"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Komunis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komunis. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Januari 2021

Iktibar:Kisah Mak Cik Saadiah yang meruntun jiwa...


Atok pernah bertugas di Gerik sebagai Ketua Polis Daerah dari tahun 1995 hingga 2000...di situlah tugas terakhir atok dalam PDRM sebelum bersara.  

Masa mula2 sampai di Gerik atok selalu melihat seorang perempuan tua mengayuh basikal datang ke balai, tiap hari dia datang, tak miss. Antara jam 10-11pagi  sampailah dia. Dia kurang bercakap tapì banyak ketawa...dia menegur semua anggota polis yang dia jumpa sambil melempar senyuman atau ketawa kecil. Anggota pun semua dah kenal dia dan saling bergurau dengan dia. 

Mak cik ni kalau datang mesti bawak satù bungkus nasi...dia masuk ke dalam balai, letak nasi tu kt Enquiry dan terus balik. Kadang dia bawa gula2 dalam poket bajunya, dia bagi kt anggota perempuan yang sedang bertugas di situ...

Anggota pun suka menyakat2 dia dan dia ketawa terbahak2...mesra sekali nampaknya. 

Mula2 atok tak kisah sangat dengan perempuan tu...atok fikir dia ada anak atau sedara di balai...tapi bila melihatnya datanģ setiap hari tanpa miss, terpanggil jugak atok nak bertanya siapa dia, buat apa dia datang...

Jawapan anggota atok..."Dia tu tak berapa betul tuan. Tiap hari dia datang bawak nasi...dia letak kt balai dia balik. Kami tak makan pun nasi tu, selalu beri kucing je. Dalamnya ada nasi, ada lauk sikit, kadang ada ikan masin atau pucuk kayu...dah berpuluh tahun dia buat begitu...Rumahnya kt Kuala Kenderong kira2 4km dari balai."...

Berpuluh tahun??....atok fikir mesti ada sebab dia buat begitu. Mengapa harus seorang perempuan tua umur 60an, sanggup datang ke balai setiap hari, mengayuh basikal basikal hampir 10km semata2 untuk menghantar sebungkus nasi...dan dah berpuluh tahun lamanya.

Atok pun selidik lagi dengan anggota atok orang2 lama kt balai tu...jawapan mereka amat mengejutkan atok...

Namanya Saadiah,  umur 60an, tinggal di Kuala Kenderong bersama seorang anak lelaki yang belum kawin dan tak berkerja.

Makcik Saadiah sebenarnya ialah balu kepada MMT 5244 Mat Alias bin Nik Daud, pernah bertugas sebagai boatman di IPD Gerik tahun 70an....dia mati dibunuh oleh pengganas komunis semasa menjalankan tugas pada 28 Aug 1975.....

Kisah bermula pada pagi 28 Aug 75... 4 orang anggota Polis bertugas sebagai boatman bernama Wan Marzuki, Abdul Manaf bin Akob, dan dua orang lagi kedua2nya bernama Yeop telah ditugaskan untuk menghantar ration menggunakan bot ke kawasan operasi di sekitar Banding......selepas semua persiapan diaturkan, mereka berempat bersedia untuk bertolak. 

Namun pada pagi itu sebelum mereka bertolak, isteri MMT Abdul Manaf bin Akob yg sedang sarat mengandung telah datang ke balai. Dia merayu kepada ketua supaya suaminya tidak dihantaŕ untuk tugas tersebut...katanya dia sarat mengandunģ, bila2 masa akan bersalin. Tapi MMT Abdul Manaf tetap hendak pergi juga...itu adalah tugas yang perlu dilaku...Isterinya terus merayu dan menangis, meraung sambil memeluk erat kedua2 kaki suaminya tak membenarkan dia pergi....Maka OCS tiada pilihan... dia mencari  seorang pengganti......dan malang bagi MMT Mat Alias, suami kepada Mak Cik Saadiah, dia dikerah untuk mengambil tempat MMT Abdul Manaf.  Lalu pergilah mereka berempat untuk melaksanakan tugas yang memakan masa 3-4 hari.

Perjalanan dengan bot dari Gerik ke Banding perlu melalui keadaan sungai yang berliku2, airnya kadang dalam, kadang cetek, kadang deras, kadang perlahan.... Disepanjang perjalanan pula melalui hutan belantara, bermakna amat berisiko tinggi untuk diserang-hendap oleh pengganas Komunis yang sentiasa berkeliaran dalam hutan di situ...

Selepas beberapa jam perjalanan dengan, mereka tiba di suatu tempat di kawasan Banding, di mana keadaan airnya sangat cetek dan bot tidak boleh lepas. Maka mereka berempat terpaksa turun dari bot dan menolaknya sekuat hati bagi melepasi kawasan cetek itu......tiba2mereka diserang hendap......

Sesungguhnya tak siapa yang tahu apa sebenarnya telah berlaku, kerana tak seorang dari mereka telah selamat untuk menceritakannya. Namun anggota2 polis dalam sebuah lagi bot yang berada berhampiran tempat itu menceritakan mereka mendengar bunyi tembakan senjata api yang bertalu dari satu gerombolan yang sgt ramai. 

Yang nyata mereka berempat telah diserang hendap oleh pengganas Komunis

Keempat2 mereka gugur ditempat itu juga, tetapi mereka tetap melawan dan membalas tembakan hingga ketitisan terakhir. Kedua2 anggota yang bernama Yeop ditemui penuh dengan kesan tembakan, mayat mereka turut dikerat2 dan dimutilasikan. Mayat Wan Marzuki pula ditemui agak jauh dari situ dengan kecederaan tembakan di kaki. 

Mayat MMT Mat Alias, suami Mak Cik Saadiah ditemui tanpa kesan tembakan, tetapi dia telah disembelih oleh pengganas Komunis dan badannya digantung kepada bot, dipotong2, kemaluannya disumbat kedalam mulut...amat kejam sekali puak Pengganas Kominis durjana....

Berbalik kepada cerita  Mak Cik Saadiah, pada pagi kejadian dia  tidak tahu bahawa suaminya telah dihantar ke kawasan operasi. Maka saperti biasa, di rumah dia masak nasi dan kemudian bungkuskan...kayuh basikal pergi ke Balai, untuk hantar makanan tengahari kepada  suami tersayang. Itu adalah routine beliau setiap hari. Apakan daya, pada pagi berkenaan suaminya tak sempat menjamah nasi yang dimasaknya... 

Hati mana yang tak hancur bilamana dia dapat tahu kemudian bahawa suami tersayang telah mati dibunuh komunis, lehernya disembelih, kemaluannya dikerat dan disumbat ķe dalam mulut...

Selepas mendapat maklumat terperinci mengenai Mak Cik Saadiah,   atok buat kesimpulan...Mak Cik Saadiah bukan orang tak betul, bukan orang gila...dia òrang baik, seorang yang sangat cintakan suami, seorang yang merasa dirinya sebahagian  dari PDRM....sebenarnya dia seorang yang mengalami trauma yang berpanjangan...hingga sanggup mengayuh basikal 10km setiap hari selama berpuluh tahun, seolah2 suaminya masih hidup. Anak cucunya menegah dia dari berbuat demikian tapi dia tetap bertekad menganggap Balai  Gerik  macam keluarganya....betapa suci dan murni hati Mak Cik Saadiah...

Justeru atok memanggil mesyuarat di kalangan pegawai dan anggota atok...atok taklimatkan betapa perlu kita beri perhatian dan penghargaan kepada orang2 lama yang telah berjuang untuk negara dan memperhitungkan nyawa mereka untuk kepentingan keselamatan dan keamanan...dan betapa banyak wira2 telah terkorban, yang cacat seumur hidup...dan lebih banyak lagi ahli2 keluarga Pasukan yang menjadì susah dan trauma selepas kehilangan tempat bergantung....seorang darinya ialah Mak Cik Saadiah. 

Atok arahkan pegawai dan anggota supaya tidak lagi menganggap Mak Cik Saadiah sebagai orang tak betul...berikan layanan yang baik kepadanya, hulurkan bantuan jika perlu...Dari segi kewangan Mak Cik Saadiah agak selesa sebab dia punya pencen peninggalan bekas suaminya.

Selepas mesyuarat, atok panggil Mak Cik Saadiah ke Balai ...atok hadiah kepadanya sebuah basikal baru yang dibeli dengan duit  sendiri...

Tak banyak yang atok dapat atok lakukan untuk beliau semasa berkhidmat di Gerik...Namun selepas bersara, atok dan uwan berkesempatan pergi semula ke Gerik untuk melihat keadaan Mak Cik Saadiah....dia masih sihat.

Masa kami tiba di rumahnya, Mak Cik Saadiah telah keluar ke halaman ...mula2 dia agak enggan menerima kami...dia memang kurang mesra dengan orang yang dia tak kenal...dan dia tak mengenali atok...mungkin dah lupa. Atok bagi tau...

"Saya dari balai...datang nak jumpa Mak Cik...kita dulu kawan..."

Mendengar perkataan Balai Mak Cik Saadiah terus berubah menjadi mesra...dia menghulurkan tangan menyambut kedatangan atok dan uwan. Cara dia bersalaman pun unik...ada tepuk tampar...mula2 tepuk belakang  tangan, kemudian tepuk tapak tangan,  tepuk balik belakang tangan beberapa kali...mesra betul dia...

Atok perhatikan Mak Cik Saadiah walau masih sihat, tapi dia dah mùĺa dimamah usia dan kurang cergas. Namun dia tetap masih  mampu berulang alik ke balai naik basikal...dia melakukannya tanpa jemu walau dah lebih 40 tahun...

Rumahnya pula terlalu usang hampir menyembah bumi...anak cucunya memujuk beliau supaya buat rumah baru...tapi dia enggan. Katanya itu rumah dia bersama arwah...dia tak hendak berpisah dengan rumah itu...itu adalah kenangan abadi buatnya bersama arwah suaminya...

Selepas mengunjungi Mak Cik Saadiah atok terus mengunjungi rumah Tok Ketua Kuala Kenderong,  nama Hj Rashid...kebetulan beliau adalah bekas anggota atok yang sudah bersara, dia juga adalah bekas pemandu atok. Kami memang rapat dari dulu...atok meminta Tok Ketua Hj Rashid membawa kes Mak Cik Saadiah ke peringkat JKK Daerah Gerik, jika perlu ke peringkat JKKN Perak...cuba dapatkan bantuan rumah baru untuk Mak Cik Saadiah...

Balik ke rumah atok terus buat posting dalam fb mengenai kisah sedih Mak Cik Saadiah....serta merta cerita atok menjadi tular. Cerita atok juga kemudian sampai ke pengetahuan pemberita...mereka memuat naik cerita atok dalam akhbar tempatan...maka lebih tularlah ia...

Mengenai rumah baru untuk Mak Cik Saadiah,  usaha Tok Ketua Hj Rashid memang tak sia2...akhirnya pihak Kerajaan Negeri Perak mengeluarkan belanja untuk mendirikan sebuah rumah batu untuk Mak Cik Saadiah... Alhamdulillah...terima kasih Pak Chu Rashid...hang sungguh baguih, tak sia2 depa lantik hang jadi Tok Ketua...

Kelmarin atok berhubung dengan anggota2 polis di Gerik...mereka kata Mak Cik Saadiah masih ada, tapi dia dah uzur, dah beberapa tahun berhenti dari mengayuh basikal ke Balai...

Moga Mak Cik terus sihat dan menikmati ketenteraman,  kedamaian dalam meniti hari2 tua...Aamiin. 

Atok bengang bila mengingatkan kezaliman dan kedurjanaan Komunis...

Atok bengang orang sekarang dah mula lupa kejahatan Komunis...

Atok bengang ada orang, ter masuk orang Melayu cuba menganggap Kominis sebagai wira negara...Lebih bengang bila orang yg sama  dilantik menjadi Menteri Pertahanan...tambah bengang bila suku sakat PKM dilantik timbaĺan menteri...mulalah mereka mengenakan uniform seakan2 uniform PKM di majlis rasmi...

Apa nak jadi dengan rakyat kita kini, bangsa kita ķini dan negara kita kini....Apa nak jadi....???

Anak cucu Mak Cik Saadiah turut menjadi rapat dengan atok sampai sekarang...mereka pernah datang mengunjungi rumah atok di Kuala Selangor ...


Coretan oleh

Zahriman Alias

16 Jan 2021.


Sumber: Whatsapp dan Fb

Rabu, 13 Januari 2021

Papar gambar pemimpin komunis, pemilik kafe beri kenyataan

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana terbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram

 

GEORGE TOWN, 29 Jamadilawal 1442H, Rabu – Pemilik kafe yang didapati menggunakan kertas hias dinding (wallpaper) memaparkan wajah pemimpin komunis, Mao Tze Tong pada dua kafenya di Pulau Pinang, memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Peguam pemilik kafe itu, Dev Kumaraendran berkata, anak guamnya seorang warga tempatan berusia 40 tahun manakala isterinya, warga China berusia 30-an, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, untuk memberi keterangan dan membantu siasatan kes tersebut.

“Pasangan suami isteri itu hadir (untuk memberi kenyataan) selepas tamat menjalani kuarantin dan disahkan negatif COVID-19 pagi tadi…mereka tidak berniat untuk mengambarkan unsur-unsur komunisme menggunakan kertas dinding di kafe seperti yang didakwa pelbagai pihak.

“Tidak mungkin (niat untuk menggambarkan unsur komunisme). Tetapi sama ada, ada atau tidak, atau persepsi…itu terserah kepada siasatan pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas hadir bersama pasangan suami isteri tersebut di sini, hari ini.

Katanya kafe di Pulau Tikus yang ditampal dengan kertas hias dinding, telah beroperasi sejak empat tahun lepas manakala sebuah lagi kafe di Juru, Bukit Mertajam, dekat sini, beroperasi sejak dua tahun lepas dan ia tidak pernah menjadi pertikaian, sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais ketika dihubungi Bernama mengesahkan, pihaknya telah merekodkan keterangan pasangan suami isteri yang juga pemilik dua buah kafe tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Pada 2 Januari lepas, dua kafe itu menjadi tular di dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook serta mendapat kecaman netizen selepas didakwa menggunakan karya lukisan yang mempunyai elemen komunis.

Susulan itu, polis telah menyerbu dan merampas pelbagai gambar serta cawan yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis tersebut. – Bernama

-ismaweb

Selasa, 5 Januari 2021

Polis serbu restoran di Melaka papar 18 gambar komunis

 

BANDA HILIR 4 Jan. – Sebuah restoran di Jalan Jonker, di sini, diserbu pihak polis selepas didapati memaparkan 18 gambar mirip pemimpin Parti Komunis, Mao Zedong di dinding restoran terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya telah menjalankan serbuan hasil maklumat hasil orang awam selain pemantauan pihak polis mendapati gambar pemimpin itu digantung di dinding bahagian dalam premis.

Katanya, dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam satu petang semalam, pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 51 tahun dipercayai pemilik premis berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.


“Kita sudah membuka kertas siasatan untuk kes ini dan pemilik premis terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.


Terdahulu, media melaporkan sebuah restoran di Georgetown, Pulau Pinang disiasat selepas didapati menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

Tindakan itu diambil selepas gambar hiasan dalam restoran itu tular dalam media sosial sehingga menimbulkan pertikaian warganet. – MHI


Kredit: https://cin-ca.blogspot.com

Isnin, 4 Januari 2021

Karikatur komunis di restoran: MCA sifatkan tindakan polis terlalu keras

 

SHAH ALAM - Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng menyifatkan tindakan polis menyerbu serta merampas pelbagai gambar dan cawan yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis pada dua premis restoran di Georgetown, Pulau Pinang adalah terlalu keras.

Menurutnya, beliau berpandangan kertas dinding dengan gambar pemimpin era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong itu hanyalah sekadar digunakan sebagai hiasan.

"Saya menasihatkan pihak berkuasa agar tidak terlalu agresif dan menangani perkara itu dengan cara yang lebih mesra.

“"Pada masa sama, saya juga berharap agar netizen tidak menjadikan perkara ini sebagai isu perkauman untuk mengelakkan merosakkan keharmonian antara kaum dan juga hubungan persahabatan antara Malaysia dan China," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Terdahulu, sebuah restoran yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular di laman sosial WhatsApp dan Facebook, sekali gus mendapat kecaman netizen.

Susulan itu, polis mengesahkan pihaknya telah membuat serbuan dan rampasan terhadap dua premis restoran tersebut pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, siasatan awal mendapati restoran di Juru dan di Pulau Tikus di sini adalah kepunyaan pemilik yang sama iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Nga Kor Ming bakal saman PDRM RM10juta kerana cabut perhiasan komunis di restoran Cina

Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik restoran itu yang menghiasi gambar pemimpin era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya.

Sementara itu, Teik Cheng dalam kenyataan yang sama turut menyamakan kertas hias dinding karikatur Mao di restoran tersebut dengan senario di mana orang Malaysia memasang gambar Tunku Abdul Rahman ketika membuka restoran di luar negara.

Beliau yang juga Pengerusi biro MCA mengenai hubungan China berkata, tindakan pemilik restoran tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai agenda untuk mempromosikan ideologi tertentu.

Katanya, tindakan pihak berkuasa yang terlalu sensitif dalam berhadapan dengan isu berkenaan dikhuatiri berpotensi untuk merosakkan hubungan baik antara Malaysia dan China yang boleh dilihat melalui aspek ekonomi dan perdagangan ketika ini.

"Dari tahun 2013 hingga separuh pertama tahun 2020, China telah melabur sejumlah RM9.1 bilion di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

"China juga memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia memerangi wabak Covid-19," katanya.

Restoran yang mempamerkan wajah pemimpin komunis telah diambil tindakan oleh polis.

-SH Online

APA KATA PRESIDEN ISMA BERKENAAN KENYATAAN DIATAS 

Kenyataan Naib Presiden MCA ini sekali lagi manampakkan parti berkenaan tidak sensitif dengan masyarakat di negara ini terutama para prajurit yang telah berkorban nyawa mempertahankan kedaulatan negara ini. 

Ini menampakkan wajah sebenar MCA dan apa yang mereka perjuangkan. Apakah mempromosikan pejuang-pejuang komunis itu dianggap biasa-biasa? Atau apakah ini satu usaha normalisasi atau lebih parah lagi satu usaha untuk membangkitkan kembali semangat yang sudah lama hilang? Kalaulah benar ianya sekadar hiasan, maka apakah tidak ada lagi gambar lain untuk dijadikan hiasan? 

Persoalannya mereka bukannya tidak tahu sensitiviti perkara ini kerana ia telah disuarakan banyak kali. Tidakkah mereka lupa peristiwa pembawaan pulang abu mayat Chin Peng dan perkumpulan besar-besaran mengenang perjuangan komunis di Kajang dua tahun lalu yang dihadiri sendiri oleh wakil-wakil rakyat?

Yang lebih aneh ialah, bukan pemilik restoran itu yang ditegur oleh MCA tetapi pihak polis pula yang dipersalahkan kerana kononnya bertindak keras. Adakah MCA sebenarnya dalam diam memang menyokong ideologi komunis? 

Bagaimana nanti kalau ada perarakan mereka yang memakai baju dan sepanduk pejuang-pejuang komunis? Adakah kita perlu biarkan? Apakah MCA ingin menggunakan alasan 'menghormati hubungan dengan negara China' lagi? Ini bukan isu sentimen perkauman tetapi ini isu keselamatan negara kerana kita semua memang maklum bahawa wujudnya gerakan untuk mengembalikan ideologi komunis ke dalam masyarakat dengan penuh licik dan bersistematik. 

Sebenarnya MCA sedang cuba untuk mencari talian hayat kerana mereka sudah tidak mendapat sokongan kaum Cina. Mereka akan mencuba segala upaya untuk menarik sokongan kaum Cina walaupun ianya terpaksa melanggar adab-adab keharmonian kaum dan lunas undang-undang apatahlagi prinsip dan ideologi perjuangan mereka.

Eloklah keberadaan MCA dalam BN dinilai kembali kerana mereka sudah tidak relevan dan tidak mungkin BN boleh mengharapkan apa-apa undi dari kaum cina melalui MCA lagi kerana apa bezanya sangat mereka dengan DAP. PRK Tg Piai menjadi bukti bahawa MCA hanya mengharapkan talian hayat daripada orang Melayu semata-mata. Tetapi selepas menang, mereka terus lagi dengan kebiadapan mereka dan malah lebih melampau-lampau lagi.

Setakat ini, saya tidak dengar apa-apa berita tentang persidangan UMNO bahagian yang membangkitkan usul mengenai MCA. Apa yang penuh di dada-dada akhbar hanyalah mengenai usul menolak BERSATU. Sudah tidak terkira siri-siri isu kebiadapan MCA yang timbul, dalam tempoh hanya kurang setahun. Apakah itu masih tidak cukup untuk menjadikannya satu agenda dalam persidangan mana-mana parti Melayu terutamanya UMNO? 

Dengan pelbagai kebiadapan dan kejanggalan itu pun MCA masih dirai dengan pelbagai jawatan, lantikan, penghargaan dan sebagainya. Malah, Tan Teik Cheng yang biadap ini juga diberikan jawatan menerajui sebuah GLC, iaitu Pelabuhan Pulau Pinang sejak Perikatan Nasional memerintah. 


Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

4 Disember 2020



Nga Kor Ming bakal saman PDRM RM10juta kerana cabut perhiasan komunis di restoran Cina

 

 

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi Parti Komunis China Moa Tze Tong dalam sebuah restoran di Pulau Pinang sebagai salah dan satu kezaliman.

 Kor Ming yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, tindakan pihak berwajib juga disifatkan sebagai tidak wajar kerana gambar tersebut hanyalah sebagai hiasan bagi mempromosi restoran tersebut.

Katanya, pada abad ke-21 ini rakyat dapat membezakan antara gimik pemasaran dan ideologi komunis.

 “Adalah salah dan tidak wajar bagi pemerintah pintu belakang PN untuk membuang hiasan promosi restoran yang nakal hanya kerana mereka memasang gambar Pengerusi Mao.

Ini adalah hak asasi kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India. Kita mungkin akan saman PDRM atas kezaliman ini,” ciap Kor Ming di Twitternya.

 Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis dalam media sosial.

Hiasan berlebihan seolah-olah mengagungkan pemimpin luar dan berfahaman komunis menimbulkan pertikaian warganet.

 Selain hiasan didinding cawan dan peralatan dalam restoran itu turut mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis restoran tersebut.

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

ARTIKEL BERKAITAN:Kurang Ajar:Restoran di Penang promote komunis diserbu

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

 Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

 Kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

-malaysiapolitik.com

Ahad, 3 Januari 2021

Kurang Ajar:Restoran di Penang promote komunis diserbu

 

GEORGETOWN: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik sebuah restoran di sini menghiasi gambar semasa era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung gambar poster terbabit pada dinding dua buah restoran makanan milik lelaki tempatan berusia 41 tahun tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati restoran yang diselia lelaki terbabit beroperasi di daerah Pulau Tikus di Timur Laut dan Auto City di Juru, Seberang Perai Tengah.

“Kita akan mengambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Petang tadi, restoran itu yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular di dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook sekali gus mendapat kecaman netizen. – Utusan









Sumber: https://cin-ca.blogspot.com/