Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Sempena Hari Malaysia pada 16 September, Misi mengadakan peraduan cabutan bertuah dengan hadiah wang tunai untuk lebih 70 pemenang.
Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai adalah sebanyak RM50,000.00
Kempen bermula dari 16 Ogos
Kempen tamat pada 15 September Pemberian hadiah 16 September
Bagaimana cara untuk
menyertai peraduan ini?
Anda perlu lakukan pembelian di Misi serendah RM10 samada melalui Selfpickup ataupun delivery.
Jumlah Tiket akan diberikan berdasarkan nilai pembelian yang anda belanja. Anda akan dapat 1 Tiket pada setiap RM10. Contoh Jika anda belanja RM30, anda akan dapat 3 Tiket.
Semakin banyak tiket anda, semakin tinggi peluang untuk terpilih.
Bagaimana pemenang dipilih?
Misi akan Print out semua bilangan tiket yang anda miliki dan masukkan ke dalam kotak besar.
Pada 16 September, Misi akan adakan Live serta event cabutan bertuah untuk memilih pemenang.
Pemenang perlu hadir event tersebut ataupun hadir di dalam Live yang dijalankan di media sosial agar dapat respons apabila nama disebut.
Hadiah-hadiah
Ada 2 bahagian untuk hadiah, iaitu RM33,000 untuk Puncak Alam (event) dan RM17,000 untuk Seluruh Malaysia (Live).
Puncak Alam (Event) RM33,000
Hari-hari kita perlu makan, jadi berbelanjalah menggunakan Misi untuk dapatkan tiket cabutan.
Lagipun Misi juga menjual dengan harga kedai malah percaya atau tidak, harga Misi mungkin lebih murah dari harga kedai.
Jika anda tidak menggunakan khidmat Delivery, anda juga boleh pilih kaedah Selfpickup. Ayuh!
Daftar sebagai pengguna apps misirakyat melalui link dibawah untuk menyertai cabutan bertuah bersama misirakyat
Kuala Lumpur: Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja 17 September depan walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia yang masing-masing pada 16 September.
Menurut pengumuman di laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.
"Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu," menurut pengumuman itu.
Jusit Rantai, individu pertama di Sabah yang menaikkan bendera Malaysia ketika pengisytiharan pembentukan Malaysia. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
PETALING JAYA: “Berbagai kaum sudah berikrar, menjunjung cita-cita 1 bangsa 1 bahasa Malaysia berjaya. Dari Perlis sampailah ke Sabah, kita sudah merdeka negara makmur rakyat mewah kita sudah berjaya.”
Begitulah bait lirik lagu “Malaysia Berjaya” yang berkumandang ketika sambutan pengisytiharan Malaysia di Padang Bandaran, Jesselton atau kini dikenali sebagai Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 Sept 1963.
Tiga beradik – George Laim Jusit, Jane Jusit, dan Juliana Jusit – menyaksikan peristiwa yang meresap jiwa ribuan orang yang hadir itu.
Kebanggaan di hati keluarga Jusit ini melebihi segala-galanya kerana individu yang diberi amanah menaikkan Jalur Gemilang pada hari itu ialah bapa mereka, Sarjan Jusit Rantai.
George, Jane, dan Juliana juga mempunyai peranan masing-masing pada hari itu. Mereka mewakili sekolah masing-masing yang berbaris di Padang Merdeka bagi memeriahkan upacara pengisytiharan Malaysia.
“Walaupun masing-masing berasa teruja kerana kami anggap bapa sebagai ‘hero’ terpilih menaikkan bendera Malaysia tetapi kami masih berjaga-jaga,” kata Juliana, 65, kepada FMT.
“Bapa sudah pesan supaya jaga diri dan berhati-hati pada waktu itu berikutan khabar angin akan berlaku kekacauan.”
Jusit Rantai berdiri di belakang pentas (kiri gambar) yang menempatkan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak Hussein dan Ketua Menteri Muhammad Fuad Stephens ketika pengisyiharan Malaysia. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
Amukan Garuda
Peristiwa bersejarah di Kota Kinabalu ketika itu berlatarkan Konfrontasi (1963–1966), respon Indonesia kepada pembentukan Persekutuan Malaysia susulan pengunduran British di Asia Tenggara.
Ia melibatkan penyusupan bersenjata, serangan bomb, dan tindakan subversif lain yang bertujuan untuk menggugat kestabilan anggota persekutuan baharu itu, iaitu Sabah, Sarawak, Tanah Melayu, dan Singapura.
“Ketika itu, ada khabar angin mengatakan sesiapa yang menaikkan bendera berada dalam bahaya kerana mungkin diserang,” kata Juliana.
“Di saat melihat bapa menaikkan bendera, hati saya berdebar-debar, bangga, dan takut bercampur-baur kerana bimbang bapa mungkin diserang.”
Walaupun upacara selesai tanpa gangguan, bayangkan setiap saat yang begitu menguji perasaan 3 beradik ini yang berusia 8 hingga 11 tahun ketika itu.
“Selepas habis majlis bapa pergi kepada kami dan kami berpelukan erat kerana semuanya selamat,” kata Juliana.
Sarjan Jusit Rantai di hadapan Balai Polis Pensiangan pada 1970 ketika bertugas sebagai ketua polis balai. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
Hingga akhir hayat
Jusit Rantai, seorang pegawai polis berketurunan Murut, merupakan individu pertama di Sabah yang menaikkan Jalur Gemilang.
Dari sebelum peristiwa 16 Sept itu lagi, Jusit merupakan perantara antara pemerintah dengan suku kaumnya yang ketika itu agar berfikiran negatif tentang betapa pentingnya pembentukan Malaysia.
Di sebalik kesungguhan dan ketegasan Jusit adalah tulang belakangnya, Norah Siambing, bekas bidan di Hospital Keningau dan penjaga kewangan keluarga. Bersama mereka dikurniakan 17 anak termasuk George, Jane, dan Juliana.
Juliana Jusit
Juliana menceritakan bapanya sangat komited apabila diberi amanah menaikkan Jalur Gemilang. Menurut pesara guru ini, sebenarnya ada seni tertentu dalam perbuatan yang dilihat mudah itu.
“Bapa berlatih hampir sebulan kerana baginya tugas menaikkan bendera itu tugas paling berat sepanjang kerjayanya sebagai anggota polis.”
Norah meninggal dunia pada 21 Feb 2006, dan Jusit mengikut langkahnya pada 11 Jan 2010.
Jane, 67, berkata kebanggaan yang dirasai pada 16 Sept itu tidak pernah pudar malah diingati setiap tahun menerusi upacara menaikkan bendera di Kampung Susulat di daerah Sook, yang diamalkan sejak 1978 selepas Jusit bersara pada 1976.
“Peristiwa 16 Sept amat besar maknanya kepada kami semua,” katanya kepada FMT.
Jane Jusit
“Tiap-tiap tahun pada sambutan Hari Malaysia, keluarga besar kami yang terdiri daripada 4 generasi iaitu 17 adik beradik, 59 cucu, 46 cicit, dan 3 piut akan melakukan pelbagai aktiviti sukan, jamuan, dan membersihkan tanah perkuburan bapa dan ibu.”
Ahli kelurga Jusit berharap untuk membukukan riwayat hidup bapanya, menceritakan tentang susur galur seorang tokoh Murut.
FMT diberitahu Jusit merupakan anak angkat kepada Agnes Newton Keith, penulis dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan autobiografi tentang kehidupan di Sabah sebelum, semasa, dan selepas Perang Dunia Ke-2.
Agnes dan suaminya, Harry, berada di Sandakan ketika Jepun mendarat pada 19 Jan 1942. Mereka berada dalam tawanan tentera Nippon sehingga mereka dibebaskan askar Australia pada 11 Sept 1945.
Buku pertama Agnes, “Land Below the Wind”, menjadi cogankata tidak rasmi Sabah.
Lakaran Jusit dalam buku Agnes Keith Newton, “Land Below The Wind”. (Gambar keluarga Jusit Rantai)
“Bapa diserahkan kepada keluarga Keith ketika berusia 8 atau 9 tahun dalam suatu majlis keraian sempena pertabalan King George (VI) di kediaman Keith di Sandakan.
“Malah Agnes turut memasukkan lakaran Jusit sebagai seorang budak lelaki dalam bukunya itu,” katanya.-FMT