"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Global Sumud Flotilla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Global Sumud Flotilla. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2026

Sumud Flotilla:Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin

 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin:

Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin mengalu-alukan Sumud Flotilla, yang kini berlayar dari pelabuhan antarabangsa dalam satu usaha baharu untuk memecahkan sekatan tidak adil yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, sebagai satu mesej kemanusiaan yang mulia yang membawa makna solidariti dan kebebasan bersama rakyat Palestin.

Inisiatif antarabangsa ini hadir pada saat rakyat kami terus berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai secara sistematik serta dasar kebuluran yang berbahaya, apabila seramai 757 syahid telah gugur sejak pengumuman gencatan senjata pada Oktober lalu, dalam satu pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Kami menegaskan bahawa inisiatif ini menyentuh hati seluruh rakyat Gaza, yang menanti dengan penuh harapan setiap bantuan yang dihulurkan kepada mereka, serta setiap suara bebas yang menyeru hak mereka untuk hidup dengan bermaruah dan menikmati kebebasan.

Kepada semua peserta Sumud Flotilla, kami berkata: Kami menanti kehadiran anda dengan penuh harapan, kami amat menghargai usaha dan pengorbanan anda, dan kami menilai tinggi mesej kemanusiaan yang anda bawa, yang mencerminkan suara hati dunia yang masih hidup.

Kami juga menyeru seluruh insan yang cintakan kebebasan di seluruh dunia, serta institusi kemanusiaan dan hak asasi manusia, agar bersatu dalam menyokong inisiatif ini, dan turut serta secara aktif dalam usaha memecahkan sekatan serta menamatkan penderitaan rakyat kami.

Hidup Palestin yang bebas dan bermaruah,

Dan hidup kehendak rakyat yang merdeka. 

#globalsumudflotilla #sumudnusantara

Source: ZRA Strim 

Khamis, 2 Oktober 2025

Macam mana nak selamatkan anggota Malaysia dalam Global Sumud Flotilla yang ditahan?

 Macam mana nak selamatkan anggota Malaysia dalam GSF yang ditahan?

Kalau Isewel cuma tahan sekejap (macam Greta Thunberg kena hari tu), kita tak risau sangat. InsyaAllah diorang akan balik selamat.

Tapi kalau Isewel tiba-tiba nak buat gila, tahan lama, heret ke mahkamah bagai, kita kena cari jalan untuk selamatkan diorang.

Benda ni boleh jadi sebab Isewel tengah tertekan, dan mungkin ambil langkah lebih "tegas". 

Diorang tak nak nampak lemah bila makin banyak negara iktiraf Felasteen dan kecam diorang.

Tak mustahil juga rakyat Malaysia dah kena "mark" dan dilayan berbeza daripada warga Eropah yang ditahan.

Kalau betul jadi macam tu, apa boleh kita buat untuk selamatkan rakyat kita?

PBB, NAM, OIC, ASEAN, ABCDEFG semua tu tak payah harap. Undang-undang antarabangsa, mahkamah antarabangsa pun sama: tak beri kesan dalam keadaan ni.

Nak lawan ketenteraan pun kita tak mampu. Protes dan bantahan hanya berkesan kalau boleh diterjemah jadi tekanan nyata.

Jadi, jalan yang ada cuma diplomasi.

Masalahnya, Malaysia tak ada hubungan diplomatik dengan Isewel. 

So memang tak ada ruang nak bercakap. Dan itu juga buat risiko rakyat kita lebih tinggi kalau ditahan.

Dalam keadaan ni, kita cuma boleh harap pada negara Arab/Islam yang ada hubungan diplomatik dengan Isewel: Turki, Mesir, Jordan, UAE, Bahrain.

Saudi dan Qatar ada hubungan tak rasmi tapi tetap signifikan dengan Isewel.

Maghribi, Sudan, Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan ada hubungan rasmi tapi kita boleh abaikan, sebab kita pun tak rapat sangat dengan diorang.

Negara-negara ni memang kita kecam selalu. Tapi sebab ada hubungan diplomasi, diorang ada saluran untuk cakap dengan Isewel.

Isewel tak semestinya tunduk, tapi ada kepentingan bersama yang boleh dijadikan bahan tawar-menawar (bargaining chip).

Eropah pun ada hubungan diplomasi dengan Isewel. Tapi lepas ramai negara iktiraf Felasteen kebelakangan ni, Isewel dah "bengang" dengan Eropah dan mungkin buat tak peduli.

Yang paling penting: Amerika Syarikat.

Hanya Trump je ada pengaruh untuk pujuk Isewel buat benda luar dari kebiasaan. 

Tapi itu pun tak gerenti, sebab Amerika-Isewel ni hubungan simbiotik. Kadang Isewel kena ikut cakap Amerika, kadang Amerika ikut Isewel.

Dan kenal Trump, kalau kita minta tolong dia, mesti dia mintak sesuatu balik. Tak pasal-pasal kita kena "pegang".

Apa pun, jangan kita politikkan krisis ni.

Semua rakyat kena bersatu belakang PMX, sokong usaha beliau selamatkan rakyat kita.

InsyaAllah, semua akan selamat dan balik ke tanah air.

Source 

Selasa, 23 September 2025

Apakah efek Global Sumud Flotilla kepada Gaza, Palestine..

 


Ada yang persoal, apa efek flotilla ni? Saya jawab, sejak 2 tahun lepas tak ada apa-apa tindakan yang membawa perubahan.

Hari ini, hasil semua tekanan termasuk dengan himpitan dan hebahan pelayaran GSF, negara-negara yang dulunya berkepit dengan penjajah ini merubah pendirian. Kalian ukurkan sendiri.

Saya kongsikan penulisan Ketua Command Centre Sumud Nusantara kita di Malaysia untuk menyejukkan hati kalian dan titipan buat kami peserta misi,

ALHAMDULILLAH 

ALHAMDULILLAH 

ALHAMDULILLAH 

Hari ini, 

Sejarah ditulis dalam lembaran kebenaran dan permulaan kemenangan!

Sesuatu yang selama ini dikira mustahil akhirnya berlaku dimana pihak bersekutu rejim 'berpaling tadah' dan buat pertama kalinya, mengiktiraf Palestin secara rasmi atas kesedaran kemanusiaan yang solid dan bold.

Hari ini sejarah

menulis United Kingdom, Canada, Australia iktiraf Palestin secara rasmi dan berdaulat. Besok mungkin diikuti oleh Perancis dan negara lainnya

Maka semakin dekat firasat Sheikh Ahmad Yassin menyatakan israel akan terkubur pada 2027. mungkin kita sedang masuk zaman akhir yang bakal kacau dan gila untuk melihat dunia bertarung dengan orang-orang yang angkuh dan sombong ini! 

Sahabatku 

Delegasi Malaysia, kalian adalah denyut nadi peralihan zaman ini. 

Dari doa qunut nazilah yang basah di sejadah, dari solat hajat di surau kecil hingga perhimpunan besar di jalanan, dari seruan boikot yang pernah diejek cerca ,semuanya telah menjadi gelombang besar yang menghentak benteng keangkuhan dunia. Ditambah dengan suara kepimpinan negara dan misi gila Sumud Nusantara dan Flotilla kita, akhirnya Allah izinkan dalam zaman ini kita melihat perubahan gila yang menjadi sejarah besar dunia!

Ingatlah, 

mereka merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Lagi diasak, lagi tekad iman kita

Kejayaan ini bukan milik satu nama atau satu pasukan; ia adalah milik seluruh umat yang tidak berhenti percaya bahawa Gaza akan bebas dan Palestina akan merdeka! Bezanya kalianlah penghidupnya

Kepada semua delegasi di kapal, pasukan di darat, dan pewakaf diri yang disebut mahupun yang tidak disebut, kalian adalah tinta sejarah yang menulis kemenangan penting hari ini. 

Terus mara, 

kerana Palestin belum merdeka sepenuhnya. Namun detik ini membuktikan, segala yang mustahil sedang runtuh satu demi satu.

Kebangkitan itu sedang berlaku dan alhamdulillah kita menjadi salah satu titik yang menghubungkan garis penting sejarah dunia untuk Palestina

Sani Araby


Source 

Selasa, 9 September 2025

LATIHAN PESERTA SUMUD FLOTILLA DALAM MENGHADAPI KEMUNGKINAN DITANGKAP

 (LATIHAN PESERTA SUMUD FLOTILLA DALAM MENGHADAPI KEMUNGKINAN DITANGKAP)

Saya merupakan pengikut tegar jgklah Tuan Haji Zainal ni, belum ada rezeki berjumpa. Mudah mudahan jika beliau baca status ni mana tahu boleh ngopi akan dtg. 😁. Ini adalah ringkasan yg saya buat berdasarkan ulasan yg saya dgr daripada Tuan Haji Zainal.

- Apabila Peserta Sumud Flotilla dh sampai ke perairan antarabangsa, maka Issewel akan panggil mereka semua sebagai tebusan.

-Org lelaki kebiasaan nya, Issewel akan tarik baju daripada belakang, ataupun pusing daripada belakang lalu terajang daripada arah belakang dan akan jatuh meniarap. So mereka dilatih supaya jaga wajah, cermin mata, takut2 jatuh tersembam dan akan lg teruk luka nya. Tgn mereka akan dikilas dan diikat dgn cable ties.

-Org Perempuan pula akan diikat tgn tetapi dlm keadaan mereka duduk lalu dibaringkan secara telentang. Lelaki dlm keadaan meniarap.

-Tuan Haji Zainal jgk menceritakan waktu digari dgn cable ties serahkan tangan dlm keadaan kedua dua tangan kita digenggam rapat iaitu jari jemari dimasukkan antara satu sama lain, sebab nya bila issewel nak ikat cable ties tu dan bila nak buka tgn kita yg digenggam akan terasa kurg kesakitan di pergelangan tangan.

-Mereka jgk akan dibawa ke pusat tahanan imigresen dan bukan nya penjara tetapi boleh jgk dianggap sebagai penjara.

-Paling kurg ajar Issewel akan buat nanti, semua wanita akan dimalukan termasuk wanita muslim dgn cara dibogelkan. Kata Tuan Haji Zainal, ada seorang Dr Turkiye, yg dh lama ikut misi kemanusiaan bagi tips, beritahu pada tentera Issewel, "As a Muslim, we don't want open our shirt, its haram". Ada wanita daripada chile pernah kena, dan menceritakan dia disuruh buka baju lalu suruh duduk bertinggung jadi aset wanita tu akan nampak pd semua wanita di situ termasuk askar² tujuan nya tak lain tak bukan utk dimalukan.

- Jadi Dr wanita turkiye beritahu tips, talk to them softly, politely. Pandang mata ke mata (dari sudut psikologi) dan inshaAllah kebiasaan mereka akan lembut hati lah. Katalah as a muslim, its haram for me as muslim dgn nada dan bahasa yg lembut. Pandai2 lah buat ayat yg penting cara tatapan, nada dgn berhemah. Ini yg Tuan Haji Zainal beritahu anak perempuan kesayangan nya iaitu Ilham yg jgk turut serta dlm misi ini.

- Tuan Haji menceritakan juga bahawa, misi ni bukan kita nak berlawan, nak tnjuk sapa hebat, sapa yang nak jadi seperti rambo first blood (ni saya tambah), ini adalah misi kemanusiaan yg mana misi utama mereka adalah menghantar bekalan makanan kepada rakyat G. Kita tak mahulah nak tnjuk berani tak bertempat sbb takut2 keadaan akan jadi lebih teruk. Kena bijak dan guna otak.

- Org lelaki pula tak boleh guna mata ke mata, nanti kena makan penumbuk lah haha, guna kaedah body languages, kepala ditundukkan sedikit pastu sebutlah " You can do what you want, we are surrendered" (taktaulah English betul atau tak saya tulis, bginilah yg sy dgr. Kalau salah tegur 🤣). Dan ini latihan yg diberi kepada mereka.

- Sesi soal siasat pula, peserta sumud flotilla akan sentiasa di ugut, nak letak dlm penjaralah, nak itu lah inilah, jadi tuan haji pesan pada Ilham jangan menggigil takut kena panic anxiety. Apa sahaja yg Issewel ugut semua itu adalah benda yg mereka tak boleh buat pun, tuan Haji sebut, depa tu ibarat mcm pengawai2 cikai ja. 🤣😂. Secara undg2 mereka tak boleh buat pun, dan plg buruk issewel pernah buat tak bg makan selama 2 hari. Jadi peserta dilatih dlm kapal supaya makan sesiap apabila nak tiba di kawasan tersebut sbgi alas perut.

- Nak buang qada hajat pun akan jadi masalah sebab tandas utk lelaki dan perempuan yg ditahan akan sentiasa terbuka. Oh ya, Tahanan lelaki dan perempuan asing, tidak duduk sekali, tetapi tandas masing2 akan terbuka supaya Issewel takut ada yg bunuh diri. So, depa jenuh nak menjawab nanti. Org perempuan yg nak pergi ke tandas boleh minta izin dgn sopan, seperti yg ditulis di atas. InshaAllah dipermudahkan...

-Soalan kebiasaan org tanya, tak bahaya ke? Tak kena rog*l ke? Jawapan Tuan Haji Zainal daripada tahun 2008 sehingga kini lebih kurang 1600 NGO yg pijak tanah flotila ni tak ada seorang pun pernah dir*gol. Tak ada seorang pun pernah diliw*t. Cuma banyak yg pernah dipukul. Dihantar bilik gelap, tiada tingkap apa semua sebab dianggap "wanted".

-Banyak lagi yg Tuan Haji Zainal kongsikan yang tak termampu saya tulis, cuma mereka semua sebelum menyertai misi Flotila ni akan diberi kursus terlebih dahulu dan bukannya mengkhinzir buta ikut tak tentu hala seperti yg dilaungkan oleh segelintir netizen yg cerdik otaknya. Besar jasa mereka menjadi perantara supaya saudara seakidah kita di sana dirawat, terutama anak2, bayi2 yg tidak cukup zat, susu formula. Tapi kita ? Bergaduh ttg benda tak perlu. 

Misi ini bukan lg ttg soal akidah, manhaj syiah ka, wahabi ka sunni ka sperti yg dilaungkan oleh Negara2 Islam tertentu, ini adalah tentang kemanusiaan, asbab itu ramai Non Muslim yg turut serta dlm misi ini.

Doakan mereka semua selamat pergi dan selamat sampai. Saya yg sedang berada di tanah suci sentiasa tidak lekang berdoa utk mereka Global Sumud Flotilla semoga dipermudahkan urusan pergi dan pulang. Fi Amanillah buat semua.

Mohammad Muzani (Nukilan ditulis di Bumi Madinah) 

ZRA Strim 

Rahmat Sumud Nusantara 

#flotilla 

#flotillaglobalsumud