"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Sabtu, 31 Oktober 2020

Khabib beri amaran kepada Presiden Perancis

 


MOSCOW-Juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov memberikan peringatan kepada Emmanuel Macron susulan kenyataan liar Presiden Perancis itu terhadap agama Islam dan Muslim.

Khabib berkata, setiap Muslim mencintai Nabi Muhammad S.A.W lebih daripada segala-galanya termasuk ibu bapa, isteri dan anak-anak mereka.

“Semoga Yang Maha Kuasa memberikan ganjaran pada orang ini dan semua pengikutnya, yang dengan slogan kebebasan berbicara sudah menyinggung perasaan lebih dari 1.5 milion umat Islam.

“Percayalah provokasi ini akan kembali kepada mereka,” katanya di Instagram seperti dilaporkan portal AA hari ini.

Di Intagramnya, Khabib turut memuat naik gambar kasut di wajah Macron sebagai tanda marah terhadap penghinaan anti Islam oleh pemimpin itu.

Juara kelahiran Rusia itu juga berkongsi Surah al Ahzab yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang menyakiti ALLAH dan Rasul-Nya. ALLAH akan melaknatinya di dunia dan akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang menggunakan,”.

Macron pada awal bulan ini menyifatkan Islam agama krisis sekaligus membangkitkan amarah umat Islam seluruh dunia.

Beliau juga mengumumkan perancangannya bagi mewujudkan undang-undang untuk menangani apa yang disebutnya sebagai”separatisme Islam” di Perancis.

Antara negara cukup lantang mengkritik Marcon ialah Turkey di mana pemimpinnya, Recep Tayyip Erdogan mengatakan Marcon mempunyai masalah mental dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Rentas7

Perutusan khas situasi semasa COVID19 oleh Perdana Menteri

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Apa khabar semua? Saya doakan saudara dan saudari sihat wal áfiat.

1. Saya memandang serius trend peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak di negara kita pada masa ini. Dalam apa yang disebut sebagai gelombang ketiga COVID-19 ini, hanya dalam tempoh sebulan yang lalu, hampir 20 ribu kes positif baharu dicatatkan di Malaysia berbanding 10,576 kes dalam tempoh 6 bulan sebelumnya. Jumlah keseluruhan kes positif setakat 30 Oktober 2020 ialah 30,090 kes dengan 246 kematian.

2. Setakat ini Sabah mencatatkan jumlah kes yang tertinggi iaitu 13,701 kes. Negeri-negeri lain yang mencatatkan lebih 1 ribu kes ialah Selangor 4,360 kes, Kuala Lumpur 2,991 kes, Kedah 2,080 kes dan Negeri Sembilan 1,516 kes.

3. Peta negeri Sabah dan Selangor menunjukkan hampir keseluruhan kawasan telah menjadi merah, iaitu kawasan-kawasan yang mencatatkan kes COVID-19 melebihi 40 kes. Negeri-negeri yang dahulunya berstatus hijau, iaitu tiada langsung kes positif COVID-19 seperti Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah menjadi kuning dan sebahagian kawasan telah bertukar menjadi merah.

4. Peningkatan kes COVID-19 secara mendadak telah memberi tekanan kepada para frontliners kita. Di negeri Sabah sahaja lebih 300 petugas barisan hadapan telah dijangkiti COVID-19 dan lebih 1,200 petugas dikenakan kuarantin. Terdapat anggota
polis yang terkena jangkitan COVID-19 dan setakat ini hampir 11,000 anggota terpaksa dikuarantin. Keadaan ini menambah kekangan pasukan polis terutamanya bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan. We can’t fail our frontliners.

5. Kerajaan memandang serius perkembangan ini. Sejak sebulan yang lalu, saya mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 hampir setiap hari. Saya bersama Menteri-Menteri Kabinet dan pegawai- pegawai kanan kerajaan meneliti data-data dan syor-syor yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam membendung COVID-19.

6. Kita mengambil pendekatan untuk mengimbangi antara kepentingan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup saudara dan saudari sekalian. We have to strike a fine balance between protecting lives and livelihood.

7. Kita perketatkan SOP bagi kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, sukan dan lain-lain untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memutuskan rantaian jangkitan. Tetapi pada masa yang sama, kita benarkan kegiatan ekonomi untuk diteruskan tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat untuk memastikan perniagaan dan industri terus beroperasi.

8. Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19 pada waktu ini, Kerajaan cuba sedaya-upaya untuk mengelakkan kesan yang terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat.

9. Saya tahu ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800 ribu orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.

10. Oleh itu, Kerajaan akan membentangkan Bajet 2021 di Dewan Rakyat pada 6 haribulan November nanti yang akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. InsyaAllah, dalam Bajet yang akan dibentangkan nanti, kerajaan akan mengumumkan inisiatif-inisiatif yang bakal meringankan beban yang ditanggung oleh saudara dan saudari sekalian dalam menghadapi zaman yang sukar ini.

11. Saya berharap, semua Ahli Parlimen dapat mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Bajet 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara. Marilah kita letakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain. Satu bentuk persefahaman boleh dirangka dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk membolehkan Bajet 2021 diluluskan dengan sokongan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

12. Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang kita hadapi pada masa ini. Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan COVID-19 dan memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

13. Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang ditetapkan pada 5 Disember 2020 dan Pilihanraya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa tidak dapat dielakkan. Ini kerana menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen. Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihanraya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

14. Dalam Sidang Khas MKN yang saya pengerusikan hari ini, Setiausaha SPR memaklumkan ramai petugas pilihanraya menyatakan rasa bimbang untuk bertugas di PRK Batu Sapi nanti kerana takut terkena jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia juga melaporkan jika Pilihanraya Negeri Sarawak terpaksa diadakan, beliau bimbang akan keadaan di kawasan-kawasan pedalaman negeri Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap apakah akan mampu menampung peningkatan kes-kes positif COVID-19 yang berkemungkinan naik secara mendadak selepas pilihanraya. Keupayaan frontliners dan logistik kesihatan juga akan menjadi semakin terkekang dengan keadaan geografi negeri Sarawak yang luas dan sesetengah kawasan amat sukar untuk diakses. Ini tidak mengambilkira kos tambahan yang akan ditanggung oleh kerajaan dan kos ke atas ekonomi jika penularan jangkitan COVID-19 berlaku dengan mendadak selepas pilihanraya. Di negeri Sabah sahaja dianggarkan kerajaan terpaksa membelanjakan setengah bilion ringgit jika PKP terpaksa dilaksanakan.

15. Ini pandangan yang diberikan oleh pihak yang pakar dalam pengurusan pilihanraya dan kesihatan di negara kita. Saya mestilah mendengar pandangan mereka.

16. Ada pihak mencadangkan kepada saya supaya kita perketatkan SOP pilihanraya. Ya, boleh. Saya akan teliti SOP yang disediakan oleh SPR untuk PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak. Cuma saya tahu banyak kekangan yang dihadapi oleh SPR untuk menggubal satu SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan TIADA jangkitan langsung semasa pilihanraya diadakan.

17. Antaranya ialah kekangan untuk menghalang pergerakan pengundi di kawasan merah untuk keluar mengundi kerana mereka ada hak untuk mengundi di sisi perlembagaan. Batu Sapi adalah kawasan merah. Kita minta penduduk Batu Sapi supaya duduk di rumah.
Tetapi oleh kerana ada pilihanraya mereka terpaksa keluar beramai-ramai untuk mengundi. Mungkin peratusan keluar mengundi akan menjadi rendah, tetapi itulah demokrasi.

18. Begitu juga pergerakan pengundi dari kawasan merah ke kawasan hijau juga tidak dapat dihalang. Cuba saudara dan saudari bayangkan. Kuching sekarang adalah kawasan merah yang mencatatkan lebih 70 kes COVID-19. Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan sekarang, penduduk di Kuching tidak dibenarkan keluar dari daerah Kuching. Dengan itu kita dapat membendung penularan COVID-19 ke daerah-daerah lain yang masih berstatus hijau, iaitu tiada langsung kes COVID-19 dikesan.

19. Tetapi jika pilihanraya terpaksa diadakan, kita tidak boleh menghalang penduduk di Kuching yang mengundi di Samarahan, Sri Aman, Miri, Bintulu dan lain- lain daerah untuk keluar mengundi. Begitu juga pengundi Sarawak yang tinggal di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang mencatatkan kes-kes COVID-19 yang tinggi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mereka pulang mengundi kerana itu adalah hak mereka di bawah Perlembagaan.

20. Mungkin ada yang kata kenapa kita tidak buat ujian saringan COVID-19 ke atas semua pengundi luar negeri Sarawak yang hendak balik mengundi. Isunya, siapa yang akan menanggung kos ujian dan apakah kita mempunyai kapasiti makmal yang mencukupi untuk melakukan ujian ke atas ratusan ribu pengundi dalam masa yang singkat. Ujian saringan pun tidak dapat menjamin mereka tidak dijangkiti selepas mengambil ujian.

21. Oleh kerana ramai pesakit COVID-19 tidak mempunyai apa-apa simtom, kita tidak dapat pastikan dengan tepat siapa di antara mereka yang membawa virus ini dan menyebabkan jangkitan dalam komuniti. Lebih sukar sekiranya jangkitan berlaku di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan hospital dan fasiliti kesihatan lain yang lengkap. Mereka yang dijangkiti mungkin akan meninggal dunia begitu sahaja sebelum bantuan tiba, na’uzubillah.

22. Saya sebutkan begini kerana ini bukan perkara main-main. Ini perkara serius. Kerana itu, kalau saudara dan saudari tanya saya, pilihanraya sepatutnya tidak diadakan langsung pada masa ini.

23. Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya. Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, boleh lah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihanraya ini sehingga COVID-19 berakhir.

24. Jika pilihanraya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hati lah.Jagalah diri saudara dan saudari semua. Patuhi SOP dengan penuh berdisiplin apabila pilihanraya diadakan.

25. Begitu juga penduduk di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan lain-lain negeri yang sedang mencatatkan peningkatan kes-kes positif COVID-19. Saya merayu kepada saudara dan saudari sekalian, jagalah diri masing-masing, ahli keluarga dan orang di sekeling kita dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kasihanilah para frontliners kita yang terpaksa bekerja siang dan malam bersabung nyawa untuk memerangi wabak ini dan melindungi kita semua.

26. Bagi yang bekerja, seboleh-bolehnya bekerjalah dari rumah. Saya bimbang kerana sekarang ini telah ada beberapa kluster baharu yang berpunca daripada jangkitan di tempat kerja.

27. Bagi mereka yang terpaksa keluar bekerja, patuhilah SOP dengan penuh berdisiplin. Sentiasalah ingat untuk memakai pelitup muka, bersihkan tangan dan jaga penjarakan fizikal. Elakkan tempat yang sesak dan jangan bersentuhan. Jika tidak ada apa-apa urusan yang penting, duduklah di rumah. Please stay at home because our home is the safest place on earth now.

28. Akhir sekali, saya ingin mengajak semua pihak – ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, belia, mahasiswa dan seluruh lapisan masyarakat supaya bersatu hati, berganding bahu dan berpadu tenaga untuk melawan COVID-19

29. Saya berdoa mudah-mudahan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita segera berakhir dan kita semua dijauhi daripada sebarang musibah. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
-BebasNews

PRK BATU SAPI DAN PRN SARAWAK TIDAK DAPAT DIELAKKAN KECUALI DIISYTIHAR DARURAT – MUHYIDDIN

Darurat perlu diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak


Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak boleh dielakkan kecuali darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen.

Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihanraya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),” – yang dinyatakan dalam perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19, hari ini.

Beliau menambah, ia tidak dapat dielak kerana PRK Batu Sapi telah ditetapkan pada 5 Disember depan dan PRN Sarawak pula berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa.

Muhyiddin berkata, bagaimanapun tiada apa yang boleh dilakukan untuk menangguhkan PRK dan PRN itu berikutan ia kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga Covid-19 berakhir.” 

Tetapi, jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hatilah, jagalah diri dan patuhi SOP (prosedur operasi standard) dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan,” tambah Muhyiddin lagi.

-editormalaysia.com

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang


Bahan-Bahan

-1 ekor ikan patin

-1 senduk tempoyak

-1 ikat daun kesum

-1 batang bunga kantan

-7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler

-1 inci kunyit hidup

-Air

-Garam

-Gula

Cara Memasak

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap

- Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.

- Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.

- Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.

Selamat mencuba uolss!

Kredit : Dapur LAZZ

Jumaat, 30 Oktober 2020

Pakar dari Perancis jelaskan maksud kenyataan Dr Mahathir

 


Seorang ahli akademik Perancis yang mengkaji politik Malaysia terutamanya membabitkan Dr Mahathir Mohamad berkata komen bekas perdana menteri itu dalam Twitter perlu dilihat mengikut konteks pandangan dunia yang membentuknya.

Sophie Lemiere, ahli antropologi politik yang mengkaji politik kontemporari Malaysia sejak beberapa tahun lalu berkata, ciapan kontroversi bekas perdana menteri itu, yang dipadam Twitter sememangnya dimahukan Mahathir.

“Mahathir suka kontroversi. Itu memang ‘makanan’ dia,” katanya.

Mahathir sebelum itu dalam ciapan Twitternya menulis “Orang Islam ada hak untuk marah dan membunuh berjuta rakyat Perancis atas penyembelihan di masa lalu,” komen yang dilakukan selepas meningkatnya keganasan dikatakan dilakukan umat Islam termasuk komen Islamofobia oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Macron bertindak mempertahankan karikatur Nabi Muhammad yang mencetuskan kontroversi selepas seorang guru dipenggal kepala kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada murid-muridnya.

Beliau juga meminta Perancis dibersihkan daripada apa yang disebutnya sebagai pemisah Muslim, mencetuskan protes daripada umat Islam seluruh dunia termasuk beberapa siri insiden keganasan di negara itu.

Dalam catatan blognya, Mahathir menyifatkan Macron sebagai “sangat primitif” kerana menyalahkan Islam dalam kes pembunuhan guru tersebut.

“Mahathir suka kontroversi. Itu memang ‘makanan’ dia,” katanya.

“Tetapi tanpa mengira agama yang dianuti, orang sedang marah berisiko untuk melakukan pembunuhan. Rakyat Perancis dalam sejarah mereka membunuh berjuta-juta orang dan kebanyakan beragama Islam.

“Orang Islam ada hak untuk marah dan membunuh berjuta-juta rakyat Perancis atas pembunuhan masa lalu. Tetapi kebanyakan orang Islam tidak tidak mengguna pakai ‘hukuman darah dibalas darah’. Muslim tidak berbuat demikian. Orang Perancis juga tidak harus buat demikian. Orang Perancis sebaliknya perlu belajar menghormati perasaan orang lain,” kata Mahathir dalam ciapan Twitter miliknya dan juga blog chedet.cc.

Komen itu dibuat beliau beberapa jam selepas satu lagi serangan berlaku di Perancis.

Menjawab reaksi marah terhadap komen Mahathir, Lemiere, yang sedang menulis mengenai biografi politik baru Mahathir berjudul, “The Last Game: Malaysian Politics in the Eye of Mahathir”, turut mengecam tulisan oleh presiden PKR Anwar Ibrahim mengenai perkembangan semasa di Perancis sebagai “kurang cerdik”.

Katanya Mahathir adalah seorang yang tegas bercakap perkara benar tetapi dengan kepentingan tempatan menjadi keutamaan.

“Mahathir menubuhkan sebuah parti baru pada bulan Ogos lalu (Pejuang) dan berusaha menarik ahli baru daripada parti-parti konservatif Melayu-Islam yang lain,” katanya.

Katanya seseorang perlu menilai Mahathir dalam konteks beliau dibesarkan dalam era mana.

“Mahathir bukan feminis dan mencerminkan paradigma lelaki berusia 95 tahun. Contohnya: Cuti bersalin padanya hanya satu merugikan ekonomi.”

Tetapi Lemiere berkata pemimpin-pemimpin Malaysia tidak memahami hal berkaitan masyarakat Perancis, dengan berkata cabaran struktur menjadi satu masalah berterusan dalam masyarakatnya.

Begitu juga, katanya golongan elit politik Perancis juga tidak menghiraukan “kekompleksnya Islamisme, Islam atau apa yang disebut sebagai dunia Islam”.

Lemiere berkata komen Mahathir merupakan batu loncatan dalam keperluan politik tempatannya.

“Beliau adalah pakar dalam pengurusan krisis, terutama melibatkan perkara dimulakan beliau. Provokasi krisis antarabangsa dijadikan sebagai sasaran untuk mencapai cita-cita dalam negara.”

#Sumber : www.malaysianow.com

-mindarakyat

Umno tolak syor Rais cadang semula darurat kepada Agong

 


Umno menolak syor Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim supaya kerajaan mencadangkan sekali lagi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan darurat.

Seorang anggota majlis tertinggi (MT) Umno yang enggan namanya disiarkan berkata, usaha mendapatkan pengisytiharan darurat sekali lagi adalah tidak selaras dengan pendirian parti itu.

"Tindakan Speaker Dewan Negara Rais Yatim yang meminta kerajaan meneruskan cadangan darurat adalah satu tindakan yang tidak mementingkan rakyat.

"MT tegas untuk menolak mana-mana tindakan yang akan menjejaskan keselamatan rakyat dan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia," kata pemimpin berkenaan.

Semalam Rais dalam satu laporan yang disiarkan Utusan Malaysia mengesyorkan agar pelaksanaan darurat di kawasan terlibat kes Covid-19 dicadangkan sekali lagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Rais berkata, sangat mustahak untuk rakyat menghormati keputusan Seri Paduka yang menolak cadangan tersebut tetapi penting juga untuk mengasingkan antara isu kesihatan dan politik.

“Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang meningkat serta situasi ekonomi rakyat yang terhimpit, amat wajar kiranya pihak berkuasa menyembah jelaskan kepada Seri Paduka sekali lagi agar menerima apa-apa fakta tambahan daripada pihak berkuasa.

“Rakyat harus menghormati titah Seri Paduka tempoh hari, bagaimanapun kehendak Perkara 40 itu perlu dipatuhi walaupun bersyarat. Moga langkah-langkah wajar kerajaan dalam konteks pentadbiran darurat tidak disalahertikan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang diPertuan Agong mesti bertindak atas nasihat kabinet kecuali jika diperuntukkan oleh perlembagaan.

Rais mengatakan perkara itu jelas dan tidak memerlukan "interpretasi yang bukan-bukan".

Bagaimanapun pengkritik berkata Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan harus dibaca bersama dengan Perkara 150 (1) yang mengatakan Agong harus berpuas hati bahawa ada keperluan untuk meminta darurat.

Semalam presiden Umno, Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata "Umno tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat."

Ditanya apakah 'tindakan tegas' berkenan, sumber tersebut menjawab: "Ada banyak option kalau kerajaan tidak menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia".

Umno sebelum ini mempertimbangkan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional susulan hubungan yang tegang dalam gabungan itu.

Minggu lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi meminta darurat diisytiharkan, yang dikatakan bagi menangani wabak Covid-19.

Bagaimanapun, pembangkang berpendapat langkah itu bertujuan mengelakkan kerajaan tewas dalam undi Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di parlimen bulan depan. 

Pada masa ini Muhyiddin mempunyai majoriti tipis di Dewan Rakyat dan sekiranya Belanjawan gagal diluluskan, keadaan itu boleh menyebabkan kerajaan tumbang dan pilihan raya mengejut diadakan.

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa sebelum ini memberi bayangan bahawa darurat adalah jalan terbaik untuk mengelakkan PRU ketika wabak Covid-19 sedang melanda negara.

-mindarakyat

Panas:Annuar Musa marah dan kutuk group WhatsApp 'Annuar4TPM'

 


Memandangkan kemungkinan seorang timbalan perdana menteri akan dilantik daripada kalangan pemimpin Umno, maka ia terus menimbulkan spekulasi pengisi jawatan nombor dua kerajaan itu.

Salah seorang Anggota majlis Tertinggi Umno Annuar Musa secara terbuka berkata beliau tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan timbalan perdaa menteri.

Annuar mengatakan ini dalam kumpulan WhatsApp yang diberi nama "Tan Sri Annuar4TPM".

Pihak yang menubuhkan kumpulan WhatsApp itu telah menambah penyertaan ramai tokoh politik, kakitangan media dan malahan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kumpulan itu.

"Saya minta sekali lagi. Tolong padamkan group chat ini kerana ia perbuatan sia sia dan berdosa.

"Saya bukan orangnya dan saya tidak restuinya," tulis Annuar sebelum bertindak keluar dari kumpulan WhatsApp itu.

Kumpulan WhatsApp itu dibuat oleh seseorang dengan nama pengendali "King Diamond" pada bulan Februari dan sejak itu mengekalkan nama kumpulan itu.

Setelah menambah ramai orang, "King Diamond" menjelaskan malam tadi bahawa tujuan kumpulan itu adalah untuk "memastikan" Annuar dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Modus operandi kumpulan WhatsApp itu mengingatkan bagaimana klip video yang melibatkan seorang menteri disebarkan pada bulan Jun, 2019 - di mana puluhan wartawan dan ahli politik tiba-tiba dimasukkan ke dalam kumpulan sembang yang sama.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung semalam telah membincangkan mengenai calon untuk mengisi jawatan itu tetapi tiada keputusan dibuat.

Bagaimanapun, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat itu tidak menyebut mengenai jawatan timbalan perdana menteri, sementara pemimpin lain kunci mulut ketika ditemui oleh media malam tadi.

Jawatan timbalan perdana menteri dikatakan menjadi salah satu tuntutan Umno untuk terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu tiga nama yang mungkin diketengahkan parti itu ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Pparlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.

Muhyiddin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.

Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Zahid sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

-mindarakyat

Penangan Mael Totey

Kejayaan filem garapannya mengaut kutipan besar mendorong Syahmi menghasilkan lebih banyak karya bermutu. Foto Ihsan Syahmi Sazli Production
Kejayaan filem garapannya mengaut kutipan besar mendorong Syahmi menghasilkan lebih banyak karya bermutu. Foto Ihsan Syahmi Sazli Production

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli tidak menyangka karyanya meraih kira-kira RM2.5 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Astro First, sejak 22 Oktober lalu.

Jauh daripada imaginasi Syahmi, filem garapannya itu akhirnya mampu memecahkan rekod dipegang filem Syif Malam Raya yang mengaut RM1.6 juta dalam tempoh sama. Pada mulanya, anak jati Kelantan berusia 25 tahun yang mengusahakan Syahmi Sazli Production ini tidak yakin ada pihak mahu menayangkan filem itu kerana dirinya masih baharu dalam dunia sinematik.

"Saya terkejut kerana tidak meletakkan harapan tinggi menerusi filem ini. Bagi saya, apabila filem ini dapat ditayangkan di Astro First, ia sudah dikira kejayaan besar.

Filem Mael Totey The Movie meraih kira-kira RM2.5 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Astro First, sejak 22 Oktober lalu. Foto Ihsan Syahmi Sazli Production
Filem Mael Totey The Movie meraih kira-kira RM2.5 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di Astro First, sejak 22 Oktober lalu. Foto Ihsan Syahmi Sazli Production

"Alhamdulillah Astro sudi menayangkan filem ini dan berjaya menghiburkan orang ramai," katanya kepada BH Online.

Atas kejayaan itu, Syahmi bersemangat untuk terus menggilap bakat sebagai pengarah.

"Tidak hanya sokongan pengikut membuatkan saya terharu, malah kata-kata positif daripada pengarah berpengalaman seperti Ghaz Abu Bakar dan Syamsul Yusof membuatkan saya rasa karya dihargai.

"Insya-Allah, saya akan belajar menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini. Saya merancang mengikuti kelas pengarahan kendalian Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) untuk menambah ilmu," katanya.

Bagaimanapun, Syahmi yang dikenali menerusi segmen drama spontan di YouTube, tidak menolak ada pihak memperlekeh karyanya.

Namun, anak muda ini lebih gemar mengambil sikap tidak peduli.

"Apabila saya dikritik, saya fikir semula, apa tujuan saya buat filem ini? Saya buat filem ini disebabkan galakan daripada pengikut saya.

"Jadi, buat apa ambil peduli kritikan yang tidak membina? Apa yang baik saya jadikan inspirasi dan yang tidak berasas, saya biarkan sahaja," katanya.

Syahmi berkongsi filem yang membabitkan kos kira-kira RM400,000 itu dihasilkan menggunakan wang simpanannya sejak aktif di YouTube, empat tahun lalu.

"Idea filem ini tercetus selepas lakonan pertama saya bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey menerusi filem Syif Malam Raya mendapat sambutan positif.

"Apabila filem itu berjaya, ramai yang memberi galakan untuk saya menghasilkan filem sendiri.

"Daripada galakan datangnya keberanian. Mael Totey The Movie adalah kisah adaptasi drama dari saluran You Tube saya," katanya.

Filem Mael Totey The Movie menjalani penggambaran selama dua minggu sejak 12 Julai lalu.

Filem genre drama komedi ini mengisahkan pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha mempelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Mael Totey The Movie membariskan selebriti YouTube iaitu Yoe, Asif, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Turut berlakon penyampai radio Gegar, Ewan, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

-BH Online

AS rekod 9 juta kes koronavirus


US

CHICAGO – Amerika Syarikat, yang melaporkan kes koronavirus pertama kali di Washington 282 hari yang lalu, sudah melepasi 9 juta jangkitan kes pada hari Khamis, termasuk lebih daripada setengah juta pada minggu lalu.

Kes jangkitan Covid-19 semakin tidak terkawal menjelang Hari Pilihan Raya pada 3 November.

Lebih daripada 20 negeri melaporkan banyak kes sejak seminggu  lalu berbanding sebelum ini.

Wabak yang semakin meningkat menyebabkan sekatan baharu terhadap perniagaan dilaksanakan di Chicago.

“Tidak ada cara untuk kami menghadapi krisis yang semakin mendesak dan anda, ahli keluarga, rakan anda, jiran anda berdepan dengan risiko,” kata Gabenor Wisconsin, Tony Evers.

Hospital di Wisconsin mengalami tekanan, dengan jumlah kes melonjak dan lebih daripada 200 kematian koronavirus telah diumumkan dalam seminggu yang lalu.

Dengan pilihan raya yang semakin hampir, purata kes jangkitan kini lebih 75,000 sehari.

Jumlah kematian pula meningkat hingga sekitar 780 kes setiap hari.Lebih banyak jangkitan dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) berbanding di negara lain, walaupun beberapa negara mempunyai kadar jangkitan per kapita yang lebih tinggi.

”Lonjakan ini lebih besar daripada gelombang atau lonjakan yang belum kita lihat sebelum ini,” kata Amanda Simanek, seorang ahli epidemiologi di sekolah kesihatan awam University of Wisconsin-Milwaukee, yang sangat bimbang dengan peningkatan kes semasa cuaca sejuk.

Cuaca sejuk akan memaksa lebih banyak orang berada di dalam rumah, yang mana dikhuatiri akan menyebabkan virus merebak dengan mudah.

Di beberapa kawasan di Idaho dan Kansas, setakat ini masih ada beberapa katil hospital.

Di Dakota Utara, yang mana lebih daripada 5% populasi kini telah diuji positif, jumlah kes terus meningkat, dengan rekod lebih daripada 1,200 jangkitan baharu pada hari Khamis. – MalaysiaGazette

Lapangan terbang Kulim: Bukan kelulusan akhir lagi, kata Wee Ka Siong

Lapangan terbang yang dicadangkan itu akan dibina di tapak seluas 1,700 hektar dekat Sungai Petani dan menyasarkan menampung 15 juta penumpang setiap tahun. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini menjelaskan mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) hanya memberi kelulusan prinsip terhadap cadangan projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Wee berkata, kelulusan prinsip itu tertakluk kepada permohonan mendapatkan pertimbangan daripada Kementerian Pengangkutan dan beberapa agensi kerajaan lain
antranya Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Cadangan pembinaan KXP juga tertakluk kepada Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang akan dimulakan awal 2021 bagi semua 42 lapangan terbang sedia ada termasuk cadangan pembinaan lapangan terbang baharu.

“Penggerak projek KXP kelak akan diminta untuk memberi maklumat kepada pasukan perunding NASP berhubung unjuran yang realistik dan tepat.

“Khususnya unjuran permintaan perkhidmatan penumpang dan kargo serta komitmen syarikat penerbangan yang ingin menggunakan KXP, lebih-lebih lagi dalam era pasca Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, negeri itu memerlukan pinjaman kerajaan persekutuan sebanyak RM1 bilion hingga RM2.5 bilion untuk memulakan rancangan lapangan terbang Kulim yang bernilai RM6.8 bilion.

Sanusi berkata, sekiranya gagal mendapat dana dari Putrajaya, Kedah akan mempertimbangkan beralih kepada sektor swasta bagi menyelesaikan projek itu.

Kenyataan Sanusi berhubung kelulusan itu dipersoal Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang menyatakan Putrajaya sebelum ini berkata tiada lapangan terbang baharu akan dibina sementara menunggu suatu kajian selesai menjelang 2023.

Lapangan terbang yang dicadangkan itu, dengan kod KXP, akan dibina di tapak seluas 1,700 hektar dekat Sungai Petani dan menyasarkan menampung 15 juta penumpang setiap tahun. Kerajaan negeri meramalkan penerbangan pertama bermula seawal 2024.

Wee berkata, kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan KXP hanya akan dipertimbangkan apabila kajian NASP disiapkan serta pematuhan kepada semua syarat ditetapkan agensi kerajaan yang lain.

“Ia seperti mana dinyatakan dalam laporan teknikal seperti Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya mengalu-alukan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan negeri atau syarikat swasta untuk membina lapangan terbang.

“Tetapi, kementerian perlu memastikan setiap cadangan pembinaan lapangan terbang benar-benar bersesuaian, lestari dan memenuhi keperluan teknikal ditetapkan oleh CAAM dan MAVCOM,” katanya.

Lapangan terbang Kulim dicadangkan bekas menteri besar Mukhriz Mahathir, yang pada mulanya kos pembinaan itu dijangka RM6.8 bilion dan mengendalikan 15 juta penumpang setiap tahun.-FMT