"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Agung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Agung. Papar semua catatan

Isnin, 29 Mac 2021

PAU 2021:Keputusan dah dibuat, ikut belum tentu

 


PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2020 berakhir semalam dengan mandat diberikan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu menentukan bilakah waktu yang difikirkan sesuai untuk semua ahli Parlimen mereka menarik diri daripada kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan yang diambil oleh perhimpunan agung itu ialah sebulat suara. Seramai 1,110 delegasi menghadiri perhimpunan itu secara fizikal. Selebihnya mengikuti secara maya dari tempat masing-masing.

Mereka juga mahukan wakil-wakil UMNO untuk tarik diri daripada semua jawatan lain termasuk timbalan menteri dan juga pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan atau GLC seperti perbadanan-perbadanan, anak syarikat milik kerajaan atau badan berkanun.

Barisan Nasional (BN) mempunyai 42 wakil dalam Parlimen dengan 38 daripadanya ialah UMNO.

Orang ramai yang mundar-mandir di sekitar WTC yang dulunya dikenali sebagai PWTC nampaknya tidak terkejut dengan keputusan itu. Yang mereka terkejut ialah kenapa keputusan tersebut tidak dibuat sekarang.

Yang keduanya ialah kenapa diserahkan semula kepada MKT untuk menentukan tarikh bila untuk tarik diri dari kerajaan.

Ini kerana PAU ialah badan paling tinggi dalam parti tersebut. Sepatutnya perwakilan mengundi untuk menentukan tarikhnya bila.

Alang-alang nak tarik diri, tarik dirilah sekarang. Tetapi ini bukan perhimpunan kita, ia adalah perhimpunan orang UMNO. Oleh kerana mandat diserahkan semula ke tangan MKT, maka kena tunggulah MKT memanggil mesyuarat.

Mesyuarat itu boleh dipanggil bila-bila masa − hari ini, esok, lusa atau tulat. Mungkin juga minggu depan, minggu satu lagi atau bulan depan. Jadi bila-bila masa boleh.

Yang belum boleh ditentukan lagi ialah, apakah semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC daripada UMNO akan patuh dengan keputusan PAU ini.

Apakah akan ada yang enggan mematuhi keputusan PAU dan tidak berganjak dari kedudukan mereka dalam kerajaan PN.

Jika mereka enggan mematuhi arahan ini, apakah bentuk tindakan yang akan diambil ke atas mereka? Mungkin kena gantung keahlian atau mungkin juga kena pecat terus.

Andai kata yang enggan patuh ini digantung atau dipecat, bila-bila masa juga Bersatu boleh membuka pintu kepada mereka. Dan mereka pada kemudian hari boleh bertanding atas tiket Bersatu.

Wow! Macam-macam boleh jadi. Kita sekadar boleh melihat. Yang mengorak langkah, buka gelanggang, bersilat dan bertarung ialah mereka. Kita? Kita hanya tunggu masa Parlimen dibubarkan. Pada hari mengundi itu, kita tentukanlah nasib kita dan nasib mereka macam mana.

Rozaid Rahman
Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian

Jumaat, 26 Mac 2021

PAU pentas terbaik Zahid perjelas pada ahli isu kerjasama dengan PKR, kata Annuar

 

Annuar Musa berkata kesamaran mengenai isu kerjasama Umno dengan PKR boleh diperjelaskan oleh Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti itu.

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini adalah pentas terbaik buat presiden Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan hala tuju parti, susulan masih timbul kesamaran dalam kalangan ahli selepas parti itu dikaitkan akan bekerjasama dengan PKR.

“Saya fikir presiden Umno mempunyai peluang yang terbaik sewaktu PAU diadakan kerana akan ada ucapan dasar presiden. Saya faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya dan berita yang bercanggah. Ada yang kata Zahid berbincang dengan PKR, ada yang kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong Anwar (Ibrahim).

“PKR sendiri melalui Anwar berkata, ada jumpa tetapi tidak ada pakatan. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula kata perjumpaan hanya biasa-biasa sahaja. Jadi, banyak versi, pada PAU kali ini adalah peluang terbaik dan eloklah perkara itu dijelaskan,” kata Ketua Umno Ketereh Annuar Musa.

Media sebelum ini melaporkan Zahid berkata, Umno tidak akan bekerjasama dengan PKR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, sebaliknya hanya akan menjalinkan kerjasama dengan rakan komponen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Zahid berkata, Umno juga tidak mempunyai sebarang perbincangan bersama PKR mengenai kerjasama pilihan raya dan sebarang perjanjian hanya akan diterokai selepas PRU15.

Perkembangan itu menyusul selepas Anwar berkata wujud usaha menjalin kerjasama antara kedua parti itu.

Pada 16 Mac, Anwar mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan bersama pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.

Dalam siri temu bual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata pertemuan itu berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berpuas hati dengan hasil perbincangan itu, namun menegaskan sebarang kerjasama dengan Umno bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.-FMT