"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tips Dan Triks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Dan Triks. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2025

BILA KERETA TENGGELAM DALAM AIR: INI YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK SELAMATKAN DIRI!

 🚨 BILA KERETA TENGGELAM DALAM AIR: INI YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK SELAMATKAN DIRI!

Ramai pernah dengar kisah tragis — kereta terbabas dan tenggelam dalam sungai, tasik atau lombong air. Tetapi tak ramai tahu sebenarnya sangat sukar untuk buka pintu kereta ketika ia mula tenggelam!

Jangan panik. Ketahui fakta penting ini — dan anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa sendiri atau orang lain suatu hari nanti.

---

💡 KENAPA PINTU TAK BOLEH DIBUKA?

Apabila kereta jatuh ke dalam air, bahagian depan akan tenggelam dulu kerana terdapat enjin yang berat.

➡️ Air mula masuk

➡️ Tekanan dari luar meningkat

➡️ Pintu mustahil dibuka kerana tekanan luar lebih tinggi daripada dalam!

Tekanan luar (air) mengunci pintu dari luar, manakala dari dalam tekanan udara masih tinggi.

---

🧠 APA YANG PERLU ANDA BUAT?

Jika percubaan pertama gagal buka pintu, terus:

1. 🏃 Pindah ke tempat duduk belakang (lebih masa sebelum tenggelam sepenuhnya)

2. 🔨 Pecahkan cermin pintu kereta (jangan tunggu air penuh!)

3. 🏊‍♂️ Keluar melalui tingkap dan berenang ke permukaan

---

🔧 TIADA GLASS BREAKER? GUNA HEADREST!

Jika tiada alat pemecah cermin, gunakan penyandar kepala (headrest) tempat duduk:

Cabut headrest

Cucuk atau umpilan besinya di celah antara cermin dan pintu

Tolak kuat — cermin pintu akan pecah berderai

---

❓ KENAPA BUKAN CERMIN DEPAN ATAU BELAKANG?

🚫 Windshield (cermin depan) dan cermin belakang direka khas agar tidak berderai

✅ Cermin pintu sisi mudah pecah dan terlerai — sesuai untuk laluan keluar kecemasan

---

🚨 JANGAN TUNGGU AIR PENUH!

Ramai sangka bila air penuh baru senang buka pintu. Hakikatnya:

Masa anda sangat terhad

Kereta mungkin sudah tenggelam ke dasar

Lebih dalam = lebih sukar berenang naik ke permukaan

Lebih bahaya jika anda panik dan kehilangan udara

---

🆘 NAK SELAMATKAN ORANG? TERUS PECAHKAN CERMIN!

Jika anda nampak kereta tenggelam:

Jangan tunggu buka pintu

Gunakan batu, alat keras atau apa sahaja untuk pecahkan cermin pintu

Penumpang lebih mudah keluar melalui ruang itu

---

INGAT: DETIK PERTAMA ITU SANGAT PENTING.

Tindakan cepat = peluang hidup lebih tinggi.

Jangan panik. Jangan tunggu. Bertindak segera.

📌 Kongsi ilmu ini, mungkin anda boleh selamatkan nyawa orang lain satu hari nanti.

KECELAKAAN BOLEH BERLAKU BILA-BILA MASA, TAPI ILMU MENYELAMATKAN NYAWA. 🚗🌊

Source 

Ahad, 6 Julai 2025

Info Auto:Pembunuh senyap (Silent killer) kereta anda, enjin berkarat.

 Pembunuh senyap (Silent killer) kereta anda, enjin berkarat. 

Punca utama, tak jaga coolant radiator, main letak air sahaja.

Pentingnya penjagaan coolant pada kereta kita untuk memanjangkan jangka hayat enjin, bila radiator mula berkarat air selaku ejen karat yg sangat efektif akan membawa karat ke seluruh laluan air di dalam enjin.

Jika karat berlaku:

1. Thermostat juga akan kena, lama kelamaan thermostat akan rosak (jem), overheat boleh berlaku.

2. Pipe line (besi) juga boleh mengakibatkan kebocoran kecil berlaku akibat kelemahan struktur pipe akibat di makan karat, overheat juga boleh berlaku.

3. Laluan air dlm blok pun tak cantik akibat karat yang tebal (laluan makin sempit).

4. Waterpump pun mudah rosak seperti gambar di atas, setiap kali tukar timing belt, wajib tukar water pump. Sepatutnya boleh skip utk penukaran pertama timing belt. Overheat juga boleh berlaku jika mengabaikan water pump.

5. Segala jenis hose getah pun akan cepat mengeras dan boleh pecah bila-bila masa akibat daripada tindak balas antara air karat dengan getah hos dan overheat boleh berlaku.

6. Radiator pun berkarat, jika terlalu teruk, aliran air melalui radiator tidak berapa cantik, dan menjadi semakin teruk jika aliran air tersekat terus, overheat boleh berlaku jika begini keadaannya.

7.Radiator cap, dia yg tak bersalah pun kena juga kesannya karat, kepala cap ini boleh putus akibat karat.

Oleh itu, jagalah coolant kereta anda, tak mahal manapun, baru RM29 (proton, perodua,toyota, nissan, honda lebih kurang je harganya), tukarlah setiap 40-50k km sekali atau 2 tahun sekali bergantung pada jarak perjalanan kereta anda.

Spare tank atau tangki simpanan di tepi radiator tu jangan pulak ditambah air, tambah coolant sahaj ye. Tau.. ramai yang tambah air, lama kelamaan kandungan coolant beransur hilang. Ini lah sikap dan punca utama kebanyakan kes overheat yang berlaku.

Kredit: Owner Post

Sabtu, 14 Jun 2025

Penghadang Jalan: Dua Teknologi, Dua Hasil Ketika Kemalangan

 Penghadang Jalan: Dua Teknologi, Dua Hasil Ketika Kemalangan

Apabila berlaku kemalangan terutama pada kelajuan tinggi atau di selekoh tajam, jenis penghadang jalan memainkan peranan besar dalam menentukan tahap kecederaan dan kemungkinan nyawa terselamat.

Penghadang Biasa (W-Beam Guardrail)

- Direka untuk menahan impak secara statik.

- Mampu menyerap tenaga pada kelajuan sederhana.

- Namun, dalam kes kelajuan tinggi, ia boleh menyebabkan:

  - Kenderaan terhentak kuat & berpusing.

  - Risiko terpelanting melintasi halangan.

  -  Kerosakan teruk pada badan kenderaan & penumpang.

Penghadang Berputar (Roller Barrier)

- Menggunakan silinder berputar berasaskan polimer keanjalan tinggi.

- Tenaga hentaman diubah kepada gerakan berpusing, mengurangkan impak mendadak.

- Membantu mengekalkan laluan kenderaan dan mencegahnya daripada tergelincir atau terbalik.

- Kajian menunjukkan  penghadang jenis ini berpotensi mengurangkan kadar kecederaan parah dan kematian, terutama di kawasan berisiko tinggi.

Worst-Case Scenario:

Dalam situasi kemalangan laju tinggi:

- Penghadang biasa = impak keras, risiko maut lebih tinggi.

- Penghadang berputar = serapan tenaga lebih efisien, peluang untuk hidup lebih tinggi.

Source 

Sabtu, 17 Mei 2025

Info Auto:Kepentingan fungsi oxygen sensor pada kereta anda

 


Zaman minyak mahal ni, semua orang nak kereta yang jimat minyak. Tapi korang tahu tak, ada sensor dalam kereta yang main peranan penting untuk bantu jimatkan minyak?

Salah satu sensor penting ialah oxygen sensor. Sensor ni kira berapa banyak oksigen yang tak terbakar dalam ekzos. Bila sensor ni ada problem, sistem akan campur minyak ikut suka hati, terus makan minyak lebih.

Lepas tu ada MAF sensor, atau nama penuhnya Mass Air Flow. Dia kira berapa banyak udara masuk dalam enjin. Kalau sensor ni salah bagi bacaan, campuran minyak dan udara jadi tak tepat, kereta pun kuat telan minyak.

Throttle Position Sensor pun tak kurang penting. Dia pantau posisi pedal minyak korang. Kalau sensor ni salah info, ECU jadi keliru nak bagi banyak mana minyak, akhirnya pembakaran tak efisien.

Fuel Pressure Sensor pun main peranan. Bila tekanan minyak tak stabil, sistem susah nak jaga campuran minyak dan udara. Bila tak seimbang, prestasi kurang, minyak pun cepat habis.

Akhir sekali, Temperature Sensor. Sensor ni kira suhu coolant. Bila suhu enjin salah baca, ECU fikir enjin masih sejuk, dia lebihkan minyak. Tu yang korang isi RM20, kejap je habis huhu!

Kalau korang rasa minyak cepat habis, bukan semestinya enjin je problem. Kadang sensor je yang bagi bacaan salah. Elok check dan scan dulu sebelum tukar benda mahal-mahal.

Source 

Rabu, 3 Julai 2024

Rumah Mesra Rakyat 2024 : Cara Permohonan Serta Syarat Kelayakan

 Rumah Mesra Rakyat 2024 : Cara Permohonan Serta Syarat Kelayakan

Rumah Mesra Rakyat 2024 : Cara Permohonan Serta Syarat Kelayakan

Rumah Mesra Rakyat 2024 – Kerajaan Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Berhad bersetuju akan meneruskan lagi bantuan projek bina rumah yang diberikan khas kepada golongan B40 & M40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Rumah Mesra Rakyat (RMR) memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000 sehingga RM 85,000. Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan, sebanyak lebih 63,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh bantuan ini dilaksanakan.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2024 : Syarat Kelayakan Serta Reka Bentuk Rumah

Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024

RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi memiliki tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan RMR ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di bawah

Ciri-Ciri RMR 2024

Harga RMR adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga bantuan bina RMR mengikut negeri:

Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300
Pulau di Semenanjung
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM85,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM65,000
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM350
Sabah/Sarawak/Labuan
– Keluasan Rumah: 750 KPS
– Harga: RM75,000 – RM106,000
– Subsidi Pembinaan: RM20,000
– Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
– Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun): RM300 – RM470

Reka Bentuk RMR

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan RMR :

Secara Online

  • Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
  • Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Borang

  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang permohonan RMR :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:

  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

NOTA:

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa

Semakan Status Kelulusan RMR

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk tempoh pembinaan, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR bertanggungjawab untuk

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumst lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh menghubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort
Seksyen U2, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-7849 2000 / 03-7849 2020 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

Cawangan Kedah
No 1, Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-4250 378
Emel: spnb_kedahg@spnb.com.my
En. Ahmad Yamani Bin Zainol

Cawangan Melaka
No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
Telefon: 06-288 4335 / 06-288 4770
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Negeri Sembilan
No 19 & 19 A, Jalan Ainsdale 15/3, Bandar Ainsdale, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Telefon: 014-382 4979
Emel: spnb_n9@spnb.com.my
En. Mohd Faizal Bin Burhoroldin

Cawangan Terengganu
Tingkat 2, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Telefon: 09-625 0076 / 09-625 0067
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Perak
No. 30-1, Jalan Meru Bestari B5, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
Tel: 05-526 4188 / 05-526 3876 / 05-526 5438 /
Emel: spnb_ipoh@spnb.com.my
Ir Ahmad Helmi Ahmad Khalil

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my
En. Ahmad Hanafi Bin Kamaluddin

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
E-mail: spnb_johor@spnb.com.my
En. Khairul Azhar Bin Abdullah

Cawangan Kelantan
Lot 635 (Corner Lot), Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-740 6546 / 740 6048
E-mail: spnb_kelantan@spnb.com.my
Mejar (B) Ismail Bin Hassan

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
En. Wan Habeeb Alli bin Wan Yep Mohdzar

Cawangan Sabah
Lot B1.3 & B1.6, Tingkat 1, Blok B, Bangunan KWSP. Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-274 663 / 013-880 8194
E-mail: spnb_sabah@spnb.com.my
En. Reggie Sua @ Mohd Haffiz bin Abdullah

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Rumah Mesra Rakyat diwujudkan oleh kerajaan dengan kerjasama SPNB untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk menbina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat Kelayakan RMR?

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna


5. Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya.

6. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohoan mestilah mendapat kebenaran pemilik
7. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Cara Membuat Permohonan RMR?

Secara Online
1. Layari laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
2. Klik pendaftaran baru dan isi borang dengan lengkap
3. Setelah itu, ID Login dan kata laluan akan dihantar ke emel yang didaftar
4. Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
5. Lengkapkan borang yang dikehendaki
6. Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
7. Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Secara Manual
1. Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan

Dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan RMR?

– Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
– Salinan kad pengenalan tuan tanah
– Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
– Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
– Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
– Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
– Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
– Salinan sijil nikah pemohon
– Borang laporan tapak bergambar

Jika bekerja sendiri:
– Penyata bank 3 bulan terkini
– Pendaftaran Perniagaan (SSM)
– Dokumen sokongan tambahan (jika ada)

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan RMR?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
– Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
– Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
– Tapak cadangan tidak sesuai
– Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

Bolehkah RMR diubahsuai?

Boleh. SPNB hanya akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air /elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina Rumah Mesra Rakyat sahaja.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon Rumah Mesra Rakyat perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika si mati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Credit 

Selasa, 11 Jun 2024

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.

 7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.

1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner

2. CheapFlight

3. Momondo

4. Kayak

5. Google Flight

6. Ita Software

Kredit: Trip Kashmir Abby Hassan

Sumber

Follow Percutian & JJCM Malaysia untuk update terbaru tempat bercuti & JJCM Malaysia

Jumaat, 18 September 2020

Kesan 'jual body' di media sosial akhirnya makan diri

Jadilah influencer yang bukan sahaja kreatif malah memberi pengaruh baik kepada masyarakat dan bangsa. Gambar hiasan. - Foto 123RF

NAMPAKNYA semakin ramai influencer dan pengasas kosmetik ‘melondehkan’ harga diri apabila sanggup beraksi lucah dan mengeluarkan kata-kata kesat sebagai strategi pemasaran.

Kadang-kadang kita sebagai pengguna media sosial naik seram dan terpaksa beristigfar panjang apabila melayari aplikasi sosial sekarang kerana sudah pasti akan hadir entri-entri ‘mendebarkan’ itu.

Sebenarnya, peranan influencer boleh mempengaruhi masyarakat untuk mempercayai satu-satu produk dan perkhidmatan.

Influencer mampu menjadi ‘trend setter’ baik pada skala kecil mahupun besar dan disebabkan itu ramai pemilik produk dan perniagaan mengupah influencer untuk mempromosikan produk.

Mereka terdiri daripada selebriti, blogger, YouTuber ataupun figura awam yang dianggap penting dalam komuniti dan memiliki pengaruh.

Di mana akal mereka?

Sebelum ini, seorang wanita tanpa rasa malu dan segan telah memuat naik video bersetubuh bersama suami demi melariskan jualan produk kesihatan miliknya.

Wanita itu memuat naik video berdurasi satu saat yang menunjukkan dirinya melakukan aksi ranjang di dalam sebuah bilik tanpa seurat benang.

Difahamkan, video tersebut bagi menunjukkan perubahan pada tubuhnya selepas menggunakan produk pemutihan kulit.

Selain itu, seorang lagi pengasas kecantikan yang aktif di media sosial dikecam gara-gara beraksi lucah dalam video yang dimuat naik di Instagram selepas aksi menayang sebahagian payudara dan ghairah dengan tujuan mempromosi produk kecantikan miliknya.

Tidak lama dahulu, usahawan kosmetik dan produk kesihatan, Datuk Seri Hasmiza Othman, 46, membelanjakan hampir RM1 juta bagi penghasilan video muzik single sulung beliau, I Am Me.

Pengasas produk Qu Puteh itu yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida membelanjakan hampir RM1 juta untuk menghasilkan video muzik lagu tersebut.

Langkah beliau pada awalnya kelihatan seperti mempamerkan kemewahan, namun jika perkara itu dilihat pada masa sekarang, maka benarlah bahawa setiap promosi memerlukan modal dan standard tertentu.

Pelaburan Vida dalam lagu itu tampak berjaya apabila ia menjadi siulan dan ikutan anak-anak muda. Menerusi video terbabit, Vida ditampilkan bersama identitinya yang cukup menyerlah dengan kilauan emas permata dan wang ringgit.

Tetapi video itu juga pernah menjadi isu apabila video dirinya ‘mandi duit’ tular dan mendapat kecaman ramai terutama netizen. Mungkin strategi itu mengena apabila tumpuan ramai terarah kepadanya.

Dalam mengejar rating, jangan sampai ada yang terkena kesan negatif kerana berasa fizikal tidak cantik dan rasa rendah diri.

Baru-baru ini, berlaku kisah yang menyayat hati apabila seorang wanita mengambil keputusan menamatkan riwayatnya kerana tidak tahan kerana menjadi mangsa buli siber.

Wanita itu yang baru berusia 20 tahun amat terkesan dengan individu yang menulis komen jelik selepas satu video TikTok dia dan seorang rakan sekerja warga Bangladesh dimuat naik di laman sosial Facebook.

Ramai netizen mengecam wanita itu sehingga menyebabkannya bertindak membunuh diri.

Misi kejar duit

Sesungguhnya, tindakan ‘trend setter’ banyak mempengaruhi pengguna maya. Sama ada netizen, pengguna produk mahupun influencer itu sendiri. Pengaruh boleh jadi dalam bentuk positif ataupun negatif.

Sebagai influencer kitalah yang sepatutnya menentukan impak pemasaran dan kesan psikologi terhadap orang awam.

Biarpun usaha mencari nafkah melalui perniagaan sangat dituntut dalam agama, namun janganlah sehingga maruah diri direndahkan sedemikian rupa. Demi wang dan demi lariskan produk, sungguh tak masuk akal.

Maka, jadilah influencer yang bukan sahaja kreatif malah memberi pengaruh baik kepada masyarakat dan bangsa. Sebaiknya gunalah saluran yang berkredibel seperti media sama ada media cetak ataupun digital untuk memasarkan produk kalian.

* Ruzy Adila Idris ialah Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian

Isnin, 14 September 2020

YouTube: Menipu 'iklan pintu belakang'.. Bagaimana?

 Tzuyang mengumpul lebih 2.6 juta penonton untuk rancangan siaran langsung di YouTube memaparkan beliau sedang menikmati makanan popular. - Foto Facebook

Bintang YouTube berdepan denda, terbabit 'pengiklanan pintu belakang'
SEOUL: Tzuyang, remaja dengan selera makan yang besar yang juga YouTuber terkenal di Korea Selatan menghentikan saluran YouTube kendaliannya selepas dikecam hebat kerana didakwa menipu penonton.
Remaja 24 tahun yang mengumpul lebih 2.6 juta penonton untuk rancangan siaran langsung di YouTube memaparkan beliau sedang menikmati makanan popular dengan aksi menikmati 240 chobab atau sushi Korea dan 1.5 kilogram yukhoe iaitu daging mentah dalam episod yang berbeza.


Tzuyang atau nama sebenarnya, Park Jeong-won, dikenal pasti antara beberapa YouTuber di negara itu memaparkan iklan secara tersembunyi membabitkan produk di dalam video dihasilkan.
Kontroversi berkenaan menyebabkan Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) menyekat kegiatan pengiklanan dalam talian 'menggunakan pintu belakang' sejak 1 September lalu.
FTC mewajibkan semua personaliti media sosial menyatakan secara jelas mengenai promosi produk atau perkhidmatan yang menerima tajaan.
Bagi video yang disiarkan secara langsung, mereka perlu memaklumkan penonton setiap lima minit sekiranya membabitkan iklan berbayar.
Sekiranya didapati menyalahi peraturan berkenaan, personaliti media sosial dan penaja berdepan denda sehingga 500 juta won (AS$422,000).
November lalu, FTC mengenakan denda sebanyak 270 juta won kepada tujuh syarikat termasuk pengeluar barangan perkakasan elektronik British, Dyson dan syarikat gergasi kosmetik di negara itu, Amorepacific kerana terbabit dalam kempen pengiklanan pintu belakang membabitkan personaliti media sosial tertentu di laman Instagram.
Mereka memberikan 1.15 bilion won (RM3.5 juta) secara tunai dan barangan percuma bagi memasukkan iklan produk keluaran mereka di dalam halaman Instagram personaliti media sosial berkenaan.
Bagaimanapun, personaliti media sosial berkenaan tidak dikenakan sebarang hukuman memandangkan tidak ada undang-undang yang mewajibkan penyedia kandungan mendedahkan sebarang tajaan diterima.
Menurut satu kajian oleh Agensi Pengguna Korea, cuma 30 peratus daripada 582 kandungan iklan dipaparkan melalui 60 platform sosial media popular di negara itu di antara Oktober dan November tahun lalu.
Ia menunjukkan kebanyakan personaliti media sosial ditaja dan ia tidak dapat dikesan secara jelas, misalnya mereka hanya memaklumkan perkara itu melalui keterangan dalam video dihasilkan. - AGENSI