
Memaparkan catatan dengan label PICK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PICK. Papar semua catatan
Isnin, 29 November 2021
Covid 19: Sarawak negeri paling tinggi terima dos penggalak
Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan dos penggalak dan dos tambahan bermula 13 Okt lalu, kadar sasaran pemberian dos penggalak bagi Sarawak ialah 2,042,700 individu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sarawak menjadi negeri penerima dos penggalak paling tinggi di negara ini apabila 30.4 peratus populasi dewasanya telah menerima dos berkenaan setakat Sabtu lepas (27 Nov).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata ia meliputi 602,180 penduduk dewasa di negeri itu.
"Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan dos penggalak dan dos tambahan bermula 13 Okt lalu, kadar sasaran pemberian dos penggalak bagi Sarawak ialah 2,042,700 individu," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang bertanya sejauh manakah Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi negeri Sarawak dan Parlimen Igan.
Menjelas lanjut, Dr Noor Azmi berkata bagi liputan vaksin negeri Sarawak, sehingga 27 Nov, sebanyak 75 peratus penduduk negeri itu telah mendapat dos lengkap vaksin.
Katanya ia meliputi 91.1 peratus penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas dan 85.9 peratus golongan remaja.
Bagi Parlimen Igan pula beliau berkata sejumlah 86.9 peratus penduduk di kawasan itu telah menerima dos lengkap vaksin setakat 25 Nov lepas.
-- BERNAMA
Isnin, 5 Julai 2021
Covid19: Lebih 18 juta dos vaksin lagi dijangka diterima sepanjang Julai
By Paklong Julai 05, 2021
AstraZeneca, Covid19, Pfizer-BioNTech, PICK, SinoVac, Vaksin, YB Khairy Jamaluddin No comments

Daripada jumlah tersebut, ia termasuk sebanyak 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan Julai ini, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menerima sekurang-kurangnya 18.8 juta dos vaksin sepanjang bulan ini.
Daripada jumlah tersebut, ia termasuk 800,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan oleh kerajaan China pada pertengahan bulan.
Selain itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, penghantaran baki 12 juta dos vaksin Sinovac akan turut diselesaikan kepada Malaysia pada bulan ini.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan, sebanyak lebih 5.42 juta lagi dos vaksin Pfizer BioNTeh turut dihantar secara perolehan terus pada bulan sama.
"Campur dengan sumbangan yang telah terima Amerika Syarikat (AS) yang tiba hari ini iaitu 1,000,350 dos, jadi jumlah keseluruhan ialah 6,429150 dos. Manakala, selain sumbangan AstraZeneca (AZ) oleh Jepun, kita juga memperolehi 586,700 melalui perolehan kerajaan Malasyia yang telah dibuat oleh AZ.
"Manakala, Sinovac pula baki penghantaran akan diselesaikan pada bulan ini dan semua 12 juta dos selesai hantar pada Julai. Jadi pada bulan Ogos dan seterusnya, vaksin yang di bawah PICK akan digunakan adalah Pfizer dan AZ," katanya dalam sidang media mingguan, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mengulas lanjut, Khairy berkata kadar vaksinasi negara juga terus konsisten selari dengan sasaran harian pada Julai iaitu sebanyak 300,000 dos sehari.
Beliau berkata, purata pemberian suntikan vaksin yang tinggi direkodkan pada minggu lepas antara 28 Jun hingga 4 Julai iaitu sebanyak 230,115 dos sehari.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini kadar purata vaksinasi purata pada bulan Jun secara keseluruhan mencecah hampir 170,000 setiap hari melepasi sasaran 150,000.
"Sehingga sekarang, seramai 27.3 peratus daripada populasi dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) telah menerima sekruang-kurangnya satu dos vaksinasi dan 11.2 peratus telah lengkap divaksinasi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata enam negeri telah memasuki fasa ketiga PICK.
Ia masing-masing Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan); Melaka, Pulau Pinang; Sarawak; Selangor; serta Perlis.
Jelas Khairy, negeri-negeri berkenaan telah merekodkan sekurang-kurangnya 80 peratus vaksinasi kepada golongan warga emas yang berdaftar.
-Astro Awani












