"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Copa America. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Copa America. Papar semua catatan

Isnin, 12 Julai 2021

Copa America: Messi tahan pemain Argentina ketika tenangkan Neymar

 Copa America: Messi tahan pemain Argentina ketika tenangkan Neymar

Penantian penuh kesengsaraan Lionel Messi meraih gelaran bersama skuad kebangsaan berakhir selepas Argentina mengatasi Brazil 1-0 dalam final Copa America.
Messi telah memenangi pingat emas Sukan Olimpik bersama Argentina tetapi gelaran di peringkat senior sebelum bagai sukar digapai.
Segalanya berubah selepas Angel Di Maria menjaringkan gol tunggal dalam aksi final Copa America sekaligus mengakhiri penantian 28 tahun Argentina untuk menjulang gelaran. Messi meraikan dengan rakan sepasukannya di Argentina dengan gilang gemilangnya tetapi hadir satu saat di mana akan kekal dalam kenangan setiap penyokong bola sepak di seluruh dunia.
Selepas wisel penamat ditiupkan, bintang Brazil, Neymar, kelihatan berjalan ke arah skuad Argentina yang meraikan kemenangan, mencari Messi -- bekas rakan sepasukannya di Barcelona. Di saat mereka kelihatan bersama, mereka bersalaman dengan Messi cuba menenangkan pemain Brazil itu.
Tetapi saat perkara itu menjadi viral ketika Messi menggunakan tangan kanannya untuk menolak rakan senegaranya yang sedang meraikan kemenangan sementara terus cuba menenangkan hati pemain Brazil yang sedang terluka itu.
Kejayaan Argentina menjuarai Copa America di Rio de Janeiro mengakhiri rekod tanpa kalah Brazil yang melebihi 2,500 hari.
Argentina kali terakhir merasa kemanisan kejayaan di pentas utama pada 1993 apabila dua jaringan Gabriel Batistuta membenarkan mereka menang 2-1 ke atas Mexico di Ecuador.
Ini adalah kali pertama dalam enam edisi Brazil bermain di tempat sendiri gagal menjulang piala.
Walaupun perebutan trofi Messi bersama Argentina akhirnya berakhir, Neymar masih tanpa gelaran utama di peringkat antarabangsa kerana terlepas kemenangan Brazil di gelanggang sendiri dua tahun lalu kerana kecederaan.
Sumber: sport.ndtv.com, AFP

Ahad, 11 Julai 2021

Penantian 28 tahun berakhir, Argentina tewaskan Brazil 1-0 untuk julang piala Copa America

 Penantian 28 tahun berakhir, Argentina tewaskan Brazil 1-0 untuk julang piala Copa America

Messi meraikan kejuaraan bersama rakan sepasukan. -Reuters
ARGENTINA menamatkan penantian 28 tahun untuk meraih kejuaraan utama antarabangsa selepas memenangi Copa America menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di stadium Maracana, Rio de Jeneiro.
Lebih manis ia juga merupakan kemenangan antarabangsa pertama buat penyerang prolifik Lionel Messi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan Angel Di Maria pada minit ke-22 permainan selepas mendapatkan hantaran Rodrigo De Paul untuk menewakan penjaga gol Brazil, Ederson.
Messi berpeluang menambah jaringan dua minit sebelum tamat tetapi tergelincir ketika hanya berdepan Ederson.
Kemenangan itu sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah Brazil di laman sendiri.
Kali terakhir Argentina menikmati kejuaraan kejohanan utama ialah pada tahun 1993 menewaskan Mexico dalam final COPA di Ecuador.
-AstroAwani

Jumaat, 9 Julai 2021

Final: Copa America 2021 terakhir buat Messi, Neymar buru gelaran

 MESSI, Nyemar buat perhitungan. FOTO Agensi

MESSI, Neymar buat perhitungan. FOTO Agensi

Rio de Janeiro: Bekas rakan pasukan di Barcelona Lionel Messi dan Neymar akan berdepan satu sama lain apabila mereka bertemu di final Copa America dengan masing-masing cuba untuk merangkul gelaran pertama bersama skuad kebangsaan.

Seperti legenda Brazil dan Diego Maradona dari Argentina sebelum ini, Messi atau Neymar tidak pernah memenangi Copa.

Namun statistik itu akan berubah apabila salah satu daripada mereka akan menamatkan penantian itu apabila turun dalam aksi final di stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Buat pemenang enam kali Ballon d'Or, Messi, ia adalah penampilan keempatnya di final Copa dan mungkin peluang yang terakhir untuk menamatkan kejuaraan dengan kemenangan.

Dia adalah pemain terbaik untuk pasukannya, seperti biasa menjaringkan empat gol dan mencipta lima lagi - pemimpin dalam kedua-dua kategori.

Namun pada usia 34, ia mungkin Copa terakhir dan Piala Dunia tahun depan akan menjadi kejohanan besar yang terakhir membabitkan kedua-dua pemain itu.

Setakat ini, Messi berdepan final yang mengecewakan iaitu pada 2007, 2015 dan 2016 di Copa dan turut bersama pasukannya ketika mereka tewas kepada Jerman 1-0 di Piala Dunia 2014.

Sesetengah orang percaya, memenangi sesuatu bersama Argentina adalah sasaran utama Messi.

"Kami akan cuba menghalangnya mencapai objektif ini," kata bek tengah Brazil Marquinhos.

"Sama seperti Messi, kami juga mempunyai pemain yang layak untuk gelaran ini.. seperti 'Ney' ini juga Copa terakhirnya," katanya.

Pada 29, Neymar masih mempunyai banyak masa namun dua tahun lalu ketika Brazil menjulang gelaran kesembilan di tanah air sendiri menewaskan Peru 3-1 dia tiada bersama kerana kecederaan.

-myMetro

Ahad, 4 Julai 2021

Brazil tempah tiket separuh akhir Copa America 2021

 


Paqueta (kiri) meraikan jaringannya bersama Neymar (tengah) dan Richarlison di Stadium Olimpik Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi. -Foto EPA

PEMAIN gantian, Lucas Paqueta muncul wira apabila memacu Brazil mara ke separuh akhir Copa America 2021 selepas menewaskan Chile 1-0 dalam aksi suku akhir di Stadium Olimpico Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi.

Paqueta meledak gol kemenangan Brazil seminit selepas aksi babak kedua bermula hasil umpanan bintang sensasi, Neymar.

Dengan kemenangan ke atas Chile itu, Brazil terus kebal dengan rekod tanpa kalah dalam kempen Copa America kali ini selepas mengharungi empat perlawanan termasuk aksi suku akhir.

Terdahulu, Brazil menamatkan saingan Kumpulan B selaku juara apabila merekodkan tiga kemenangan dan satu keputusan seri, sekali gus menempah pertemuan dengan Chile.

Dalam aksi separuh akhir, Brazil yang juga penyandang juara bakal membuat perhitungan dengan Peru yang terlebih dulu membenam Paraguay 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

-SH Online

Rabu, 30 Jun 2021

Copa America 2021: 'Jangan pandang rendah Colombia'


Cavani (kiri) antara watak penting kebangkitan Uruguay pada saingan Copa America 2021 di Brazil. FOTO: AFP

PENGENDALI Uruguay, Oscar Washington Tabarez tidak mahu pemain-pemainnya memandang rendah keupayaan Colombia apabila kedua-dua pasukan pada pusingan lapan terbaik Copa America 2021 di Stadium Mané Garrincha, Brasília minggu ini.

Malah menurut Tabarez, rekod kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan pada tahun lalu juga tidak boleh dijadikan sandaran pada pertemuan kali ini.

"Colombia yang kini bukan lagi pasukan yang pernah kita tentang pada tahun lalu, kerana pada saingan Copa America 2021 kali ini mereka melakukan persiapan cukup rapi.

"Pada masa ini mereka berada pada tahap terbaik seperti yang telah dibuktikan sepanjang saingan peringkat kumpulan pertandingan ini.

 "Colombia merupakan pasukan yang sedang meningkat sejak kebelakangan ini tambahan pula mereka memiliki jurulatih yang cukup berpengalaman selain pemain berkualiti," katanya.

Sebelum itu, gol tunggal jaringan pemain sensasi Manchester United, Edinson Cavani sudah cukup membolehkan Uruguay mengesahkan status naib juara kumpulan sekaligus mengiringi Argentina selaku juara ke pusingan lapan terbaik pertandingan.

Pada aksi di Stadium Nilton Santos Rio de Janeiro, gol hasil sepakan penalti Cavani berjaya memacu La Celeste dari kedudukan keempat sebelum ini ke tempat kedua kumpulan.

Mengulas lanjut Tabarez percaya Los Cafeteros kendalian Reinaldo Rueda akan lebih matang selepas tewas kepada skuadnya pada aksi kelayakan Piala Dunia sebelum ini.

"Sememangnya satu motivasi apabila dapat menewaskan Colombia pada perlawanan tersebut, namun kita perlu mengakui bahawa ketika itu lawan juga tidak mudah menyerah kalah.

"Colombia merupakan pasukan yang cukup sukar untuk ditewaskan apatah lagi negara tersebut mempunyai komuniti bola sepak yang cukup aktif melahirkan pemain-pemain baharu, jadi kita boleh menjangkakan tentangan sengit

“Aksi menentang Brazil sebelum ini sudah cukup menceriakan segala-galanya mengenai keazaman Colombia untuk pergi lebih jauh dalam kejuaraan ini," katanya.

-SH Online