"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Rosol Wahid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Rosol Wahid. Papar semua catatan

Khamis, 18 Mac 2021

KPDNHEP cadang lesen khas perniagaan dalam talian


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian sebagai langkah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipuan jual beli di platform tersebut. Gambar hiasan 123rf.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang memperkenalkan lesen khas perniagaan dalam talian sebagai langkah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipuan jual beli di platform tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, menerusi lesen tersebut, peniaga akan tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi, manakala pengguna dapat melakukan pembelian dalam talian tanpa ragu-ragu tentang kesahihan dan reputasi peniaga

Katanya, pelaksanaan lesen khas itu akan dikuatkuasakan selepas pindaan dilakukan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Lesen khas perniagaan dalam talian ini antara langkah efektif untuk memerangi masalah scammer dan kami akan berusaha menguatkuasakan lesen ini dengan segera,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 di sini pada Khamis.

Berdasarkan rekod kementerian, katanya, jumlah aduan mengenai transaksi dalam talian pada tahun lepas menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 11,510 aduan berbanding 5,414 pada 2019, di mana 7,797 daripada aduan tersebut adalah kerana tidak menerima barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Rosol berkata, risiko penipuan transaksi dalam talian itu boleh dielakkan dengan membuat semakan nombor akaun bank peniaga sebelum melakukan pemindahan wang.

Sebagai contoh, katanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kemudahan laman web dan aplikasi dikenali sebagai ‘Semak Mule CCID’ untuk pengguna membuat semakan awal seperti akaun bank atau nombor telefon peniaga sebelum pemindahan wang dilakukan.

Dalam pada itu, Rosol berkata, Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Kebangsaan juga sedang membangunkan aplikasi mudah alih yang diberi nama ‘idenfic’ bagi membolehkan pengguna mengenal pasti serta melaporkan akaun penipu atau scammer melalui beberapa langkah mudah.

 "Aplikasi ini akan merekodkan laporan pengguna terhadap akaun bank scammer, supaya pengguna lain boleh dimaklumkan tentang kes tersebut dan mengelakkan daripada turut ditipu melalui akaun yang sama.

"Dalam masa sama, aplikasi ini juga dikatakan boleh mengesahkan penjual yang sahih, boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik, sekali gus meningkatkan keyakinan bakal pembeli," katanya. - Bernama


Rabu, 30 Disember 2020

Kartel Daging Haram : Kenyataan Terbaru KPDNHEP, Hanya Satu Syarikat Jer Terlibat Pula Dah..

 SEMASA | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada mengeluarkan kenyataan baru bertarikh 29 Disember 2020 melalui Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid.


Dalam kenyataan itu, Datuk Rosol Wahid berkata;

1. Sindiket pemalsuan jenama daging yang berstatus halal hanya melibatkan sebuah syarikat.

2. Daging sejuk beku yang diedarkan syarikat tersebut juga hanya mewakili satu peratus daripada keseluruhan bekalan daging negara.

3. KPDNHEP telah melakukan operasi merampas dan menyita produk syarikat tersebut dengan nilai rampasan kira-kira RM3.5 juta.

4. KPDNHEP juga telah mengarahkan pemeriksaan di 82 premis pemborong dan 521 peruncit seluruh negara.

5. “Kita masih siasat rangkaian syarikat tersebut dari segi di mana pengedaran daging berkenaan. Kita akan pergi dan periksa setiap tempat yang disyaki mengambil barangan daripada syarikat berkenaan.

“Kalau ada barangan daripada syarikat tersebut, kita akan rampas dan sita, tidak kira apa pun nama (jenama daging) barangan daripada syarikat itu.

“Operasi ini turut melibatkan syarikat kecil dan restoran yang telah menerima produk daripada syarikat yang akan didakwa. Sekiranya ada bukti, kita akan ambil (sita),” 
kata Datuk Rosol Wahid.

6. Syarikat terbabit juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Rabu (esok).

7. Kes tersebut akan didakwa di bawah Perenggan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan Halal 2011) kerana memperakukan perkhidmatan pengangkutan sebagai halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

8. Rosol turut menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa sindiket daging haram itu telah beroperasi lebih 40 tahun tanpa dikenakan sebarang tindakan.

9. Beliau menjelaskan, siasatan mendapati syarikat terbabit mula beroperasi pada tahun 2014 dan hanya memperoleh lesen sebagai pengimport produk sejuk beku pada tahun 2017.

10. “Saya meminta masyarakat tidak percaya dengan andaian yang yang menyatakan daging haram ini telah berlaku lebih daripada 40 tahun.

“Walhal apa yang kita dapati 40 tahun itu memang tak betul kerana syarikat yang kita siasat dan akan didakwa dalam masa terdekat itu baru berdaftar pada tahun 2014,”
 katanya.

11. Rosol berharap makluman terbaharu KPDNHEP itu dapat meredakan kebimbangan masyarakat yang merasa was-was untuk makan atau membeli daging yang dijual di dalam negara.

Sebagai rekod, portal Berita Harian dan NSTP yang membuat pendedahan kartel daging haram telah beroperasi lebih 40 tahun.

Selain itu MAQIS pernah mendedahkan nilai daging yang disita ialah RM30 juta. 

Manakala Sinar Harian berkata terdapat 30 pusat pengedar yang ada kaitan dengan gudang di Senai, Johor Bharu yang diserbu pada 2 Disember lalu. 

Bagaimanapun maklumat dari KPDNHEP ini nampaknya sangat berbeza dengan maklumat awal yang didedahkan kepada rakyat. Tidak dapat dipastikan kenapa berlakunya beberapa perubahan tersebut. - 29 Disember 2020.

-SoZChili