"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Faisal Halim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faisal Halim. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2024

'Kehidupan saya sudah tidak seperti biasa' - Faisal Halim

 

Faisal Halim. Foto Bernama
Faisal Halim. Foto Bernama

"SELEPAS kejadian, kehidupan saya sudah tidak seperti biasa."

Demikian luahan sedih pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.

Faisal yang juga mesra disapa dengan panggilan Mickey berkata, dia tidak boleh makan dengan sendiri dan memerlukan bantuan untuk ke tandas selepas kejadian tersebut.

"Saya tidak boleh makan dengan sendiri, tidak boleh pergi ke tandas sendiri. Apa-apa yang saya nak buat perlukan bantuan daripada keluarga saya terutama isteri saya yang berada dengan saya dari hari pertama hingga ke hari ini.

"Begitu juga dengan keluarga saya bergilir datang pantau dan jaga saya. Semangat keluarga saya itu saya bawa untuk kekal semangat," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Selangor FC pada Khamis.

Sebelum ini, Faisal yang juga pemain kebangsaan terpaksa menjalani beberapa pembedahan untuk merawat luka lecuran tahap empat yang dihadapinya itu.

Dia tampil di hadapan umum buat kali pertama dalam sidang akhbar tersebut dan kelihatan luka lecuran yang dialaminya agak teruk dan bakal memerlukan masa untuk kembali pulih.

Pemain sayap lincah itu akan meneruskan proses pemulihan dan rehibilitasi di lokasi yang dirahsiakan.

-SH Online 

Artikel berkaitan: 'Saya tak tahu boleh kembali bermain bola sepak atau tidak' - Faisal Halim

Selasa, 21 Mei 2024

Polis dedah fotofit suspek simbah asid Faisal Halim


Watermark_-copy_5-1-681x383

 KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengeluarkan lakaran wajah individu yang dikehendaki berkaitan kes penyerang Harimau Malaya Muhammad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, berdasarkan lakaran wajah itu, individu berkenaan dianggarkan berusia 30 tahun, tinggi 165 sentimeter, susuk badan sedernana dan kulit sawo matang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lelaki ini diminta menghubungi Inspektor Jagachandran A/L Murugesen, Pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071.

Dalam kejadian 5 Mei lalu, Faisal disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Difahamkan Faisal telah didekati oleh dua suspek yang menaiki motosikal dan salah seorang menyimbahnya dengan asid tersebut.

Serangan itu menyebabkan Faisal mengalami kecederaan pada badan, tangan dan muka. – MalaysiaGazette

Jumaat, 10 Mei 2024

FAISAL HALIM

 FAISAL HALIM

Secara peribadi, sampai sekarang aku tak tau nak tulis atau ulas apa tentang Miki di media sosial sendiri ni. Semua aku share je apa yang rakan-rakan lain tulis.

Aku jadi terkelu. Mati ayat untuk tulis secara peribadi mengenai apa yang aku rasa tentang keadaan Miki kini. Semua aku luah dekat isteri je. Luah seolah rakan atau keluarga sendiri ditimpa musibah.

Besarnya pengaruh Miki ni bukan dekat aku, malahan jutaan peminat bola sepak lain dalam negara sebab sumbangan dia untuk Harimau Malaya.

Pandangan aku sejak dulu, Miki merupakan pemain paling patriotik dan sentiasa sedia untuk berbakti bersama Malaysia.

Umur dia sebaya aku. Aku membesar lihat dia dekat program Mykids, Mencari Ramli, sampai dia cipta sensasi besar buat Harimau Malaya kini.

Dia bukan orang senang. Dia mula daripada pelbagai program pembangunan. Susah payah dia cipta karier yang mungkin sesetengah orang pun akan menyerah di separuh jalan.

Bila dah ada nama, Miki tak pernah sombong. Percakapan dia kekal marhaen. Semua untuk Malaysia. Bangga ada sumbangan buat tanah air sendiri.

Berapa puluh tahun lagi kita nak lihat bakat sebagus Miki pada masa hadapan? Maksud aku daripada segi hebatnya beliau di atas padang dan kekal marhaen di luar padang.

Aku tahu, bila naiknya nama seseorang pemain, pembenci juga akan naik sekali. Tapi tak jangka sampai tahap ini sekali beliau akan terima.

Apa dosa besar Miki buat orang lain? Bagi yang tiada kaitan atau rapat dengan beliau, aku nampak dia hanya sumbang sesuatu buat bola sepak negara.

Dia wira. Nama Miki kini dah mula jadi sebutan dalam ramai anak-anak muda lain. Ikon anak muda dan ahli sukan Malaysia.

Siapa pun pelaku atau yang terlibat, dia pengkhianat negara. ‘Mematikan’ aset penting Malaysia bukan satu benda yang boleh dimaafkan.

Hilangnya seri bola sepak Malaysia selepas salah seorang pemain tumpuan kini tak akan beraksi di atas padang untuk suatu tempoh masa panjang.

Rehatlah sebentar Miki, kembali selepas ini dengan lebih kuat. Apapun jadi, tak akan menolak suatu fakta:

“Faisal Wira Bola Sepak Malaysia”

Kredit: Afiq rowley..


Rabu, 8 Mei 2024

Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’

 Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’

Selangor FC berkata,keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Ia sebagai respons kepada kenyataan awal MFL yang menjelaskan, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar telah memberi jaminan untuk mengerahkan 1,500 anggota polis untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.
“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan daripada insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku, melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.
“…pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan,” menurut kenyataan itu lagi.
Selangor FC berkata, berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Menurut kenyataan itu lagi, pengurusan kelab tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan.
Terdahulu MFL dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MFL berkata, mereka tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan.
Melalui mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini, MFL berkata, ia akan memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.
-AstroAwani 

Isnin, 26 Februari 2024

Jaringan Faisal Halim menjadi jaringan gol terbaik Piala Asia 2023,Terima kasih penyokong Malaysia!

 Jaringan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim ketika menentang Korea Selatan diangkat sebagai Jaringan Terbaik Piala Asia 2023. - Foto AFP

Jaringan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim ketika menentang Korea Selatan diangkat sebagai Jaringan Terbaik Piala Asia 2023. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan memiliki sesuatu yang boleh dibanggakan sekalipun kandas di peringkat kumpulan selepas jaringan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim diangkat sebagai Jaringan Terbaik Piala Asia 2023.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Jaringan itu jelas menjadi pilihan penyokong di laman media sosial apabila mendapat 85 peratus undian dan kemenangan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan jaringan itu mendahului undian sejak awal ia dibuka.

Peratusan itu jauh meninggalkan pencabar terdekat, Mousa Al Tamari dari Jordan yang sekadar menerima sembilan peratus undian sementara tempat ketiga menjadi milik pemain Korea Selatan, Son Heung Min dengan tiga peratus.

Menariknya, ketiga-tiga jaringan terbaik yang menjadi pilihan penyokong itu hadir daripada pasukan yang berentap dalam kumpulan sama - Kumpulan E.

Selain Faisal, Al Tamari dan Heung Min, lima lagi pemain turut tercalon untuk anugerah terbabit - Keito Nakamura (Jepun), Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi), Hassan Al Haydos (Qatar), Supachok Sarachat (Thailand) dan Sardar Azmoun (Iran).

Sebagai rekod, pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan menarik selepas berjaya memperdaya pemain Korea Selatan yang dilabel antara pertahanan tengah terbaik dunia yang juga pertahanan terbaik Serie A 2022/23, Kim Min Jae di Stadium Al Janoub, 25 Januari lalu.

Dia yang lebih dikenali sebagai Mickey menyambar bola sebelum memperdaya pertahanan Bayern Munich itu dan juga penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo yang 'terduduk' sebelum meledak gol pertama Malaysia.

-BH Online