"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label MB Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Perak. Papar semua catatan

Selasa, 29 Disember 2020

PAS diminta pilih bersama MN atau PN kata MB Perak


IPOH,
 13 Jamadilawal 1442H, Isnin – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad meminta PAS memaklumkan hala tujunya dengan jelas sama ada memilih untuk bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ia bagi mengelakkan situasi seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, September lalu di mana PAS tercicir daripada gabungan.

“Semasa PRN Sabah, di Sabah tidak ada MN, di Sabah hanya ada PN. Sebab itu, akhirnya kita dapati PAS tercicir. Ia barangkali mengharapkan MN, sedangkan di Sabah tak ada MN, tak ada (kerjasama) PAS dengan UMNO di Sabah.

“PAS sepatutnya pada waktu itu berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebab ia di dalam PN. Ada PN di Sabah.

“Kalau tak ada hala tuju jelas, takut PAS tercicir, macam yang berlaku di Sabah. Jadi, PAS kena jelaskan,” katanya.

Selain itu, Saarani berkata, penjelasan pendirian PAS juga dapat memudahkan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat perancangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, Tajuddin perlu tahu mana-mana kawasan yang terlibat secara langsung dalam sebarang bentuk kerjasama,” kata Saarani.

Sabtu lalu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, PAS perlu membuat keputusan segera sama ada mahu bersama dengan MN atau PN menjelang PRU15.

Ini kerana, setakat ini, parti itu masih belum mempunyai pendirian yang jelas mengenai kerjasama mereka untuk menghadapi PRU15. - WEBIsma

Rabu, 9 Disember 2020

Demi jaga air muka UMNO, PAS dan Bersatu terima Saarani sebagai MB Perak

 


Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru.

Perkara itu mengikut sumber adalah demi menjaga air muka UMNO dan kestabilan PN. Kenyataan ini telah dimuat naik oleh SU MN bagi siaran media untuk kenyataan bersama ketiga-tiga parti itu.

Keputusan berkenaan sekaligus menamatkan kemelut krisis Perak serta mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Harap selepas ini UMNO jangan buat keputusan diluar muafakat samada MN atau PN.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut memohon maaf atas “kekhilafan” yang berlaku sehingga memaksa timbalan presiden PPBM Ahmad Faisal Azumu meletak jawatan sebagai menteri besar minggu lalu.

Pernyataan maaf Zahid itu dicatat dalam kenyataan bersama Umno-Barisan Nasional, PPBM dan PAS yang ditandatangani oleh setiausaha agung ketiga-tiga parti itu.

Menurut kenyataan itu, Zahid yang juga pengerusi BN, memohon maaf dalam perjumpaan dengan presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini.

“Pengerusi BN telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN Perak atas kekhilafan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, Umno-BN, PPBM dan PAS juga mencapai persetujuan mengenai pelantikan jawatan-jawatan lain dalam pembentukan kerajaan negeri Perikatan Nasional baharu yang diterajui oleh Umno.

“Atas semangat permuafakatan PN, ketiga-tiga parti bersetuju mencadangkan Saarani Mohammad sebagai menteri besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan Perak,” menurut kenyataan itu.

“Ketiga-tiga parti turut bersepakat memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam kerajaan PN Perak dan juga diperingkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu.

-mindarakyat

Selasa, 8 Disember 2020

Lepas guling MB, Umno mahu 'damai' dengan Bersatu

 


Di tengah-tengah kemelut politik di Perak, Umno membuka jalan untuk berdamai dengan Bersatu supaya meneruskan kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu.

Ini beberapa hari selepas Adun Umno tidak mengundi menyokong usul percaya Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga timbalan presiden Bersatu.

Lantaran itu, Faizal mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar pada Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata dia telah menulis kepada rakan sejawatnya dalam Bersatu dan PAS awal hari ini agar mempertahankan kerajaan PN di Perak.

"Saya telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung PAS (Takiyuddin Hassan) dan Setiausaha Agung Bersatu (Hamzah Zainudin) pada Selasa 8 Dis 20 berhubung keputusan mesyuarat khas MT Umno malam 7 Dis 20.

"Bahawa kerajaan PN yang terdiri daripada Adun Umno, PAS dan Bersatu di Perak perlulah diteruskan," katanya pada ciapan di Twitter.

Ahmad Maslan berkata kedua pemimpin itu telah menjawab suratnya pada petang hari ini.

"Intipati jawapan surat setiausaha agung PAS dan setiausaha agung Bersatu ialah keputusan berhubung kerajaan PN di Perak akan dibincang dengan pimpinan parti mereka dengan segera.

"Saya optimis dan positif. Semoga PAS dan Bersatu akan bersama Umno di Perak. Diharap segalanya akan selesai dengan baik dalam sedikit masa lagi," katanya.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Bersatu Perak masih belum memutuskan sama ada akan menyokong Umno atau tidak untuk membentuk kerajaan negeri baru.

-mindarakyat

PN Belum Pasti Sokong UMNO di Perak

 


Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu.

Menurut kenyataan Media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara BERSATU dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Bersatu kecewa dengan usul yang dibuat oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Kenyataan media yang dikeluarkan turut tidak memberi sebarang komitmen menyokong Menteri Besar dari UMNO.

Bersatu menyatakan semua keputusan yang bakal diambil BERSATU berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung.

PAS tak jadi mengadap Sultan Perak

 


PAS hari ini membatalkan rancangan mereka untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh.

Wakil parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang ini.

Memetik Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Bernama melaporkan keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk pimpinan parti. 

Sementara itu sumber dari istana pula memberitahu asalnya PAS dijadual mengadap Sultan Nazrin pada jam 3 petang namun menarik balik janji temu itu dengan alasan mereka mendapat arahan pimpinan tertinggi parti.

Untuk rekod sebelum ini Sultan Nazrin mengeluarkan titah agar Adun Perak datang mengadap baginda untuk mempersembahkan pendirian masing-masing terhadap calon menteri besar yang dicadangkan Umno.

Presiden Umno pula berkata dia "amat yakin" calon yang dikemukakan akan mendapat sokongan mencukupi untuk dilantik mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

"Itulah yang kita persembahkan (kepada Sultan Nazrin) dan saya amat yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi," katanya.

-mindarakyat

GANDINGAN BERSATU DAN PAS BUKAN SAJA BOLEH TOLAK SHARANI, MALAH BILA2 MASA BOLEH JATUHKAN MB UMNO

 Dalam mesyuarat Majlis Tertingginya semalam, Bersatu membuat pendirian sebarang keputusannya mengenai penubuhan kerajaan baru di Perak akan dibuat bersama dengan Pas.

Ini bermakna, dengan Bersatu mempunyai 5 Adun dan Pas 3 Adun, gabungan kedua-duanya memiliki jumlah 8 Adun kesemuanya.

Walaupun besar kemungkinan Bersatu akan menerima pembentukan kerajaan baru itu nanti, tetapi bersamanya parti itu dengan Pas dalam ketetapannya memberi erti suatu keadaan yang bahaya dan tidak selamat buat UMNO.

Bersama UMNO yang mempunyai 25 Adun, persetujuan Bersatu yang bergabung dengan Pas dengan sendirinya memperlihatkan kerajaan baru boleh dibentuk semula berdasarkan gabungan tiga parti itu mempunyai jumlah 33 Adun daripada 59 Adun keseluruhannya.

Dengan berpadunya Bersatu dan Pas dalam kerajaan baru itu nanti, setidak-tidaknya dua bahaya sedang menanti UMNO:-

Pertama, Bersatu dan Pas boleh berkeras menolak calon Menteri Besar yang telah diputuskan UMNO, Sharani Mohamad.

Hujah bahawa Sharani telah mengetuai dan merancang pengkhianatan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja boleh saja menjadi alasan yang cukup kuat bagi Bersatu dan Pas untuk sepakat menolak Adun Kota Tampan itu.

Penolakan Bersatu dan Pas itu tentu saja akan membuatkan Sharani terhalang daripada mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Sebagai tawar menawar, Bersatu dan Pas boleh pula meletakkan syarat bahawa sokongan mereka hanya akan diberikan untuk membentuk kerajaan baru jika Adun UMNO selain Sharani yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar.

Keadaan ini mungkin akhirnya membuka peluang kepada Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir atau Adun Rungkup, Shahrul Zaman Yahya untuk dinamakan sebagai calon baru Menteri Besar Perak.

Kedua, melalui penggabungan Bersatu dan Pas itu juga akan mejadikan mereka sebagai “king maker” dalam kerajaan baru yang diterajui UMNO nanti.

Melalui 8 kerusi daripada 33 kerusi yang membentuk kerajaan negeri, Bersatu dan Pas bukan saja boleh menuntut pengagihan jawatan yang seimbang dalam pelbagai posisi, malah bila-bila masa boleh meletakkan Menteri Besar dalam ugutan mereka.

Kalau Menteri Besar UMNO enggan tunduk kepada kemahuan mereka, tidak mustahil nantinya sokongan akan ditarik dan akan menyebabkan jatuh lagi kerajaan negeri.

Akhirnya, meskipun melalui usul undi percaya yang dirancang berjaya membuatkan UMNO menduduki kerusi Menteri Besar Perak yang diidam-idamkan, pergantungan nyawa talian hayat tetap kepada Bersatu dan Pas.

Paling malang, mungkin ini akan membuatkan Sharani terlepas rezeki sekali lagi untuk menjadi Menteri Besar Perak, setelah sebelum ini dikhabarkan sudah tiga kali ditimpa nasib yang sama.

 (Shahbudindotcom 08/12/2020)


Sabtu, 5 Disember 2020

Setelah khianat PN Perak, kini Umno ‘pujuk’ PAS, minta terus bersama di Perak

 

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, mahukan PAS dan PPBM terus bersama Umno menerajui Perak setelah Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan terpaksa berundur sebagai menteri besar.

Ahmad berkata walaupun Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, terpaksa meletak jawatan, barisan exco kerajaan negeri harus dikekalkan bawah pimpinan menteri besar baharu.

“Umno juga berpendirian bahawa PPBM dan PAS harus mendukung kerajaan PN negeri Perak,” katanya.

Ahmad berkata demikian setelah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menegaskan parti itu tidak akan menyertai kerajaan negeri baharu yang bakal ditubuhkan.

Jelas Ahmad, usul undi percaya di DUN Perak hanya melibatkan jawatan menteri besar dan tidak mengubah status kerajaan negeri pimpinan PN bawah teraju bersama Umno, PPBM dan PAS.

Sejumlah 24 daripada 25 ADUN Umno menolak Faizal dalam undi percaya belah bahagi manakala semua tiga Adun PAS menyokong beliau.

Dengan jumlah Adun paling ramai dalam DUN, kerajaan baharu Perak dijangka dipimpin oleh Umno.

-ibnuhasyim

Jumaat, 4 Disember 2020

PPBM kesal dengan situasi di Perak, akan buat keputusan samada tinggalkan UMNO


PETALING JAYA: PPBM kesal atas tindakan ADUN Umno yang tidak menyokong usul percaya terhadap Ahmad Faizal Azumu, sekaligus memaksa timbalan presiden parti itu berundur sebagai menteri besar Perak.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, paihaknya mengambil maklum bahawa usul keyakinan majoriti terhadap Faizal ditolak oleh Umno dan Pakatan Harapan.

“PPBM sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“PPBM akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama PAS dan teman-teman parti anggota PN yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hamzah, hanya seorang daripada 25 Adun Umno yang menyokong usul percaya kepimpinan Faizal itu. Kesemua tiga Adun PAS turut memberi sokongan kepada beliau.

Turut menyokong Faizal adalah 2 Adun Bebas dan 4 Adun PPBM.

“Biro politik PPBM dalam mesyuaratnya petang ini menzahirkan rasa amat kesal dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini,” kata Hamzah.

 Pentadbiran Faizal tumbang selepas beliau hilang sokongan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, apabila usul undi percaya dibentangkan untuk undian belah bahagi pagi tadi.


Sebanyak 48 ADUN tidak menyokong berbanding 10 yang menyokong dan 1 undi rosak.

-tuncarlos.com

3 ketua parti PH menghadap Sultan Perak esok

 

Nga Kor Ming mewakili DAP, Farhash Wafa Salvador dari PKR dan Asmuni Awi, Amanah dijadualkan menghadap Sultan Perak esok berhubung kemelut menteri besar negeri itu.

IPOH: Tiga ketua parti daripada Pakatan Harapan (PH) dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, esok.

Sumber memberitahu, ketua parti itu adalah Nga Kor Ming mewakili DAP, Farhash Wafa Salvador dari PKR dan Asmuni Awi, Amanah.

Mereka diperkenankan menghadap Sultan Nazrin bermula 11 pagi.

Petang tadi, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu diperkenan menghadap Sultan Perak bagi menyembah maklum situasi terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak berikutan keputusan usul undi percaya terhadap beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Turut sama menghadap hari ini Penasihat Undang-Undang Perak, Azmir Shah Zainal Abidin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Speaker DUN Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid.

KEMELUT PERAK: ANCAMAN BESAR BAGI PN

 

MELIHAT kemelut politik Perak, apabila Menteri Besar tersingkir kerana hilang kepercayaan, boleh menjadi ancaman kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

Seperti di Perak, kerajaan Perikatan Nasional Pusat, Umno merupakan blok terbesar, dan apabila UMNO berpaling tadah, maka tumbang lah kerajaan.

Di sidang DUN Perak pada Jumaat, UMNO dengan 24 ADUN bersama PH juga dengan 24 ADUN menolak kepimpinan Menteri Besar daripada Bersatu.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi, mana-mana pihak yang mempunyai sokongan 30 kerusi boleh membentuk kerajaan.

UMNO Perak sebenarnya mempunyai 25 kerusi, hanya memperlukan sokongan 4 ADUN, untuk membentuk kerajaan. Sokongan itu boleh datang daripada Bersatu dan Pas, dan boleh juga datang daripada PKR atau DAP atau PH.

Terlalu awal menilai, kemelut Perak, apa kah berkaitan dengan MB secara individu atau parti yang beliau wakili. Jika hanya kerana berkaitan masalah individu, maka, walaupun berimpak, tetapi akan mengekalkan kerajaan PN di peringkat pusat.

MB Perak yang disingkirkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merupakan Timbalan Presiden Bersatu.

Kerana faktor pandemik Covid-19, kemungkinan besar tidak akan ada pembubaran DUN bagi memaksa pilihan raya, seperti mana berlaku di Sabah pada 30 Julai, 2020, apabila Datuk Shafie Apdal kehilangan sokongan. Kerana DUN Sabah dibubar, untuk memaksa PRN-16 Sabah, maka telah menyebabkan gelombang ke-3 pandemik covid-19 di negara ini.

Kemelut politik Perak, telah mendedahkan kepada rakyat negara ini, perjuangan sebenar sebahagian pemimpin UMNO khususnya di Perak, negeri asal Presiden parti tersebut, kerana kedudukan, maka sanggup menjatuhkan sesebuah kerajaan yang telah disokong sebelumnya.

Apa yang malang, sesebuah kerajaan tumbang, kerana bersengkokol dengan parti yang diuar-uarkan sebagai "MUSUH", iaitu DAP. Kejadian di Perak, telah melabuhkan slogan UMNO sebelum ini, NO TO DAP!!!.

Jika UMNO masih menggunakan slogan ABATA (Agama Bangsa dan Tanah Air), ianya hanya merupakan retorik politik, bukan makna sebenar..

-Apa Yang Tersirat

Ahmad Faizal Azumu gagal dapat sokongan undi percaya sidang DUN Perak

 

Ahmad Faizal Azumu
 

Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Dengan itu Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar. 

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (PH) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 Adun berdiri untuk menyokongnya.

Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat Adun Perak.

"I miss you guys sometimes actually, seriously (Sebenarnya kadang-kadang saya rindukan kamu semua, betul," katanya.

Dia dijadual membentangkan belanjawan negeri pada hari ini. Bagaimanapun dengan perkembangan yang berlaku tadi, ia terpaksa ditunda kepada Rabu depan.

Tempoh itu perlu bagi membolehkan speaker dan Ahmad Faizal mengadap Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum apa yang berlaku dalam DUN hari ini.

Ahmad Faizal juga menjanjikan peralihan kuasa menteri besar akan dijalankan secara lancar.

"Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda," katanya.

Mohamad Zahir kemudian menangguhkan sidang DUN Perak sehingga ke jam 2 petang pada 9 Dis ini.-mKini