"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kluster Sivagangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kluster Sivagangga. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2020

Covid19 ~ Kluster Sivagangga dan cara jangkitan

Berdasarkan laporan dari CPRC kebangsaan, 30 orang telah dikesan positif Covid-19 dari kluster ini. Lihat bagaimana 1 index kes yang ingkar perintah kuarantin di rumah boleh menjangkiti 29 orang yang lain melalui generasi pertama dan generasi kedua.

Mari kita sama-sama bayangkan. Dari index kes, dia telah menjangkiti anak, 4 orang pekerja dan 3 orang pelanggan restoran dari generasi pertama.

Pelanggan ye tuan puan. Kalau difikirkan, kedai makan tu open space, bukan confine space. Boleh bayang tak bagaimana cara jangkitan. Katakanlah paling lama seorang pelanggan berada di kedai, makan roti canai dan minum teh tarik selama sejam,  kedai tu pula bukanlah tertutup dan berhawa dingin. Kalau duduk serumah, kerja satu pejabat dan menghadiri sebarang perhimpunan tu, kita faham bagaimana jangkitan boleh berlaku. Sebab berada di tempat tertutup, ramai orang, tiada penjarakan sosial dan berada dalam tempoh yang agak lama.

Tapi pelanggan restoran ini, paling lama pun, sejam berada dalam kedai. Bayangkan bagaimana virus tu merebak. Tak mungkin pelanggan tu nak berjabat tangan atau nak peluk tokey kedai atau pekerja kedai sebab sedap sangat roti canai dan teh tarik tu kan.

Ada beberapa kemungkinan bagaimana dan bila virus boleh merebak. Mungkin melalui pinggan mangkuk, sudu dan cawan.

Pekerja yang dijangkiti tu pegang hidung - - kemudian pegang pinggan roti canai - - virus lekat pada pinggan - - hantar pada pelanggan - - pelanggan pegang pinggan - - sentuh mata atau hidung - - makan.

Ataupun pelanggan bayar duit pada tokey kedai - - tokey kedai sebelum tu pegang hidung - - virus lekat pada tangan - - kemudian beri duit baki pada pelanggan - - pelanggan ambil - - pelanggan gosok mata atau pegang hidung.

Jadi apa pengajaran di sini. Katakanlah pelanggan dah pakai mask dan amalkan penjarakan sosial, tapi dia tetap dijangkiti.

Maksudnya virus ini yang mungkin dari strain mutasi, SANGAT mudah merebak. Hanya melalui sentuhan sahaja boleh menjangkiti orang lain.

Jadi apa perlu kita buat:

1) Cuci tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer terutama selepas balik dari tempat awam.
2) Jika tiada keperluan untuk makan di kedai,  bungkus atau makanlah di rumah.
3) Buat masa ini, tak perlu la rasanya nak jalan-jalan window shoping di mall atau tempat yang ramai orang. Beli barang keperluan saja dan terus balik.
4) Tak perlu bersalam dengan orang lain jika tiada keperluan.
5) Pakai mask dan penjarakan sosial - setiap hari sudah dipesan oleh pihak KKM dan MKN.

Kita tidak tahu siapa di sekeliling kita yang membawa virus ini. Akhir sekali, berdoalah agar kita semua dilindungi-Nya.

eLLy
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
7/8/2020

Jumaat, 7 Ogos 2020

COVID19 ~ Adakah Virus Kluster Sivagangga Jenis Super Spreader?



Sehingga kini, 30 individu telah disahkan positif Covid-19 dari kluster Sivagangga. Agak luarbiasa, kluster Sivagangga merebak dengan lebih PANTAS berbanding kluster lain sebelum ini.


Adakah kita sedang berhadapan dengan virus jenis Super Spreader?

KKM sedang mengkaji kemungkinan negara berdepan kluster 'super spreader' dan masih meneliti jenis virus yang menyebabkan hampir 7 ribu penduduk di Kedah di kuarantin.
.
Apakah jenis virus yang dikatakan sebagai Super Spreader ini?

Untuk makluman, virus asal virus  Covid-19 dari Wuhan adalah jenis D614.

Dalam tempoh beberapa bulan, telah berlaku mutasi pada protein yang berbentuk duri pada virus ini yang menyebabkan ia lebih efektif dan mudah melekat pada reseptor di saluran pernafasan.

Ia didapati mampu menjangkiti 10 kali ganda lebih pantas berbanding virus asal.

Strain virus yang telah mengalami mutasi ini dikenali sebagai D614G iaitu virus 'super spreader' yang dimaklumkan mungkin bermula dari Mesir dan Pakistan.

Kajian juga mendapati individu yang dijangkiti dengan virus ini mempunyai virus load atau bilangan virus yang jauh lebih tinggi.
.
Perebakan pantas Kluster Sivagangga menunjukkan kepentingan untuk kita mematuhi SOP dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Tiada siapa sangka premis nasi kandar kecil di bandar yang aman boleh menjadi epicenter terbaru wabak Covid-19 di Malaysia. 

Sentiasa berhati hati, Covid-19 masih berada diluar sana.

#KitaJagaKita
#KitaPastiMenang