diri.
Doktor tak beri harapan anak sulung pulih
Katanya, doktor tidak dapat beri harapan terhadap pemulihan anak sulungnya tetapi mereka akan cuba yang terbaik.
"Doktor mengatakan pada masa ini, mereka tidak dapat lakukan rawatan pada buah pinggang Muhammad Akil Syauqi berikutan keadaannya tidak stabil.
"Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah 'teruk'," katanya ditemui di perkarangan HPP, hari ini.
Mengenai perkembangan Muhammad Luth Syauqi pula, Nurain berkata, anak keduanya itu masih koma.
"Dia sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hari ini dan masih koma.
"Pada masa ini fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai supaya mendoakan kesembuhan kedua-duanya," katanya yang juga operator kilang.
Nurain berkata, ketika kejadian dia menyedari anaknya masuk ke rumah dan tidak lama kemudian, anak bongsunya diserang sawan. Dia turut memeriksa keadaan anak sulungnya yang dalam keadaan serupa selain mulut berbuih.
"Saya lihat ada plastik makanan ringan dan yakin mereka sudah termakan keropok dicampur racun tikus itu yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet.
"Berikutan keadaan kritikal, mereka dipindahkan dari Hospital Kulim (HK) ke HPP," katanya.
Turut kelihatan di perkarangan HPP adalah sanak saudara mangsa yang menemani Nurain.
Keropok beracun yang digantung di pagar kebun dimakan dua beradik yang kini kritikal di hospital. - Foto ihsan polisLokasi kejadian dua beradik termakan makanan ringan yang mengandungi racun digantung pada pagar. - Foto ihsan polis
Nurain Hasnorizal, 25, menunjukkan gambar dua anaknya, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman dan Muhammad Akil Syauqi masing-masing berusia dua dan tiga tahun dilapor kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas termakan makanan ringan dipercayai yang mengandungi racun. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli
Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda.
Doa selepas solat tarawih juga turut disediakan untuk membantu anda mengerjakan ibadah tarawih dengan lebih sempurna.
Semoga panduan ini dapat membantu anda.
Bacaan Bilal Solat Tarawih
Bacaan-bacaan ini telah disusun mengikut urutan dan dilabelkan untuk bacaan Bilal, Makmum dan Imam.
Tuan puan hanya perlu mengikut susunan yang telah disediakan:
Pembukaan
Bilal
Untuk memulakan solat tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:
Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Bilal
Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
Makmum
Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Bilal
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Bilal
Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Solaatut Taraawiihi Min Qiyaami Syahri Ramadhona Asaa Bakumullah
Solat Tarawih menghidupkan Bulan Ramadan, semoga Allah memberikan ganjaran pahala
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Assolatu laa ilaha illallaah
Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah
Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama sebanyak 2 rakaat.
Selepas Rakaat 2
Bilal
Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:
Fadlan minallahi wa ni’mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
Makmum
Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:
Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Bilal
Bilal berselawat lagi:
Allahumma solli ‘ala Muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Makmum
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Bilal
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Bilal
Seterusnya bilal berselawat:
Allahumma solli ‘ala Muhammad
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Doa Selepas Rakaat 4
Imam
Audio Player
00:00
00:00
Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam
Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.
Bilal
Sesudah doa, bilal menyebut:
Al-Khilafatus Tsani Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Umar Ibni al-Khattab Radhiyallahu Anh
Khalifah kedua setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Umar Al-Khattab RA.
Makmum
Para jemaah menjawab:
radiyallahu anh
Telah reda Allah ke atas beliau
Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya
Selepas Rakaat 6
Bilal
Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:
Fadlan minallahi wa ni’mah
Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
Makmum
Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:
Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir
Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Bilal
Bilal berselawat lagi:
Allahumma solli ‘ala Muhammad
Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad
Makmum
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Bilal
Disambung bilal dengan lafaz selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Bilal
Seterusnya bilal berselawat:
Allahumma solli ‘ala Muhammad
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.
Makmum
Makmum menjawab selawat:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan selawat:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad
Makmum
Para jemaah menjawab beramai-ramai:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Bilal
Disambung oleh bilal dengan lafaz:
Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami (kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.
Makmum
Para jemaah menjawab:
Sollallaah Wasallama ‘Alaih
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
Doa Selepas Rakaat 8
Imam
Audio Player
00:00
00:00
Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam
Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.
Bilal
Sesudah doa, bilal menyebut:
Al-Khilafatur-raabi’ Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Ali Ibni Abi Thalib Karamallahu Wajhah
Khalifah keempat setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Ali bin Abi Talib RA.
Makmum
Para jemaah menjawab:
Radiyallahu Anh
Telah reda Allah ke atas beliau
Setelah selesai tarawih 8 rakaat Tarawih, maka bacalah doa Tarawih seperti di bawah ini
Doa Selepas Solat Tarawih
Setelah selesai 8 atau 20 rakaat dan bacaan selawat, imam mengakhiri solat sunat Tarawih dengan membaca doa ini:
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil Aalamin.
Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan. Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana. Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh. Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami. Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat. Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam. Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon. Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Bacaan Sebelum Solat Witir
Selepas berdoa, diikuti dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.
Solat witir didirikan sebanyak 3 rakaat dengan dua salam.
Bilal
Untuk memulakan solat sunat witir, bilal menyeru:
A.Lafaz bilal untuk awal Ramadan sehingga malam 15 Ramadan
Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-mullah.
Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.
B.Lafaz bilal untuk malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan (ada doa qunut):
Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu WaqNutu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-Mullah.
Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah serta berqunutlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.
Makmum
Makmum menjawab beramai-ramai:
Assolatu laa ilaha illallaah
Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah
Bilal
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad
Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Sollallahu Wasalllama ‘Alaihi
Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.
Bilal
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidina WamaulaaNaa Muhammad
Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, ketua kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Sollallahu Wasallama ‘Alaihi
Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.
Bilal
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Wa Nabiyyinaa Wa Habibina Wa Syafii’Inaa Wa Zuhrina Wa Maulaanaa Muhammad
Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, kekasih kami, ingatan kami, ketua kami, Nabi Muhammad.
Makmum
Sollallahu Wasallama ‘Alaihi
Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.
Lakukan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.
Nota
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut para rakaat yang akhir solat sunat witir.
Doa Qunut tersebut adalah sama seperti doa qunut solat fardu subuh
Wirid & Doa Penutup Selepas Witir
Selesai Solat Witir, bacalah wirid dan doa penutup sebagaimana berikut:
1.Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:
Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.
2.Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.
Yaa Latiffu Ya Wafii Ya Karimmu Antallah
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.
3.Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:
Laa ilah Ha illallah
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
4.Selesai wirid, maka tutuplah solat pada malam tersebut dengan Doa Penutup ini:
Allahumma Rabbana Taqabbal Minna Solatana Wasiyamana Waqiyamana Waruku Aana Wasujudana Wata Khosyu Aana Wata Aabbu Dana Wata Dorru Aana Watammim Taksii Rana Ya Allah, Birahmatika Ya ArhamarRaahimin, Ya Rabbal Aalamin. Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wabaroka Wasallam, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.
Maksudnya:
Ya Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kita Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Hukum Membaca Selawat dan Taradhi (Menyebut Nama Sayyidina Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali) Dalam Solat Tarawih
Perkara ini diperbolehkan, bahkan disunatkan jika berniat untuk membaca selawat atau taradhi secara umum.