"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Penjara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjara. Papar semua catatan

Ahad, 11 Oktober 2020

Covid19:Tiga banduan dalam sel sama penjara reman, meninggal dunia

Tiga lagi yang disahkan positif COVID-19 daripada Kluster Penjara Reman semalam adalah banduan yang ditempatkan di dalam sel sama dengan individu yang meninggal dunia akibat jangkitan itu pada 5 Okt lepas, kata Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail. 

 Katanya terdapat 26 banduan di dalam sel berkenaan yang kemudian diasingkan dan dikuarantin sebaik sahaja kes COVID-19 itu disahkan. 

 “Setakat semalam, 18 orang (termasuk si mati) disahkan positif COVID-19 manakala lapan lagi yang tinggal di dalam sel sama tidak menunjukkan gejala penyakit itu. 

Mereka masih dikuarantin dan diasingkan daripada banduan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

 Menurutnya beliau dimaklumkan kesemua 17 banduan itu yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang, berada dalam keadaan stabil. 

 Beliau juga berkata proses ujian saringan COVID-19 terhadap staf dan banduan di penjara itu yang dijalankan sejak 5 Okt lepas dijangka selesai hari ini. 

 “Saya sedikit lega kerana tiada petugas yang positif COVID-19 dan saya juga harap tiada penularan di sel-sel lain,” katanya. 

 Beliau juga berkata keadaan di dalam penjara ketika ini baik dan terkawal. 

 Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga lagi kes COVID-19 baharu direkodkan membabitkan kluster Penjara Reman, menjadikan keseluruhan sebanyak 18 kes termasuk banduan yang meninggal dunia 5 Okt lepas.— BERNAMA