"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label MB Perlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Perlis. Papar semua catatan

Ahad, 12 Mei 2024

'Harum Manis Perlis tiada tandingan, Sanusi jangan berangan'

 SHUKRI dan buah Mangga Harum Manis Perlis. FOTO Aizat Sharif

SHUKRI dan buah Mangga Harum Manis Perlis. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Reputasi Perlis sebagai pengeluar buah mangga Harum Manis utama di negara ini sukar digugat oleh mana-mana negeri termasuk Kedah meskipun negeri jiran itu sudah mulai cuba mengeluarkan buah berkenaan untuk pasaran negara ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, meskipun ada kenyataan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa mangga Harum Manis dari negeri itu mula meraih perhatian, namun Harum Manis Perlis tetap menjadi pilihan utama di negara ini.

Saya ingat Datuk Seri Sanusi ini berangan, mangga Harum Manis Perlis tidak akan boleh ditandingi mangga mana-mana negeri pun, insya -Allah kerana dia mempunyai rasa tersendiri.

Selain itu, cuaca dan tanah di Perlis juga amat sesuai untuk penanaman mangga jenis ini berbanding di tempat lain.

"Jadi apabila (Datuk Seri) Sanusi mengatakan mangga Harum Manis dari negerinya sudah jauh meninggalkan mangga Harum Manis Perlis hingga 80 tiang atau berapa puluh tiang sekalipun, saya rasa itu angan-angan beliau sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pejabat Menteri Besar, Pejabat Speaker dan Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, semalam.

Pada 5 Mei lalu, Muhammad Sanusi dilapor berkata, Kedah yakin akan dapat menjadi pengeluar utama mangga Harum Manis di negara ini selepas usaha meluaskan tanaman buah itu giat dilaksanakan.

Malah, mangga Harum Manis Kedah yang dijenamakan sebagai Harumanis D'Aman kini sudah mula meraih perhatian dan jauh lebih popular berbanding HarumManis negeri lain walaupun baru dilancarkan tahun lalu.

Mohd Shukri berkata, perbezaan yang ketara yang terdapat pada mangga Harum Manis Perlis adalah dari segi ketahanan buah berkenaan yang mampu ditanam ketika cuaca panas yang sering berlaku di Perlis.

"Harum Manis Perlis biasanya manis dan berbau harum, paling penting sesiapa yang cuba membawa balik benih mangga untuk ditanam di negeri lain, rasa manis dan keharuman tidak sama dengan di sini.

"Ini disebabkan kawasan muka bumi Perlis ini yang berbukit dan cuacanya lebih kering jadi kita melihat ini sebagai anugerah Allah tidak terhingga di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis, Razali Saad berkata, kapasiti penanaman Harum Manis Perlis sudah mencecah 1,700 hektar, berbanding sekitar 100 hektar sahaja di Kedah.

-myMetro

Ahad, 5 Mei 2024

Hadiri perkampungan sunnah: Anwar berjiwa besar

 

Anwar menandatangani plak sempena ucap tama Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9 di Masjid Alwi
baru-baru ini. Turut hadir (dari kiri): Mohd Shukri dan Mohd Asri. - Foto Bernama
Anwar menandatangani plak sempena ucap tama Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9 di Masjid Alwi baru-baru ini. Turut hadir (dari kiri): Mohd Shukri dan Mohd Asri. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 di Masjid Alwi Kangar Perlis atas jemputan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dilihat sebagai berjiwa besar dan wajar diteladani.

Felo Penyelidik Utama di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Zaid Ahmad berkata, kesudian Anwar hadir ke program yang dikaitkan secara langsung dengan Mohd Asri yang amat kritis ketika menyuarakan pandangan termasuk terhadap kepimpinan Anwar sendiri juga adalah bukti sikap keterbukaan Perdana Menteri dalam soal perbezaan pendapat.

"Namun di sebalik pandangan berbeza, kritikan dan sanggahan, Anwar dilihat tidak menyimpan apa-apa perasaan negatif kepada Mohd Asri sebaliknya menerima pelawaan beliau menghadiri program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9, baru-baru ini.

"Ini jiwa besar, sifat negarawan dan sikap keterangkuman luar biasa yang ditunjukkan oleh beliau sebagai pemimpin nombor satu negara,” katanya kepada Bernama.

Zaid berkata, Anwar juga mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang bukan sahaja menghadiri malah menyampaikan ucaptama di hadapan para ulamak, pemikir, pemimpin dan ribuan rakyat tempatan dalam program tersebut.

Orang ramai hadir pada Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9. - Foto Bernama
Orang ramai hadir pada Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9. - Foto Bernama
Katanya, ketika menyingkap kisah kewarakan Khalifah Umar Abdul Aziz dan keagungan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dalam aspek peperangan sehingga menawan Baitulmuqaddis, Anwar juga mengingatkan hadirin supaya meneladani ketegasan kedua-dua tokoh itu dalam soal tatakelola dan kebencian mereka kepada rasuah.
"Perdana Menteri Anwar meminta diterbitkan terjemahan kitab Prof Dr Taha Jabir Al-Alwani bertajuk Etika Berbeza Pendapat dalam Islam supaya mentaliti fiqh yang pantas menghukum dapat dijauhkan dan wacana segar dan berakhlak dapat disuburkan,” katanya.
Selain itu, Zaid berkata, Anwar juga menyatakan kekecewaan beliau di dalam ucaptamanya mengenai kelesuan suara pimpinan negara Islam untuk menuntut kezaliman rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin dihentikan.

"Beliau (Anwar), yang baru pulang dari menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, memperkatakan mengenai jihad beliau bersuara di hadapan kuasa besar, termasuk Presiden AS (Amerika Syarikat), Joe Biden dan Canselor Jerman Olaf Scholz mewakili dunia Islam,” katanya.

Sementara itu, Zaid berkata, dengan kehebatan pidato, kekuatan ilmu dipamer, artikulasi dan kemantapan hujah dan keluasan bidang yang disentuh, ucaptama Anwar itu cukup memberi kesan dan memuaskan hati para hadirin.

Malah kata Zaid, ucaptama yang berkesan itu mendorong Mohd Asri memberi komentar dengan berkata: "Ucapan Anwar sangat luar biasa. Saya tidak fikir mana-mana pemimpin negara sebelum ini yang boleh bercakap seperti itu. Kami sangat berterima kasih kepada kehadiran dan keterbukaan beliau.” - Bernama

Khamis, 1 Julai 2021

Perlis dijangka alih ke Fasa 2 PPN minggu depan

AZLAN Man. FOTO arkib NSTP
AZLAN Man. FOTO arkib NSTP

Kuala Perlis: Perlis dijangka beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selewat-lewatnya minggu hadapan namun bergantung pada keputusan kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata, perkara berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok bagi membolehkan kelonggaran diberikan kepada Perlis susulan beberapa indikator yang ditetapkan oleh MKN telah dan sedang dipenuhi.

"Saya telah meneliti beberapa keluhan rakyat Perlis yang dikemukakan di pelbagai platfom komunikasi seperti aplikasi Facebook, WhatsApp dan sebagainya. Ada beberapa input yang bagus dan mengena pada negeri ini. Saya bentangkan kepada Kerajaan Pusat untuk diteliti dan diberi kelonggaran.

"Perlis cuma satu sahaja indikator belum capai untuk beralih kepada Fasa 3 PPN sebenarnya, berikutan tahap vaksinasi dua dos belum mencapai pada kadar 40 peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Perlis hanya memerlukan sekitar 26 peratus lagi dalam kalangan penduduknya untuk menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 bagi membolehkan negeri itu memasuki Fasa Tiga PPN iaitu membenarkan pergerakan bebas dan melakukan aktiviti ekonomi tanpa sekatan.

Sehingga kini, kira-kira 25 peratus penduduk Perlis menerima suntikan dos pertama vaksin manakala 14 peratus pula telah melengkapkan dua dos vaksin.

Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan Perlis bergerak kepada Fasa 2 PPN ialah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Beliau berkata, kerajaan negeri kini mempergiatkan usaha di peringkat akar umbi bagi membolehkan proses vaksinasi dapat dilakukan dengan segera.

Media sebelum ini juga turut melaporkan Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih kepada Fasa 2 PPN minggu depan.

Keputusan untuk menamatkan sekatan pergerakan penuh di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai ambang di negeri-negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil PPN.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menegaskan Malaysia masih di Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam PPN memandangkan tiga indikator nilai ambang utama belum dicapai.

-myMetro