"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sidang Parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sidang Parlimen. Papar semua catatan

Isnin, 19 Januari 2026

Agaknya Lepas Ni Kena Lantik Sarjan Je Jadi Panglima (PAT)." – Sindiran 'Bisa' Agong.

 "Agaknya Lepas Ni Kena Lantik Sarjan Je Jadi Panglima (PAT)." – Sindiran 'Bisa' Agong.

Tuan-tuan, kalau tadi Dewan Rakyat sunyi, kali ini suasananya bertukar jadi "panas membahang".

Mana tidaknya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, baru sahaja melepaskan satu lagi peluru berpandu dalam Titah Diraja hari ini.

Sasaran kali ini bukan orang politik, tapi barisan tertinggi benteng pertahanan negara: Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dengan nada yang sangat kecewa, Baginda bertitah mengenai budaya rasuah yang kini merebak sampai ke peringkat tertinggi kepimpinan tentera.

Dan kemudian, keluar satu ayat sindiran yang sangat tajam, yang mungkin akan dikenang dalam sejarah ketenteraan kita:

"Saya amat kecewa apabila berlaku kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi..."

"...Agaknya lepas ini hanya SARJAN saja dilantik jadi PAT (Panglima Angkatan Tentera)."

Allahuakbar.

Tuan-tuan faham tak betapa "pedihnya" ayat ni?

PAT tu pangkat Jeneral 4 Bintang. Orang nombor satu.

Sarjan tu pangkat NCO (Non-Commissioned Officer).

Jarak antara Sarjan dengan PAT tu macam bumi dengan langit.

Tapi kenapa baginda cakap macam tu?

Baginda sedang bagitahu satu dunia: "Pangkat tinggi melangit pun tak guna kalau integriti ke laut."

Baginda murka sebab tugas tentera adalah jaga kedaulatan negara.

Tapi kalau Jeneral-Jeneral yang sepatutnya buat keputusan beli aset, beli kapal, beli radar... sibuk sakau duit rasuah, apa jadi pada askar bawahan?

Askar bawahan yang merana.

Dapat baju kalis peluru nipis.

Dapat kereta kebal rosak.

Dapat kapal yang tak siap-siap.

Bila perang meletus, yang mati dulu adalah Sarjan, Koperal dan Prebet di barisan hadapan. Jeneral yang makan rasuah? Goyang kaki di rumah agam.

Sebab tu Agong kata, baik lantik Sarjan jadi bos.

Sebab mungkin Sarjan tu tak pandai politik, tak pandai main golf dengan kontraktor, tapi dia jujur nak pertahankan tanah air.

Sindiran Sultan Ibrahim ni adalah amaran "Red Alert".

Rasuah dalam pasukan keselamatan adalah pengkhianatan tertinggi. Ia bukan sekadar curi duit, ia menggadaikan nyawa rakyat.

Bayangkan kalau musuh tahu radar kita tak berfungsi sebab duit maintenance kena sakau? Habis kita tuan-tuan.

Kepada abang-abang askar yang jujur, tabik hormat untuk anda. Kami tahu ramai lagi yang ikhlas.

Tapi kepada "jerung-jerung" berbintang di bahu yang makan duit haram...

Bertaubatlah.

Sebab hari ini, Agong dah londehkan perangai kalian depan satu Malaysia.

Kalau Sarjan lebih dipercayai daripada Jeneral, maknanya institusi kita sedang sakit tenat.

Jangan sampai satu hari nanti, musuh tak perlu serang kita guna peluru. Cukup sekadar tabur duit, satu negara tergadai.

Daulat Tuanku!

MasyaAllah, takutnya kita mendengar teguran ini. Benarlah kata ulama, kerosakan sesuatu bangsa itu bermula apabila pemimpinnya rosak.

Rasuah ini bukan sekadar dosa makan duit haram, tapi ia adalah dosa meruntuhkan tembok pertahanan negara yang dibina dengan darah syuhada.

Moga Allah bersihkan bumi Malaysia ini daripada pengkhianat yang bertopengkan uniform dan pangkat.

Source 

___

Sejarah membuktikan, tiada empayar yang jatuh sebab musuh luar semata-mata. Rom, Parsi, dan Uthmaniyyah semuanya hancur bila rasuah dan gila kuasa merosakkan tentera dari dalam. Nak faham "corak" kejatuhan sesebuah negara supaya kita tak ulang? Baca buku ni.

KITAB TAMADUN UTHMANIYAH 

Banyak lagi fakta 'mindblown' dan sisi gelap sejarah Uthmaniyah yang jarang didedahkan, daripada hubungan rahsia dengan Alam Melayu sampailah ke punca sebenar kejatuhan empayar ini. Buku ini merungkai segala mitos yang selama ini kita percaya bulat-bulat dengan kajian yang sangat teliti dan membuka mata. Korang wajib dapatkan naskhah penuh ilmu ini untuk faham realiti sebenar sejarah dunia Islam di: https://s.shopee.com.my/13AlUSl4r

Dan

KHALIFAH DUNIA ISLAM

Rupa-rupanya ada 125 orang khalifah yang pegang amanah besar ni sepanjang sejarah Islam, bukan cuma empat orang Khulafa ar-Rashidin je. 

Buku ni bongkar profil lengkap mereka dari zaman Madinah sampai kejatuhan Uthmaniyah, sesuai untuk korang yang nak faham sejarah tapi malas baca buku tebal-tebal. Grab naskhah korang sebelum harga naik kat sini: https://s.shopee.com.my/4AsbPLQphp

Jumaat, 10 Oktober 2025

Intipati Pembentangan Belanjawan2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat

 


Intipati Pembentangan #Belanjawan2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini:

📌KDNK Malaysia 2026 diunjur dalam julat membanggakan antara empat dan 4.5 peratus, berbanding empat hingga 4.8 peratus pada 2025 – PM

📌Kerajaan umum Belanjawan 2026 berjumlah RM419.2 bilion (RM421 bilion dalam Belanjawan 2025), terdiri daripada perbelanjaan mengurus RM338.2 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM81 bilion – PM 

📌Jumlah kutipan hasil dianggarkan lebih tinggi kepada RM343.1 bilion pada 2026 berbanding RM334.1 bilion pada 2025 – PM 

📌Belanjawan kali ini menandakan lembaran pertama RMK13, tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan kewangan tahunan, tetapi kompas sejarah untuk era mendatang. - PM

📌Defisit fiskal keseluruhan diunjur mengecil kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025 – PM

📌Belanjawan 2026 mengangkat tema 'Belanjawan Rakyat', menetapkan sembilan Tekad Utama berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI

📌Inflasi keseluruhan diunjur antara 1.3 peratus dan dua peratus pada 2026, mencerminkan persekitaran pertumbuhan harga yang stabil dan terkawal - PM

📌Belanjawan 2026: Di bawah MADANI, badan-badan penguatkuasa berjaya peroleh hasil rampasan, kutipan penalti hampir RM 15.5 billion. - PM

📌Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.0 peratus pada 2026, jumlah guna tenaga meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang – PM

📌Sektor pembuatan diunjur kekal stabil pada 3.0 peratus pada 2026 berbanding 3.8 peratus pada 2025, disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik – PM 

📌Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.2 peratus pada 2026 berbanding 5.1 peratus pada 2025, dengan semua subsektor menyumbang kepada pertumbuhan tersebut – PM 

📌Belanjawan 2026 akan mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana GLIC, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD melalui perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion ringgit tahun lalu - PM 

📌Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkurangan kepada 1.0 peratus pada 2026 berbanding 1.1 peratus pada 2025 – PM 

📌Sektor pertanian diunjur berkembang 2.2 peratus pada 2026 berbanding 1.2 peratus pada 2025 – PM 

📌Belanjawan 2026 peruntuk lebih RM700 juta, sedia latihan, perolehan aset, tingkat keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM, MyCC - PM

📌Belanjawan 2026: JKDM akan perkenal setem cukai digital dengan ciri keselamatan dipertingkat, bendung pemalsuan, tangani ketirisan di pintu masuk negara - PM

 📌Kerajaan bercadang pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Jan, 2026 - PM 

📌Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 14.5 peratus daripada OE diunjurkan berkurangan sebanyak 14.1 peratus kepada RM49 bilion pada 2026 – PM 

📌Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion pada 2025 berbanding unjuran RM334.1 billion tahun ini - PM

📌Sektor pembinaan diunjurkan kekal stabil pada 6.1 peratus pada 2026 berbanding 10.1 peratus pada 2025 – PM 

📌Belanjawan 2026: Inisiatif MyDigital ID akan diperluas ke sektor kewangan, telekomunikasi, e-dagang, kesihatan - PM

📌DE untuk 2025 dianggarkan berkurangan sebanyak 4.8 peratus kepada RM80 bilion, terutamanya disebabkan keperluan perbelanjaan yang lebih rendah kepada sektor ekonomi – PM

📌Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion ringgit setahun – PM

📌Jumlah OE pada 2025 dianggarkan sebanyak RM332.1 bilion berbanding peruntukan asal RM335 bilion – PM

📌Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna untuk memasukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas – PM

📌Belanjawan 2026: RM76.6 juta disediakan, tingkat mutu prasarana UTC - PM

📌 Ikhtiar e-Invois dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026, serta sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan cukai - PM 

📌Belanjawan 2026: Akta Perlindungan Pengguna akan dipinda, memasukkan elemen 'Lemon Law' bagi melindungi hak pengguna - PM

📌JKDM akan perkenal setem cukai digital dengan ciri keselamatan dipertingkat bagi membendung pemalsuan, serta menangani ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV

📌Belanjawan 2026: RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat - PM

📌Belanjawan 2026: Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun. - PM

📌Khazanah, KWAP melabur RM550 juta dalam ekosistem semikonduktor dalam usaha meningkatkan usaha sama firma tempatan dan syarikat multinasional - PM

📌Kerajaan menyediakan RM180 juta Dana Pembangunan Industri NIMP bagi membiayai program pembangunan industri di bawah sektor berimpak tinggi - PM

📌Belanjawan 2026: Tahun Melawat Malaysia 2026 sasar tarik 47 juta pelawat, jana pendapatan pelancongan RM329 billion.

📌Belanjawan 2026: Lebih RM700 juta disediakan untuk merancak sektor pelancongan

📌Agenda Reformasi berjaya menyelaras lebih 1,000 projek, paling utama dapat menjimatkan kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion dan antara sebab Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia

📌Mengikut NSS, BPMB menyediakan pinjaman RM500 juta bagi menyokong aktiviti nilai tambah tinggi oleh syarikat tempatan yang menyokong ekosistem E&E - PM

📌Belanjawan 2026: Kilim Geoforest Park, trail kembara Gua Selat Panchor, geotrail pendakian di Langkawi UNESCO Global Geopark akan dibangunkan

📌GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP meningkatkan pelaburan dalam negara kepada RM30 bilion daripada RM25 bilion tahun ini - PM

📌Belanjawan 2026: Ubah suai, pembaharuan premis perniagaan oleh pengusaha projek pelancongan diberi potongan cukai sehingga RM500,000

📌Belanjawan 2026: Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 akan diberikan bagi perbelanjaan bayaran fi kemasukan pusat pelancongan tempatan, program kebudayaan

📌 iTEKAD dengan dana padanan RM35 juta akan diperluas - PM

📌Malaysia akan terus menerajui bidang AI serta menyubur aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta - PM

📌Belanjawan 2026: Pengecualian 100 peratus duti eksais, cukai jualan diteruskan bagi pembelian kereta Proton dan Perodua oleh pemandu teksi, kereta sewa persendirian

📌Kerajaan akan perkenal Status ASEAN Business Entity (ABE) yang diselaraskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - PM

📌Kerajaan bercadang perkenal potongan cukai tambahan 50 peratus diberikan kepada PMKS bagi perbelanjaan kos latihan berkaitan AI dan keselamatan siber - PM

📌Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal untuk Zon Kewangan Khas Forest City tempa kejayaan besar susulan enam Pejabat Keluarga diluluskan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) hampir RM400 juta dalam tempoh kurang setahun - PM

📌Belanjawan 2026: Sovereign AI Cloud akan dibina MCMC dengan pelaburan RM2 bilion

📌RM53 juta Geran Pecutan Digital Malaysia disediakan bagi mempercepat pertumbuhan, penerimagunaan teknologi seperti blockchain, AI dan perkomputeran kuantum - PM

📌Kerajaan bersetuju menyalurkan dana permulaan RM10 juta melalui penubuhan Dana Nasional Syarikat Terbitan - PM

📌Belanjawan 2026: RM15 juta disediakan untuk penganjuran Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains, Science on Wheels 

📌Kerajaan setuju salur dana permulaan RM10 juta melalui penubuhan Dana Nasional Syarikat Terbitan -- PM

📌30 lagi Pejabat Keluarga telah nyatakan minat, Malaysia di landasan tepat untuk capai RM2 bilion AUM pada penghujung 2026 - PM

📌SJPP sedia menjamin sehingga 70 peratus pembiayaan syarikat pertengahan berorientasi eksport dengan nilai jaminan sehingga RM5 bilion - PM

📌Belanjawan 2026: Penandaan logo Buatan Malaysia, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia akan terus diperkasa dengan peruntukan RM20 juta.

📌Belanjawan 2026: RM50 bilion kemudahan pinjaman dan jaminan Kerajaan tersedia untuk manfaat usahawan tempatan tahun hadapan

📌Mulai suku pertama 2026, Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan, akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan, diikuti sektor perkhidmatan pada suku kedua - PM

📌Geran Pembangunan Pasaran MATRADE menyediakan RM60 juta bagi memudah cara PMKS mengeksport produk ciptaan Malaysia ke pasaran sedia ada dan pasaran baharu termasuk Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah - PM

📌EXIM Bank menyediakan pinjaman mudah untuk membantu syarikat yang terkesan akibat ketegangan tarif perdagangan global dengan dana RM500 juta - PM

📌Jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan bernilai RM50 bilion pada tahun hadapan berbanding RM40 bilion - PM

📌Institusi kewangan pembangunan (DFI) menyediakan pembiayaan dan geran hampir RM1 bilion untuk menyokong automasi proses dan pendigitalan operasi perniagaan - PM

📌Belanjawan 2026: RM2.62 bilion akan disediakan untuk pelbagai subsidi, bantuan kepada pesawah tahun hadapan

📌Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan di bawah BSN dan TEKUN - PM

📌Kerajaan mencadangkan nilai ambang gaji bagi kontrak penggajian yang dikecualikan daripada pengenaan duti setem dinaikkan daripada RM300 kepada RM3,000 sebulan mulai 1 Jan, 2026 - PM

📌RM40 juta disediakan bagi mempercepat proses peningkatan skala syarikat bumiputera berpotensi tinggi - PM

📌Belanjawan 2026: MINDEF akan terima peruntukan RM21.7 billion, KDN RM21.2 bilion

📌Ekuinas akan membangunkan syarikat pelaburannya sehingga dapat disenaraikan dan diambil alih oleh PNB susulan penyatuan Ekuinas dan PHB di bawah YPB - PM

📌Kerajaan menyediakan RM20 juta bagi menyokong syarikat mula niaga mengeluarkan produk mekanisasi dan automasi dengan kerjasama MPOB dan syarikat utama sawit - PM 

📌Belanjawan 2026: RM6 bilion diperuntuk bagi selenggara, beli aset pertahanan termasuk dua MRSS dan 10 kenderaan baharu MALBATT

📌KWAP menyediakan RM20 juta untuk program pembiayaan mikro bagi pesara, memperkasakn keusahawanan di peringkat komuniti - PM

📌Kerajaan peruntuk hampir RM120 juta bagi membela nasib pekebun kecil - PM

📌RM2.4 bilion khusus untuk kontraktor G1-G4 bumiputera - PM

📌Kerajaan sediakan RM50 juta untuk membangunkan dan menyelenggara jalan-jalan ladang di seluruh negara - PM 

📌Sempena Deepavali, bayaran STR Fasa 4 2025 bernilai RM2 bilion yang dijadualkan November ini, diawalkan, disalur mulai 18 Okt - PM

📌RM10 bilion dikhususkan untuk menyokong usahawan bumiputera daripada RM30 bilion jaminan kerajaan di bawah SJPP - PM

📌Belanjawan 2026: SARA RM100 kepada 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas akan diberi sekali lagi pertengahan Februari tahun hadapan. - PM

📌NETR terus memacu pemain industri menerusi sokongan Dana Peralihan Tenaga Negara berjumlah RM150 juta - PM

📌Belanjawan 2026: RM600 juta akan disediakan, perbanyak program Payung RAHMAH di semua kawasan DUN tahun hadapan

📌GLIC, GLC sedang menggerakkan pelaburan bernilai RM16.5 bilion untuk 2026 - PM

📌Program Jaguh Serantau SME Bank sediakan pinjaman RM200 juta kepada PKS bumiputera untuk menembusi pasaran eksport - PM

📌Program Penskalaan Usahawan Bumiputera MARA menyediakan RM100 juta bagi menyokong pertumbuhan syarikat mula niaga dalam sektor strategik bernilai tinggi - PM

📌Cukai Karbon diperkenalkan mulai tahun hadapan dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga - PM

📌PM Datuk Seri Anwar umum RM105 juta untuk VentureTECH tingkat pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor teknologi tinggi

📌Belanjawan 2026: Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 akan digubal, diluncur semasa 'New Frontiers on Care Conference' peringkat ASEAN, November ini.

📌CIDB menyediakan RM10 juta bagi meningkatkan daya saing usahawan bumiputera khususnya kontraktor muda industri pembinaan -- PM

📌Kerajaan meneruskan pemberian rebat bagi pembelian kelengkapan jenis cekap tenaga kepada pengguna dan peniaga dengan peruntukan RM20 juta - PM

📌Belanjawan 2026: RM46.5 bilion diperuntuk kepada Kementerian Kesihatan, meningkat berbanding RM45.3 bilion tahun ini.

📌Belanjawan 2026: Semua hospital, klinik Kerajaan akan diselenggara, baik pulih melibatkan peruntukan RM1.2 bilion.

📌Belanjawan 2026: Seramai 4,500 doktor kontrak diluluskan, akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan.

📌Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh permohonan pengecualian cukai pendapatan perusahaan sosial sehingga 2028 - PM

📌RM230 juta disediakan kepada AIM untuk terus menawarkan pembiayaan, menjadikan dana AIM yang tersedia berjumlah RM2.9 bilion - PM

📌Belanjawan 2026: Rokok naik 2 sen per batang, duti eksais ke atas produk rokok lain turut dinaikkan berkuat kuasa 1 Nov ini.

📌Belanjawan 2026: Mulai 2026, kerajaan memberikan Pendidikan Percuma PTPTN, libatkan 5,800 pelajar IPTA dari keluarga miskin, dengan peruntukan RM120 juta

📌Belanjawan 2026: Kerajaan setuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua penerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah, menengah.

📌Kerajaan cadang kenakan duti setem pada kadar rata daripada empat kepada lapan peratus ke atas surat cara pindah milik rumah kediaman oleh individu bukan warganegara dan syarikat asing - PM

📌Kerajaan lanjut tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk "nicotine mist" dan "nicotine lozenges" sehingga 31 Dis, 2027 - PM

📌Kerajaan setuju kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 Nov, 2025 - PM

📌Kerajaan cadang pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000, dilanjutkan selama dua tahun sehingga 31 Dis, 2027 - PM

📌Belanjawan 2026: Had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA akan dinaikkan sehingga RM1 juta ringgit, selaras pelarasan gaji, peningkatan harga pasaran hartanah

📌Kerajaan cadang perbelanjaan pengubahsuaian dan menukar bangunan komersial kepada tempat kediaman diberi potongan cukai khas 10 peratus daripada perbelanjaan yang layak, dengan potongan cukai terhad sehingga RM10 juta - PM

📌Belanjawan 2026: Semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.

📌Penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara, veteran berpencen dan tidak berpencen RM250,disalurkan awal Mac 2026. - PM

Selasa, 10 Disember 2024

Parlimen PMQT: PMX Masih Gagal Jawab Kewujudan Titah Addendum

 PMX Masih Gagal Jawab Kewujudan Titah Addendum

Harini dalam sesi waktu pertanyaan Perdana Menteri (Prime Minister Question Time), YB Dato Seri Takiyuddin Hassan ada tanya pasal titah addendum. 

Soalan dia mudah je, kenapa masa mula-mula isu ni timbul, pihak Kerajaan menafikan kewujudan addendum ni. Susah sangat nak menyatakan dengan jelas, ada atau takde titah addendum ni. 

YB Pasir Mas pulak timbulkan apa yang berlaku dalam proses pengampunan PMX pun tak lalu proses yang sepatutnya. 

Tapi rakyat akur kepada titah YDPA ketika itu dan terima. Tetapi kenapa titah YDPA untuk tahanan rumah kepada DS Najib tidak dilaksanakan oleh pihak kerajaan?

PMX macam biasa, dia emosional dan terjerit-jerit. Dia jawab saya tidak boleh ulas sebab subjudis dan saya tak tahu. Apa punya Perdana Menteri kau boleh kata tak tahu. Ni kerajaan kau. 

Dia langsung tidak sentuh kenapa pihak kerajaan dan Menteri pada awalnya menafikan wujudnya titah addendum ini. Juga dia langsung tidak sebut, ADA atau TIADA. Sedangkan itu soalan paling penting rakyat nak tahu. 

Siap boleh sindir YB Pasir Mas suruh jumpa Sultan Kelantan kalau tak puas hati proses pengampunan dia. Apa punya hujah Perdana Menteri macam ni. Tak boleh nak jawab menyorok belakang bekas YDPA dan Sultan. 

Ahli Parlimen UMNO? macam biasalah. Senyap tak bersuara kecuali Ahli Parlimen Pekan. Sekali tengok, DS Najib macam bekas Presiden PAS pulak. 

Salam Hormat, 

Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff

Khamis, 21 November 2024

Lawatan kerja PMX keluar negara 70% ditanggung GLC dan swasta

 Tatakelongkang Ala-Madani

Terkejut aku bila dengar PMX dengan selambanya menceritakan ketika PMQT di Parlimen, bahawa 70-80% kos lawatan dia ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta. 

Aku macam tak percaya. Biar betul apa yang aku dengar. 

Baru ni aku dedahkan tatakelongkang Kerajaan Madani bila anak PMX hadir dan terlibat sama dalam mesyuarat rasmi Kerajaan ketika lawatan ke luar negara. Walaupun hadir atas nama NGO. 

Sampai ada kawan aku yang bergiat aktif dengan NGO komen, "Macamana cara NGO kami nak mohon ikut lawatan PMX?" 

Hahaha bab tu aku serah pada Nurul Izzah untuk beri jawapan. Dia lagi mahir. 

Balik pada isu tajaan syarikat swasta untuk lawatan PMX ni, aku teringat satu cerita yang berlaku di negara selatan kita Singapura. Seorang bekas Menteri Pengangkutan negara tu S. Iswaran ketika menjawat jawatan menteri telah menerima hadiah bernilai RM1.3 juta termasuk dalam bentuk penerbangan jet peribadi. 

Sekarang ni dia sedang meringkuk dalam penjara selama 12 bulan kerana didapati bersalah tuduhan salah guna kuasa. 

Jadi soalan jujur dari aku, kenapa S.Iswaran buat salah guna kuasa, tetapi PMX buat penjimatan? Pelik kan?

Bayangkan yang terima tajaan ini adalah Perdana Menteri Najib Razak atau Muhyiddin Yassin, mahu bergegar Parlimen sehingga tercabut atap. Yang paling tinggi meloncat adalah DAP. 

Tapi tadi bila PMX sebut dalam Parlimen tadi, semua Ahli Parlimen Kerajaan termasuk DAP senyap sunyi. Takde sorang pun berani nak persoal PMX. 

Betul lah bila Ahli Parlimen Putrajaya YB Dr. Radzi Jidin kata Kerajaan Madani ni adalah Kerajaan Lembu Kenyang. 

Aku nak dengar juga apa spin PMX kali ni. Aku boleh agak, mungkin dia jawab kami buat macam naik keta sewa tong-tong duit minyak. Kita kongsi sorang sikit. 

Macam tu lah kot......Tatakelongkang......

Salam Hormat,

Ir. Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff

Sabtu, 19 Oktober 2024

Inti pati Belanjawan 2025

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Berikut adalah inti pati Belanjawan 2025 yang dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

● Belanjawan 2025 membabitkan peruntukan RM421 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah diumumkan dengan RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM86 bilion bagi belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat.


● Kerajaan akan terus tanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat.


● Kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.


● RM27 juta disediakan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk terus memecahkan penguasaan kartel.

RM60 juta disediakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk banteras ketirisan wang rakyat.


● Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963, Sabah dan Sarawak diberi perhatian khusus.


● Peruntukan pembangunan untuk Sabah RM6.7 bilion, Sarawak RM5.9 bilion.


● Mulai 2025, kerajaan menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.


● Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta berbanding RM338 juta tahun lalu.


● Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan Parlimen kepada RM180 juta berbanding RM166 juta tahun lalu.

Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula, kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan.



● Lebih RM60 juta disediakan bagi menaik taraf prasarana kehakiman termasuk pembangunan sistem e-Kehakiman.

Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam akan digubal meliputi tiga anjakan besar: mengurangkan birokrasi, mempercepat proses dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.


● RM25 juta disediakan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).Saluran berpusat akan dibentuk di UTC bagi membantu rakyat susah memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.


● Semua UTC akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian.

Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI akan dilaksanakan di kawasan tumpuan ramai.



● Perkhidmatan bergerak terus diperbanyak dengan peruntukan RM100 juta.

Peruntukan keseluruhan RM1 bilion disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI.Sebanyak 64 daripada 126 pejabat luar negara tidak beroperasi bawah satu bumbung, kerajaan putuskan operasi dipindahkan ke Pejabat Canseri atau digabungkan.


● Semua ruang dan bangunan kosong milik agensi kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dimanfaatkan untuk tujuan prasekolah.


● Sebahagian hasil penjualan nombor plat khas disalurkan untuk membantu rakyat susah termasuk menampung bayaran mendapatkan lesen motosikal 15,000 anak muda kurang mampu.

Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 juta.



● Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber.


● Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.


● RM150 juta disalurkan segera kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai bagi mengatasi banjir kilat.


● RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai persiapan mendepani musibah banjir.


● RM20 juta geran padanan disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.


● Hampir RM550 juta disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.


● Khazanah menyediakan RM600 juta bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif.

Semua kementerian dan jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat dan aktiviti sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 hendaklah memperoleh kraf tangan daripada pengusaha tempatan.


● RM300 juta disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok berbanding RM150 juta tahun ini.


● RM27 juta disediakan sebagai insentif kepada petani dan penternak untuk meningkatkan pengeluaran.


● RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat berbanding RM2.6 bilion.


● Kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan dinaikkan kepada RM84,000 untuk Semenanjung dan RM90,000 untuk Sabah dan Sarawak.


● Juruadit halal JAKIM ditambah 100 orang ke arah mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal.

RM130 juta disediakan khusus untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.


● RM100 juta disediakan untuk menjamin keselesaan serta keselamatan warunbg, gerai dan pasar.


● 20 hektar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia diperuntukkan sebagai Tanah Rizab Melayu.

4.1 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan, tahun depan.

● Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025, kategori bujang terima RM600.

Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 ringgit.


● Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah dinaikkan kepada RM250 ringgit seorang, RM200 seorang bagi lingkungan 7 hingga 18 tahun.


● Kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500. Bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November ini membabitkan peruntukan RM1.7 bilion.


● Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.


● Selain itu, RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa.


● Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000.

Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000.Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.


● Penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan.


● Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja.


● RM250 juta disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan.


● Program i-Suri diteruskan secara insentif padanan melalui caruman Kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum.


● Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan RM100 juta.

Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP.


● Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion, berbanding RM58.7 bilion tahun ini, peruntukan tertinggi dalam sejarah.


● RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.


● Sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan.


● RM100 juta diperuntuk untuk Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar.


● 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.

Peruntukan khas RM10 juta disediakan sebagai Bantuan Persekolahan kepada semua 687 sekolah pedalaman.


● Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan.


● Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM18 bilion, berbanding RM16.3 bilion tahun ini.


● Pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun lagi.RM635 juta disediakan untuk menambah baik prasarana, mengganti peralatan usang dan meluas capaian internet di semua universiti awam.

Pendidikan berkaitan AI akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta.


● Kerajaan meningkatkan peruntukan TVET kepada RM7.5 bilion berbanding RM6.8 bilion.


● Majikan yang mengambil OKU dan bekas banduan bekerja akan diberi insentif sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah seliaan PERKESO.


● Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu RM45.3 bilion ringgit berbanding RM41.2 bilion.


● Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.


● Kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta termasuk untuk perolehan peralatan terkini, bagi mengukuhkan Pusat-pusat Kecemerlangan yang dikenal pasti.


● Hampir RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat.

Pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama.


● Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir RM2.9 bilion.


● Pas Bulanan My50 diteruskan bagi manfaat 180,000 pengguna Lembah Klang menggunakan bas dan rel Prasarana.


● Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala.


● RM2.8 bilion disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan.Potongan cukai tambahan 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan, kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.


● Program Rakan Muda diperuntukkan RM25 juta untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.

Kerajaan menyediakan RM5 juta untuk melaksanakan Ikhtiar 1,000 Hari Pertama Kehidupan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Hepatitis B dalam kalangan bayi baru lahir.


● Kerajaan akan membina 34 prasekolah, 16 taska dan Tabika Kemas Pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.


● 11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anakanak autistik.


● Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110,000 murid OKU.


● Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada RM6,000 ringgit.

Peruntukan kebajikan warga emas akan ditingkatkan mencecah RM1 bilion bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.


● Peruntukan bantuan OKU di bawah JKM ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion.


● Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir RM380 juta, berbanding RM330 juta.


● RM10 juta untuk menjayakan program Program Peluang Kedua (PEKA) bagi mengembalikan banduan ke dalam masyarakat.


● Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.


● Kerajaan menyediakan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah susulan Ops Global.


● Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion.Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.

Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 sebagai menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.


● Pembangunan sukan negara terus diperhebat dengan peruntukan lebih RM230 juta.RM15 juta disediakan kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak.


● Peruntukan RM1 juta kepada pembangunan sukan kriket, RM20 juta untuk memperkasa ekosistem e-sukan.


● Penganjuran program-program pemupukan semangat perpaduan serta jati diri diperbanyak dengan peruntukan RM50 juta.RM50 juta dana bantuan bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara.

RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa bagi mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan. Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutama yang berteraskan semangat kenegaraan.


● Hampir RM40 juta disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia.


● RM25 juta untuk MyCreative Ventures bagi menyokong industri kreatif.Program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta.


● Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan RM19.5 bilion, menokok sebanyak RM500 juta.


● Lebih RM2.12 bilion peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN bagi menjamin keselamatan dalam negeri.

Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM21.2 bilion.


● Sejumlah RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara.


● Pembangunan pekan-pekan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand dengan peruntukan hampir RM1 bilion.


● RM5 juta disediakan bagi membekalkan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan air bawah tanah di kawasan ESS Zone, Sabah.


● Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar.


● Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara RM55 hingga RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan.


● Lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

LPPSA akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.


● Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudah. Kadar Bantuan Sara Hidup untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan.


● Kerajaan akan menganjurkan Anugerah Perkhidmatan Awam MADANI sebagai tanda pengiktirafan dengan pemberian ganjaran yang sewajarnya.


● Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan, diberi pada Februari 2025.


● Menteri-menteri serta lantikan politik terus membuat pemotongan 20 peratus gaji, Perdana Menteri tidak akan menerima gaji.


TERKINI Belanjawan 2025

-BH Online 

Ahad, 21 Julai 2024

'Qunut Nazilah ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza kenapa ada yang terasa' - Wan Ahmad Fayhsal

 bharian.com.my

Oleh Essa Abu Yamin 
essabuyamin@bh.com.my
Julai 21, 2024 @ 1:57pm
Reaksi Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika mendengar usul tentang penggantungan beliau daripada sidang Parlimen selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Julai lalu di Bangunan Parlimen, pada 18 Julai lalu.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, menafikan Qunut Nazilah yang dibacakan oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, ditujukan kepada pemimpin kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, doa yang dibacakan itu ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza, Palestin seperti syarikat BlackRock.

"Saya ada di Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail, membacakan Doa Qunut Nazilah.

"Beliau tidak tujukan kepada kerajaan Perpaduan, apatah lagi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul atau Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilaporkan memandang serius mengenai bacaan Qunut Nazilah oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, doa itu adalah bersifat umum dan tidak khusus kepada seteru politik seperti didakwa menteri berkenaan dan turut mempersoalkan mengapa menteri terbabit terasa dengan doa yang dibacakan berkenaan.

"Ingat prinsip usul fiqh dalam membuat penghakiman: al-hukm 'ala shay' far'un 'an tasawwurihi (membuat hukum ke atas sesuatu perkara mestilah dibuat selepas mendapat gambaran penuh tentang perkara itu.

"Nampaknya Menteri Dalam Negeri ini cepat bersangka buruk dalam soal ini. Jangan risau kami bukan Khawarij seperti yang kamu cuba momokkan!", katanya.

Kelmarin, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR menyifatkan bacaan doa itu sebagai satu dasar politik yang melampau dan harus ditolak biar pun terdapat perbezaan fahaman politik antara kerajaan dan pembangkang.

Katanya, perbuatan membaca Qunut Nazilah terhadap musuh politik juga tidak menggambarkan akhlak politik Islam.

"Semalam (Khamis lalu) Ahli Parlimen Jasin (Zulkifli) membaca Qunut Nazilah terhadap lawan politiknya. Ini bukannya akhlak politik Islam, jauh sekali hendak kata ini ajaran Islam.

"Dibacakan dalam Dewan Rakyat, jelas beliau (Zulkifli) cuba berselindung di sebalik imuniti Parlimen," katanya ketika sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin.

Khamis lalu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua ARMADA BERSATU digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan, dengan diiringi bacaan qunut nazilah oleh sebahagian Ahli Parlimen pembangkang lain.

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) dalam satu kenyataan menasihatkan masyarakat supaya mengelak membaca qunut nazilah ke atas mana-mana orang Islam kerana ia dikhuatiri akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.

Katanya, ia kerana bacaan doa itu ke atas orang Islam, sama ada musuh atau lawan sesama muslim tidak dibolehkan dalam apa-apa juga keadaan.

Selain itu, katanya, perbuatan sama tidak dibolehkan sekiranya Qunut Nazilah dibacakan ke atas orang Islam semata-mata kerana perselisihan faham atau pandangan yang biasa berlaku dalam politik dan seumpamanya.

-Wak Labu Farm