"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Proklamasi Darurat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Proklamasi Darurat. Papar semua catatan

Rabu, 28 Julai 2021

Batal darurat: Apa akan jadi Isnin ini?

Oleh Sabki Yusof

 

Di awal Januari, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk satu pengisytiharan darurat atas alasan menangani Covid-19. Hakikatnya, pada masa itu Kerajaan PN berada dalam keadaan seperti ‘telur dihujung tanduk’ setelah Umno menimbangkan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, pada Januari 12, 2021, YDPA telah memperkenan proklamasi darurat dan diisytiharkan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021.

Setelah pengisytiharan darurat, kerajaan PN masih gagal menguruskan pandemik, ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Kes makin meningkat, kematian bertambah setiap hari, rakyat dikurung dalam lockdown, hilang kerja dan sumber pendapatan, dan ramai yang bunuh diri. Anak-anak sekolah tidak dapat pendidikan dengan sempurna.

Di media sosial, rakyat mengadu nasib kepada YDPA dan merayu diberi perhatian pada nasib rakyat.

Prihatin dengan rayuan rakyat Malaysia, pada 16 Jun 2021, YDPA telah memanggil satu perbincangan khas di kalangan Raja-Raja Melayu. Sebelum itu pada 9 Jun 2021, YDPA juga telah mula memanggil menghadap pemimpin-pemimpin parti politik dan beberapa pihak dan individu berkaitan untuk mengambil pandangan.

Seusai mesyuarat, pada malamnya, Istana Negara mengeluarkan satu perutusan media yang cukup jelas dan tegas untuk disampaikan kepada kerajaan dan rakyat.

Antara kandungan penting adalah di para ke-2 perutusan itu yang menyebut “Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.”

Dengan jelas YDPA menitahkan kerajaan untuk segera mengadakan sidang Parlimen bagi membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Ini selaras dengan peruntukan Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu,…”

Ternyata YDPA telah bertitah bersandarkan peruntukan perundangan yang tepat demi memastikan isu-isu yang terkait dengan kepentingan rakyat dibentang dan dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.

Malangnya, kerajaan mengambil sikap dingin terhadap titah YDPA. Beberapa insiden dan kenyataan media Kerajaan PN menunjukkan sikap acuh tak acuh sehinggakan Speaker dan Timbalan Speaker dipanggil menghadap ke bawah duli Seri Paduka Baginda pada 28 Jun 2021.

Hanya pada 5 Julai 2021 Kerajaan PN mengumumkan tarikh Mesyuarat Khas Parlimen akan diadakan pada 26 Julai 2021. Keputusan ini dibuat pada hari terakhir dalam tempoh 14 hari yang diberikan Umno yang mendesak Kerajaan PN untuk segera menetapkan tarikh sidang Parlimen. Ternyata keputusan ini dibuat Kerajaan PN dalam keadaan terdesak kerana sekali lagi takut hilang sokongan dari Umno.

Kerajaan PN berusaha mengelakkan dari membentang dan membahaskan ordinan darurat di Parlimen kerana bimbang pihak kerajaan gagal mendapat sokongan majoriti semasa undian sekaligus membangkitkan persoalan legitimasi Kerajaan PN. Sedangkan sidang itu penting untuk wakil-wakil rakyat membahaskan isu-isu yang terkait kepentingan rakyat pada waktu krisis ini.

Bagi mengelakkan pembentangan ordinan-ordinan darurat, Kerajaan PN menetapkan Mesyuarat Khas itu dibuat di bawah peraturan mesyuarat 11(3), di mana Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk memanggil sidang khas dan menetapkan urusan mesyuarat. Maka tiada aturan ditetapkan untuk pembentangan dan perbahasan ordinan-ordinan darurat seperti dititahkan oleh YDPA dalam perutusan Seri Paduka Baginda pada 16 Jun 2021.

Tidak cukup dengan itu, sebagai persediaan lanjut untuk mengelakkan pembentangan dan perbahasan proklamasi dan ordinan darurat, Kerajaan PN mengambil satu tindakan terdesak membatalkan kesemua ordinan-ordinan darurat pada 21 Julai 2021, beberapa hari sebelum Parlimen bermesyuarat.

Secara tiba-tiba di hari pertama Mesyuarat Khas Parlimen, Menteri Undang-Undang mengumumkan kesemua 6 ordinan darurat telah dibatalkan. Malangnya, apabila ditanya samada pembatalan itu telah mendapat perkenan YDPA, Menteri gagal menjawab.

Sekali lagi pengumuman pembatalan darurat ini jelas membelakangkan kedudukan institusi YDPA dan mengelirukan Parlimen.

Akhirnya Kerajaan PN berselindung di belakang Speaker Dewan Rakyat yang menangguhkan jawapan Menteri (sama ada pembatalan ordinan darurat sudah mendapat perkenan YDPA atau tidak) untuk dijawab pada hari Isnin 2 Ogos 2021.

Tentunya pada Isnin nanti, jawapan Kerajaan PN bahawa tiada lagi keperluan perkenan dari YDPA kerana proklamasi darurat telah tamat pada 1 Ogos 2021, dan soalan pembangkang sudah bersifat akademik.

Begitulah kelam-kabut Kerajaan PN yang hidupnya sentiasa dalam kebimbangan kehilangan kuasa dan fokus Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya adalah bagaimana untuk terus mempertahankan kuasa. Yang terabai adalah rakyat dan negara.

Dalam proses itu, Kerajaan PN telah mempermainkan kedaulatan perlembagaan dan undang-undang, meremehkan institusi Parlimen dan sistem demokrasi negara, malah gagal setia dan patuh pada institusi Raja-Raja Melayu.

-WRLR

Rabu, 30 Jun 2021

Bendera Putih: Rakyat Tolong Rakyat, Wakil Rakyat Buat Apa?

 

Sebenarnya Kempen kibar bendera putih ini bukan dicetuskan oleh golongan politik tetapi oleh masyarakat sivil setelah melihat situasi rakyat kini yang tertekan dan mengalami tekanan perasaan sehingga mengambil tindakan tidak masuk akal.

Kempen kibar bendera putih ini digerakkan oleh rakyat adalah tanda solidariti dan keprihatinan tinggi terhadap mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan pandemik Covid-19.

Selain dari gobok rezeki dan sebagainya, inisiatif kibar bendera putih adalah satu fenomena baharu yang menunjukkan solidariti rakyat sangat membantu antara sama lain demi kebaikan bersama.

Jadi Ahli-ahli politik tak perlulah menangguk di air keruh dengan memperlekeh usaha itu seolah-olah mereka gagal memahami situasi yang berlaku kini dan mempolitikkan kempen ini kerana selama ini mereka terlalu sibuk dengan Politik.

Jangan mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat diketika ini, kerana mereka semua telah gagal memahami masalah yang dihadapi rakyat dalam menghadapi PKP ini dan sebelumnya.

Diharap juga kempen ini tidak akan disalah guna oleh golongan tidak bertanggungjawab yang akan “berlakon susah” demi mengambil kesempatan atas kebaikan serta keprihatinan masyarakat kita.
-----
RAKYAT Malaysia kelmarin dikejutkan dengan paparan imej menyayat hati seorang lelaki mati tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor. Ini bukanlah kali pertama, baru-baru ini kita telah mendapat berita seorang warga emas ditemui mati di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dipercayai bunuh diri akibat kemurungan dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika PKP 1.0, satu kenaikan yang mendadak sebanyak 20 peratus berbanding 188 kes pada tahun 2019. 

Ini merupakan satu fenomena yang amat merisaukan terutama dengan kesan pandemik yang dijangka lebih mencengkam pada bulan-bulan yang akan datang.

Apa yang kita saksikan adalah manifestasi kesan pandemik kepada kesihatan mental. Bermula dengan kemurungan kerana tertekan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan seterusnya mengambil jalan keluar dengan membunuh diri.

Fenomena yang menakutkan ini memang telah dijangka. Ketua Pengarah Organisasi Kesihatan Dunia(WHO), Tedros pernah mengungkapkan bahawa “Pemimpin Dunia kena bertindak pantas dan secara tuntas untuk memperuntukkan perbelanjaan dalam menyediakan program Kesihatan Mental demi menyelamatkan nyawa ketika pandemik atau pascanya.”

Di New Zealand, Jacinda Ardern memperuntukkan NZ$1.9 bilion untuk program rejunevasi kesihatan mental dan mutakhir mengumumkan NZ$28 juta untuk program kesihatan mental di peringkat sekolah rendah. Kerajaan Malaysia juga telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghadapi permasalahan ini.
Saya tidak berminat untuk membincangkan apa yang telah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan kerana itu adalah tanggungjawab mereka yang mempunyai pelbagai sumber dan kepakaran. Apa yang lebih menarik perhatian dan menyentuh perasaan ialah respons rakyat Malaysia.

Rakyat telah bersama sama tampil di hadapan dan mengambil peranan dalam menangani permasalahan sama ada dalam bentuk sumbangan keperluan harian, sokongan emosi dan memaparkan solidariti yang tidak berbelah bahagi di dalam komuniti masing-masing. 

Secara sukarela, rakyat daripada pelbagai lapisan tampil dengan pelbagai kreativiti dalam keadaan sumber yang amat terhad. Mereka membuka pusat-pusat khidmat, mengedarkan pek-pek makanan, mewujudkan sistem sokongan kepada keganasan rumah tangga dan menyediakan khidmat kaunseling secara percuma.

Mutakhir sekali ialah kempen bendera putih sebagai satu gerak isyarat simbolik “saya perlu bantuan.” Tiada siapa tahu bagaimana bermulanya gerakan tersebut, namun ia didapati mendapat sambutan yang begitu meluas dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Semua ini berlaku ketika elit politik masih lagi bergelumang dengan pendekatan parokial yang sempit, tuding menuding antara satu dengan yang lain dan berdebat isu remeh seperti sama ada parlimen perlu bersidang secara hibrid atau bersemuka.

Apakah tindakan ini memaparkan rakyat sudah sampai kepada tahap “tidak lagi memberikan harapan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka” dan sudah sampai kepada situasi di mana “Rakyat tolong Rakyat” menjadi pilihan utama?

Dalam suasana rakyat sudah jelik dengan budaya kepimpinan politik yang dicemari dan diwarnai oleh perkauman sempit, ekstrem agama yang melampau, amalan korupsi kronik, mementingkan diri sendiri dan dipandu oleh prinsip-prinsip garis parti paroki, adakah ia satu petanda permulaan bibit-bibit untuk rakyat berganding bahu dalam satu pergerakan massa yang mewakili nadi, harapan dan visi rakyat ke arah Malaysia yang lebih baik?

Dan adakah rakyat ingin menghantar satu mesej yang jelas dan lantang bahawa masa hadapan negara tidak boleh lagi dibiarkan di tangan elit politik yang sudah tidak mampu memberikan harapan kepada masa depan negara? 

Rakyat telah membuktikan kemampuan mereka setakat ini. Persoalannya, adakah usaha ini akan mempunyai nafas yang panjang dan akhir memungkinkan perubahan yang didambakan?

Zaharudin Othman

Kredit:Anak Sungai Derhaka

Khamis, 17 Jun 2021

Persidangan Parlimen hanya selepas pelbagai syarat dipenuhi: Pakar Perlembagaan

 Dapat nasihat daripada KKM, MKN sebelum berlangsung



KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Persidangan Dewan Rakyat boleh diadakan selepas Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat dipenuhi, dan ia mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut pakar perlembagaan.

Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat antaranya menyatakan Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.

“Peraturan 11 ini juga menyatakan Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri boleh mengubah tarikh persidangan itu dari semasa ke semasa, namun persoalannya adakah Peraturan 11 ini terpakai.

“Pada pandangan saya, ia masih terpakai selagi mana ia tidak dinafikan pemakaiannya oleh Ordinan Darurat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Shamrahayu berpandangan satu perbincangan secara muafakat juga perlu berlaku antara Seri Paduka dan Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis, dalam menetapkan tarikh persidangan Parlimen berkenaan.

Katanya, ini kerana berdasarkan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan Ketua Majlis mempunyai kuasa menentukan dari semasa ke semasa tarikh untuk persidangan Dewan Rakyat.

“Permuafakatan tentang tarikh itu hendaklah juga mendapat perkenan Seri Paduka, barulah sistem kita ini nampak lunak dan boleh memberikan keserasian,” katanya.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, berdasarkan krisis kesihatan ekoran pandemik COVID-19 ketika ini, persidangan Parlimen turut perlu mendapat nasihat daripada KKM dan MKN sebelum ia boleh berlangsung.

“Agensi-agensi ini perlu menasihati kerajaan kerana ia melibatkan soal kesihatan dan keselamatan, dengan persidangan juga tidak boleh dilakukan secara normal apabila ia berlangsung,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Basirun mencadangkan supaya sesi Parlimen tidak boleh berlangsung secara berterusan dalam tempoh masa lama serta diselang seli dengan proses sanitasi.

“Persidangan secara fizikal boleh diadakan selama 60 hingga 90 minit dan perlu berhenti rehat seketika bagi proses sanitasi sebelum bersambung semula,” katanya sambil menegaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dua lapis serta penjarakan fizikal mesti sentiasa diamalkan.

Tambahnya, Ahli Parlimen dan petugas juga perlu segera beredar pulang dan mengelak dari bersembang atau berkumpul di luar Dewan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

 – Bernama

Credit: Wak Labu Farm

Rabu, 9 Jun 2021

MENGAPA DARURAT MENGANGGU ANWAR?

MENGAPA isu darurat mengganggu Anwar? sehinggakan semasa menghadap SPBA pagi tadi memohon Baginda jangan melanjutkan tempoh darurat jika dipohon oleh kerajaan.

Memang diakui, semasa darurat ini, sidang parlimen dan DUN dibekukan, manakala aktivti-aktiviti lain dibenarkan, kecuali yang berkaitan PKP.

Proklamsi darurat, bertujuan, agar kerajaan tidak terganggu menangani pengurusan melawan Covid-19.

Memang, proklamasi darurat mempunyai misi serampang dua mata. Pertama memberi peluang kepada kerajaan mengurus pandemik covid-19 tanpa gangguan dan kedua salah satu kaedah mengelak pembubaran parlimen, kerana kerajaan tumbang.

Dalam keadaan pandemik, jika berlaku kemelut politik, maka bakal menjahanamkan rakyat. Sebagai bukti, hanya kurang seminggu (24-29 Februari, 2020) ketiadaan kerajaan, jangkitan covid-19 menular bagaikan kilat.

Cuba bayangkan, jika dalam keadaan jangkitan yang mencanak naik, kemelut politik berlaku sehinggakan tumbangnya kerajaan. Sudah pasti, penularan virus tidak dapat dibendung.

Contoh yang paling segar di depan mata, adalah impak PRN-16 Sabah. Akibat PRN tersebut maka menyebabkan gelombang jangkitan covid-19 di seluruh negara dan berlanjutan sehingga Kerajaan terpaksa melaksanakan PKP3.0.

Muslihat Anwar, apabila tiada darurat, maka proses menumbangkan kerajaan boleh digerakkan.

Sejak daripada awal telah dijelaskan bahawa pengisytiharan itu perlu kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi memadai untuk membendung penularan virus yang semakin buruk kerana akta itu memerlukan prosedur yang mungkin memakan masa dan keputusannya melibatkan perbincangan yang panjang.

Tanpa darurat maka ketiadaan remedi yang cepat dan efisien. Pengisytiharan darurat adalah penting. Sebagai contoh, dengan deklarasi perintah itu, hospital swasta kini boleh diarahkan mengambil kes-kes Covid-19. Ini hanyalah satu contoh pihak eksekutif boleh memberi arahan tanpa memerlukan proses birokrasi.

Dalam keadaan sekarang apabila negara berhadapan dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta-merta. Mereka yang fikir bahawa darurat ini bermotifkan politik, pandangan mereka itu adalah salah. Malah, ia dilihat mencabar kuasa Agong yang secara jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan..

Pada masa ini, orang ramai masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa (semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan), jadi dapat dikatakan bahawa proklamasi darurat bukanlah masalah kepada kebanyakan rakyat Malaysia.

Di bawah ordinan darurat, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan hotel atau bangunan lain untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Kaedah sama juga perlu digunakan kepada bank-bank agar orang ramai dapat melihat manfaat daripada perintah darurat.
Pada 12 Januari, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat yang berkuat kuasa hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 yang semakin serius di Malaysia.

-Suara Rakyat

Khamis, 21 Januari 2021

Najib Dalang Di Sebalik Surat Gesa Sidang Khas Parlimen?

 


Anwar bersama PH akan mencabar proklamasi darurat di Mahkamah.. dalam masa yang sama UMNO pula menggesa semua Ahli Parlimennya untuk bersetuju mendesak sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi tersebut..

Suratan?.. Kebetulan?.. atau memang dah dirancang?

Sebenarnya.. siapakah dalang dalam UMNO yang bersungguh-sungguh mahukan satu sidang Khas Parlimen berkenaan proklamasi darurat diadakan dan apakah tujuannya?

Kehendaknya itu selari benar dengan apa yang hendak dilaksanakan oleh Anwar...

Semalam Annuar Musa mendakwa Setiausaha Agung UMNO telah mengantar surat kepada Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk memohon persetujuan dengan gesaan agar satu sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi darurat.

 "SUA UMNO menulis kepada MP dan memberi masa kurang dari 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen, kononnya di bawah perkara 150(3) Perlembangaan Persekutuan.

"Elok SUA UMNO itu rujuk constitutional expert (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang," ciap Annuar di Twitternya.

Annuar juga dilaporkan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Selain Annuar, Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menolak surat gesaan itu dengan alasan dirinya berpegang teguh kepada demokrasi berparlimen.

 "Ia wajar ditekankan bahawa fasal 14(1) ordinan yang baru saja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini memperuntukan bahawa Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di- Pertuan Agong.

"Oleh itu, pada hemat saya, kebarangkalian Yang di-Pertuan Agong memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat ini ataupun membatalkan proklamasi dan ordinan tersebut sama sekali sangatlah tipis.

"Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka dengan segala hormatnya saya menolak dan tidak bersetuju dengan permohonan persetujuan ke atas isu tersebut seperti mana yang diminta oleh YB Pontian melalui surat 18 Januari 2021," katanya..


... Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO, bekas presiden parti itu berbuat demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.

"Malangnya, usaha Najib itu gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak bersetuju dengan langkah tersebut yang dilihat 'menderhaka kepada Agong' manakala hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju," katanya.

Demikian menurut sebahagian laporan yang dipetik dari Astro Awani

Gerakan untuk mencabar proklamasi itu telah diperincikan dan didedahkan oleh sebuah portal dipercayai milik ahli UMNO... 


1. Pada 18 Jan 2021 Bosku telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang Ketua UMNO Bahagian di Bilik Mesyuarat Barisan Nasional (BN), Tingkat 8, Menara Dato’ Onn, PWTC, KUALA LUMPUR. 

2. Seramai lebih kurang 12 orang yang terdiri dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian pro Bosku telah ada disitu seperti Dato’ Seri Tajudin Abd Rahman, Tan Sri Mohamed Fatmi Che Salleh , Dato’ Johan Abd Aziz , Dato’ Yahya Mat Ghani, Dato’ Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Hamidi Mohd Noh Peguam UMNO. 

3. Perbincangan berkisar untuk mencabar Proklamasi oleh YDP Agong berhubung Akta Darurat Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan yang di titahkan untuk dilaksanakan. Bagi kluster Bosku dan Zahid mendakwa apa-apa ordinan yang dimasyhurkan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 

4. Dalam masa yang sama Bossku turut mengadakan perbincangan di Pejabat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO di Tingkat 38 . Semasa disini perbincangan kepada isu yang sama yang mahu gerakan dibuat untuk mendesak Darurat ditamatkan. Sekali lagi Ketua- Ketua Bahagian akan digunakan untuk menggerakkan hasrat kluster Mahkamah dan Kluster menyokong Anwar dan DAP ini. Ketua- Ketua Bahagian UMNO diseluruh negara akan dijadikan balaci untuk mencapai matlamat menderhaka titah Agong ini. 

5. Presiden UMNO melalui Ahmad Maslan telah mengeluarkan satu surat kepada semua AP UMNO dan Ketua- Ketua Bahagian untuk ditandatangani sebagai sokongan bagi membatalkan proklomasi darurat untuk dihantar kepada SPB YDP Agong dan mendesak supaya diadakan sidang Dewan Rakyat. 

6. Semua ini adalah untuk terus menekan dan menumbangkan Mahyuddin PM yang mengetuai Kerajaan Melayu Islam ini bagi menggantikan dengan Kerajaan yang dipimpin Anwar bersama DAP dan jajaran baru bersama parti-parti dalam PH. 

7. Gerakan ini digerakkan selari dengan gerakan yang sedang dibuat oleh Anwar bersama DAP dan Pakatan PH yang akan membawa Proklamasi ini ke mahkamah untuk diputuskan supaya dibatalkan oleh Mahkamah. Parti Amanah melalui Salehudin Ayub secara terang-terang menyangkal Proklamasi Darurat oleh YDP Agong ini dan media sosial mereka melaksanakan viral membangkitkan sentimen rakyat bagi menentang Proklamasi ini. 

8. Pemimpin Kluster Mahkamah dan Ketua-Ketua Bahagian penjilat Bosku dan Zahid ini telah giler dalam berpolitik. Mereka ini nak bawa UMNO kemana sekarang.? Lagi lama mereka disitu makin parah UMNO dikacata mata pengundi. Kalau mereka masih disitu semasa PRU, alamat UMNO akan bungkus lagi. Tindakan mereka sekarang telah sampai kepenghujung pengkhianatan iaitu derhaka dan ingkar kepada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu. 

9. Apa lagi yang Ketua-Ketua Bahagian tunggu. Simpati tidak akan menyelesaikan masalah parti. Bebaskan dari Bosku dan Zahid. Mereka sudah sampai ketahap derhaka pada Raja-Raja dan Perlembagaan negara.

Maklumat lain sila baca di SINI

Rabu, 20 Januari 2021

Proklamasi Darurat tidak boleh cabar di mahkamah – Prof Dr Shamrahayu

KUALA LUMPUR: Proklamasi Darurat untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak boleh dicabar di mahkamah.

Menurut Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abd Aziz, pengisytiharan darurat yang dilaksanakan ketika ini dibuat atas kepuasan hati Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, dalam Perkara 150, Fasal 8, Perlembagaan Persekutuan, secara jelas menyatakan hal puas hati Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam Perkara 150, Fasal 8, Perlembagaan Persekutuan, perenggan A mengatakan kepuasan hati Yang di-Pertuan Agong itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Perenggan B pula, Perkara 150, Fasal 8, Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ataupun menerima, ataupun membuat keputusan dalam hal-hal berkaitan, keesahan ataupun ketidakesahan kepada Proklamasi Darurat yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Di sini menunjukkan bahawa, menurut Perkara 150 dalam Fasal 8, dibaca dengan Fasal 1, Perlembagaan Persekutuan, apa juga tindakan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membuat Proklamasi Darurat ataupun membuat undang-undang yang kita namakan ordinan dalam keadaan darurat itu, (tidak boleh dicabar di mahkamah),” ujarnya dalam satu tembual bersama Radio Ikim, pada Selasa.

Jelasnya, kata Shamrahayu, ada dua perkara mengenai Proklamasi Darurat yang tidak boleh dicabar di mahkamah, iaitu pengisytiharan darurat itu sendiri dan juga undang-undang yang dibuat untuk menyekat penularan Covid-19 itu.

Kedua-dua perkara ini tidak boleh dipersoalkan di mahkamah mengikut peruntukan Perkara 150 dalam Fasal 8, ini adalah keputusan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Maka, tiada mahkamah boleh mendengar permohonan tersebut, iaitu permohonan untuk mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau.

Beliau menjelaskan sedemikian ketika ditanya status berhubung tindakan segelintir pihak yang berhasrat untuk mencabar Proklamasi Darurat yang dilaksanakan kerajaan di mahkamah baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 19/1/2021

Selasa, 19 Januari 2021

Dr M menuduh berlaku salah guna kuasa, kerana Muhyiddin ada 'berkuasa mutlak'

 


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata "kuasa mutlak" yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pengisytiharan darurat akan menyebabkan berlaku "pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa".

"Pengisytiharan darurat telah memberikan kerajaan kuasa yang luar biasa.

"Semua yang dilakukan adalah atas nama Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak boleh dipersoal, dan juga tidak boleh dibawa ke parlimen kerana semua persidangan telah dibatalkan. Kedaulatan undang-undang telah dihapuskan.

"Kita yakin bahawa niatnya baik. Tetapi apabila kuasa mutlak diberikan, pelanggaran dan penyalahgunaan kuasa akan berlaku," kata Mahathir dalam catatan di blognya hari ini.

Katanya, peningkatan mendadak kes Covid-19 dijadikan alasan untuk "rampasan kuasa" melalui pengisytiharan darurat.

"Apa yang dapat dilakukan perdana menteri dengan kuasa mutlaknya untuk menyelesaikan krisis kesihatan ini?

"Bolehkah perdana menteri, dengan kuasanya memenjarakan orang hingga 10 tahun dan menjatuhkan denda RM5 juta dapat mengurangkan jumlah kes?" soal Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata, masalah yang berpunca daripada wabak Covid-19 tidak boleh diselesaikan dengan mudah.

Di antaranya ialah tekanan sistem penjagaan kesihatan akibat peningkatan kes, kesesakan di asrama pekerja asing hingga menyebabkan peningkatan jangkitan dan juga masalah ekonomi.

"Nasihat apa yang boleh (Muhyiddin) berikan kepada Agong yang akan mengurangkan jumlah mereka yang dijangkiti, mereka yang harus dirawat di hospital, mereka yang akan mati?" soal Mahathir.

Tambahnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin telah hilang majoriti dan hak mentadbir, maka hanya melalui perisytiharan darurat "kerajaan minoriti" memperoleh kuasa untuk memerintah.

Pada 9 Jan lalu, Pengerusi Umno Kelantan dan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajan PN.

Beberapa hari kemudian pada 12 Jan, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz pula mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan.

Dengan penarikan sokongan oleh Nazri, kerajaan Muhyiddin hilang majoriti, dengan hanya disokong 109 daripada 220 anggota parlimen.

Dalam catatan blognya hari ini, Mahathir berkata darurat tidak perlu dilaksanakan sejak awal kerana kerajaan sudah mempunyai kuasa dan rakyat Malaysia telah mematuhi arahan yang dikeluarkan.

"Kita bukan seperti negara-negara barat yang liberal di mana rakyat secara terbuka tidak mematuhi arahan kerajaan yang mendakwa bahawa hak dan kebebasan mereka telah diabaikan," katanya.

Mahathir pada Jumaat lalu menyamakan Muhyiddin sebagai "diktator" kerana menggunakan pengisytiharan darurat.

Dilaporkan juga hari ini Pejuang, parti yang diasaskan Mahathir,  mengutuskan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat.

Agong berkenan terhadap Pengisytiharan Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 12 Jan lalu sebagai langkah membendung kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos atau tarikh yang lebih awal sekiranya angka Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Pengisytiharan darurat membolehkan Muhyiddin menggantung parlimen dan menangguhkan pilihan raya negeri Sarawak. Tempoh Dun Sarawak akan berakhir secara automatik pada Jun tahun ini.

-mindarakyat

Isnin, 18 Januari 2021

Demokrasi Malaysia Tidak Boleh Dikalahkan Oleh Pandemik – Mohamad Hasan

 KUALA LUMPUR, 17  Jan – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

Menurut beliau langkah berkenaan hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan MCO dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.

“Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat ‘unprecedented’ dalam sejarahnya.Pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara di istiharkan dalam darurat, perlembagaan di gantung dan parlimen tidak berfungsi. Keputusan Kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.

“Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar.

“Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan. Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik di kalangan negara Islam,” katanya menerusi catatan di Facebok, di sini, hari ini.

Kata Mohamad lagi, demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya. – UMNO Online

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

 

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah.

Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang usahanya untuk merayu kepada Al-Sultan Abdullah bagi mempertahankan Perlembangaan serta rakyat dari salah guna kuasa.

Menurutnya lagi, bagi mempastikan proses mahkamah yang bakal di ambil berjalan dengan jayannya, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-suara.tv