"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Khamis, 31 Disember 2020

Sah! Ahli keluarga Zeti mengaku terima wang 1MDB

 

Salinan akuan berkanun suami dan dua anak lelaki bekas gabenor BNM, Zeti Aziz, menyatakan kesediaan mereka memulang wang 1MDB kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura menggugurkan siasatan.

PETALING JAYA: Adakah bekas gabenor Bank Negara, Zeti Aziz, benar-benar tidak tahu tentang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib Razak? Atau sebaliknya?

Ini persoalan yang timbul susulan pendedahan mengejutkan bahawa ahli keluarga beliau menerima wang daripada dana 1MDB.

Suami Zeti, dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB di dalam akaun mereka, menurut akuan berkanun yang ditandatangani mereka pada Mac tahun lepas.

Wang itu dalam akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan mereka bertiga mengakui pemilik akaun itu.

SD itu, yang dilihat FMT, adalah tulen dan boleh dipercayai, menurut peguam yang menandatangani dokumen itu.

Pendedahan dalam SD itu menyusuli laporan oleh blog MalaysiaToday, yang dikendalikan Raja Petra Kamaruddin, mendakwa suami Zeti dan anak-anak lelakinya menerima lebih RM100 juta ringgit daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jow, yang didakwa mendalangi skandal 1MBD.

Dakwaan itu disokong SD yang menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti mengaku menerima dana berkenaan dalam akaun bank mereka di Singapura.

Wang itu daripada syarikat yang dikaitkan dengan Low.

Susulan pendedahan itu, Najib mendesak Zeti menjawab dakwaan berkenaan dan berkata bekas gabenor BNM itu sendiri yang menyarankan beliau membuka akaun bank bawah nama sendiri dan bukan atas nama UMNO untuk menerima “derma Arab”.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa ada meminta Zeti memantau sebarang transaksi mencurigakan dalam akaun berkenaan.

Pada Julai 2018, Zeti nafi dakwaan Najib bahawa beliau tahu mengenai derma RM2.6 bilion itu, yang menurut Najib sumbangan daripada kerabat diraja Saudi kepada kerajaan, yang disalurkan ke akaun peribadinya.

Najib bagaimanapun mempersoalkan logik di sebalik penafian Zeti itu.

“Mana mungkin seorang gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion masuk ke dalam akaun bank atas nama perdana menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, SD berkenaan menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti bersetuju menyelesaikan isu dana 1MDB itu dengan kerajaan Singapura.

Menurut SD itu, mereka bersetuju untuk memulangkan wang 1MDB dalam akaun mereka kepada syarikat itu, sekiranya pihak berkuasa Singapura menggugurkan siasatan.

SD suami dan dua anak Zeti membuat cadangan penyelesaian itu dengan merujuk kepada Seksyen 370 Kanun Tatacara Jenayah Singapura, berkenaan perampasan harta.

Suami Zeti, Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz, menguruskan akaun itu bawah nama Cutting Edge Industries LTd, yang berpangkalan di Singapura.

Menurut pendedahan MalaysiaToday, wang dalam akaun mereka itu disalurkan daripada Iron Rhapsody Ltd, yang ditubuhkan untuk menerima wang daripada Low.

Laporan itu mendakwa suami dan dua anak lelaki Zeti adalah juga pemilik Iron Rhapsody.

FMT masih berusaha mendapatkan komen Zeti.-FMT

Gisel Anastasia Mengaku Video Intim Yang Tersebar Adalah Dirinya!

 


Gisel Anastasia, penyanyi Indonesia, mengaku dirinya adalah wanita dalam klip video seks yang tular di media sosial, dan disahkan pihak polis selepas peserta Indonesian Idol musim ke lima itu membuat pengakuan ketika siasatan dilakukan, lapor Kompas.


Gisel Anastasia
Gambar hiasan.

"Saudari Gisel Anastasia mengaku bahawa memang video yang ada itu atau yang beredar di medsos adalah dirinya sendiri," kata pegawai polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus.

Polis berkata rakaman itu dilakukan pada 2017 di Medan, Indonesia, ketika ibu seorang anak itu masih berstatus isteri kepada aktor Gading Marten.

"Dia mengakui bahawa itu dirinya sendiri dan terjadi sekitar tahun 2017. Di salah satu hotel di Medan," lapor sebuah portal lain memetik kenyataan Yusri.

Yusri berkata, pengakuan Gisel itu sekali gus mengesahkan keputusan ujian forensik oleh ahli forensik dan pakar teknologi maklumat sebelum ini.

Sebelum ini Gisel dan lelaki yang dikenali sebagai MYD merupakan suspek dalam klip video seks selama 19 saat yang tular di media sosial.

Sebelumnya Gisel memang selalu mengelak bahawa wanita dalam video tersebut adalah dirinya.

Namun akhirnya, mantan isteri Gading Marten tersebut mengaku bahawa memang benar wanita tersebut adalah dirinya, dan video tersebut diambil pada tahun 2017 yang lalu.

Gading Marten dan Gisella Anastasia berkahwin pada 2013 dan dikurniakan seorang anak, bagaimanapun mereka bercerai pada Januari 2019.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/

Tajuddin didakwa tahan bayaran RM700 juta, firma LRT3 minta k'jaan bantu

 

Pengurusan tertinggi 17 kontraktor dan firma perunding yang terlibat dalam projek LRT3 telah meminta bantuan kerajaan kerana mereka berhutang lebih RM700 juta untuk kerja yang dilakukan sejak bulan Julai dan jumlah ini dijangka mencecah RM1 bilion bulan ini.

Menurut surat bersama yang dihantar syarikat-syarikat itu kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini, mereka berkata Prasarana belum membayar mereka untuk kerja yang dilakukan bagi projek LRT3 dari bulan Julai hingga Disember dan kini menghadapi kesulitan untuk meneruskan kerja pembinaan rel tersebut.

"Datuk Seri, demi untuk menentukan kelansungan projek ini pada tahap kemajuan yang telah ditetapkan oleh Prasarana, pihak kami telah berusaha sebaik mungkin untuk membiayai kerja-kerja tersebut dengan menggunakan dana dalaman kami.

"Walau bagaimanapun pihak kami tidak lagi mampu memandangkan jumlah terkumpul ini agak besar. Keadaan ini benar-benar memberi tekanan besar kepada tahap kewangan kami dan telah menjejaskan tahap kemajuan projek ini," menurut surat-surat yang dilihat oleh Malaysiakini.

Difahamkan, surat yang sama juga akan dikirimkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari Isnin.

Sumber yang mahir mengenai perkara itu mendakwa Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman dikatakan 'telah memberi tekanan' kerana dia mahu terlibat dalam keputusan pelantikan subkontraktor untuk projek LRT3.

Pemimpin Umno itu dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada bulan Mei dan dua bulan kemudian, pembayaran kepada kontraktor atas kerja mereka untuk projek LRT3 telah berhenti masuk.

Salah satu sumber memberitahu Malaysiakini kelewatan itu berlaku walaupun Prasarana mempunyai dana untuk membuat pembayaran kepada syarikat MRCB-George Kent sebagai kontraktor utama projek tersebut.
"Kemajuan projek oleh 17 syarikat itu telah mencapai 43.4 peratus pada akhir November.

"Apa alasan menahan pembayaran kepada MRCB-George Kent ketika syarikat itu telah bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan melangkaui sasaran," soal sumber itu.

Kemajuan 43.4 peratus pada laluan LRT3 sepanjang 37.6km tu mendahului sasaran 40 peratus pada akhir tahun.

Sumber itu berkata sejumlah RM280 juta yang diterima pada 3 Oktober hanya untuk kerja yang dilakukan antara Februari hingga Jun.

"Pembayaran terakhir yang kami terima pada 3 Oktober untuk kerja yang dilakukan dari Februari hingga Jun 2020.

"Keseluruhannya adalah RM280 juta," kata sumber itu lagi.

Prasarana, unit milik penuh Kementerian Kewangan, adalah pemilik projek LRT3. Sementara itu, MRCB-George Kent, adalah usaha sama 50-50 antara Malaysian Resources Corp Bhd dan George Kent (M) Bhd.

MRCB sebagai kontraktor siap guna (turnkey) sejak itu telah melakukan subkontrak bahagian projek dalam pelbagai pakej kepada 16 syarikat lain yang menandatangani surat tersebut.

Menurut surat-surat tersebut, pembayaran yang ditahan ini menyebabkan rangkaian pembayaran tertunda tidak hanya kepada pembekal dan pihak berkepentingan lainnya, tetapi juga komitmen dengan institusi kewangan.

Situasi ini juga diburukkan lagi oleh kesan keseluruhan wabak Covid-19 kepada perniagaan tempatan dengan keseluruhan operasi melibatkan lebih 10,000 pekerja, kata mereka.

Dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini menyatakan pembayaran daripada Prasarana kepada MRCB-George Kent dijelaskan pada hari kelapan setiap bulan untuk pelepasan segera kepada subkontraktor.

Malaysiakini telah menghubungi dan sedang menunggu maklum balas daripada Tajuddin mengenai dakwaan peranannya dalam menahan pembayaran, dan juga dakwaan yang dilaporkan sebelumnya bahawa dia menggunakan kuasanya dengan cuba melakukan perubahan yang signifikan terhadap pengendali pengangkutan kereta api dan bas.
Prasarana sebelum ini menolak untuk mengulas laporan The Edge yang menyoal kepemimpinan dan hala tuju syarikat itu sejak perlantikan Tajuddin sebagai pengerusinya.

Awal bulan ini, The Malaysian Reserve melaporkan Prasarana telah menuntut lebih banyak suara dalam pelantikan subkontraktor, tetapi permintaan mereka ditolak oleh MRCB-George Kent, yang mengakibatkan pembayaran itu ditangguhkan.

Pada masa itu, harian kewangan tersebut memetik sumber, mendakwa individu berjawatan tinggi dalam Prasarana telah meminta MRCB-George Kent untuk memberikan pakej kerja bernilai sekitar RM300 juta kepada syarikat tertentu berkaitan dengan individu tersebut.

Projek LRT3 dimulakan pada bulan Ogos 2015 dengan peruntukan awal RM10 bilion untuk berkhidmat kepada kira-kira dua juta orang di sepanjang laluan Bandar Utama-Johan Setia, sebelum kosnya meningkat menjadi RM31.65 bilion.

Ia antara beberapa projek infrastruktur mega yang dikaji semula oleh kerajaan pusat selepas Pakatan Harapan berkuasa pada Mei 2018.

Pada bulan Julai 2018, projek LRT3 disambung semula dengan jumlah kos terakhir yang dilaporkan berkurang 47 peratus kepada RM16.63 bilion, menggantikan model rakan penyampaian projek dengan model kontraktor siap guna.

Tarikh siap landasan rel sejauh 37.6km juga dilanjutkan dari tahun 2020 hingga 2024.

[Baca laporan asal]

-waklabufarm

Masih Remaja Dan Bersekolah, Perkahwinan Pasangan Di Kelantan Ini Curi Perhatian Netizen

 


Cinta itu tidak mengenal usia. Sudah pastinya pasangan yang bercinta mahu mengakhiri hubungan dengan sebuah ikatan yang sah.

Terbaharu, video perkahwinan pasangan muda di Kelantan yang dimuat naik pengguna TikTok @hariafiqah1 telah mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, pengantin perempuan tersebut baru sahaja berumur 15 tahun manakala pengantin lelaki berusia 17 tahun.

Berikutan itu, video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut dan merasakan perkahwinan tersebut terlalu awal disebabkan pasangan tersebut masih muda dan bawah umur. Malah, para netizen turut sempat bergurau dan bayangkan babak pasangan tersebut untuk ke sekolah.

kahwin 1

kahwin 2

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin tersebut dan setakat hari ini, video tersebut telah mencecah 1.2 juta tontonan. Apakah pendapat anda akan isu perkahwinan pada usia yang muda?

-thevocket.com

Covid19:Antara yang terawal, Dr Amalina terima suntikan vaksin jenis Pfizer

 Baru-baru ini, pelbagai jenis vaksin Covid-19 telah berjaya dihasilkan oleh beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa dan antara yang menjadi perhatian adalah Pfizer-BioNTech.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang mempersoalkan keberkesanan vaksin tersebut malah ada yang bimbang sekiranya vaksin itu boleh mendatangkan bahaya.

Demi membuktikan keselamatan Pfizer, segelintir individu ternama mengambil suntikan vaksin berkenaan terlebih dahulu.

Antara individu tersebut ialah Dr Nur Amalina Che Bakri atau lebih mesra digelar sebagai Dr Amalina yang kini berpangkalan di London.

Menerusi laman Instagram, pakar bedah berusia 33 tahun itu memuat naik sebuah posting menunjukkan gambar dirinya sedang disuntik dos pertama vaksin berkenaan.


Dalam pada itu, dia turut menjelaskan mengenai fakta-fakta vaksin Pfizer dengan lebih lanjut di ruangan kapsyen bagi mengekang pelbagai mitos vaksin yang tersebar dalam kalangan masyarakat.

Menjengah ke ruangan komen, posting itu dibanjiri dengan soalan-soalan daripada warganet tentang vaksin berkenaan. Bahkan ada yang bertanya sama ada jika seseorang divaksin, adakah mereka akan bertukar menjadi ‘zombie’.

Alhamdulillah! Berapa kos tu?

Nanti kongsi la keberkesanan

Bila divaksin akan bertukar jadi zombie ke?

Terdahulu, Dr Amalina pernah menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat yang rata-rata kagum dengan pencapaiannya meraih sebanyak 17A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.

Sumber: Instagram Dr Amalina

-ohmymedia.cc

Siasat dakwaan kaitan bekas gabenor Bank Negara dengan Kes 1MDB – Pemuda Umno

 


PEMUDA UMNO DESAK POLIS DAN SPRM SIASAT KAITAN BEKAS GABENOR BANK NEGARA DENGAN KES 1MDB

1. Pergerakan Pemuda UMNO hari ini telah mengadakan satu laporan polis berkenaan isu penting mengenai penglibatan seorang Gabenor Bank Negara yang disyaki terlibat dengan kes 1MDB.

2. Terdapat keraguan yang membimbangkan berkenaan pendedahan mengenai penglibatan 3 orang lagi individu bernama, Dato’ Dr Tawfiq Ayman – Alif Ayman Aziz bin Tawfiq Ayman – Abdul Aziz bin Tawfiq Ayman. Ketiga-tiga individu adalah dilaporkan sebagai suami dan anak-anak kepada Tan Sri Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.

3. Sebuah syarikat Iron Rhapsody juga didakwa dimiliki oleh suami dan anak Tan Sri Zeti Aziz dan syarikat ini menerima wang berjumlah USD 16,219,409.23 daripada entiti yang mempunyai pendaftaran di bawah nama Jho Low. Juga disebut dalam laporan itu, Tan Sri Zeti dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah telah berjumpa dengan Jho Low beberapa kali dan mereka mempunyai makluman mengenai bayaran yang telah diterima oleh suami dan anak-anak Tan Sri Zeti.

4. Pemuda UMNO khuatir kerana sehingga hari ini, tidak pernah ada sebarang kaitan atau siasatan terperinci dan tindakan undang-undang yang telah dikenakan terhadap individu-individu penting di Bank Negara Malaysia berkenaan salahguna dana 1MDB. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan dalam senario terkini dalam skandal 1MDB ini, antaranya:

a) Adakah benar transaksi-transaksi yang melibatkan ahli keluarga Tan Sri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara pada ketika itu berkait dengan 1MDB atau Jho Low? Apakah kaitan di antara Jho Low dan Dato’ Dr Tawfiq Ayman?

b) Mengapakah Tan Sri Zeti Aziz yang merupakan antara individu yang bertanggungjawab melibatkan transaksi besar dalam dan luar negara kini berdiam diri mengenai dakwaan ini.

5. Pemuda UMNO mendesak agar pihak PDRM dan seterusnya SPRM dapat memberikan satu tumpuan khusus untuk menyiasat berkenaan segala dakwaan, tuduhan dan fakta-fakta yang telah dikeluarkan oleh sebuah laman portal berita sebelum ini.

6. Pemuda UMNO mahu pendedahan yang melibatkan soal integriti di kalangan penjawat jawatan tertinggi di institusi kewangan tertinggi di Malaysia diberikan keadilan sewajarnya. Rakyat Malaysia pastinya mahukan kebenaran terungkil dalam usaha kita bagi membersihkan semula nama negara tercinta ini di mata dunia.

Dato Shahrul Nasrun Bin Kamaruddin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
30 Disember 2020

https://www.facebook.com/1516217508645548/posts/2846151342318818/?d=n

-ttkm.com.my

Jururawat positif COVID-19 seminggu selepas disuntik vaksin Pfizer

- Foto hiasan
- Foto hiasan

CALIFORNIA: Seorang jururawat berusia 45 tahun di California, Amerika Syarikat (AS) didapati positif COVID-19 seminggu selepas beliau menerima vaksin coronavirus Pfizer Inc, menurut laporan ABC News.

Matthew W, seorang jururawat bertugas di dua hospital tempatan berbeza, dalam catatan di Facebook, berkata pada 18 Disember lalu beliau menerima suntikan vaksin Pfizer.

Beliau memberitahu ABC News bahawa lengannya sakit selama sehari tetapi tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang lain.

Namun, enam hari kemudian pada malam Krismas, jururawat itu jatuh sakit selepas bekerja di unit COVID-19 dan dilaporkan menggigil selain mengalami sakit otot serta keletihan.

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan dan ujian COVID-19 di hospital berkenaan serta didapati positif sehari selepas sambutan Krismas, kata laporan itu.

Pakar penyakit berjangkit Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers.

Pakar penyakit berjangkit Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers.

Pakar penyakit berjangkit dengan Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers, memberitahu wakil ABC News bahawa senario itu tidak dijangka.

"Kami dimaklumkan bahawa dalam ujian klinikal, vaksin mengambil masa sekitar 10 hingga 14 hari untuk mula memberi perlindungan.

"Dos pertama yang diberikan hanya sekitar 50 peratus dan anda memerlukan dos kedua itu, yang memberi perlindungan sehingga 95 peratus," katanya. - AGENSI

Rabu, 30 Disember 2020

Dituduh guna lambang halal palsu, syarikat pembekal daging, pengarah mengaku tak bersalah

(Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan lambang halal yang tidak diperakui pihak berkuasa pada lori milik mereka, awal bulan ini.

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, yang diwakili pasangan suami isteri, Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kasim, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan pemilik serta pengarah syarikat Raihanah Enterprise, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut tuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage didakwa menggunakan lambang halal yang tidak diperakui sedemikian oleh pihak berkuasa berwibawa, pada sebuah lori jenama Isuzu.

Bagi tuduhan kedua pula, Rahman dan Raihanah, dituduh selaku pemilik syarikat Raihanah Enterprise melakukan kesalahan sama, membabitkan lori jenama Mitsubishi.

Kesalahan didakwa dilakukan Syarikat di premis perniagaan Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, di Taman Perniagaan Setia kira-kira 1 tengah hari, 1 Dis lepas.

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan menghadapi hukuman maksimum denda RM200,000 bagi kesalahan dilakukan kali pertama, manakala untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Rahman dan Raihanah selaku pengarah syarikat, pula didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan kali pertama. Jika kesalahan berulang pula denda dihadapi adalah sehingga RM250,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya T Ashvinii, yang memohon mahkamah mengenakan tertuduh masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin kes lambang halal mendapat liputan meluas media dan turut dibincangkan di Parlimen.

Peguam Lau Kok Guan dan Noor Liana Hashim yang mewakili pasangan itu, bagaimanapun, merayu jaminan dikurangkan dengan alasan syarikat itu masih beroperasi.

Menurutnya, syarikat itu memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri terbabit menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu diikat jamin masing-masing RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes tersebut.-FMT

Pengkhianatan demi pengkhianatan oleh UAE terhadap perjuangan ummah.

Terkini, UAE sedang berkerjasama dengan Israel untuk menghapuskan UNRWA, sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelarian Palestin.

Ini adalah di antara kesan normalisasi Israel yang sehingga kini telah dilaksanakan oleh Mesir, Jordan, UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco.

Beberapa laporan berita menjangkakan bahawa proses ini akan diikuti oleh Oman, Kuwait dan Arab Saudi.

Semoga Allah selamatkan Malaysia dan Indonesia dari fitnah ini.

[ t.me/zainurrashid ]

https://www.middleeasteye.net/news/israel-and-uae-working-together-eliminate-unrwa-report

Prasarana enggan ulas dakwaan Tajuddin cuba pengaruhi keputusan syarikat


 Prasarana Malaysia Bhd enggan mengulas laporan yang mempersoalkan kepimpinan dan hala tuju syarikat itu sejak pelantikan pemimpin Umno, Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengerusinya pada Mei lalu.

"Kami tiada komen berkenaan hal ini," kata pegawai Prasarana menerusi pesanan teks.

Malaysiakini juga telah cuba menghubungi ahli Parlimen Pasir Salak itu dan masih menunggu maklum balasnya.

Ia susulan laporan The Edge yang mendakwa Tajuddin menggunakan autoritinya untuk melakukan perubahan signigfikan dalam syarikat pengoperasi pengangkutan awam milik penuh Kementerian Kewangan ini. Beberapa perubahan dikatakan menimbulkan persoalan tentang kepimpinan dan hala tuju syarikat.

Dia didakwa berusaha menamatkan kontrak Latitud 8 bernilai RM1.2 bilion, yang merupakan projek pembinaan komersial pelbagai guna dekat stesen LRT Dang Wangi di Kuala Lumpur, untuk membolehkan Prasarana memainkan peranan lebih besar dalam projek itu dan akhirnya memindahkan pejabatnya di situ.

Laporan The Edge turut menyatakan dokumen yang menunjukkan Prasarana boleh menanggung kos RM80 juta untuk menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah (JLDA) itu.

Tajuddin bersama barisan kepimpinan kanan Prasarana

Dokumen itu juga didakwa membayangkan Kementerian Kewangan telah memberi "persetujuan lisan" kepada Prasarana untuk berpindah ke bangunan baru daripada pejabatnya sekarang di Bangsar, atas sebab kawasan yang strategik iaitu dalam segi tiga emas Kuala Lumpur.

Syarikat terlibat dalam pembinaan Latitud 8 adalah Crest Builder Holdings Bhd dan Intan Sekitar Sdn Bhd (51 peratus pegangan dimiliki Crest Builder). Sebanyak 49 peratus lagi dipegang Detik Utuh Sdn Bhd.

Anak Tajuddin, Sri Rahayu merupakan ahli lembaga pengarah Detik Utuh.

Pemegang saham Detik Utuh ialah Tindakan Juara Sdn Bhd (40 peratus), Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (35 peratus) and Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu (25 peratus).

Tindakan Juara dimiliki ahli keluarga Tajuddin. 35 peratus pegangan dalam syarikat itu dimiliki anak perempuannya, isterinya Rohkiah Abd Samat (35 peratus) dan anak lelakinya Firdaus (30 peratus).

Rohkiah dan Firdaus dilantik sebagai pengarah Tindakan Juara pada awal 2007, kira-kira empat bulan selepas syarikat itu didaftarkan. Sri Rahayu pula dilantik pada Feb 2010.

Pada Mac 2012, Crest Builder dan Detik Utuh dianugerahkan projek pembangunan di Dang Wangi itu.

Prasarana, pemilik 2.72 ekar tanah di mana projek itu dibina, akan menerima RM46.64 juta atau 21.2 peratus daripada anggaran nilai pembangunan kasar (GDV), iaitu kira-kira RM220 juta.

Pada mulanya, Latitud 8 dijadual dilancarkan pada 2016 tetapi ia tidak terlaksana. Bagaimanapun, Crest Builder dalam laporan tahunan pada 2019 menyatakan kerja-kerja utama telah pun bermula.

Projek itu melibatkan sebuah bangunan 43 tingkat, dengan 17 tingkat untuk ruang pejabat dan 418 unit SoHo (small office, home office), selain kawasan perniagaan.

Bagaimanapun, kerja pembinaan dilaporkan tergendala dan dijadual dilancarkan semula pada tahun ini. Tetapi ia sekali lagi tidak terjadi. Pejabat Latitud 8 berkata pelancaran hanya akan dibuat dalam masa satu atau dua tahun susulan sentimen pasaran.

CEO dapat surat tunjuk sebab

The Edge turut memetik salinan surat tunjuk sebab kepada CEO Prasarana Muhammad Nizam Alias yang antara lain berkenaan tindakan disiplin kerana ingkar arahan pengerusi dan lembaga pengarah untuk menyiasat MRCB George Kent Sdn Bhd, sebuah usaha sama dalam projek LRT3.

Nizam dikatakan membuat dakwaan terhadap Tajuddin berkenaan penganugerahan kontrak.

Dia dilantik ke jawatan itu pada Julai lalu bagi menggantikan Mohamed Hazlan Mohamed Hussain.

Pada 16 Disember, laporan akhbar kewangan Malaysian Reserve memetik sumber yang mendakwa Prasarana masuk campur dalam pelantikan subkontraktor untuk projek yang dikendalikan MRCB-George Kent Sdn Bhd sebagai kontraktor utama.

Syarikat itu enggan akur kepada permintaan Prasarana untuk diberi "lebih suara". Menurut laporan, ia menyebabkan Prasarana "menyukarkan" proses pembayaran kepada MRCB-George Kent.

Sumber mendakwa, individu berpangkat tinggi dalam Prasarana meminta MRCB-George Kent memberikan pakej kerja yang bernilai agak besar kepada sebuah syarikat.

Dakwanya lagi, syarikat itu mempunyai kaitan politik dengan seorang tokoh kanan Prasarana, maka menimbulkan isu konflik kepentingan.

Prasarana adalah pengendali perkhidmatan kereta api di Lembah Klang, termasuk jaringan MRT, tiga jaringan MRT dan Monorel.

Ia juga pemilik dan pengedali perkhidmatan bas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang, memberi khidmat perundingan pengurusan dan kejuruteraan di dalam dan luar negara, serta mengendalikan projek infrastruktur pengangkutan awam negara.

Setakat Disember 2019, Prasarana memiliki aset keseluruhan bernilai RM1.3 bilion dengan liabiliti keseluruhan sebanyak RM35.38 bilion. Ia juga menanggung kerugian RM42.41 bilion.-mKini

Artikel Berkaitan: Laporan The Edge:Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan...

Kartel Daging Haram : Kenyataan Terbaru KPDNHEP, Hanya Satu Syarikat Jer Terlibat Pula Dah..

 SEMASA | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada mengeluarkan kenyataan baru bertarikh 29 Disember 2020 melalui Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid.


Dalam kenyataan itu, Datuk Rosol Wahid berkata;

1. Sindiket pemalsuan jenama daging yang berstatus halal hanya melibatkan sebuah syarikat.

2. Daging sejuk beku yang diedarkan syarikat tersebut juga hanya mewakili satu peratus daripada keseluruhan bekalan daging negara.

3. KPDNHEP telah melakukan operasi merampas dan menyita produk syarikat tersebut dengan nilai rampasan kira-kira RM3.5 juta.

4. KPDNHEP juga telah mengarahkan pemeriksaan di 82 premis pemborong dan 521 peruncit seluruh negara.

5. “Kita masih siasat rangkaian syarikat tersebut dari segi di mana pengedaran daging berkenaan. Kita akan pergi dan periksa setiap tempat yang disyaki mengambil barangan daripada syarikat berkenaan.

“Kalau ada barangan daripada syarikat tersebut, kita akan rampas dan sita, tidak kira apa pun nama (jenama daging) barangan daripada syarikat itu.

“Operasi ini turut melibatkan syarikat kecil dan restoran yang telah menerima produk daripada syarikat yang akan didakwa. Sekiranya ada bukti, kita akan ambil (sita),” 
kata Datuk Rosol Wahid.

6. Syarikat terbabit juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Rabu (esok).

7. Kes tersebut akan didakwa di bawah Perenggan 8 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan Halal 2011) kerana memperakukan perkhidmatan pengangkutan sebagai halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

8. Rosol turut menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa sindiket daging haram itu telah beroperasi lebih 40 tahun tanpa dikenakan sebarang tindakan.

9. Beliau menjelaskan, siasatan mendapati syarikat terbabit mula beroperasi pada tahun 2014 dan hanya memperoleh lesen sebagai pengimport produk sejuk beku pada tahun 2017.

10. “Saya meminta masyarakat tidak percaya dengan andaian yang yang menyatakan daging haram ini telah berlaku lebih daripada 40 tahun.

“Walhal apa yang kita dapati 40 tahun itu memang tak betul kerana syarikat yang kita siasat dan akan didakwa dalam masa terdekat itu baru berdaftar pada tahun 2014,”
 katanya.

11. Rosol berharap makluman terbaharu KPDNHEP itu dapat meredakan kebimbangan masyarakat yang merasa was-was untuk makan atau membeli daging yang dijual di dalam negara.

Sebagai rekod, portal Berita Harian dan NSTP yang membuat pendedahan kartel daging haram telah beroperasi lebih 40 tahun.

Selain itu MAQIS pernah mendedahkan nilai daging yang disita ialah RM30 juta. 

Manakala Sinar Harian berkata terdapat 30 pusat pengedar yang ada kaitan dengan gudang di Senai, Johor Bharu yang diserbu pada 2 Disember lalu. 

Bagaimanapun maklumat dari KPDNHEP ini nampaknya sangat berbeza dengan maklumat awal yang didedahkan kepada rakyat. Tidak dapat dipastikan kenapa berlakunya beberapa perubahan tersebut. - 29 Disember 2020.

-SoZChili

Pendakwah kecam Fasha Sandha, tak faham agama lepas tu pertahan kesalahan

 

“Semalam saya buat posting Aisha memakai baju cute Santa Claus, tiba-tiba ramai pula ustaz dan ustazah netizen masuk.”

Itu antara kata-kata pelakon Fasha Sandha selepas perkongsian video memperlihatkan anak perempuannya dikec4m ramai.

Fasha sebelum itu memakaikan anaknya Aisha Amaira dengan kostum Santa CIaus yang dimuat naik di laman Instagram beliau pada Ahad.

Bagaimanapun tndakan itu mengundang kec4man netizen kerana menganggap ia dilihat tidak menjadi contoh yang baik bagi seseorang beragama IsIam.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, bagaimanapun tampil menjelaskan kostum tersebut bukan bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas seperti yang didakwa segelintir netizen.

“Dah tak ada kerja gamaknya, ramainya ustaz dan ustazah jadian ini.

“Apakah masalahnya anak saya pakai kostum itu, hanya untuk suka-suka, kata mereka… saya nak menyambut Krismas. Habis itu kalau pakai cheongsam dan sari? Salah juga ke? Har4m ke?

“Hello, tolonglah jangan buat IsIam jadi rumit sangat. Takkan la pakai baju Santa Claus pun salah?

“Janganlah bagi orang t4kut dengan IsIam. Bare in mind wahai saudaraku sekalian,” kata Fasha menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Isteri kepada aktor Aidil Aziz itu juga memuat naik paparan skrin beberapa komen daripada netizen yang mengatakan sebagai seorang beragama IsIam tidak dibenarkan untuk menyambut perayaan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan D0sa ini turut menegaskan pemakaian tidak melambangkan seseorang itu mempunyai hati yang baik atau tidak.

“Come on la, pemakaian tidak melambangkan hati seseorang pun. Bukan bererti pakai jubah itu baik.

“Jangan nilai orang bab pemakaian boleh tak?

“Depan mata saya… ada juga perempuan yang menutup aurat sepenuhnya, belajar tinggi ke universiti tapi pengot0r, pem4las dan selalu mel4wan cakap orang tua.

“Ada yang luarannya nampak sosial, belajar SPM saja tapi pembersih, utamakan solat, mengutamakan keluarga dan menghargai orang lain. Jadi, kenapa nak nilai dari luaran,” ujarnya.

Sementara itu, kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini memohon agar netizen berhenti meng3cam dan mengikuti akaun laman sosial selebriti yang tidak disukai.

“Cukup-cukuplah nak cari kesalahan orang lain. Pokok pangkalnya hati. Dah tak ada kerja, anakku Aisha Amaira yang baru empat bulan pun nak kec4m sebab pakai kostum ini.

“Get a life please. Tak habis-habis nak kec4m, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak kec4m, orang sweet buat video YouTube pun korang k3cam?

“Eh tak suka, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesalahan orang lain.

“Cuba tengok diri sendiri punya silap. Saya pun tak sempurna,” katanya.

Fasha telah buang gambar 

Mungkin menyedari kesilapan tersebut, Fasha Sandha telah memadam gambar tersebut. Hasil carian di IG beliau, tidak ada lagi gambar anak beliau memakai baju seperti Santa Clause

Firdaus Wong tampil menegur selebreti

“Is ok kalau kita kurang faham metodologi beragama. Is ok kita kurang faham hukum dan hakam. Is ok.

“But it is not ok andai kita kurang faham tetapi kita buat buat faham lalu mempertahankan kesalahan kita dengan logik yang sebenarnya tidak logik menurut metodologi agama.

“Ulama berbeza isu ucapan Krismas tetapi Ijmak haram sambut Krismas malahan l4rangan memakai pakaian menyerupai pakaian khusus agama lain juga jelas tetapi kita pertahankan dengan hujah logikal yang tidak tepat. Lalu disokong oleh peminat yang t4ksub selebriti.

“Jikalau kita kata asalkan niat kita baik dan masih Muslim andai berpakaian dan menyambut perayaan agama lain, maka saya fahamlah suatu masa dahulu ada pelakon melakonkan adegan ranjang kerana niatnya ‘berlakon’. Apakah suatu hari orang akan berzin4 lalu menjustifikasi bahawa niatnya baik!

“Semoga Allah kurniakan kefahaman agama buat kita semua.

“*Yang belum Muslim kalau nak komen dan sindir kami Muslim pasal Krismas ni, fikir sebelum anda memulakannya. You will get yourself into quicksand.” – trendingsangat


Sumber: https://cin-ca.blogspot.com/