"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Artis Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Baru. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Julai 2021

Alternatif: Muna buat duit melalui permainan video

Muna Shahirah menjana pendapatan sebagai penstrim permainan video selepas dunia nyanyian tertutup untuk mencari rezeki. - Foto Muna Shahirah
Muna Shahirah menjana pendapatan sebagai penstrim permainan video selepas dunia nyanyian tertutup untuk mencari rezeki. - Foto Muna Shahirah

KUALA LUMPUR: Penyanyi Muna Shahirah, 27, antara penggiat muzik terkesan ekoran pandemik COVID-19, namun tidak terlalu bergantung pada satu bidang dalam mengharungi detik sukar ini.

Justeru, Muna berpendapat, penggiat muzik kena bijak mencari peluang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apatah lagi, pelaksanaan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjejaskan pendapatan banyak pihak.

"Saya sudah tentu tertekan sekiranya hanya bergantung dalam bidang nyanyian sahaja. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, tiada tawaran persembahan, manakala program televisyen (TV) pula terbatas. Ia pastinya menjejaskan pendapatan penggiat muzik seperti saya.

"Namun, saya bersyukur menceburkan diri dengan permainan video PUBG sejak PKP 1.0 lagi. Mulanya, saya sekadar suka-suka bermain di telefon bimbit.

"Lama kelamaan saya mula belajar menerusi YouTube tanpa bimbingan sesiapa. Kemudiannya, saya mula sebagai penstrim permainan video melalui Facebook (FB) menggunakan komputer.

"Tidak disangka, jalan saya dipermudahkan Allah SWT. Kini, pengikut saya hampir mencecah hampir 500,000 dalam FB," katanya kepada BH Online.

 Penyanyi kelahiran Mersing, Johor itu berkata, permainan video bukan sahaja menghasilkan pendapatan, malah dapat membuka jaringan dan peminat baharu.

"Awalnya, ramai tidak tahu saya seorang penyanyi, namun ia terbongkar ketika sesi 'live streaming' bersama pengikut. Ketika bersembang sambil layan permainan video, saya menyanyi, kemudiannya ada yang menegur suara saya sedap.

"Mereka ada bertanya sama ada saya seorang penyanyi? Saya menggunakan peluang ini untuk mempromosikan lagu baharu. Dari situ, bertambah kenalan dan peminat dalam FB," katanya.

Melihat perkembangan dari sudut positif, Muna berkata, dia mula nampak permainan video bukan sahaja boleh menjana pendapatan, malah membantu mempromosikan lagu.

"Sambil ajak pengikut bermain permainan video, saya minta undi lagu. Alhamdulillah, ramai menyokong dan tidak keberatan membantu saya. Sekarang, saya sudah ada peminat berusia tahun," katanya.

Bagaimanapun, Muna meluahkan kesedihan apabila melihat rakan dalam industri muzik, terutama bernaung di bawah syarikat rakaman sama terkesan dengan fasa satu PPN.

"Saya tergerak hati mahu membantu, tetapi segan bertanya kerana bimbang ada yang tidak selesa. Saya mendoakan yang terbaik, marilah kita berdoa semoga COVID-19 cepat berlalu," katanya.

Video muzik Bukan Milikku boleh ditonton menerusi laman YouTube mulai esok. - Foto Muna Shahirah
Video muzik Bukan Milikku boleh ditonton menerusi laman YouTube mulai esok. - Foto Muna Shahirah

Sementara itu, biarpun pandemik COVID-19 sudah masuk tahun kedua, ia tidak menjadi penghalang untuk Muna menghasilkan single baharu.

Mengulas single keempat berjudul Bukan Milikku, Muna berkata, dia gementar menunggu maklum balas pendengar.

"Pelbagai perasaan bercampur baur ketika mengeluarkan single baharu dalam fasa satu PPN ini. Saya bimbang dituduh tidak prihatin dengan situasi semasa. Tetapi, ini adalah tuntutan kerja, jadi saya perlu melunaskan tanggungjawab terhadap syarikat rakaman dan peminat," katanya.

Single Bukan Milikku ciptaan Ikhwan Fatanna bersama Wan Saleh adalah lagu balada cinta kelima dan dicadangkan syarikat rakaman, FMC Music.

"Bukan tidak mahu tukar genre, tetapi saya selesa dengan lagu berkonsep balada. Lagipun, ia juga cadangan FMC Music.

"Jika diberi peluang, saya teringin mahu membawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Permatah Hati, nyanyian Nabila Razali," katanya.

Video muzik Bukan Milikku boleh ditonton menerusi laman YouTube mulai esok.

-BH Online

Khamis, 10 Jun 2021

Tak sangka Yah Kuchai lakonan Afea Deanna popular

 

Kuala Lumpur: Dialog 'mi kari kuah laksa' dalam Kampong Pisang Bersiri-Siri tidak semena-mena membuatkan watak Yah Kuchai menjadi tular dalam kalangan peminat siri arahan Mamat Khalid itu.

Watak lakonan pendatang baharu, Afea Deanna Baharudean, 21, itu kembali menarik perhatian dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dan terbaru, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Afea ketika dihubungi berkata, pada mulanya dia malu apabila diminta membawa watak itu.

Menurut gadis berasal dari Tanjung Piai, Johor ini, dia juga tidak tahu bagaimana rupa Yah Kuchai, selain sukar membayangkan watak mengikut kehendak Mamat.

"Sebelum penggambaran dibuat, abang Mamat menerangkan mengenai watak Yah Kuchai, cuma dia tak terangkan siapa sebenarnya Yah Kuchai.

"Semasa disolek pada hari penggambaran, baru saya tahu Yah Kuchai seorang gadis kampung yang memakai pakaian lama bersaiz besar.

"Sepatutnya gigi Yah Kuchai jongang tapi kerana untuk buat gigi palsu kena ambil masa agak lama, gigi saya terpaksa diconteng untuk menampakkan seperti rosak," katanya kepada Harian Metro.

Afea yang juga pelatih praktikal Diploma Bahasa Inggeris di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim berkata, peluang berlakon diperoleh apabila bekerja sambilan sebagai pelayan di restoran Sarang Art Hub milik Mamat.

Afea berkata, dia terkejut dan hairan apabila wataknya tular sedangkan ia bukanlah satu watak yang hebat. "Selepas itu baru saya nampak, dari segi mata orang lain Yah Kuchai ada personaliti tersendiri yang jarang orang nampak dalam filem.

"Bayangkan seorang perempuan sanggup berlakon seperti ini. Awal-awal kerjaya sudah berani bawa watak begini yang jarang dibuat pelakon lain.

"Apapun kawan-kawan tetap panggil saya dengan nama Afea. Cuma orang yang baru kenal atau peminat filem ini panggil saya dengan nama Yah Kuchai," katanya yang berhasrat menjadi guru atau penulis buku.

Afea mengakui ada segelintir pihak yang mempermainkannya dengan gelaran nama itu termasuk di Instagram, namun dia tidak ambil hati dan menganggapnya sebagai gurauan.

Ditanya sekiranya ditawarkan berlakon watak hampir serupa oleh syarikat produksi lain, Afea dengan tegas menolak.

"Kalau watak atau nama sama dengan Yah Kuchai, saya takkan terima kerana saya hormat hasil karya Mamat Khalid.

"Saya rasa seperti menghina hasil karya abang Mamat kerana dia memang bekerja keras memerah otak untuk reka watak ini. Ia sukar dan hanya dia seorang faham Yah Kuchai. Saya tak nak mempergunakan watak ini. Asalkan bukan watak tiga suku serta meniru ciri-ciri Yah Kuchai, saya akan terima," katanya.

-myMetro