"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Piala FA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala FA. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2024

[VIDEO] Hanya kerana kena kad merah berdepan Kedah, keluarga Fairuz Zakaria jadi sasaran cacian

  

Fairuz dikesan melakukan isyarat lucah selepas dibuang padang dalam aksi Piala FA menentang KDA FC. — Facebook/Penang FC

KEKALAHAN tipis 0-1 secara agregat menyaksikan  Penang FC dalam saingan Piala FA terhenti di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC di peringkat suku akhir.

Mereka yang tewas di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Jun lalu gagal melakukan kebangkitan dalam aksi kedua yang berlangsung Jumaat lalu.

Penyingkiran berkenaan sudah tentu sukar diterima rata-rata penyokong skuad Harimau Kumbang memandangkan pasukan itu ditunjukkan jalan keluar oleh seteru utama.

Insiden yang menyaksikan Fairuz Zakaria dibuang padang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Malah, sebilangan anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut dijadikan tumpuan, seperti Nabil Ahmad Latpi dan Rodrigo Dias yang gagal menampilkan persembahan terbaik dalam kedua-dua perlawanan.

Bagaimanapun, ada daripada penyokong yang bertindak keterlaluan dengan melontarkan kata-kata cacian terhadap bek kiri Penang FC, Fairuz Zakaria.

Dalam satu hantaran di Instastory peribadinya, pemain berkenaan menceritakan bagaimana terdapat penyokong bertindak menghina keluarganya.

"Assalamualaikum, saya Mohammad Fairuz Zakaria nak minta maaf kepada semua kalau ada kelakuan saya tidak sopan sebelum ini.

WhatsApp Image 2024-07-10 at 11.10.13 AM

Luahan kekecewaan dibuat Fairuz di akaun Instagram peribadinya.

"Terima kasih yang mana ada mesej saya dan menghina anak saya muka (seperti) anjing dan lain-lain lagi. Saya maafkan orang yang menghina anak dan keluarga saya yang tiada kaitan dengan bola sepak, terima kasih," katanya.

Fairuz dilayangkan kad merah pada minit ke-88 ketika aksi di tempat sendiri setelah menerima dua kad kuning sebelum didapati melakukan isyarat lucah ke arah penjaga garisan.

Selain itu, pemain berusia 27 tahun berkenaan dilihat melepaskan tumbukan ke arah wajah pemain Kedah, Habib Haroon ketika melakukan protes ke arah keputusan tersebut.

Tindakan sedemikian membuatkannya berkemungkinan dikenakan hukuman lebih berat, namun masih belum terdapat sebarang keputusan dibuat terhadapnya.

WhatsApp Image 2024-07-10 at 11.46.44 AM

Ultras Panthers menempelak tindakan penyokong yang mengaibkan keluarga Fairuz Zakaria. — Twitter/UP11

Luahan dibuat bekas pemain itu menerima respons penyokong yang beranggapan tindakan memberikan kata-kata cacian itu sepatutnya tidak berlaku.

Antara yang mempertikaikan perkara berkenaan adalah kumpulan penyokong Ultras Panthers yang menyatakan solidariti terhadap Fairuz.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya individu yang menghina paras rupa anak dan keluarga! Walau apa pun terjadi dalam padang, jangan sesekali main isu hinaan kepada paras rupa anak, isteri serta keluarga!" tulisnya.

Setakat ini, tempoh penggantungan dihadapi Fairuz masih belum dipastikan dengan dia sudah terlepas aksi timbal balik Piala FA di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat lalu. — Majoriti

Rabu, 5 Jun 2024

Penyokong Kedah berang waktu perlawanan bertembung dengan solat Maghrib

 Pemain Kedah menjalani latihan menjelang aksi Piala FA menentang BTFC.

Pemain Kedah menjalani latihan menjelang aksi Piala FA menentang BTFC.

ALOR SETAR: Penyokong bola sepak Kedah kurang senang di atas ketetapan waktu perlawanan Piala FA membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang kelab Bukit Tambun FC (BTFC) di Stadium Darul Aman, 14 Jun ini.

Ini berikutan waktu perlawanan tersebut yang akan bermula pada jam 6.30 petang dianggap kurang sesuai untuk disaksikan kerana bertindih dengan waktu solat Maghrib.

Terdahulu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi pusingan 16 terbaik membabitkan kedua-dua pasukan itu bakal berlangsung pada jam 6.30 petang.

Menurut jurucakap Kelab Penyokong Setia Hijau Kuning (PSHK) Mohd Zahari Che Ros, isu waktu ini perlu ditangani oleh MFL dengan mengambil kira sensitiviti penyokong yang jelas kurang senang dengan jadual perlawanan tersebut.

"Kami memohon agar pihak MFL lebih peka dan sensitif dengan waktu perlawanan yang bertindih dengan waktu solat Maghrib yang akan menyebabkan surau di stadium menjadi sesak semasa dan sebaik tamat perlawanan itu nanti.

"Waktu sepak mula pada jam 5 petang atau 9 malam lebih sesuai kerana ia waktu kebiasaan setiap aksi perlawanan yang berlangsung selama ini.

"Selain itu waktu perlawanan 6.30 petang itu dianggap tidak sesuai kerana boleh mengundang kesan kurang sambutan buat penyokong yang mahu hadir menyaksikan aksi berkenaan.

"Tambahan pula pihak tuan rumah sudah pasti mahukan jumlah kehadiran penyokong yang besar pada aksi sulung Piala FA di laman sendiri," katanya.

Zahari bagaimanapun menegaskan MFL masih belum terlambat untuk mempertimbangkan penukaran masa yang lebih sesuai demi kebaikan dan keselesaan semua pihak.

-BH Online